Thursday, April 30, 2009

Apa kata Hanipa Maidin.

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah, adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan"Sebenarnya kalau para pembaca membaca tulisan saya dan memahami betul-betul apa yang saya cuba sampaikan, para pembaca akan tahu bahawa dua perintah deklarasi ( perisytiharan ) yang Zambry dan enam exconya perolehi tidak membawa apa-apa kesan .Bagi sesiapa yang pelajari dan terdedah dengan undang-undang pentadbiran ( administrative law ) mereka akan tahu perintah deklarasi sahaja tidak cukup kuat untuk mengikat Sivakumar.Memanglah susah nak terangkan pada mereka yang bukan ahli undang-undang ( laymen ) khususnya ahli dan penyokong Umno tentang apa dia certiorari dan apa dia mandamus kerana bukan sahaja orang awam susah untuk faham malahan tidak semua para peguam juga dapat memahaminya atau memahaminya dengan baik..Saya tidak pasti sejauh manakah Dato ‘Hafarizam biasa dengan kes-kes semakan kehakiman ( judicial review ) dan jenis-jenis perintah ( remedies ) yang biasa dipohon di dalam kes-kes semakan kehakiman.Bagi pihak saya dan bukan niat nak membanggakan diri, sudah hampir 16 tahun saya menjadi pengamal undang-undang dan dalam tempoh tersebut antara cabang undang-undang yang saya banyak kendalikan kes adalah melibatkan kes-kes semakan kehakiman .Saya akui tidak semua kes saya menang tetapi pendedahan kepada undang-undang tersebut agak mungkin agak lebih sikit dari Dato’ Hafarizam ( yang juga kawan baik saya )Saya lihat di dalam jawapan beliau kepada artikel saya , Hafarizam tidak menjawab mengapakah Zambry tidak memohon perintah certiorari ( quashed the decision of Sivakumar ) dan perintah mandamus ( supaya Sivakumar benarkan beliau dan enam exconya masuk ke dalam siding DUN Perak )Hakikatnya apabila persoalan tersebut dibangkitkan oleh Haji Sulaiman Abdullah, peguam Zambry iaitu Encik Fairuz Hussin mengakui bahawa berdasarkan doktrin pengasingan kuasa Zambry tidak dibenarkan memohon dua perintah tersebutBerdasarkan jawapan dari Encik Fairuz tersebut, beliau sendiri mengakui bahawa Zambry terikat dengan doktrin pengasingan kuasa - bermakna Mahkamah tidak boleh perintah untuk Speaker membuat sesuatu atau melarang speaker membuat sesuatu. Dengan lain perkataan Fairuz mengakui Zambry tidak boleh mendapatkan perintah certiorari dan mandamus ke atas Sivakumar.Tanpa perintah certiorari dan mandamus sebaliknya hanya mendapat perintah deklarasi sahaja , ianya tidak membawa apa-apa kesan kerana perintah deklarasi tidak boleh memaksa Sivakumar membuat sesuatu atau melarang Sivakumar membuat sesuatu perkara.Bagi orang awam mereka mungkin bertanya kenapa perintah deklarasi bersifat begitu ?Saya boleh jawab tetapi saya jika saudara tanya begitu samalah seperti saudara tanya seorang doktor kenapa ada ubat demam dalam bentuk pil dan ada dalam bentuk minuman atau pun saudara tanya seorang Ulama kenapa solat zohor empat rakaat dan kenapakah solat subuh hanya dua rakaat ?Di dalam kenyataannya Hafarizam menyatakan bahawa isu mengapa Zambry tidak memfailkan semakan kehakiman sebaliknya hanya memfailkan Saman Pemula sahaja tidak wajar ditimbulkan kerana Mahkamah Persekutuan telah menolak bantahan peguam Nizar berkenaan isu tersebut .Ya, benar Mahkamah telah menolak bantahan awal peguam Nizar terhadap isu tersebut, Tetapi apa yang Hafarizam tidak jelaskan adalah meskipun Mahkamah menolak bantahan tersebut ianya tidak bermakna perintah -perintah deklarasi yang Zambry pohon sama tarafnya ( dari segi kekuatan dan keberkesanannya ) dengan perintah seperti perintah certiorari dan perintah mandamus.Hafarizam mungkin terlupa untuk menyatakan bahawa dengan penolakan bantahan tersebut , Mahkamah , pada hemat saya, pada hakikatnya ingin menyampaikan mesej kepada Zambry dengan mesej berikut :-a. Bahawa memandangkan kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja , kami ( para hakim ) hanya benarkan untuk kamu memohon perintah tersebut melalui kaedah Saman Pemula dan tidak melalui Semakan Kehakiman di bawah Perkara 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980.b. Tapi kamu juga kena faham apabila kamu hanya memohon perintah deklarasi sahaja dan tidak memohon perintah certiorari dan mandamus, kami boleh beri perintah yang kamu pohon tapi jangan salahkan kami kalau perintah tersebut tidak boleh membawa apa-apa kesan pemaksaan ( coercive force ) ke atas Sivakumar.c. Kamu sendiri harus dipersalahkan kerana tidak memohon perintah certiorari dan mandamus bagi memastikan sebarang keputusan Sivakumar bukan sahaja dapat dibatalkan tetapi juga dapat dibuang/dipadam dari rekod DUN Perak. Tanpa perintah certiorari, keputusan Sivakumar tersebut akan kekal di dalam rekod di DUN Perak kerana kamu tidak pohon untuk padamkan perintah tersebut.d. Kalau peguam kamu sendiri mengaku bahawa kamu tidak boleh pohon perintah certiorari dan mandamus bagi memadamkan keputusan Sivakumar, mengapa kamu masih juga memfailkan permohonan saman pemula ini dan meminta kami memerintahkan perintah yang tidak membawa apa-apa manfaat untuk mencabar keputusan Sivakumar.e. Memandangkan kamu dah berada di Mahkamah ini dan memohon perintah-perintah deklarasi ( sebanyak 10 perintah ) kami bagi jugalah sebagai “saguhati” kepada kamu iaitu dua perintah deklarasi dari 10 perintah tersebut.Sama ada mesej tersebut difahami oleh Umno atau tidak kita lihatlah pada 7 hb Mei ini .
Posted by Hamirdin b Ithnin at 3:40 PM
Labels:

