Sunday, October 31, 2010

Umno - Mengalas kekeliruan

Kebodohan kempen Umno berterusan dalam PRK Dun Galas. PRK terpaksa diadakan kerana kematian Allahyarham Che Hashim Sulima, wakil Rakyat dari Pas. Moga Alah memberkati perjuangan dan sumbangan Allahyarham dalam Pas dan Islam.

"Kebodohan" Umno dengan kempen kononnya orang Pas mendakwa bahawa jika mengundi Pas akan masuk syurga. Hebatnya jentera kempen Umno telah berusaha menjelaskan kepada warga emas di Gua Musang berkenaan hakikat sebenar Pas dan Islam. Pas sebuah parti yang berusaha meraih undi/sokongan demi kuasa sedangkan Islam agama Allah yang suci. Warga emas di Gua Musang telah faham dan sedar kekeliruan Pas berkat penerangan jentera kempen Umno.

Syurga dan neraka adalah hak Allah dan bukan kerana menyokong Pas. Umno dalam konteks ini lebih rasional dan lebih faham tentang Islam kerana tidak berkempen seperti yang dibuat oleh Pas. Umno tidak kata dengan menyokong Umno akan masuk syurga. Umno lebih faham berkenaan agama dan politik daripada Pas, tentunya yakin dengan perjuangan suci parti itu untuk bangsa dan agama maka menyokong yang baik itu tentunya berpahala . Apa yang menghalang Umno mendakwa bahawa menyokong Umno juga mendapat pahala dan masuk syurga?

Umno yang bodoh cuba membodohkan pengundi dun Galas. Umno merendahkan kefahaman orang Gua Musang tentang Islam dan parti. Tok Guru Nik Aziz juga keliru kerana gagal memberi penjelasan sebenar berkenaan Islam dan politik. Presiden Pas memperjuangkan Islam sebagai pegangan hidup yang lengkap dan menyeluruh gagal memberi penjelasan kepada pengikut Pas tentang batasan iman dan kufur menyebabkan warga emas menjadi keliru tentang pegangan Islam. Kita tidak diberitahu oleh jentera kempen Umno apakah warga emas yang tidak menyokong Pas lebih faham berkenaan Islam?

Kita tidak berani untuk merendahkan kefahaman pemimpin Umno sendiri berkenaan Islam. Lagak dan penampilan yang jauh dari syariat Islam menyebabkan kita merasa ragu apakah jentera kempen Umno lebih keliru daripada warga emas yang menyokng Pas di Gua Musang. Meneliti mentaliti Umno dan pemimpin Umno termasuk para ulama dan ulama muda yang menyertai parti itu membuatkan kita berkeyakinan mereka lebih keliru daripada warga emas yang menokong Pas di Gua Musang.

Lucu sekali apabila jentera kempen Umno berjaya mengembalikan kekeliruan pengundi warga emas dalam tempoh masa yang begitu singkat. Jika kita harus yakin dengan kemampuan jentera kempen Umno di dun Galas, Gua musang maka kita mencadangkan supaya jentera kempen itu digerakkan untuk menjelaskan kekeliruan tentang Islam dan ajaran Islam kepada orang Umno termasuklah:
1) Najib yang menjadi Perdana Menteri untuk tidak melaksanakan peraturan jahat dan tidak Islamik seperti Isa dan sebagainya.
2) Menjelaskan kepada Rosmah isteri Najib yang terkeliru dengan pengertian busana Muslim serta memperagakan busana songsang dan menghina Islam disebuah pusat perjudian terkemuka di dunia.
3) Menjelaskan kekeliruan sikap para ulama dalam Umno yang membisu seribu bahasa bila berhadapan dengan sikap pemimpin Umno yang terpesong dan keliru daripada pengertian ajaran Islam misalnya ketika Najib mengeluarkan lesen judi, atau ketika Tun Abdullah bertafakur di depan tugu atau ketika Tun Mahathir menghina hukum Islam dengan menghalang Pas melaksanakan hudud di Kelantan.
4) Menyekat pemimpin Umno yang memfitnah Anwar dan menafikan hak Anwar untuk dibicarakan sebagai orang Islam dibawah undang-undang Islam.
5) Menjelaskan kekeliruan ulama dalam Umno seperti Jamil Khir Baharom yang membuat tuduhan melulu dan mengelirukan terhadap Pas tanpa memperincikan tuduhan secara jelas dan ilmiah .

