Monday, January 28, 2013

"Mua"

Mengikut Mahathir, Malaysia sebuah negara demokrasi yang mempunyai tahap penentangan politik terhadap dasar-dasar kerajaan yang tinggi. Apa sahaja dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, rakyat akan menggunakan saluran politik demokrasi untuk menunjukkan bantahan. Hinggakan usaha murni kerajaan untuk memastikan keselamatan nyawa rakyat melalui penggunaan kaedah dan peralatan tercanggih (AES) menjadi bahan politik dan diberi penentangan. Mengikut Mahathir lagi, kemajuan Malaysia, pertambahan bilangan kenderaan, kekurangan dan kealpaan tenagan manusia dan kehebatan peralatan elektronik moden dan canggih tidak dapat menyedarkan rakyat Malaysia, betapa pentingnya perlaksanaan dasar dan kaedah tersebut.

Teruk sangatkah tahap kesedaran politik rakyat Malaysia terutama yang menentang dasar dan penyelewengan Umno-Barisan Nasional sehingga tidak memapu membezakan antara baik atau buruk. Tamak dan gila kuasa sangatkah pembangkang yang menentang dasar-dasar Umno-Barisan Nasional hinggakan tidak mampu berfikir yang terbaik untuk rakyat dan negara. Mahathir sendiri, apakah beliau sanggup mengesahkan bahawa semua dasar celaru Umno-Barisan Nasional sejak zaman beliau adalah terbaik dan tanpa cacat. Atau Mahathir sentiasa berfikir bahawa semua pembangkang adalah orang yang seperti beliau, sanggup berbuat apa sahaja untuk membolehkan Umno-Barisan Nasional terus berkuasa. Bukankah terlalu pandir komen beliau terhadap pendedahan penyelewengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan mempertahankan kuasa Umno. Begitu juga dengan eksploitasi segala media utama sehingga menimbulkan kebencian melampau rakyat kepada Umno-Barisan Nasional sejak zaman beliu juga merupakan tindakan yang perlu dipersetujui dan perlu diikuti. Betul jika Anwar melawan Mahathir kerana ingin kuasa, tapi Anwar tidak terlalu bodoh untuk menunggu sekejap segala kemusnahan yang diusahakan oleh Umno dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang fitnah dan kerbencian terhadap dirinya.

Penggunaan peralatan elektronik untuk mengesan kesalahan lalu lintas jalan raya tidak mungkin dibantah oleh rakyat jika betul dan jujur perlaksanaannya untuk rakyat. Rakyat  menentang kerana  mereka tahu bahawa terdapat kecelaruan dan kesan buruk terhadap hidup rakyat. Mahathir terlalu membodohkan rakyat hinggakan beliau beranggapan bahawa rakyat tidak tahu kejelekan kronisma yang terus diamalkan oleh Umno-Barisan Nasional dan menindas rakyat. Begitu Mahathir akan mempertahankan dasar pengswastaan walaupun mutu kerja syarikat kroni yang mendapat projek dibawah tahap yang diharapkan. Persoalannya, Mahathir mahu rakyat menanggung segala kos dan kesukaran kerana beberapa Melayu yang jadi jutawan. Rakyat tidak perlu menggunakan peruntukan demokrasi untuk menyatakan pendapat. Rakyat perlu tunduk kepada kecelaruan pemimpin yang hilang arah dan matlamat hidup.Melampau dan bangang.

Rakyat adalah rakyat yang patuh. Sejak dahulu kala, manusia sedia diperhambakan oleh pemerintah malah sanggup dikorbankan. Rakyat lebih memikirkan keselamatan negara dan keharmonian hidup dan sedaya upaya cuba mengelakkan persengketaan sehingga dijadikan landasan kemusnahan sendiri. Mahathir amat tahu perkara ini kerana beliau telah melakukannya. Sungguhpun demi8kian, kerajaan sebagai pemerintah tidak boleh terlalu "mua" untuk terus disanjung rakyat.

