Tuesday, June 16, 2009

Jika pun Chen Ping pulang ...

Tan Sri Datuk Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 tahun Merdeka pada halaman 252 mengatakan bahawa, " Satu sebab lain yang memaksa Inggeris mengalah kepada UMNO ialah adanya pemberontakan bersenjata dicetuskan oleh Komunis di hutan-hutan."

Umno sengaja membutakan fakta sejarah sebenar perjuangan menuntut kemerdekaan. Sebagai golongan politik kanan, Umno menempuh jalan mudah mendapat kemerdekan separuh matang daripada penjajah British. Parti-parti kiri dan rakyat negara ini yang berjuang mempertaruhkan harta dan nyawa mudah dilupakan jasa dan sumbangan mereka. Di mana tempat ribuan yang dibunuh, dipenjara, dihukum gantung dalam sejarah perjuangan menuntut kemerdekan. Sumbangan mereka dipadamkan oleh Umno dari catatan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan tanahair.

Menghalang kepulangan Chen Ping, bekas Setiausaha Agung PKM ke Malaysia adalah kebebalan terhadap sumbangan anggota PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Momokan penjajah terhadap pembenrontakan bersenjata Komunis adalah usaha membersihkan darah para pejuang kemerdekaan dari tangan penjajah.

Siapa selain Umno yang sanggup berkomromi dengan penjajah dan di mana tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dari pelbagai bangsa yang sanggup mempertaruhkan segala-galanya demi kemerdekan. Maka apa hak Umno untuk memadamkan sumbangan mereka dari fakta sejarah perjuangan kemerdekaan tanah air. Maka membenarkan kepulangan Chen Ping ke Malaysia adalah penghormatan kepada seorang yang pernah berusaha menghalau penjajah dari Malaya.

Thursday, June 11, 2009

Misi antarabangsa Najib cemar lagi.

Najib dikira bersih oleh mahkamah Malaysia. Semua media antarabangsa mengetahui keputusan mahkamah Malaysia yang tidak pernah melibatkan Najib dengan kes bunuh model Mongolia, Altantuya yang menemui ajalnya di Malaysia.

Dua orang anggota polis, Kopral Sirul Azhar dan Chif Inspektor Azilah Hadri disabitkan salah membunuh Altantuya orang asing yang tidak pernah dikenali. Orang asing yang tidak pernah ada rekod kemasukannya ke Malaysia. Razak Baginda tokoh pemikir yang rapat dengan Najib juga didapati tidak bersalah membunuh model itu. Walau banyak cerita aneh, rakyat Malaysia sudah menerimanya sebagai keputusan dan keadilan ala Malaysia.

Najib sebagai Perdana Menteri tidak dapat mengelak keraguan masyarakat antarabangsa. Lawatan ke China dengan misi politik perdananya untuk mengembalikan sokongan orang cina di Malaysia tercemar dengan isu Altantuya. Media antarabangsa tidak melepaskan peluang menyerang Najib dengan soalan berkenaan. Di Malaysia nama Altantuya sudah menjadi pantang, jangan sentuh sebarang isu berkenaan Altantuya. Soalnya sampai bila Najib dan rakyat Malaysia harus menanggung syak masyarakat antarabangsa kepada Najib sebagai Pembunuh. Perdana Menteri Malaysia kita disyaki sebagai pembunuh. Memalukan.

Laporan Associated Press (AP) yang Najib hanya "ketawakan" apabila disoal dengan isu Altantuya. Najib juga mengatakan tiada bukti yang dapat dikemukakan oleh pendakwa dan beliau telah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan model itu bebar-benar mencarik kredibiliti seorang Perdana Menteri. Paling melucukan bila Najib menjadikan isu hotel murah tempat penginapan Altantuya sebagai tidak layak model itu untuk mempunyai hubungan atau pernah mengadakan hubungan dengan Najib. Malunya rakyat Malaysia. Sampai bila Altantuya menjadi ingauan Najib dan rakyat Malaysia di persada antarabangsa?

Wednesday, June 10, 2009

Keruntuhan @ Kehancuran.


stadium IDRIS JUSUH runtuh
Di mana SPRM yang kononnya garang
Tidak berkompromi, tak kenal teman taulan
Kerja mesti beres, berpaksikan iman.

Syabas Ahmad Said,
Membuka seluasnya suatu penyiasatan
Muka2 kuncu Deris nampak kelam berbalam
Rakyat kalau bersuara kononnya dirasuk pembangkang.

Daulat Tuanku Sultan Mizan
Pertimbangan Tuanku tepat dan amat matang
Cepat meruntuh pagar yang akan makan tuan
Lambat bertindak hancur sebuah kerajaan.

Tuanku,
Dia orang mana ingatkan Tuhan,
Semua boleh jadi asalkan fulus masuk sakan,
Duit petronas dah jadi duit ihsan,
Sapa beri kebenaran mereka berbelanja sakan,
JPP beri kebenaran siapa boleh halang.