Jika jentera kempen Umno di dun Galas itu berjaya maka mereka perlu mendapatkan peruntukan bajet yang lebih besar daripada peruntukan istimewa RM111 juta untuk program PERMATA Rosmah untuk menggerakkan program pemulihan sosial dikalangan remaja dan segala penyakit sosial yang menjadi barah dalam masyarakat. Namun kebimbangan kita ialah sejauhmana tahap kefahaman jentera kempen Umno itu sendiri berkenaan Islam.

Rakyat Malaysia akan lebih mudah menolak fahaman sekular yang memisahkan Islam daripada kehidupan jika mereka memahami Islam dan jentera kempen Umno tidak sangup bergelumang dengan dosa kering Umno yang berterusan mmisahkan agama daripada kehidupan termasuk dalam besiasah.

Tuesday, October 26, 2010

First Lady

Galeri Wanita Pertama
Rosmah Mansor sebagai wanita pertama kerana beliau bini Najib. Lagipun wanita itu seorang yang paling berpengaruh dan mudah mempengaruhi Perdana Menteri, lakinya. Rakyat yang senang dengan peranan Rosmah sebagai Wanita Pertama, isteri Perdana Menteri maka kelibat beliau sering diberi perhatian.

Penglibatan Rosmah dengan sidang Wanita Pertama Dunia yang berlangsung di Hotel Palace of The Golden Horses menjelaskan cita rasa isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansur. Rosmah juga cakna dengan pakaian Muslim menyebabkan beliau berusaha menganjurkan Festival Busana Muslim di Monaco Sporting Club, Monte Carlo 10 Ogos lalu. Beliau berjaya mengumpulkan dan mempamerkan karya 200 pereka fesyen "pakaian Muslim". Hebat Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri. Harrusani Zakaria Mufti Perak yang peka nasib Melayu telah menjadi pendek lidah untuk menjelaskan erti "busana Muslim" kepada Rosmah Wanita Pertama itu.

Najib sebagai suami yang penyayang dan Perdana Menteri yang faham kehendak isteri dan rakyat dalam bajet terkini mengutamakan kehendak rakyat dengan bajet "seluar dalamnya". Rakyat akan ghairah untuk menutup segala keperluan harian yang kian mendesak dan menghimpit kuasa beli yang kian meruncing dengan membeli seluar dalam, baju dalam, baju tidur, beg tangan, alat solek dan sebagai-bagainya lagi yang diberi keutamaan oleh Najib dalam bajet terbarunya. Ada kawan yang terpaksa berjimat bergilir seluar dalam dengan bininya ketika anak-anaknya belajar di universiti. Tentu kawan tu gembira dengan bajet Najib.

Kalau dulu Wanita Pertama sebuah negara Asean berbangga dengan ribuan seluar dalam, baju dalam, kasut dan segala alat solek maka adalah baik bagi Rosmah untuk membuat "Galeri Perdana" khusus untuk mempamirkan pelbagai bentuk pakaian dalam, kasut, beg tangan, alat solek dan segalanya milik beliau. Dapatkan kontrakor kroni untuk membina "Galeri Perdana" dengan kos berganda daripada harga sebenar dan kenakan bayaran masuk yang "berpatutan" supaya rakyat dapat menyaksikan kehebatan sebenar "Wanita Pertama" Malaysia. Juga patut dipamerkan busana Muslim mengikut persepsi dan selera Rosmah. Rakyat khususnya "penyokong UMNO" pasti bangga dengan isteri Perdana Menteri @ First Lady Malaysia.

Alahai First Lady dan rakyat tidak perlu terlalu bangang.

