Sunday, December 18, 2011

Kebodohan itu milik siapa.

Umat Islam perlukan perpaduan. Pas dan Umno harus sanggup kongsi kuasa untuk perpaduan. Pas kena bertaubat daripada menuduh Umno kafir dan meletakkan Umno sebagai musuh terulung hingBold
ga permusuhan terhadap Umno melebihi permusuhan terhadap lain. Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tapi tak rela berjabat salam dengan Datuk Seri Najib Razak.

Nakhaie Haji Ahmad
Bekas Naib Presiden Pas

1. Tidak ada orang Pas tidak bersetuju dengan keperluan bagi umat ini amat perlukan perpaduan.

2. Pas pernah menolong Umno dalam mempertahankan kuasa. Pas telah ditendang daripada perkongsian kuasa palsu tajaan Umno demi perpaduan Melayu dan Islam. Umno sebagaimana kita kenal sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahan kuasa seperti rasuah politik, mencabul kedaulatan undang-undang, memfitnah, mengadai hak dan maruah bangsa Melayu, gagal mebela Islam, tidak mahu berhukum dengan hukum Islam dan sebagainya. Apakah Nakhaie sanggup mengorbankan semua itu demi perpaduan kosong tajaan Umno. Kita tidak faham bagaimana jiwa beragama Nakhaie boleh tenang dengan segala kejahatan Umno yang beliau junjung dan sanjung sekarang.

3. Pas kena bertaubat daripada menuduh Umno kafir dan meletakkan Umno sebagai musuh terulung sehingga permusuhan terhadap Umno melebih permusuhan terhadap lain.

Kita menjadi keliru bagaimana orang yang pernah menjadi Naib Presiden Pas boleh keliru dengan huraian batas iman dan kufur dengan tuduhan kafir. Umno gagal memahami batas iman dan kufur dan saranan perpaduan hendak dibuat diatas dasar apa, Islam atau assabiyah Umno. Tahap kefahaman Nakhaie adalah sama dengan Ibrahim Ali Presiden Perkasa atau Najib yang menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang penyelesaian perlbagai krisis yang menimpanya.

4. Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tapi tak rela berjabat salam dengan Datuk Seri Najib Razak.

Itulah hujah politik Nakhaie yang menyebabkan beliau meninggalkan Pas dan bersama Umno. Hujah yang dipasang serupa dengan Pengerusi JKKK atau AJK Umno peringkat kampung. Saya tidak tahu berapa orang lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam yang bergerak bersama Pas terkesan hujah bodoh itu.

Kita tidak akan lupa isu siggah salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh ketika lawan Mahathir yang dijadikan modal menghodohkan dan mempertikaikan keikhlasan Tengku Razaleigh mempertahankan Melayu dan Islam sedangkan Mahathir juga memakainya, malah lebih besar dan lebih agam.

5. Bila pulak Nakhaie ingin bertaubat dan menyelaraskan kefahamannya dalam beragama dengan keterlibatan beliau dengan perjuangan sekular Umno dan jauh daripada Islam. Kotornya segala kahak, gelema, nanah, darah dan pelbagai kekotoran yang pernah dilemparkan oleh Nakhaie, kini dikeman dan ditelan sungguh-sungguh.

Apapun kita sadar sangat-sangat bahawa sememangnya orang Melayu Islam kurang belajar dan kurang membaca. Ada yang cerdik pandai lebih mengutamakan kepentingan perut dan dunia yang diibaratkan oleh baginda Nabi sebagai tidak berharga seumpama bangkai kambing.

Nakhaie juga perlu jelaskan tahap kecenderungan kepada orang yang zalim sehingga kita dijanjikan dengan sambaran api neraka oleh Allah. Jangan pula cerdik pandai agama dan orang alim menjadi ulama jahat yang diingatkan oleh Junggungan Nabi Besar Muhamad s.a.w.


No comments: