tag:blogger.com,1999:blog-58049026631555649642024-03-13T10:51:43.728+08:00Singgah abbebakarSinggah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.comBlogger204125tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-36175087888421181392013-10-01T16:46:00.000+08:002013-10-01T16:46:07.685+08:00RuntuhTerengganu Darul Iman, negeri yang rakyatnya terdiri daripada orang-orang beriman. Pemimpin-pemimpin dan pembesarnya adalah orang yang mantap iman.

Terengganu juga negeri yang kaya dengan hasil minyak. Ada yang menamakannya sebagai Kuwait Malaysia. Hasil mahsulnya memang banyak dan kekayaan hasil negeri melimpah ruah. Sayangnya rakyat Terengganu diantara termiskin di Malaysia.

Sepanjang sejarah Terengganu merdeka bersama Malaysia, hanya seketika negeri itu diperintah oleh Pas, ketika bermenteri besarkan Almarhum Daud Samad dan Dato Seri Abdul Hadi Awang. Hampir setengah abad Terengganu diperintah oleh Umno/Perikatan dan Umno/Barisan Nasional. Parti siasah yang dipercayai boleh menjaga negeri dan rakyat Terengganu dengan cemerlang.

Terkini Terengganu dikuasai oleh Umno/BN dipimpin oleh Ahmad Said yang dijangkakan tidak lama memerintah setelah Idris Jusoh tidak dipersetujui oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan. Ahmad berjaya menjadi Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua.

Sejarah pengukiran tamadun terhebat diTerengganu sebagaimana diwar-warkan ketika Idris Jusoh menjadi Menteri Besarnya terencat dah melebihi 6 tahun. Idris dan selogan pembangunan yang tidak pernah dilihat mata dan tak pernah terlintas dihati menjadi permulaan runtuh meruntuh di Terengganu.

Zaman Idris sebagai Menteri Besar, Terengganu bermewah dengan wang royalti yang ditukar menjadi wang ihsan. Umno dan barua Umno memperlakukan semaunya kerana wang ihsan sebagaimana berbelanja duit pusaka mak bapak mereka. Sejarah penafian hak rakyat yang menyokong oposisi tidak pernah berubah, mereka sentiasa terpinggir dan dipinggirkan.

Pembangunan bukan ikut merit kepentingan. Pemimpin akan memikirkan projek untuk membawa khazanah negeri kepangkuan puak dan kroni. Barua-barua Umno menjadi kontraktor-kontraktor yang mendapat tender kerajaan. Siapa yang berani mempersoalkan kerana SPRM perlu mendapat persetujuan Menteri besar untuk menyiasat salah laku rasuah walaupun mereka tahu siapa perasuah dan berleluasanya rasuah. Samseng-samseng menjadi orang kanan dalam politik Umno sehingga ada yang lebih berkuasa daripada Ketua Polis Daerah.

Menteri Besar Ahmad Said pura terkejut dan tunjuk cenge dalam kes bumbung Masjid Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh. MB mengarahkah supaya SPRM menjalankan tugasnya. Bodoh pertanyaan, apa perlu MB meminta SPRM jika badan itu benar-benar bebas dan bertanggungjawab?

Rakyat yang tiga suku celik huruf pun tercengang kerana kes runtuh di Terengganu Darul Iman bukan pertama kali dan bukan pula yang terbesar. Malah bekas MB Terengganu Idris jusuh sendiri pernah meruntuhkan Masjid Bujal di Kemaman ketika berkuasa. Runtuh dan meruntuhkan bukan perkara luar biasa di Terengganu. Lihat kes-kes runtuh dan termasuk Stadium tercanggih dan terbaru runtuhdi Terengganu.

Lampiran senarai
binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, MarangTarikh: 12 April 2008Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong BadakTarikh: 2 Jun 2008Harga: RM292 jutaPunca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocorTarikh: 5 Jun 2008Harga: RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggalTarikh: 29 Jun 2008Harga: (terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), KemamanMaklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.Maklumat – tumbang.Tarikh: 6 Ogos 2009Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, KemamanTarikh: 3 Oktober 2009Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala BerangTarikh : 21 Disember 2009Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan
projek)Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti
Malaysia Terengganu (UMT), Kuala TerengganuMaklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap
dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di BesutTarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia
Terengganu di Bukit Kor, MarangTarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah PakaTarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar ChukaiTarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulihTarikh: 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala BerangTarikh: 20 Mei, 2013Harga: RM1.4 juta

Kesimpulannya, pengundi di Terengganu masih tidak terkesan dengan senarai panjang keruntuhan harta benda mereka angkara salah laku pemimpin Umno. Bagaimana penyokong Umno dapat menilai keruntuhan akhlak dan aqidah di kalangan rakyat Terengganu. Ketika mengundi, mereka akan memberi undi mereka untuk Umno kerana rasuah pilihan raya hingga mereka lupa tujuan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan yang ditunjangi roh iman dan taqwa.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-37646968741100096122013-09-25T16:11:00.002+08:002013-09-25T16:11:34.446+08:00Cerdik.Masa cukup lama Nahathir jadi Perdana Menteri. 22 tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Mahathir mengakui kegagalan. Terbaru Mahathir mengakui kelemahan sendiri memantapkan Umno dengan orang yang cerdik. Orang-orang bodoh dalam Umno.

Kebanjiran orang bodoh dalam Umno mungkin disebabkan beberapa perkara.

1) Ramai orang cerdik tak suka kepada Umno.

2) Hanya orang-orang bodoh masih yakin dengan Umno sedangkan orang cerdik sadar Umno adalah pertubuhan politik yang tidak boleh diharap untuk menjadi sebuah kerajan yang berkesan.

3) Mahathir tidak berjaya meyakinkan orang-orang cerdik bersama Umno atau orang-orang cerdik disingkir oleh Mahathir dan kroninya daripada menguasai Umno. Ramai tokoh-tokoh hebat menjadi mangsa Mahathir sehingga Umno dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh?

4) Mahathir bukan pemimpin yang hebat dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk membiarkan orang-orang cerdik bersama dalam Umno. Mahathir tidak sanggup kelihatan tidak cerdik dikalangan penyokong-penyokongnya yang cerdik jika membiarkan Umno dianggotai oleh orang yang cerdik.

5) Mahathir sebenarnya gagal membawa perubahan tahap celek intelek orang-orang Melayu dan bangsa itu masih pada tahap kecerdikan sebelelum merdeka sehingga Mahathir melihat mereka semua sebagai orang yang tidak cerdik.

6) Mahathir dengan kenyataan itu cuba meyakinkan bahawa hanya beliau seorang yang cerdik dan selainnya adalah tidak cerdik.

Cerdikkah Mahathir dan berjayakah Mahathir mencerdikkan rakyat Malaysia. Aku teringat tahap akademik budak-budak sekolah era Mahathir berbanding jati diri dan kesedaran pejuang kemerdekaan serta usaha mereka mencerdikkan diri sendiri. Aminuddin Baki cerdik, Ahmad Ibrahim cerdik, Ghafar Baba cerdik, Chen Peng juga cerdik dan lain-lainya. Kenapa Umno sendat dengan orang tidak cerdik sebagaimana kata Mahathir?Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-80267830418427215352013-09-18T15:58:00.002+08:002013-09-18T15:58:51.473+08:00Siapa sesat.

Syiah sesat. Wahabi sesat. Qadariah dan
Jabariah sesat. Murjiah sesat. Qardiani, lagi lah sesat. Pas, Parti ajaran
sesat. Pas lebih bahaya daripada komunis. Buangkan perkataan Islam daripada
parti Pas. MCA atau MIC adakah sesat? Samy Velu kata ada Hindu yang sesat.

Sepatutnya ditanya, apakah Umno
sesat atau tidak sesat. Sebagaimana sepatutnya orang ramai mengkaji kenapa mereka
mengatakan Syiah itu sesat, Wahabi itu sesat atau Pas parti ajaran sesat.
Masalahnya, mereka sememangnya tidak suka mengkaji walaupun untuk pegangan mereka. Mak
bapak mereka tak suruh kajipun anutan mereka itu betul atau tidak. Malah mereka
akan sentiasa merasakan anutan mereka itu benar walaupun mereka bukan penganut
yang taat.

Ramai yang mengikuti dan yakin bahawa Umno
itu berfahaman ahlul sunnah wal jamaah. Sunnah/Sunni itu sahaja dikira benar
dalam mentafsirkan Islam. Semua orang sunnah yakin dengan kebenaran dan
ketepatan pentafsiran Islam mereka. Kerana itu mereka yakin bahawa Syiah dan
Wahabi itu sesat dan menyesatkan.

Seronoknya, mereka pergi ke Makkah
berimamkan orang Wahabi. Syiah yang mereka kata sesat itu, percaya dengan
kalimah tauhid yang sama. Quran orang Syiah, quran itu lah juga. Jika ada pun
berbeda pendapat dan pandangan kenapa perlu bertempik macam orang sasau. Tukang sorak tu tak lebih daripada media seumpama tv3 yang belum tentu arif tentang Syiah. Tukang canang ni yang lebih-lebih.

Apakah di Malaysia golongan Sunnah itu
tidak dapat diselongkar kesalahan mereka. Apakah bebas mereka daripada bahaya
khurafat. Jilahkah itiqad mereka. Sempurnahkah amalan mereka? Tanyalah lagi.

Sikap ini menyeronokkan dan amat lucu. Umno
yang menolak sebahagian Quran dan menerima sebahagian yang lain itu dikira sunnah juga, maka ianya benar. Umno yang
menjadi teras pemerintahan Malaysia yang sekular dan menolak Islam dalam
pemerintahan itu juga benar. Mereka yang galak membuka dan mempromosi budaya
maksiat, judi, arak, hiburan melampau itu sebagai bertepatan dengan kehendak
Islam sunnah. Betulkah begitu. Syiah dikorek betul-betul kes kahwin mutaah atau sikap taqiyah mereka. Kenapa tidak dijaga aqidah sunni Nusantara yang tercemar sakan dengan bidaah dan khurafat.

Mereka yang menyokong Umno inilah yang
bertempik untuk mengharamkan Pas, Wahabi, atau Syiah sehingga lupa aqidah
mereka bertempek dengan klhurafat; tanpa Umno melaysia tidak akan maju. Tanpa
Umno Malaysia akan huru hara. Tanpa Umno nasib Melayu dan Islam terancam di
Malaysia. Dan banyak lagi, fikirkanlah. Nikah keyakinan sunnah Umno?

Umno juga yang mengajar orang Melayu bahawa
Ikhwanul Muslimin itu diasas oleh pengganas dan sebahagian daripada pengganas. Kerana
ajaran Umno juga rakyat menjadi keliru dan boleh terima kejahatan Fatah Sisi
yang kufur itu untuk menjatuhkan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir
secara sah dan sendat dadanya dengan 30 jujuz al Quran.

Umno boleh terima kekeliruan pendapat ulama
Muda mereka untuk menghalalkan tindakan zalim kudeta tentera Mesir yang sarat
dengan agenda kufar Yahudi-Nasrani menghancurkan kerajaan sah pilihan rakyat
dan dipimpin oleh seorang sarjana yang zuhud dan Islamik.

Adakah orang Umno yang bertempik mengkritik
ulama muda mereka supaya jangan terlalu celupar menyalahkan perjuangan
menuntut hak oleh penyokong Morsi dan membenarkan tindakan biadab kudeta
tentera Mesir. Khiwarijkah mereka?

Umno sudah terlalu keliru dan tersasar.
Wajarkah Umno meneruskan agenda mereka kala segalanya buruk dan lemah. Jenaka
apa lagi yang lebih melucukan ketika mereka berada dalam kandang kesesatan,
mereka berterik, bertempik menuduh orang lain sebagai sesat dan tidak betul.

Benar agaknya orang tua-tua Melayu mengingatkan
kita bahawa, "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik".

