Wednesday, December 21, 2011

Selamat Hari Lahir TM

Mahathir bukan Melayu tulin. Beberapa tetes darahnya berasal dari benua Hindi, darah kacukan. Jikapun Mahathir ingat-ingat lupa makanya kerana beberapa tetes darah Melayunya itu yang menyebabkan beliau begitu. Melayu mudah lupa tetapi tidak Mahathir lupa sepenuhnya kerana beliau bukan Melayu tulin.

Kerana memerintah terlalu lama banyak perkara yang Mahathir ingat-ingat lupa. Banyak faktanya menjadi bercanggah terutama bila teringat Anwar. Mahathir menjadi keliru bila berhadapan dengan Anwar tidak seperti dua bekas timbalannya sebelum Anwar. Ingatan Mahathir boleh jadi ingat sepenuhnya atau lupa sepenuhnya (?) berkenaan 2 bekas timbalannya, Musa Hitam dan Abdul Ghafar Baba. Mahathir tak akan menyebut mereka berdua. Buat apa disebut.

Kita tidak suka tuduh Mahathir berbohong kerana mengenang jasanya dan ketuannya. Jika Mahathir tidak sesibuk sekarang setelah terdesak menyerah kerusinya kepada Abdullah Badawi, rakyat Malaysia terutama Melayu lebih suka mengenangnya sebagai negarawan hebat. Kerana kehebatannya Mahathir ingin terus menerajui Malaysia dan perangai tuanya terbukti ketika merajuk dan keluar seketika dari Umno ketika pentadbirtan Malaysia ditentukan dari Tingkat 4, yang menurut Mahathir oleh seorang budak yang menjadi menantu Abdullah Badawi.

Tidak ada kebaikan ketika Malaysia ditadbirkan oleh PM kelima itu, sehinggakan Mahathir merunggut bahawa beliau salah pilih pengganti. Penggantinya banyak dipengaruhi oleh menantunya dan bukan oleh Mahathir? Ramai pengamat yang jujur kepada penggantinya, PM kelima yang mewarisi segalah kemusnahan yang ditinggalkan oleh Mahathir. Mahathir yang membenih dan membiakkan rasuah politik dalam Umno. Mahathir yang memusnahkan sistem perundangan, sistem pendidikan, agama Islam dan kepentingan dan budaya orang Melayu.

Perangai ingat-ingat lupanya menyebabkan banyak kenyataan yang merapu dan mengundang kekeliruan dikeluarkan oleh beliau terutama dalam membandingkan pentadbiran Malaysia dibawah beliau berbanding orang lain. Mahathir sebenarnya insan yang bernasib baik beliau dilindungi oleh pentadbiran yang korup yang beliau bina sejak mula menerajui Malaysia. Kita merasa kagum kerana Mahathir mampu mengawal karenah tuntutan pelbagai kaum yang terlalu kontras. Kekaguman kita menjadi malap setelah satu persatu perangai korup pemimpin BN yang menjelaskan erti tersirat bahawa kes korupsi itu diketahui oleh Mahathir dan kabinetnya tetapi beliau menjadikannya sebagai perangkap untuk memeras ugut mereka. Bodoh sangat jika Mahathir tak tahu certa Taib Mahmud yang merompak hasil bumi Sarawak, atau sesiapa sahaja lah. Mana mungkin kabinet yang dipimpin oleh Mahathir ditipu oleh seorang dua yang berkepentingan sehingga negara menanggung kerugian yang besar?

Hari ini Mahathir mengeluarkan kutukan dan menuntut sumpah laknat daripada Anwar dalam kes pinjaman daripada Bank Dunia. Kenapa nak sangat sumpah laknat dan bukannya fakta. Kenapa perlu cakap berputar-putar, berbelit-belit tak minta dana Bank Dunia tapi sekejap mengakui menerimanya. Seperti kes mata lebam Anwar, Mahathir lah orang yang pertama mengeluarkan idea tolol yang Anwar mencederakan diri sendiri untuk meraih simpati. Biarlah itu kisah lama tapi rakyat kerana faham perangai Mahathir.