Wednesday, April 29, 2009

Siapa boleh selesaikan?

Sivakumar masih Speaker Dun Perak yang sah. Sivakumar dalam konteks kuasa yang beliau ada telah memacat Setiausaha Dun Perak, Abdullah Antong Sabri.

Hari ini Abdullah Antong Sabri telah digunakan oleh Dr Zambry Abdul Kadir untuk mengeluarkan notis usul untuk dibawa ke mesyuarat pertama, Penggal Kedua Dun Perak ke 12, pada 7 Mei depan.

Dalam keadaan Sivakumar masih menjadi Speaker Dun yang sah, beliau berhak menerima atau menolak sebarang usul termasuk usul untuk memecatnya. Apakah dalam perkiraan politik Umno, Sivakumar bukan lagi Speaker Dun yang sah. Kenapa perlu usul untuk memacat beliau jika sebagai Speaker Sivakumar jika Umno tidak mengiktiraf beliau? Dalam keadaan sekarang< Umno boleh menggunakan ruang untuk menyekat Sivakumar daripada bertindak sebagai Speaker Dun Perak sebagaimana tindakan menghalang Nizar mengetuai persidangan Dun Perak sehingga terpaksa bersidang di bawah pokok.

Buat apa sahaja, Umno selalu dipihak yang betul. Bukankah tindakan Dr Zambry mendahului mahkamah dan bertindak sebagai Menteri Besar sedangkan prosiding kes sama ada beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah masih belum selesai dan merupakan tindakan menghina mahkamah.

Jika sekiranya mahkamah menafikan kesahan beliau sebagai Menteri Besar Perak, bagaimana pula dengan keputusan-keputusan bodoh yang beliau lakukan semasa menjadi MB haram seperti membida kenderaan rasmi kerajaan yang dibeli di zaman Nizar.

Umno boleh buat apa sahaja dan rakyat akan sentiasa melihat tindakannya sebagai mengkhianati amanah yang rakyat berikan. Moga hayat Umno untuk menidakkan kuasa rakyat akan segera berakhir.

Thursday, April 23, 2009

Malaysia serba mungkin.

"Malaysia boleh". Malaysia serba mungkin. SPRM telah bosan dengan kes Timbalan Ketua Menteri ! Pulau Pinang yang meletak jawatan secara mengejut dan mengistiharkan tidak ada asas pendakwaan ke atasnya.

Mohamad Fairus boleh tidur lena. Jika awal-awal SPRM mengistiharkan tidak ada asas pendakwaan rasuah terhadap Mohamad Fairus, mungkin ahli politik Keadilan itu tidak jadi letak jawatan. SPR tidak perlu pening kepala. Najib sebagai Perdana Menteri tidak perlu mengeluarkan kenyataan bacul sebagai ketua parti pemerintah.

