Wednesday, January 5, 2011

Bukan bunuh diri dan bukan dibunuh....

Nyawa paling berharga kepadan setiap anak Adam. Seperti kehormatan, akal dan keturunan, nyawa dijaga oleh Islam dibawah hukum had. Kerana berharga, mengambil nyawa sendiri adalah haram dan dosa besar mengikut Islam.

Dalam konteks menjaga nyawa, kematian Teoh Beng Hock pada 6 Julai 2009 lalu tiada hukum dalam mana-mana undang-undang dapat menentukan keadilan untuknya. Teoh Beng Hock mati bukan dibunuh dan bukan bunuh diri. Kalau boleh ditambah kepada penghakiman yang telah dibuat, Teoh mati bukan juga kerana kemalangan. Orang Islam percaya Teoh sama ada bunuh diri, dibunuh, kemalangan atau mati biasa adalah kerana sudah sampai ajalnya.

Soalnya orang muda Teoh mati kerana kerana apa walaupun kecederaan dilehernya disahkan oleh hakim bahawa ianya berlaku sebelum terjatuh. Memang diyakini bahawa kecederaan dileher tidak menyebabkan Teoh mati tetapi apakah "ising" Teoh menyebabkan beliau terjatuh dari tempat yang begitu tinggi jika tidak membunuh diri atau dibunuh.

Hakim semestinya sukar untuk menentukan keadilan untuk Teoh dan rakyat Malaysia seperti juga rakyat Malaysia menjadi begitu sukar untuk mempercayai penghakiman yang adil terutama melibatkan kepentingan Umno/BN yang memerintah. Kes Teoh sekurang-kurangnya menjadi koleksi kes untuk menjadi hujah rakyat tidak meyakini sistem kehakiman negara.