Wednesday, October 5, 2011

Bajet poket kosong?

Pakatan mengemukakan Bajet Alternatif untuk membantu rakyat tersepit. Pakatan mempunyai alternatif untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi yang cipta oleh pemerintahan 54 tahun Umno.

Pakatan belum pernah diberi mandat untuk membuktikan kemapuan mereka untuk menterjemahkan bajet yang dikira alternatif belanjawan Umno yang saban tahun berjanji untuk menyelesaikan beban rakyat tetapi terbukti masalah ekonomi negara kian meruncing.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir melihat belanjawan alternatif Pakatan Rakyat ibarat poket kosong. Menurut Mahathir, senang mahu belanja duit yang kita tidak ada. Itulah Mahathir yang mahir dengan mentaliti rakyat Malaysia khasnya orang Melayu. Jarang Melayu yang suka berfikir maka mereka senang termakan dengan lojik bodoh seperti yang dikemukakan oleh Mahathir.

Mahathir bukan bodoh untuk mengakui bahawa belanjawan yang Umno/BN buat selama 22 tahun ketika beliau mentadbir Malaysia adalah duit bapaknya atau duit datuk neneknya atau harta yang menjadi hak Umno/BN . Mahathir dan semua Perdana Menteri dari sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin dan Tun Abdullah Badawi sehingga zaman Najib bukan menyediakan bajet dari poket mak bapak mereka atau duit Umno/BN. Mereka dapat menyempurnakan pembentangan bajet dan membelanjakannya kerana mereka mendapat mandat yang diamanahkan oleh rakyat.

Pakatan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir, juga faham untuk mendapatkan duit dan membelanjakannya jika diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Tidak timbul masalah berbelanja duit yang kita tidak ada sebagaimana diucapkan oleh Mahathir.

Sayangnya ungkapan bodoh Mahathir mempersendakan mandat rakyat kerana kebencian beliau kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah diberi liputan meluas oleh media pengapu Umno. Sepatutnya media perlu sedar bahawa Mahathir sudah terlalu tua untuk mencampuri urusan politik negara , beliau sudah nyanyuk.