Mungkin Najib betul, wang rakyat perlu dijimatkan teruma ketika dunia menghadapi krisis ekonomi, tapi apalah ertinya penjimatan wang bagi sebuah pilihan raya kecil jika Umno tidak berniat meneruskan tradisi politik beli undi atau mengerahkan pasukan keselamatan kelapangan untuk menakutkan pengundi.

Pengalaman di lapangan pilihan raya kecil, mengesahkan taktik bodoh itu makan diri, bukan pilihan raya kecil yang memerlukan peruntukan yang banyak, tapi Umno suka menghabiskan wang rakyat pantang ada kesempatan.

Kini politik serabut Umno di bawah pimpinan Najib begitu ketara. SPR mengesahkan lagi bahawa badan itu telah bertindak sebagi komponen Umno. Apakah tarikah pilihan raya perlu mendengar kata putus Umno atau parti-parti yang akan menyertai pilihan raya itu membuat keputusan untuk bertanding setelah keputusan dibuat oleh SPR. Malaysia akan terus mengamalkan tradisi serba boleh.

Tuesday, April 21, 2009

Syabas Ahmad Said

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah membatalkan lawatan ke luar negara. Dipercayai tindakan beliau ada kaitan dengan kemelut politik Terengganu ekoran tindakan 10 Adun memulaukan sidang Dun kerana ancaman bunuh. Ahmad Said masih diterima oleh Umno Terengganu kecuali oleh Umno Besut yang dipimpin oleh bekas Menteri Besar, Idris Jusoh. Amat dipercayai bahawa Idris yang merencana kemelut berkenaan untuk menjatuhkan Ahmad Said.

Sebagai Menteri Besar, Ahmad Said bukanlah orang paling layak tapi paling munasabah buat masa kini. Selepas Idris tidak mendapat restu Istana, Ahmad Said bertindak tepat menerima tawaran sebagai Menteri Besar walaupun mendapat cemuhan daripada Umno di semua peringkat. Ada yang menjangka Ahmad Said akan jatuh sebagai nangka buruk kerana undi tidak percaya. Seatakat ini kita boleh yakin dengan suara hati Ahmad Said bahawa beliau akan dapat menyelasikan setiap kemelut dan kemenangan sentiasa berpihak kepadanya.

Agenda politik Idris untuk menjatuhkan Ahmad Said semakin jelas bila beliau gagal menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Ahmad Said walaupun 7 ketua Umno bahagian menyatakan kesetiaan mereka. Hasrat Idris untuk mendominasi politik Terengganu mengalami masa sukar. Perencanaan beliau semasa menjadi Menteri Besar Terengganu dengan dasar politik "cantas" telah meninggalkan kesan buruk kepada Umno Terengganu.

Paling utama ialah Umno Terengganu kehilangan tokoh yang berwibawa kerana Idris yang sentiasa mencemburui akan segera mencantasnya. Hal ini terbukti bilamana beliau sendiri, Rasul Wahid dan Din Adam yang dikatakan tidak mendapat perkenan Istana, Umno Terengganu gagal mengemukakan tokoh yang berwibawa untuk menjadi Menteri Besar kecuali Datuk Ahmad Said.

Dasar politik Idris juga membawa impak yang teruk kepada Umno Terengganu di peringkat nasional. Setelah ketiadaan Datuk Razali Ismail dan tokoh yang hampir lupus tarikh dari Parlimen Besut, Umno Terengganu hanya memiliki Ahmad Sabri Chik sebagai tokoh yang boleh diketengahkan di peringkat nasional.

Agak janggal bagi Umno untuk berbangga dengan Datuk Mohd Jidin Syafie, Datuk Rahin Ibrahim Fikri atau Matulidi ditonjolkan di peringkat nasional walaupun ada suara yang cuba mengetengahkan mereka. Maka itulah pola sebenar politik Umno Terengganu, mereka sanggup menyembelih Wan Ahmad Farid di Kuala Terengganu daripada menonjolkan Zubir Embong, seorang tokoh pendidik yang dikatakan hampir menyamai ketokohan Datuk Razali.

Apapun, Umno Terengganu dan pemainnya jarang mengambil teladan daripada sejarah yang mereka cipta. Mereka yang menafikan royalti untuk Terengganu tapi kini mereka terkulat-kulat berusaha untuk mendapatkannya. Jikapun dapat, berapa jumlah yang mereka telah korbankan demi kebodohan mereka merencanakan politik Umno di Terengganu.

