Thursday, December 23, 2010

Saman ekor swasta

Kerajaan Umno/BN yang diterajui oleh Najib Razak benar-benar tidak berhati perut. Tidak memahami penderitaan rakyat. Kerajaan yang sentiasa memikirkan untung pemimpin dan keroni. Sejarah pengswastaan yang dipelopori oleh Mahathir membuka ruang dan peluang kepada penyangak untuk menghisap darah rakyat. Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan kuasa beli rakyat yang kian merosot.

Jeitan derita rakyat tidak pernah menyentuh hati dan perasaan pemimpin yang kononnya mendahulukan rakyat. Kenaikan harga petroleum dan gas serta pelbagai barang keperluan dibuat secara senyap-senyap dengan harapan rakyat tidak bangun memberontak. Pengajaran melalui Pilihan raya Umum ke 12 lalu tidak dapat mengurangkan ketamakan pemimpin Umno/BN. Rakyat tidak sedar bahawa pemimpin Umno/BN akan berusaha mengumpul isi perut selagi ada kesempatan dan kesempatan itu ilah kuasa yang rakyat berikan.

Terbaru ialah kelulusan Rang Undang-undang Pengakutan Jalan (pindaan) 2010 yang memberi hak kepada 2 syarikat untuk mengendalikan ke saman ekor. Saman ekor yang menggunakan Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipersoalkan kesahan dari segi undang-undang dan moral. Siapa yang bersetuju dengan keadilan sistem saman ekor kecuali manusia paling tolol.
Penyenaraian hitam kenderaan yang terlibat dan jumlah saman terkumpul benar-benar membeban rakyat dan jauh sekali untuk mendidik penguna jalan raya supaya berhemat dan cermat memandu.

Soalnya, apakah rasional keranaan melantik syarikat Beta Teguh Sdn Bhd dan Comercial Circle (M) Sdn. Bhd. sedangkan pegawai-pegawai JPJ telah dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Nampak sangat kerajaan menjadikan saman ekor sebagai sumber pendapatan yang lumayan dengan standard pengendalian jalan raya di Malaysia yang tidak dapat dibanggakan. Syarikat yang mengendalikan jalan raya amat tidak bertanggung jawab dan banyak kes pengguna jalan raya terpaksa menanggung kerugian harta dan nyawa kerana kecuaian syarikat berkenaan.

Sesungguhnya kerajaan Umno/BN amat bernasib baik kerana rakyat Malaysia paling senang diurus dan lembut hati. Mereka bertolak ansur dengan pelbagai kekurangan syarikat yang mendapat konsesi daripada kerajaan untuk mengurus pelbagai keperluan kehidupan mereka atau karenah birokrasi menyebabkan rakyat malas untuk menuntut "hak" atau rakyat sememangnya tidak jelas "hak" mereka. Atau sememangnya kerajaan Umno/BN akan sentiasa menyembunyikan terma perjanjian yang melibatkan harta awam yang sentiasa menguntungkan syarikat kroni pemimpin? Berapa orang yang sedar dan faham terma perjanjian pengswastaan Syarikat Air Selangor (SYABAS)? Ramai yang terkejut "beruk" bila mendapat tahu pendapatan bulan Pengerusi SYABAS bernilai lebih daripada Rm 400,000.00 sebulan.

Kita amat yakin pengswastaan saman ekor akan menyebabkan rakyat lebih terbeban dengan pelbagai caj yang dikenakan oleh kerajaan atau kuncu-kuncunya untuk terus memeras rakyat.

Friday, December 17, 2010

Penjerat "bodoh"

Pendedahan Wikileks dan komen Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyebabkan Anwar "bertempik" dan Najib buat bodoh. Seperti biasa kedua-dua insan penting itu tampil dengan pembawaannya. Anwar lebih yakin dengan kekuatan berhujah manakala Najib membiarkan masa menyelesaikan segalanya. Dalam kes Altantuya, Najib memekakkan telinga, mambutakan mata dan membiarkan "massa' membuat rumusannya sendiri.

Selain membuat siri ceramah, parti Keadilan telah membuat bantahan rasmi kepada kerajaan Singapura manakala Najib menyatakan bahawa Malaysia dipimpin secara cekap oleh pemimpin yang bertanggungjawab, berdidikasi dan sebagainya lagi...

Ramai yang tersedak bila ulasan "bodoh' oleh Menteri Kanan Singapura berkenan Anwar dan Najib. Ada benarnya jika jika ulasan ditujukan kepada pemerintahan dan kepimpinan di Malaysia. Bukan sahaja Lee Kuan Yew, ramai rakyat Malaysia berpandangan demikian namu dalam kontek hubungan diplomatik mereka tidak berhak untuk berbuat demikian. Kita juga yakin jika Malaysia diurus tadbir oleh Kuan Yew, keadaan menjadi lebih baik dan teratur. "Kecelaruan" yang dicipta oleh kepimpinan Umno lebih 53 tahun sejak merdeka begitu terasa dan menjijikkan. Seperti biasa Umno/BN berbangga dengan kepimpinan korupnya.

Kebodohan Kuan Yew ketara bila mengulas nasib Anwar yang diperangkap. Jika betul Anwar diperangkap, alangkah bebalnya pemasang perangkap untuk memerangkap Anwar dalam kes Liwat II. Pendakwa menjadi gila "ising" dan menyalahgunakan pelbagai kesempatan undang-undang sehingga rakyat paling "dungu" dapat memahami pembicaraan yang tidak adil terhadap Anwar.

Andai Anwar terjerat dengan perangkap yang dipasang oleh musuh politiknya, alangkah bebalnya pemasang perangkap. Kekeliruan laporan perubatan keatas umpan perangkap meyakinkan kita bahawa pemasang perangkap bodoh atau Anwar tidak masuk perangkap. Bukan sahaja Kuan Yew, orang biasa akan memikirkan bukti yang hebat untuk memerangkap Ketua Pembangkag yang menjadi duri dalam daging kepada Umno dan BN.

Soalnya kenapa Kuan Yew mengeruhkan hubungan dua negara berjiran dengan komen yang tidak begitu "cerdik".