Tuesday, October 19, 2010

Mahathir di senja merah

Mahathir benar-benar berada dalam usia senja. Usia yang terlalu lelah untuk sesuatu kepastian yang belum pasti. Usia yang berbaki dan paling berharga dalam hidup untuk mengarap bekal kedestinasi abadi. Mahathir juga hidup maka ia yang bukan tuhan pasti akan mati. Kematian yang mengesahkan segala kekeliruan.

Mahathir masih lagi keliru dengan keegoannya ketika bercakap di hadapan perwakilan antarabangsa bahawa keputusan beliau mengheret Anwar Ibrahim ke mahkamah atas tuduhan liwat kira-kira 10 tahun lalu merupakan satu tindakan yang tepat. Keputusan yang dikatakan dilakukan secara berhati-hati iaitu bersandarkan kepada fakta serta bukti.

Tidak ada yang dapat menukarkan pemikiran dan keegoan Mahathir kecuali "kematian". Kelelahan diusia senja bukan menyebabkan beliau berfikir untuk kembali kepangkuan Tuhan, menyandarkan segala bukti dan fakta berlandaskan hukum Allah. Masyarakat dunia dan segala bantahan perundagan terhadap kecelaruan mahkamah Malaysia yang membuat keputusan songsang terhadap Anwar Ibrahim semuanya tidak tepat kecuali kekuasaan yang menjadi milik mutlak Mahathir di bumi Malaysia. Ketepatan ialah kejahatan Mahathir untuk mmastikan Anwar bukan penggantinya seperti beliau yang sebelumnya menolak Musa dan Ghafar Baba. Di dunia keputusan beliau adalah tepat termasuklah keputusannya memecat Tun Salleh Abas, membunuh Umno, menghina Islam, mengorbankan bangsa dan bahasa Melayu, menyuburkan rasuah, politik wang, dasar swasta yang mengorbankan hak awam untuk kepentingan puak dan kroni dan segalanya.

Anwar mungkin meliwat dan peliwat. 4 orang saksi yang tidak fasik dan melihat kejelekan Anwar dengan mata lendir dan membuat pengakuan di mahkamah yang adil akan memudahkan orang Islam untuk menerimanya. Sayangnya hak Anwar untuk mendapatkan keadilah di mahkamah syariah dinafikan. Siapakah yang menafikannya?

Rakyat yang menjadi pengamat tidak perlu dan tidak boleh diyakinkan bahawa kejangalan mahkamah terhadap kes melibatkan Anwar adalah sesuatu yang benar dan tidak boleh dipertikaikan.

Barangkali Mahathir merasa hujahnya terlalu cerdik apabila merasionalkan tindakan jahatnya terhadap Anwar dan mengesahkan konspirasi terbaru terhadap Anwar oleh Najib. Najib yang menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan wajah yang terlalu hodoh dan pelbagai tuduhan yang memalukan rakyat dan negara Malaysia. Mahathir masih boleh berbangga dengan Najib dan kembali kepangkuan Umno setelah merajuk di zaman Abdullah Badawi. Itulah wajah sebenar Mahathir Mohammad.

Penerusan dasar jahat Mahathir begitu ketara dan nampak begitu bodoh di zaman Najib. Esok jika mahkamah membuat keputusan bahawa Anwar bersalah meliwat Saiful seorang pelajar "kurang cerdik" (tidak lulus) yang dengan mudah berjumpa Najib (TPM ketika itu) untuk urusan pemberian biasiswa, maka apa hak Mahathir untuk memaksa khalayak untuk tidak beranggapan bahawa keputusan itu adalah kejahatan yang sengaja dirancang ke atas Anwar? Pelajar yang kurang cerdik itu mengakui beliau diliwat oleh Anwar. dan setelah bertemu Najib datang ke kediaman Anwar dengan ceria. Pelajar yang kurang cerdik itu juga mudah membuat konteks dengan Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang pernah mengakui bahawa terdapat campur tangan pihak ketiga yang menghalang beliau bertugas dengan cekap sebagai Ketua Polis Negara.