Bagi saya, Ahmad Said lebih tepat untuk mencorak politik Terengganu berbanding Idris yang tidak malu-malu memboroskan dan membazirkan wang rakyat.

Monday, April 20, 2009

Najib yang dekat dihati rakyat.

Najib pemimpin Umno/BN yang dekat dihati rakyat. Majoriti 26,464 dalam Pilihan Raya Umum ke 12 adalah bukti beliau diterima oleh rakyat khususnya di Pekan. Berbanding Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999, Najib yang dikatakan terselamat dengan undi pos hanya menang dengan majoriti 241.

Najib yang menjadi Perdana Menteri ke 6 pastinya berusaha memenangi hati rakyat bukan sahaja di Pekan tetapi di seluruh Malaysia. Pendekatan mesra rakyat telah dan sedang ditunjukkan. Barangkali semua pendekatan yang pernah dibuat oleh Tun Razak, bapaknya dulu sedang dikaji dan cuba diterapkan dalam pentadibrannya. Tun Razak sememangnya dekat dengan rakyat dan pemergiannya ditangisi oleh kawan dan lawan.

Sememangnya Najib ke Putrajaya bersama imej yang buruk, tuduhan terlibat dengan kes bunuh model Mongolia. Najib yakin rakyat Malaysia boleh berbangga dengan Perdana Menteri mereka yang mesra rakyat walaupun rekod lampaunya terlalu suram.

Kini Najib terpaksa memadam angka majoriti kekalahan Umno/BN dalam beberapa pilihan raya kecil setelah setahun Pilihan Raya Umum yang lepas. Kecuali di Batang Ai, Umno/BN kalah dengan majoriti yang lebih besar. Maka apakah sifir matematik PPSMI yang dipertahankan oleh Najib mampu membuktikan penerimaan rakyat terhadap kepimpinannya setelah beliau menang dengan majoriti yang besar di Pekan. Ataukah semua calon yang ditonjolkan dalam setiap pilihan raya kecil itu di tolak oleh rakyat dan bukannya kepimpinan Najib? Andainya benar, Umno/ BN menghadapi masalah untuk mendapat pemimpin yang berwibawa dan dekat dengan rakyat. Pemerintahan Umno/BN lebih 50 tahun telah membina jurang yang ketara antara rakyat dengan pemimpin. Pemimpin Umno/BN berada dalam kelas tersendiri dan sukar diterima oleh rakyat kecuali Najib dan mereka yang menang dalam Pilihan Raya Umno ke 12 lalu.

Apapun, Najib akan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat. PR kecil Dun Penanti, Pulau Pinang yang dikosongkan oleh Muhammad Fairus bakal dipulau oleh Umno/BN kerana membazir wang rakyat. Rakyat pastinya terpegun dengan komitmen Najib, sedangkan sebelumnya mereka didedahkan dengan pemborosan pentadbiran Umno/BN. Rakyat akan menanti dengan yakin, Najib mampu bertahan dengan prinsip mesra rakyat dalam pengurusan pentadbirannya walaupun mungkin menerima desakan kuat daripada para pelahap yang masih dominan dalam kabinetnya.

Kita akan menunggu sikap Najib terhadap Jambatan Bengkok. Kita juga mengharapkan rakyat sudah cukup bijak membaca langkah awal setiap pemimpin. Kita boleh yakin bahawa Bukit Tinggi sudah berubah tapi jangan mudah percaya perangai yang buruk seseorang mudah diubah.

Sunday, April 19, 2009

Dr Zambry dan 6 Exconya vs V. Sivakumar.