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-23868127303265751152013-08-24T14:27:00.002+08:002013-08-24T14:27:41.994+08:00Senang jagi Menteri di Malaysia.Kenyataan pemimpin Malaysia makin kalut. Terbaru Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi menyalahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negewri (ISA) dan Ordinan Darurat (EC) sebagai penyebabkan meningkatnya jenayah di Malaysia.

Polis juga dikatakn hilang taring untuk bertindak. Menteri secara tidak sedar, menyalahkan anggota keselamatan dan sistem latihan kepolisian negara yang memerlukan tongkat, ISA dan EC, dua tongkat yang tidak memerlukan polis mengerahkan keringat untuk membendung jenayah.

Persoalannya, betulkah peningkatan jenayah di Malaysia dan kewujudan 260,000 penjenayah yang dipayungi oleh penjenayah tegar (Hard core) disebabkan pemansuhan akta-akta tersebut? Kita jarang mendengar Menteri menyoroti kelemahan kerajaan dan ketidakcekapan pemimpin Malaysia menyebabkan jenayah kian meningkat terutama jenayah berat.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-81538870522017600162013-08-15T15:00:00.001+08:002013-08-15T15:00:13.293+08:00Sisi vs Morsi @ Yahidi Kristian vs Islam?General As Sisi bukan seorang ulama. Penampilan yang menunjukkan simpati kepada Ikhwan Muslim memungkinkan beliau berada di tapak itu. Tapak dan kedudukan itulah yang digunakan untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan pilihan rakyat, Muhammad Morsi. Mungkin bantuan USD 1.2 bilion yang dijanjikan oleh Washington membunuh nurani As Sisi dan beliau sanggup menukar dengan lebih 3000 nyawa rakyatnya. Pertukaran itu akan lebih mengejutkan memandangkan rakyat Mesir dan penyokong gerakan Islam sudah terlalu lama bersabar dengan segala bentuk konspirasi Yahudi dan Kristian Barat untuk melumpuhkan mereka melalui tangan-tangan boneka yang mereka ukir. Barat yang sudah terlalu jera untuk menghadapi Islam dimedan jihad dan Perang Salib telah memilih kaedah ini.

Orang Islam seluruh dunia tidak terlalu kercewa dengan As Sisi atau El Baradei yang dosanya membunuh rakyat Iraq sudah diketahui umum. Mereka sah menjadi boneka yang diukir dan robot yang diprogramkan oleh Yahudi Kristian Barat. Mereka tidak ada tapak iman yang membolehkan mereka merenung sebarang penyelesaidan untuk rakyat Mesir dan Islam diseluruh dunia kecuali bersama memasuki lubang biawak bersama tuan mereka, Yahudi dan Kristian.

Orang Islam diseluruh dunia dan khsusnya Ikhwan Muslim sudah kenal benar dengan wajah buruk mereka. Lebih setengah abad, ahli Ikhwan Muslim dan umat Islam merangka strategi untuk berhadapan dengan puak sekular yang benci kepada agama ini. Mereka sudah tidak mempu berdiri sendiri tanpa sokongan ulama dan kuasa hipokrit Yahudi Kristian Barat. Ikhwan Muslim dan Muhammad Morsi dapat menang melalui pilihan raya yang bersih dan rakyat sudah benar-benar hilang kepercayaan kepada barua-barua barat yang bertempik diatas tapak sekular.

Orang Islam akan benar-benar kecewa apabila ulama seperti Syeikh Al Azhar bertindak menyokong As Sisi walau atas apa jua alasan. Amat memalukan, ulama yang sepatutnya menjadi penasihat kepada gerakan Islam turut diperalatkan sebegitu rupa oleh musuh untuk menghancurkan umat Islam. Apakah jawapan Syeikh Al Azhar kerana kebebalannya memahami dan membawa percaturan politik semasa menyebabkan As Sisi membunuh lebih 3000 orang Islam setakat ini. Angka yang terlalu menyanyat hati berbanding sejumlah 2000 orang yang dibunuh oleh tentera China di Medan Tiananmen pada Jun 1989. Malangnya kita belum terdengar sekelumit ulasan Yahudi Kristian Barat mengutuk As Sisi atas alasan apa sekalipun.

Sudah sampai masanya, para ulama Islam didedahkan dengan politik moden dan bukan pengertian siasah yang dihurai secara kolot dan ketinggalan zaman. Tok Guru Nik Abdul Aziz atau Tok Guru Haji Hadi boleh diminta oleh Najib untuk memberi kursus kepada seluruh ulama di Malaysia supaya mereka tidak jumud seperti Syeikh Al Azhar ketika menyokong As Sisi mengguling Muhammad Morsi. Modul yang dikemukan oleh Hassan Al Banna patut diajar di Al Azhar walaupun beliau tidak bernah balajar diInstitusi yang tershor itu.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-38997117573560497422013-05-16T16:31:00.000+08:002013-05-16T16:31:34.746+08:00PongahBila Sultan Mizan tak mahu Idris Jusoh setelah Umno/BN menang tahun 2008, Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Ramai yang menyangka Ahmad Said sebagai MB sementara sebelum seorang tokoh yang lebih berwibawa ditemui. Rais Yatim yang kononnya reti undang-undang dan perlembagaan Umno membuat ramalan mudah, Ahmad Said akan guru daripada jawatan MB Terengganu seperti gugurnya buah nagka buruk. Bedebab, pecah dan berulat.

Ahmad Said yang pada mulanya tidak dipercayai sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu akhirnya berjaya mendapat kepercayaan Najib dan menentukan calon Umno/BN Terengganu dalam PRU 13, 5 Mei lalau. Penyenaraian yang memperlihatkan dendam Ahmad Said kepada kelompok Idris Jusoh yang disingkirkan dari arus perdana politik Umno Terengganu. Ahmad Said hampir menguasai sepenuhnya calon-calon Umno/BN Terengganu, walaupun Idris Jusoh berada dalam kedudukannya tersendiri dalam pokitik dan kabinet Malaysia.

Ahmad Said sekali lagi menjadi MB Terengganu dengan reputasi Umno/BN Terengganu yang amat mengecewakan. Pentadbiran 5 tahun Ahmad Said sebagai MB tidak berjaya memberi kekuatan mutlak kepada Umno/BN Terengganu. Kemenangan tipis BN 18 kerusi Dun keatas Pakatan Rakyat 14 kerusi Dun, dijangaka oleh ramai pengamat bahawa Ahmad Said tidak mungkin menjadi MB Terengganu untuk tempoh sepenggal lagi. Ramai calon yang disebut-sebut untuk mengganti Ahmad Said, tetapi sejarah 2008 berulang. Ahmad Said menjadi MB Terengganu tanpa sebarang petanda perubahan yang lebih baik.

Barisan Exco yang pilihan Ahmad Said tidak membayangkan kemajuan untuk rakyat bagi sebuah negeri yang mempunyai rekod bajet paling tinggi di Malaysia itu. Seorang Exconya dikatakan seorang bekas Budak Pejabat dan tidak lulus SPM. Kita tidak mempersoalkan kelulusan aademik calon tersebut kerana kewibawaan dan kepimpinan belum tentu tepat diukur dengan pendidikan, tetapi pandangan umum tidak mampu menafikan bahawa setiap kelemahan kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan Ahmad Said adalah kerana gaya berpolitik beliau yang songsang, mengutamakan puak daripada kebolehan.

Ahmad Said MB Terengganu yang memalukan. Bagaimana Ahmad Said boleh berfikir untuk tidak memasukkan soal agama dibawah pengawasan seorang Exco. Barangkali itulah cara kepimpinan Ahmad Said yang mengutamakan haiwan dalam zoonya dengan peruntukan menjangkau RM50 juta berbanding peruntukkan perumahan rakyat miskin sekitar RM30 juta. Ahmad Said dikirakan keliru antara kepentingan rakyat Terengganu dengan haiwan dirimba.

Sifat pongah dan pendendam Ahmad Said tidak berubah. Pengalaman 5 tahun sebagai MB Terengganu tidak menjamin anak Tok Penyadap dari Kemaman itu menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar. Menjadi Menyteri Besar untuk seluruh rakyat Terengganu. Menjadi pemimpin yang faham demokrasi. Menjadi pemimpin yang sadar bahawa seluruh rakyat Terengganu dijamin hak yang sama dibawah naungan raja berdaulat, Sultan Mizan. Ahmad Said mabuk dengan taburan wang rasuah pilihanraya sehingga deman sakan serta meracau apabila majoriti rakyat menolak pendekatan lapuk Umno/BN. Umno menang tipis, sumpah dan rasuah pilihan raya hampir tidak menjadi. Apa lagi rakyat mau?

Ahmad Said sesuai menjadi pemimpin dizaman Firaun di dalam sejaran Mesir kuno. Diakhir zaman kita diingatkan bahawa dajjal akan mendapat sokongan dengan mengandar projek untuk yang bersamanya dan membiarkan kebulur mereka yang menentang. Apakah peringatan tindakan dajjal itu sudah menjadi tanda-tanda yang ianya diaplikasi dalam pentadbiran Ahmad Said. Kita mengharapkan Ahmad Said tidak dicemarkan dengan pelbagai tindakan menindas rakyat. Kita juga mengharapkan Ahmad Said meneliti balik kekhilafan 5 tahun pentadbirannya di Terenganu dengan pelbagai tekanan, ugutan, rasuah dan kronisme tidak menjamin kemenangan bergaya Umno/BN di Terengganu.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-16472730973048316512013-05-03T15:48:00.001+08:002013-05-03T15:48:27.308+08:00KecekPerdana Menteri Najib Razak gesa Nik Aziz bersara. 32 tahun menjadi MB Kelantan dan umur 82 tahun, Nik Aziz digesa berundur. Najib kecek Kelantan. Mengikut Najib, " Hari ini kita nak "kecek" tentang pembaharuan dan abad ke 21, tapi kalau pemimpin dah 82 tahun boleh ke bawa pembaharuan."

Apapun Najib bukan PM yang hebat. Terlalu muda berbanding Nik Abdul Aziz. Tidak ada kehebatan Najib berbanding Nik Abdul Aziz kecuali kebetulan beliau menjadi PM Malaysia. Proses "pemandulan" karisma tokoh-tokoh politik Umno oleh bekas PM Mahathir Mohamad, membolehkan Najib menjadi tokoh paling menonjol dalam kelompok yang lemah. Beliau menjadi PM Malaysia ketika Umno berada pada tahap paling lemah Mahathir sendiri mengatakan bahawa Umno sudah membarah hingga ke usus. Najib sendiri terpalit dengan pelbagai tuduhan yang tidak mampu jentera partinya dan kerajaan tampil menjawabnya dengan sempurna.

Lihatlah dari aspek apa sekalipun kecuali umur, Nik Aziz tidak terlalu tua untuk membawa pembaharuan tidak sebagaimana difikir oleh Najib.

Alur pendidikan dan pengalaman Najib tidak menunjukkan beliau sehebat Rafizi Ramli yang lahir disebuah rumah kampung disebuah kebun getah dan mencicip air perigi. Najib yang lahir di rumah bangsawan Pahang dan menjadi anak Perdana Menteri bukan cerdik sangat untuk menelurkan idea pembangunan yang hebat.

Pengalaman belajar Najib kurang sempurna. Nasib dan kematian ayahnya membolehkan beliau berada di parlimen ketika berusia 22 tahun. Dimana kehebatan Najib jika dibandingkan dengan rekod akademik bininya sendiri Rosmah?

Kemewahan dan kebangsawanannya menyebabkan beliau boleh berkira-kira dan sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk anak-anak dan isteri kesayangannya.Beliau boleh berhutang berbilion ringgit untuk membeli populeriti. Najib bagaikan tidak peduli hala tuju negara yang kian songsang, negara sedang menuju kehancuran. Rakyat dibiarkan leka dengan idea bodohnya untuk menghargai kecelaruan tindakan perdana Menteri mereka yang khilaf.

Kalau itulah maksud pembaharuan yang Najib maksudkan, Nik Aziz pasti tidak sanggup melakukannya kerana beliau takut untuk berjumpa tuhannya diakhirat kelak.

Najib silap kerana dia tak reti kecek (cakap) Kelantan. Orang Kelantan akan memikirkan bahawa kedatangan Najib mencemuh dan memperlekehkan Nik Abdul Aziz sebenarnya beliau sedang kecek (berusaha menipu) orang kelantan. Bukan mudah orang Kelantan menerima kemesraan penggunaan perkataan mereka yang keliru. Mereka selalunya merasakan Najib sedang kecek (tipu) orang Kelantan. Tidak bijak Najib gunakan perkataan kecek (cakap) untuk menafikan jasa Tok guru Nik Abdul Aziz menyebabkan orang Kelantan boleh merasakan bahawa Najib sedang kecek (tipu) mereka. Penggunaan perkataan kecek akan mengingatkan segala perlakuan hodoh pusat dibawah pimpinan Najib terhadap rakyat kelantan.

Nik Abdul Aziz sejak pulang dari luar negara berusaha bersungguh-sungguh "membangunkan" rakyat Kelantan. Segala halangan dan rintangan bukan penghalang beliau untuk berputus asa. Usia 82 tahun tidak menghalang rakyat Kelantan yang dahaga suntikan idea pembangunan daripada Nik Abdul Aziz akan berusaha mencarinya untuk mencicip seteguk air dari kolam ilmunya yang tidak pernah kering.Nik Abdul Aziz telah berjaya membangunkan jiwa orang Kelantan. Mampukah Najib menyuntik pembangunan sebagaimana diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada rakyat Kelantan?

Hebat pembangunan yang diterapkan oleh Nik Abdul Aziz sehingga Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib tidak mampu kecek (tipu) rakyat Kelantan. Mungkinkah Najib juga terpaksa tinggalkan jawatannya dan tidak mampu kecek orang Kelantan untuk menolak kepimpinan Tok Guru tua itu?

Najib seharusnya sayang dan membiarkan Nik Abdul Aziz yang berusia lanjut itu untuk terus menyumbang idea pembangunannya yang hebat itu. Ingat Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan seluruh rakyat Malaysia sedangkan beliau tidak berjaya menerapkan idea pembangunan sebagaimana Nik Abdul Aziz buat. Setelah 56 tahun merdeka, indek kejelekan, moral dan akhlak rakyat Malaysia kian punah. Najib yang bergelumang dengan agenda politik sesatnya lupa kepada natijah pembangunan, membangunkan manusia itu sendiri. Lupa bahawaq beliaupun punya tuhan untuk untuk dinilai KPI nya sebagai PM Malaysia.

Sesiapa sahaja boleh membeli kebodohan rakyat dengan kuasa yang ada sebagimana dibuat oleh Najib sedangkan negara pula menuju kehancuran. Najib sepatutnya dinasihatkan bersara kerana gagal membawa pembangunan bermakna kepada rakyat Malaysia. Kekeliruan Najib menyebabkan beliau merasakan berada pada landasan yang betul. Kesian jika tidak berpandukan agama.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-10662422917144739802013-04-14T17:46:00.001+08:002013-04-14T17:46:35.540+08:00Ubat penenang.Memperkenalkan dirinya sebagai pengasas di Tumpat Kelantan. Juga seorang guru agama yang berilmu, ilmu yang ada dalam dadanya bernilai 2 juta. Tok Ayah Abdullah Saamah yang menjadi ayam sabung Umno bagi mendapat simpati golongan yang mendapat pendidikan pondok. Tok Ayah Abdullah Saamah juga berbangga dengan bangunan 5 tingkat, yang kata beliau pemibinaannya mengikut prosedur tetapi kerana kerja jahat Pas dan Majlis Daerah Tumpat, pembinaan disita. Awang Adik Hussin menyalahkan Pas kerana dendam terhadap Tok Ayah yang banyak menghentam Pas dan Nik Abdul Aziz.

Tok Ayah Abdullah Saamah satu-satunya tok guru pondok yang mungkin dapat digunakan oleh Umno. Lain-lain tok guru mungkin tidak berkelayakan mengikut standard Umno atau tidak ada yang seberani Tok Ayah meperjudikan ilmu dan aqidahnya memfitnah dan memburuk-burukkan Nik Abdul Aziz dan kerajaan Pas Kelantan.

Mengikuti beberapa ucapan Tok Ayah yang dimuat naik dalam internet, seseorang yang waras mungkin boleh membuat tanggapan bahawa:-

1) Tok Ayah perlu dirujuk kepada pakar jiwa. Cara beliau bercakap dan berbangga dengan jumlah wang RM 2juta yang diberikan oleh Najib kepada pondoknya, beliau menunjukkan bahawa sememangnya beliau ada simpton kecelaruan berfikir. Mungkin beliau telalu gembira untuk membuktikan kehebatan beliau kepada murid-murid beliau yang sesungguhnya beliau berada pada makam yang hebat.

2) Cerita pengembaraannya bersama Rasulullah dibumi Kelantan dan sumpah seranah yang beliau kepada Nik Abdul Aziz dan kerajaan Pas Kelantan dan disandarkan kepada Rasulullah adalah keterlaluan mengancam aqidah. Penyokong bersorak dan bertepuk tangan dan berkemungkinan menerima khayalan daripada pengembaran fikirannya bercelaru itu sebagai betul. Ulama Umno sepatutnya peka dengan isu dan penyesatan ini bukan membesar-besarkan fitnah seperti dalam isu kalimah Allah.

3) Dalam ceramahnya, Tok Ayah Abdullah Saamah menyebut bahawa lebih 30 kali Rasulullah membenarkan tindakan beliau mengajar ilmu agama dan termasuk penerangannya membela Umno dan menuduh Pas dan Nik Abdul Aziz sebagai sesat.

4) Kita tidak dapat pastikan cerita Tok Ayah Abdullah Saamah ketika mudanya berjubah dan berserban merah bertemu orang tertentu dan menawarkan diri untuk menjadi calon Pas.