Monday, January 21, 2013

Agenda

Dr Haron Din barangkali benar tidak faham dialek bahasa Inggeris dalam memahami kiasan yang dibawa oleh Tun Mahathir Mohammad, " Better the devil you know then the angel you dont." Kefahaman Dr Harun berbahasa Inggeris mungkin tidak sebaik Mahathir, walaupun bahasa Inggeris Mahathir pun bukan baik sangat. Harun Din menyuruh Mahathir bertaubat kerana silap (?) memahami dan menghubungkan syaitan itu sebagai jahat dan malaikat itu sebagai baik. Harun Din sesungguhnya memenuhi tanggungjawab kepada sesama Islam dan sebagai ulama yang meminta Mahathir bertaubat (kembali) daripada kesilapan berdasar kefahamannya terhadap ungkapan Inggeris yang hebat itu. Baiknya Mahathir kerana dapat terima teguran ulama seperti Harun walaupun sejarah lampau beliau pernah mempersoalkan nasihat ulama.

Mahathir bukan insan yang boleh menerima pandangan orang lain dengan begitu mudah sebagaimana susanya beliau mengakui kesilapan beliau walaupun belaiu akan mengakui kesilapannya seperti dalam kes pemberian kad pengenalan (status kewarganegaraan) kepada rakyat asing. Mahathir mengakui tetapi tetap merasakan tindakannya itu betul. Betul berdasarkan pemikiran logiknya.

Jadi kita tidak terkejut jika Mahathir cuba mewajarkan ungkapan hebat yang dipetik daripada kiasan bahasa Inggeris dengan kenyataan Nik Aziz yang di buat 24 Januari 1999 yang dikatakan berkata, "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, MIC
 Kalau nak menolong mengapa tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima."

Mahathir bukanya terlalu asing dengan budaya Melayu walaupun bukan "orie" . Mahathir lulusan universiti Singapura dan masih dalam kelompok budaya Melayu Nusantara. Paling penting Mahathir ialah seorang pemimpin Melayu dan Islam. Kiasan Nik Aziz bukan kufur untuk membolehkan Harun Din atau Majlis Syura  Ulama PAS untuk menegur beliau dan menyuruh bertaubat. Sayang Mahathir cuba membuat sebagai tidak faham dan cuba mengeksploitasi kiasan Nik Aziz mengikut kepentingan politik sempit Umno.

Saya banyak membaca pemikiran Mahathir berkenaan Islam, dan kita tidak yakin beliau keliru dengan kiasan Nik Aziz jika bukan kerana niat dan agenda politiknya. Kalaupun Mahathir boleh menolak pengertian Harun Din dan mewajarkan ungkapannya yang dipetik itu tidak bercanggah dengan Islam, masakan beliau keliru pula dengan ungkapan jelas Nik Aziz dalam bahasa Melayu. Bolehkah sesiapa menyekat sebarang pertolongan daripada sesiapa hatta syaitan untuk tujuan kebaikan dan kebajikan sedangkan hakikat bergantung harap dan pertolongan seseorang Mukmin itu hanya daripada Allah. Apakah Allah akan mempersoalkan ilmu kita untuk menyaring setiap niat dan tujuan pertolongan itu kerana ianya daripada syaitan? Salahkah sunnah yang ditunjukkan oleh nabi kita untuk membuat perjanjian dengan syaitan (musuh)? Namun yang jelas kita diajar untuk menegakkan  kebaikan sama ada kepada  puak kita atau musuh.

Kenapa Mahathir tidak meminta Harun Din dan Majlis syura Ulama Pas untuk menjelaskan konsep pertolongan syaitan yang dibolehkan mengikut pandangan Nik Aziz. Sesungguhnya Mahathir bukannya terlalu cetek ilmu agamanya kecuali kecintaannya kepada kekuasan menyebabkan beliau lupa untuk kembali kepada tuntutan Islam jika berlaku percanggahan pendapat, iaitu Quran.