Saya sedar ramai yang ingin tahu kesan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu yang memutuskan bahawa keputusan V.Sivakumar, Speaker Perak menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya hadir di Dun Perak selama 18 bulan dan 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak?
Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.
Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.
Marilah kita mulakan dengan melihat apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya di dalam saman yang mereka kemukakan ke atas Sivakumar di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya didengar di Mahkamah Persekutuan.
Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:
Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.
Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.
lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah
Itu sahaja dua perintah yang Mahkamah Persekutuan benarkan pada 16 April lalu. Tidak lebih dari itu. Apa sahaja kenyataan dari peguam Umno selain dari dua perintah tersebut bukanlah perintah Mahkamah sebaliknya adalah kenyataan mereka yang tidak berasas.
Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.
Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan? Mari sama-sama kita saksikan lapan perintah yang TIDAK DIBENARKAN tersebut.
Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:
1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.
3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.
4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.
5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.
6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.
7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.
8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.
Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.
Atas dasar itu jika peguam Umno atau akhbar pro-Umno mengatakan bahawa Zambry dan enam exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak, jelas kenyataan itu bukan datang dari mana-mana perintah Mahkamah sebaliknya ianya hanya kenyataan tidak berasas dari peguam Umno dan akhbar mereka.
Kenyataan tersebut tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi undang-undang. Rakyat tidak perlu melayan kata-kata mereka yang dibuai khayalan tersebut.
Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.
Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.
Saya harap penjelasan di atas sedikit sebanyak dapat menjelaskan bahawa apa yang Umno kata di media massa adalah tidak menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku.
Sivakumar masih Speaker dan beliau masih berbisa. Jika Umno terus mengeluarkan kenyataan mengelirukan tidak mustahil mereka mungkin akan dipatuk oleh Sivakumar dan saya percaya patukan selepas ini akan membuat Umno menderita lebih panjang.
Saya juga ingin tegaskan di sini apabila Zambry dan enam exconya membawa kes mereka di Mahkamah dengan mencabar keputusan Sivakumar sebagai Speaker yang sah, mereka mungkin tidak sedar bahawa mereka sedang melakukan satu kesalahan kerana mendedahkan dokumen-dokumen rasmi Dun Perak tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Sivakumar sebagai Speaker.
Marilah kita sama-sama tunggu dan lihat apakah yang berlaku selepas ini.
Sumber:Harakahdaily.com
Oleh : Mohamed Hanifa Maidin
Nota: Penulis ialah Pengerusi Lajnah Undang-undang dan hak Asasi Manusia PAS Pusat
Dikirim dalam Isu Rakyat

Wednesday, April 15, 2009

Ketakutan atau "Psiko"

Ketakutan dan kehilangan keyakinan adalah sindrom penyakit "psiko" pemimpin Umno Terengganu. Bekas MB Idris Jusoh menunduh MB Ahmad Said takut kepada bayang sendiri. Tuduhan kemungkinan adanya undi tidak percaya terhadap kepimpinan Ahmad Said di Terengganu kononnya mendorong beliau dan konconya menyebarkan SMS yang berupa ugutan yang melibatkan ancaman nyawa. Peliknya SMS tersebut hanya diterima oleh 3 orang daripada 10 orang yang gagal hadir ke sidang Dun pada hari kedua tersebut.

Maklumat terkini menunjukkan bahawa kewujudan SMS itu bukan bermula dari Pejabat Menteri Besar. Timbalan Perdana Menteri yang baru tidak mahu masalah itu diperbesarkan, kononnya akan memberi imej yang negatif kepada rakyat Terengganu yang menyokong BN dalam pilihan raya umum lalu.

Maka bolehlah dikatakan bahawa masalah di Terengganu disebabkan sindrom penyakit "psiko" yang melanda Umno di semua peringkat.

1) Najib sebagai perdana Menteri baru, takut tidak mendapat sokongan daripada semua rakyat terutama dengan imej lampau yang cemar dan gagasan satu Malaysia yang diperkenalkannya.

2) Apakah cetusan idea undi tidak percaya merupakan ujian terhadap kewibawaan Najib atau manipulasi keadaan untuk memantapkan kem dan cengkamannya ke atas semua firkah Umno di seluruh negara.

3) Idris Jusoh mendapat keyakinan setelah berjaya menduduki Majlis Tertinggi takut hilang wibawa untuk terus membiarkan Ahmad Said mendominasi puak dalam Umno Terengganu.

4) 10 Adun Umno/BN yang enggan menghadiri sidang Dun pada hari kedua yang lepas berada dalam situasi cemas dan penuh ketakutan untuk menyatakan pendirian, menyokong Menteri Besar Ahmad Said atau memperjudikan nasib dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada Menteri Besar tersebut.

5) Isu SMS adalah skrip bodoh untuk menutup ketakutan yang mereka (pemimpin Umno Terengganu) hadapi.

6) Lebih menakutkan ialah andainya MB Ahmad Said bertindak nekad membubar Dun Terengganu, menyebabkan mereka takut tidak terpilih atau ditolak oleh rakyat melalui kertas undi.

7) Hari ini mereka melangkah masuk semula ke dalam dewan persidangan sebagai "lelaki bacul" dikencing bini, apakah tujuan sebenar keengganan mereka menghadiri sidang walaupun mereka dihantar oleh rakyat ke situ.

Apakah keuntungan yang rakyat boleh terima daripada tindakan kurang cerdik mereka.