5) Kita sesungguhnya bimbang Umno menyesatkan orang Islam dan memp0eralatkan orang yang terlupa atau tidak telan ubat penenang mengikut peraturan.

6) Umno boleh bercita-cita untuk terus berkuasa tetapi usah gunakan kaedah yang boleh menghancurkan aqidah dan akhlak orang Islam.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-18452799509579660002013-04-13T15:54:00.000+08:002013-04-13T15:54:38.557+08:00Mengata dulang paku serpih.

Mahathir pernah tewas kepada almarhum Haji Yusof Rawa. Mahathir juga pernah menggunakan pentas Pas ketika disingkir dari Umno. Mahathir bernasib baik kerana Hussin Onn membuat kesilapan untuk memilih beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir yang bijak menggunakan peluang, berjaya menyingkirkan saingan beliau untuk menampakkan beliau pemimpin yang hebat. Beliau bukannya hebat dipentas terbuka dan adil. Beliau menyingkir satu persatu saingan dalam politik meninggalkan Umno untuk dipimpin segolongan perasuah yang tiada karisma dan wibawa.

Pru ke 13, Najib dan Umno masih mengharapkan Mahathir membuat percaturan bagai memastikan parti pemerintah itu tidak hancur. Najib menerima Mahathir bukan sebagai mentor tetapi "wali" yang keramat. Umno diyakini menang dengan percaturan Mahathir.

Sesungguhnya Mahathir sendiri gelabah. Harapan beliau mempertahankan Putrajaya adalah perjuangan hidup mati. Kiranya berlaku kekalahan kepada Husam Musa dari Kelantan yang sanggup mempertaruhkan masa depan politiknya mengkagumkan. Kalau Mahathir berdepan Husam di Putrajya dan menang, adalah biasa sebagaimana biasa Mahathir kalah kepada Haji Yusof Rawa. Luar biasa ialah bila Mahathir memilih mana-mana kerusi parlimen di Kelantan dan menang serta memahat sejarah sebagai benar-benar negarawan yang hebat. Kita percaya Mahathir tidak sebodoh itu walaupun kerjaya politiknya sudah tiada masa depan.

Mahathir tidak seberani Lim Kit Siang yang meninggalkan kerusi selamat dan bertanding di Johor. Mahathir memperlekehkan keberanian Lim bertanding di Johor kerana majoriti kaum China. Begitu pula Mahathir, belum tentu beliau sanggup berdepan dengan Nurl Izzah di Lembah Pantai atau Abdul Hadi Awang di Marang. Mahathir boleh menunding jari melondeh kelemahan orang lain, dan beliau jarang memperjudikan nasib ditempat yang beliau belum tentu menang. Mahathir akan sentiasa memastikan beliau dalam situasi pasti menang. Maka apakah hak Mahathir mempertikai percaturan Pakatan Rakyat sedangkan kemelut dalaman Umno berada pada tahap keritikal.

Pru ke 13 akan menjadi pertaruhan terakhir kerjaya Mahathir dan Umno. Aliran sokongan rakyat dan segala pembongkaran kejelekan 56 tahun memerintah Malaysia membuatkan Umno tinggal suatu talian hayat, PENIPUAN. Jika Mahathir boleh menipu untuk merampas Sabah daripada Pairin Kitingan dengan projek IC, apakah mereka mampu bertahan untuk bertanding secara jujur? Soalnya berapa banyak cabang penipuan yang mampu dikesan Pakatan Rakyat dalam Pru kali ini? Kita percaya anjing yang biasa makan tahi, jika tidak dimakan pasti dihidunya. Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-82576168678172238012013-03-25T13:25:00.000+08:002013-03-25T13:25:29.906+08:00KebimbanganMenteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin baru sedar dari lena panjang. Beliau menjangka lebih banyak gangguan akan berlaku dalam perhimpunan politik menjelang Pru ke 13 nanti. Hisyamuddin yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan dalam negara mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak laporan dibuat oleh Pakatan Rakyat berkenaan gangguan sepihak terhadap majlis anjuran pembangkang. Umno/BN parti yang memerintah bukan menunjukkan adab tapi menunjukkan kuasa dan keangkuhan. Hishamuddin manakan tidak tahu. Sebagaimana kes Bersih kecuali yang terakhir, Hishamuddin mesti tahu dan saksikan sendiri betapa keganasan menjadi agenda utama kementerian beliau. Polis telah diperalatkan semaunya terhadap rakyat yang berhimpun menunjukkan rasa berdasar hak yang dijamin oleh perlembagaan.

Selaku Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin perlu tahu saban malam majlis anjuran Pakatan Rakyat mendapat gangguan samseng upahan. Apakah tidak ada laporan maka polis tidak bertindak. Atau kita bimbang bahawa Hishamuddin mengarahkan supaya anggota keselamatan tidak bertindak? Maka untuk apa kebimbangan Hishamuddin jika sememangnya mau berbuat demikian?

Jangan biarkan rakyat membuat tanggapan sendiri terhadap kejujuran beliau dalam menangani provokasi daripada mana-mana pihak. Pastikan semua rakyat mendapat hak sebagaimana dijamin oleh perlembagaan negara untuk berpolitik. Sebarang kecondongan menyebabkan rakyat bertangapan jahat terhadap Hishamudin. Soalnya bagaimana kerajaan akan mertakan keadilan kepada semua rakyat jika gagal mengasingkan kepentingan politik peribadi dengan hak bernegara yang dijamin perlembagaan?

Hishamuddin menyaksikan terlalu banyak onar yang dibuat oleh pemerintah terhadap seteru politik mereka. Kasih sayang dan semangat patriotik rakyat dipersoalkan dengan cemuhan berbaur politik. Terkadang sarat dengan fitnah. Bolehkan rakyat kagum dan akur dengan pemerintah yang gagal memisahkan hak bernegara dengan kepentingan politik peribadi. Memalukan jika Hishamudin tidak sadar bahawa rakyat kian cerdik untuk memikirkan salah urus sebuah negara. Ataukah sememangnya negara sedang dipimpin oleh mereka yang kurang cerdik untuk memahami fungsi mereka sebagai manusia politik dan pemimpin sebuah kerajaan?

