Wednesday, February 2, 2011

Siapa pelupa?

Segala yang berkaitan dengan Melayu adakah pelupa? Mahathir mengakui bahawa Melayu mudah lupa. Mahathir sendiri yang memiliki setitis darah Melayu benar-benar menjadi pelupa. Banyak fakta yang orang tua tu sudah mula lupa.

Perkara yang paling dilupai oleh Mahathir ialah segala perancangannya memporakperanda perpaduan Melayu. Melayu Umno yang dipimpin Mahathir telah membuli semaunya saudara sebangsanya dari Pas, Parti Melayu Semangat 46, dan terakhir Melayu dalam PKR dinafikan segala unsur perpaduan yang wujud sejak azali dikalangan mereka, bangsa Melayu.

Penyakit lupa juga menyebabkan Melayu Umno masih memuja Mahathir sebagai negarawan ulung negara walaupun Mahathirlah yang menafikan royalti petroleum untuk Melayu Terengganu ketika diperintah oleh Pas. Mahathir yang menafikan kemajuan bangsa Melayu dan berselindung disebalik dasar pengswastaan yang mengutamakan kroni dan puak Melayu Umno. Sesungguhnya Melayu Pas amat memiliki jati diri dan mampu menyaingi Melayu Umno yang sentiasa dibantu dan memerlukan tongkat. Melayu yang mendapat pelbagai keistimewaan daripada kerajaan Mahathir . Melayu yang hilang identiti kemelayuan mereka dan sanggup menindas dan menafikan hak saudara Melayu mereka hanya kerana berlainan anutan politik. Bukankah Mahathir yang menyuburkan dasar jahat ini?

Mahathir benar-benar pelupa bila menyentuh perpaduan Melayu. Mahathir cuba membunuh hayat politik Tengku Razaleigh menyebabkan Melayu berpecah kepada parti Semangat 46. Mahathir yang memfitnah Anwar sehingga Melayu berpecah menjadi parti Keadilan Rakyat. Mahathir juga lupa bahawa rata-rata penyokong Pas terdiri daripada orang Melayu Islam. Maka apakah Mahathir lupa "Onarnya" yang amat membantu kepada perpecahan Melayu dan dasar-dasarnya yang menyebabkan Melayu Umno terus lembik, lemah dan menempelkan hayat mereka kepada Umno?

Maka apakah orang Melayu lupa atau Melayu Umno yang pura-pura lupa seperti "beruk" yang sentiasa berkerumun di pokok yang berbuah? Melayu tidak akan lupa seperti terungkap dalam pelbagai versi keilmuan Melayu.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik di kenang jua.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama.

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati.

Kalau ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur panjang
boleh kita berjumpa lagi.

Maka sejarah tamadun bangsa Melayu bukannya pelupa sebagaimana pelupanya Mahathir yang hanya memiliki setetes darah Melayunya itu. InsayaAllah Melayu tak akan lupa sejarah kekejaman Mahathir terhadap bangsa, bahasa dan agama orang Melayu.