Mahathir ingin terus memerintah Malaysia dan samggup berkata apa sahaja. Kerananya dalam kes Rosmah, Mahathir terkunci mulut dan memuji Najib. Najib bukan sahaja dapat menambat hati Rosmah bininya, juga hati Mahathir disamping berusaha membelanjakan duit negara untuk menunjukkan baik kepada rakyat walaupun hutang negara melebih RM450 billion.

Mahathir dah menyambut hari lahirnya ke 86. Umur panjang Mahathir akan terus melihat beliau mengawal Malaysia jika Umno masih diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 13 nanti.

Sunday, December 18, 2011

Kebodohan itu milik siapa.

Umat Islam perlukan perpaduan. Pas dan Umno harus sanggup kongsi kuasa untuk perpaduan. Pas kena bertaubat daripada menuduh Umno kafir dan meletakkan Umno sebagai musuh terulung hingBold
ga permusuhan terhadap Umno melebihi permusuhan terhadap lain. Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tapi tak rela berjabat salam dengan Datuk Seri Najib Razak.

Nakhaie Haji Ahmad
Bekas Naib Presiden Pas

1. Tidak ada orang Pas tidak bersetuju dengan keperluan bagi umat ini amat perlukan perpaduan.

2. Pas pernah menolong Umno dalam mempertahankan kuasa. Pas telah ditendang daripada perkongsian kuasa palsu tajaan Umno demi perpaduan Melayu dan Islam. Umno sebagaimana kita kenal sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahan kuasa seperti rasuah politik, mencabul kedaulatan undang-undang, memfitnah, mengadai hak dan maruah bangsa Melayu, gagal mebela Islam, tidak mahu berhukum dengan hukum Islam dan sebagainya. Apakah Nakhaie sanggup mengorbankan semua itu demi perpaduan kosong tajaan Umno. Kita tidak faham bagaimana jiwa beragama Nakhaie boleh tenang dengan segala kejahatan Umno yang beliau junjung dan sanjung sekarang.

3. Pas kena bertaubat daripada menuduh Umno kafir dan meletakkan Umno sebagai musuh terulung sehingga permusuhan terhadap Umno melebih permusuhan terhadap lain.

Kita menjadi keliru bagaimana orang yang pernah menjadi Naib Presiden Pas boleh keliru dengan huraian batas iman dan kufur dengan tuduhan kafir. Umno gagal memahami batas iman dan kufur dan saranan perpaduan hendak dibuat diatas dasar apa, Islam atau assabiyah Umno. Tahap kefahaman Nakhaie adalah sama dengan Ibrahim Ali Presiden Perkasa atau Najib yang menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang penyelesaian perlbagai krisis yang menimpanya.

4. Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tapi tak rela berjabat salam dengan Datuk Seri Najib Razak.

Itulah hujah politik Nakhaie yang menyebabkan beliau meninggalkan Pas dan bersama Umno. Hujah yang dipasang serupa dengan Pengerusi JKKK atau AJK Umno peringkat kampung. Saya tidak tahu berapa orang lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam yang bergerak bersama Pas terkesan hujah bodoh itu.

Kita tidak akan lupa isu siggah salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh ketika lawan Mahathir yang dijadikan modal menghodohkan dan mempertikaikan keikhlasan Tengku Razaleigh mempertahankan Melayu dan Islam sedangkan Mahathir juga memakainya, malah lebih besar dan lebih agam.

5. Bila pulak Nakhaie ingin bertaubat dan menyelaraskan kefahamannya dalam beragama dengan keterlibatan beliau dengan perjuangan sekular Umno dan jauh daripada Islam. Kotornya segala kahak, gelema, nanah, darah dan pelbagai kekotoran yang pernah dilemparkan oleh Nakhaie, kini dikeman dan ditelan sungguh-sungguh.

Apapun kita sadar sangat-sangat bahawa sememangnya orang Melayu Islam kurang belajar dan kurang membaca. Ada yang cerdik pandai lebih mengutamakan kepentingan perut dan dunia yang diibaratkan oleh baginda Nabi sebagai tidak berharga seumpama bangkai kambing.

Nakhaie juga perlu jelaskan tahap kecenderungan kepada orang yang zalim sehingga kita dijanjikan dengan sambaran api neraka oleh Allah. Jangan pula cerdik pandai agama dan orang alim menjadi ulama jahat yang diingatkan oleh Junggungan Nabi Besar Muhamad s.a.w.