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-13361913467677290112013-03-24T16:17:00.003+08:002013-03-24T16:17:56.210+08:00SelesaikanlahTidak seinci bumi Malaysia yang tidak dijelajahi. Tidak senafas udara bumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang tidak disapanya. Semuanya sudah. Hebahan janji ditepati sempurna sesempurnanya. Bantuan rakyat 1 Malaysia sudah diberi. Semua rakyat sukakan Najib. Najib Perdana Menteri Malaysia yang paling pemurah. Najib memohon supaya beliu dan partinya Umno/BN terus diberi amanah mengemudi Malaysia.

Najib juga berjaya membuktikan negeri-negeri dibawh Pakatan Rakyat gagal diperintah dengan baik. Selangor penuh dengan salah tadbir dan tidak cekap. Pulau pinang menjadi tempat hak Melayu dan Islam diperkosa oleh DAP. Isu perkaum dijaja kepada seluruh Melayu di segenap ceruk rantau Malaysia. DAP pembunuh Melayu dan Islam. Kedah pula penuh dengan krisis dalaman. Kedah tidak maju. Kedah dibawah Azizan Razak penuh dengan penyelewengan. Perak? Nasib baik Najib berjaya menyelamatkan Perak daripada Pas yang menjadi barua DAP.

Maaf. Kelantan satu lagi negeri yang mundur dibawah Pas. Rakyat Kelantan ni susah sikit. Mahathir yang hebat tu gagal mngembalikan Kelantan kepangkuan Umno/BN. Mungkin kali ni Najib akan berjaya. Najib akan menjadi sehebat Mahathir jika tidak lebih jika berjaya menawan Kelantan. Jika tidak silap strategi, Najib akan berjaya. Kejayaan terbesar beliau dalam sejarah hidup sebagai anak Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. Idea Najib hebat. Najib kembali kenal dosa dan pahala apabila terfikir ketaksubaban (?) orang Kelantan kepada Nik Aziz. Di Kelantan Najib yang terlupa untuk mencerakinkan jenis-jenis najis mengikut kitab fiqah Syafie sudah bertindak sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Malaysia. Najib memberi 7 dosa besar Nik Aziz dan Pas memerintah Kelantan. Barangkali kerana berguru dengan Tuan Guru Pondok Abdullah Saamah maka Najib cepat alim.

Nika Aziz dan Majlis Syura Ulama barangkali terlupa membincangkan 7 dosa besar yang dilakukan oleh Pas di Kelantan. Fatwa Najib perlu diberi perhatian kerana melibatkan dosa besar. Apa lagi prinsip Pas dalam meletakkan calon pilihan raya mestilah seseorang yang tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekali melakukan dosa kecil. Juga jika boleh mennggalkan makruh. Kaki betina, pemfitnah, perasuah, pemabuk, pengsonglap reta rakyat dan negara, penolak hukum Allah, pemusnah bahasa, bangsa dan budaya Melayu dan kerja-kerja karut yang banyak dibuat oleh Umno cuba hindar oleh Nik Aziz dan Pas. Tak apa kerana Pas bersedia menerima teguran apalagi oleh pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia. Barangkali jika perlu Pas boleh panggil Najib untuk bermuzakarah (debat Najib kata bukan budaya kita) berkenaan 7 dosa besar yang disenaraikan ke atas kerajaan Kelantan.

Cuma jika boleh, Najib perlu menjawab beberapa persaoalan besar yang berlegar dalam kotak pemikiran rakyat. Barangkali rakyat seperti Lim Guang Eng atau Chua Soi Lek tak reti dosa besar atau kecil, tapi moral berkehendakan Najib menjawabnya. Menjawab persoalan yang menggerumuti pemikiran rakyat boleh meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Najib atau sekurangnya mengeurangkan stress Najib. Ramai rakyat merasakan wajah Najib menceritakan penderitaan batin dan tekanan perasaan yang hebat. Menjawab akan menyelesaikan keserabutan tersebut.

1) Kenapa Najib tidak menyuruh dakwaan Deepak terhadap beliau dan Rosmah disiasat?

2) Kenapa wujud 2 akuan bersumah PI Bala dan kenapa Najib seakan-akan mengesahkan dakwaan tersebut dengan membiarkan mereka membuat dakwaan palsu (?).

3) Kenapa Najib membiarkan terlalu banyak persoalan berkenaan diri dan keluarga beliau berlalu dalam pemikiran rakyat tanpa diberi penerangan atau penyelesaian. Rakyat dibiarkan tegar dengan pelbagai persepsi salah/betul tanpa sebarang penjelasan daripada beliau sendiri.

4) Kenapa sejak menjadi PM Najib terlalu boros dengan prinsip wasatiyah yang keliru dan celaru dan rakyat digula-gulakan dengan pelbagai bantuan tanpa sebarang perencanaan ekonomi yang mantap untuk kemajuan negara. Rakyat bukannya reti masalah ekonomi negara sebagaimana retinya Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin atau Khalid Ibrahim. Cukupkah kemajuan negara digembargemburkan dengan pelbagai retorik kecemerlangan sedangkan realitinya hampas.

5) Najib dilihat terlalu lemah sebagai perdana Menteri dan gagal menangkis kritikan dan tanggapan umum bahawa beliau dikendali oleh Rosmah dan Mahathir. Cara berpolitik yang beliau amalkan pada era Tengku Razaleigh melawan Mahathir atau ketika Abdullah Badawi berundur adalah amat tidak sesuai bagi Najib pengemudi negara.

6) Najib gagal memperlihatkan diri beliau sebagai pemimpin yang berwibawa dan berani bertindak. Segalanya perlu dinasihati. Rakyat menjadi bimbang apakah beliau juga tidak segan meminta nasihat daripada sami, bomoh, tukang tilik, tok nujum dalam era teknologi canggih kini.