Sejak merdeka UMNO perintah sepanjang zaman
Mereka memimpin mana kenal erti berjuang
Semalam budak kampung, kerana UMNO tinggal dihotel lima bintang
Mabuk, tak kenal cencaluk, budu dan belacan.

Cakap orang Putih lambang kejayaan
Stadium tercanggih mana boleh pakar tempatan
Kononnya ada atap tanpa tiang
Pembangunan yang tak pernah terlintas pada hayalan
Perangai manusia yang lupakan Tuhan.

Wednesday, June 3, 2009

Syabas Adun Paloh.

Tahniah Datuk Nozula Mat Diah, Adun Paloh, Kelantan kerana bersikap terpuji memohon maaf daripada Dato'Husam Musa exco kerajaan Negeri Kelantan. Sikap terpuji beliau patut dicontohi oleh semua. Mengaku kesalahan dan kesilapan adalah kekuatan, bukan kelemahan. Dato'Husam tidak akan keberatan memberi maaf. Kedua-dua belah pihak berada pada posisi menang. "Win-win situattion". Bila lagi media yang bersikap berat sebelah dan melaporkan sesuatu berunsur fitnah untuk menjatuhkan parti lawan akan sedar dan mengikut langkah Datuk Nozula. Barangkali, memohon maaf di hadapan Allah di akhirat kelak lebih sukar, lebih aib dan sukarnya pembicaraan di mahkamah akhirat.

Berkatnya kepimpinan ulamak, tetapi ada pihak yang cuba nak jatuhkan Pas yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Abd Aziz di Kelantan. Renungi apa yang Umno buat dengan segala kekayaan hasil minyak yang melimpah ruah di Terengganu, buat stadium RM 270 juta pun boleh runtuh. Idris Jusuh pasti terkedu dengar berita mengaibkan itu. Kesian Mat Said, sengeh "manjang".

Antara tuduhan Datuk Nozula terhadap Dato' Husam musa ialah:-

Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri,
Datuk Hussam Musa.

Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn Bhd

Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn Bhd.

Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas mengutip dana.

Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Tuesday, June 2, 2009

TIADA SEBAB DEMO NAK LAWAN KAWE.

Jentera penerangan Umno akan menggunakan pendekatan menghayati kehidupan rakyat di Manek Urai. Mereka akan tinggal di rumah pengundi, menoreh getah dan menyelami hati budi masyarakat pengundi Manek Urai. Mereka tidak akan tinggal di hotel berbintang semasa kempen PRK Manek Urai nanti.

Kalau itulah pemimpin Umno, mereka sebenarnya kelompok bangsa Melayu yang telah hilang kemelayuannya. Mereka berada dalam kelompok tersendiri dan terpisah daripada realiti sebenar masyarakat Melayu.

Seketika di Manek Urai, persepsi mereka terhadap hati budi dan budaya orang Melayu akan difahami. Selepas PRK Manek Urai nanti, segala projek dan pembangunan akan mula berkisar fokus. Tumpuan projek akan lebih mesra rakyat jelata yang rata-rata jarang melepasi garisan kemiskinan. Pemimpin Umno tidak akan tersasul lagi untuk mengulas sebarang kenaikan barangan kegunaan rakyat sebagai tidak membebankan rakyat.

12,000 pengundi di Manek Urai mula menjadi perhatian. Mereka pasti kagum dan terpesona sikap merendah diri para pemimpin Umno yang menumpang di rumah mereka, makan nasi yang mereka makan, minum air yang mereka minum dan tidur berbantal kusam beralas tikar "kerecut" atau tikar "mengkuang" atau tikar "pandan" atau tikar plastik yang biasa digunakan oleh rakayat di Manek Urai.

Pengundi Melayu pasti kagum, pemimpin mereka tidak hilang kemelayuannya. Pemimpin Umno daripada yang tertinggi ke bawah akan mempamirkan kesopanan seorang Melayu kelas pertama. Hari-hari berlalu menjelang hari mengundi mereka akan memakai baju batik kusam bersongkok atau kita tidak akan terkejut jika pemimpin Umno yang berkain sarung, berbaju Melayu dan berkopiah. Mereka menjadi ahli jemaah yang setia setiap waktu di masjid-masjid di Manek Urai. Pantangnya, jangan suruh pemimpin ini jadi imam sembahyang.

Kita di Manek urai akan menunggu kreativiti Ahmad Maslan, Ketua Penerangan Umno yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri membuat sentuhan kempen terbaiknya untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti yang sedang nazak itu.

Persoalannya; BAKPO DEMO NAK LAWAN PAS. BAKPO NAK AMBIL KELANTAN DARIPADA PAS. TERUK SANGATKAH PEMBANGUNAN DI KELANTAN. KO DEMO PELAHAP KUASA KERANA NAK TIPU RAKYAT, bukan kerana rakyat diutamakan.