Mahathir setelah 10 tahun kejahatan ke atas Anwar beliau masih berasa bersalah. Hari ini beliau memujuk dirinya dan tanpa segan mewajarkan tindakan keliru dan jahatnya ke atas Anwar. Mahathir mengesahkan kesalahan Anwar dalam kes yang masih dibicarakan di mahkamah. Jika Mahathir tidak keliru di usia senja beliau akan sedikit berpatang daripada mengeluarkan kenyataan jahat dan kurang cerdik, " ... memang kita akui seseorang itu tidak boleh dikatakan bersalah sehingga dia disabitkan bersalah oleh mahkamah, tetapi dalam kes terbaru Anwar, jelas ia sama seperti kes yang terdahulu..."

Maka Mahathir mengesahkan bahawa Anwar benar-benar bersalah kerana mahkamah pada suatu ketika dengan segala kepincangan telah memutuskan Anwar bersalah. Mahathir ingin meraih simpati umum bahawa tindakan beliau terhadap Anwar adalah betul dan beliau bisa melepaskan diri daripada berjumpa Anwar di mahkamah Tuhannya nanti.

Kita amat berharap Mahathir akan insaf diusia senjanya. Jika beliau sakit kita masih berharap beliu sembuh untuk membuat persediaan menemui Tuhannya. Najib masih muda dan Rosmah telah bertindak melebih budak tingkat 4. Jika Mahathir boleh akur dengan kegilaan "wanita pertama" Malaysia itu, maka biarlah Najib menguruskan kes Anwar kerana beliau benar-benar berkepentingan dan bukan lagi Mahathir.

Sunday, October 3, 2010

Melayu Islam.

Saya Melayu dan tidak menyebabkan saya terlalu taksub untuk berbangga menjadi Melayu. Saya syukur kerana bukan lahir sebagai orang asli Papua New Gunie. Menjadi seorang Melayu dan menyadari sejarah kegemilanan yang pernah capai oleh Melayu tidak memungkinkan pandangan "etnosentrisme" saya menjadi keliru dengan kehebatan pelbagai bangsa di dunia. Apa salahnya jika saya mahu hebat dan bijak sebagai bangsa Yahudi atau rajin seperti orang China, atau tampan seperti bintang Bollywood dan dimuliakan oleh Allah dengan kenabian akhir zaman seperti bangsa Arab. Saya tidak dapat memikirkan untuk menjadi orang Penan yang sentiasa tertindas dibelukarnya sendiri oleh pemerintahnya sendiri.

Kehebatan dan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah kepada bangsa bukan "dikotomi" untuk memisahkan kecintaan kebanggaan menjadi Melayu dan menyampah dengan pelbagai sifat "hodoh" bangsa Melayu. Saya belum sanggup menyerahkan Malaysia untuk dipimpin oleh Lee Kuan Yew bekas Perdana Menteri Singapura walaupun beliau diyakini dapat memajukan dan menjadikan Malaysia lebih baik daripada pemimpin Melayu Umno yang memimpin negara sejak merdeka.

Saya amat bersyukur dan berbangga mejadi Melayu yang Islam maka kerananya saya menjadi lebih rasional daripada Mufti Perak yang terperangkap dalam jebak kejumudan pemikiran nasionalis Melayu Umno. Kerananya Islam juga saya menjadi tersentuh dengan kalam Allah dalam surah al Hujurat ayat ke 13 yang bermaksud:-

" Wahai orang beriman, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha mengetahui dan Maha teliti "

Kenapa saya tidak berbangga menjadi Islam yang begitu murni dan mulia, mengajar saya erti kebaikan, kelebihan, keistimewaan daripada pelbagai bangsa hatta daripada hamba berbangsa Habsyi (Ethiopia) berkulit hitam yang menjadi tukang azan Rasulullah. Maka saya menjadi lebih mudah memahami erti sebenar Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak berbangga menjadi Melayu daripada "kekeliruan" seorang mufti untuk mempertahankan kejahilan Umno. Saya Melayu yang sentiasa menanti seorang Islam daripada bangsa Lee Kuan Yew untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.