7) Mana hasil transformasi Najib? Apa yang rakyat boleh banggakan dengan transformasi tersebut. Berubahkah pemimpin dan orang Umno. Kurangkah rasuah? Kurangkan jenayah? Terbelakah rakyat lemah berhadapan karenah pemimpin Umno. Kenapa royalti gagal dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu. Kenapa Najib mudah-mudah umumkan royalti untuk Pahang yang telaga minyaknya terdapat dalam perairan Terengganu? Kenapa Najib masih membiarkan SPR menjadi kuda tunggangan Umno? Kenapa SPRM masih cepat bertindak jika kedapatan isu berkaitan dengan negeri atau pemimpin pakatan pembakang dan kaku dengan ribuan aduan terhadap pemimpin Umno dan kerajaan? Kenapa Najib masih dilhat suka kepada fitnah untuk menjatuhkan orang lain? Dan kenapa banyak yang Najib biarkan tanpa jawapan.

Moga Najib tidak gagal umumkan tarikah PRU ke13.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-26100883803810694932013-02-04T17:25:00.001+08:002013-02-04T17:25:42.902+08:00KalimahAllah adalah tuhan seluruh alam, langit dan buminya. Jika ada adalah tuhan orqang Islam, pastinya ia tuhan juga bagi mereka yang ingkar beriman atau percaya kepadaNya. Manusia yang tidak bercaya wujudnya kuasa yang dinamakan Allah juga adalah hambanya dan tidak pernah luput daripada qadar dan taqdirnya. Orang Islam yang yakin juga percaya yang Allah itu tuhan bagi sekalian manusia, beriman atau tidak sejak Adam as hingga Muhammad saw. Maka apa hak kita orang Islam untuk menafikan kemutlakan Allah sebagai tuhan sekalian alam, tuhan bagi orang mukmin dan juga yang ingkar. Sesiapa pun boleh menggunakan malah dalam keadaan tertentu ada yang menggunakan untuk menghinaNya. Orang mukmin tentu tidak bersetuju dengan bentuk penggunaan berkenaan tapi tidak mampu menolak bahawa yang dihina itu adalah Allah, tuhan yang dihina itu. Islam mengajar kita jangan menghina sembahan mereka hingga menyebabkan mereka menghina Allah. Islam juga menjelaskan bahawa terhadap orang Islam sendiri, ada hukum yang ditunjukkan terhadap pengahagian anutnya yang terlanjur sebagaimana disebut secara jelas dalam fiqah Islam.

Kekeliruan dan hakikat mengenal Allah sebagai sembahan (tuhan) menjadi perbahasan ulama usul sejak selepas nabi wafat. Kekeliruan dan pelbagqai tenggapan terhadap Allah menimbulkan pelbagai firkah teologi yang rumit dan sering menyelahkian antara satu dengan lain. Pertentangan boleh timbul diatas dasar kecintaan terhadap Allah atau keinginan untuk mencemarkan kemurnian sifat Allah itu dikalangan orang beriman. Sebagaimana terjadi kepada penganut Kristian, konsep Allah dan penggunaan diyakini menyeleweng daripada asalnya yang berbentuk monotisme kepada poloitisme (konsep trinity) sebagaimana dianuti oleh sebahagian besar penganut agama itu sekarang. Persoalannya bukan penggunaan nama Allah dikalangan bukan Islam, tetapi kekeliruan mereka sebagaimana kelirunya orang Islam sendiri terhadap Allah sebagai tuhan yang mutlak disembah.

Orang Islam dalam Umno percaya Allah sebagai sembahannya namun mengabaikan konsep Allah sebagai pengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna sehingga setengah pemimpin mereka berbangga dengan kecerdikan mereka menafikan keadilan dan kesempurnaan hukum Allah. Mereka percaya kepada Allah namun kejernihan iktikad dicemari oleh keraguan terhadap Allah yang maha sempurna. Pengabaian Umno terhadap Allah yang sempurna dalam mengatur tatacara kehidupan menyebabkan mereka membiarkan Islam dihina semaunya dengan pelbagai program mungkar yang mereka taja. Apa maksud jika mereka melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah khususnya dalam Bible berbahasa Melayu? Apakah kegagalan mereka merencana pemantapan aqidah di kalangan penganut Islam di Malaysia kerana tidak yakin dengan program keislaman sejak memerintah lebih 55 tahun lampau. Kerpuhan aqidah segolongan orang Islam di Malaysia atau agenda politik kebangsaan yang mendorong mereka bertindak diluar kawalan agama dan Perlembagaan negara. Lebih memalukan apabila mufti kanan negeri Perak, Harrussani Zakaria menyerang Pakatan Rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian sebagai boleh menyebabkan terjatuh kedalam kufur atau murtad. Kita tidak tahu apakah beliau tahu bahawa pemimjpin Umno dan perlembagan negara yang sepatutnya beliau tunding jari dan tegur kerana kelalaian mereka menyebbakan kalimah Allah diguna semaunya oleh orang bukan Islam. Apa maksud Umno dan pemimpin mereka bertempik menentang isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian jika tidak untuk mendedahkan kebodohan mereka.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-13905750667131449542013-02-01T15:38:00.000+08:002013-02-01T15:38:05.901+08:00CuakMahathir sentiasa dalam keadan tidak bersalah. Mahathir sesungguhnya tidak pernah dibuktikan bersalah maka dia tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada sebuah mahkamah dimuka bumi ini yang pernah membuktikan Mahathir bersalah. Mahathir dalam apa keadaan berjaya mengelak daripada dibicarakan atau sekadar hadir dimahkamah maka beliau tidak mungkin didapati bersalah. Mahathir sentiasa bercakap tentang keadilan mahkamah dan kehakiman, maka beliau mendapat keadilan sebenar bila tidak pernah dibicarakan diatas sebarang kesalahan. Kita tidak pasti nasib beliau sebagaimana kita tidak pasti nasib sendiri dimahkamah Allah. Sebagai dijanjikan, kita pasti mendapat keadilan itu walau didunia kita dinafikan keadilan itu.

Kesalahan dan dosa tetap kesalahan dan dosa walaupun tidak pernah dibuktikan. Kemampuan kita melindungi kesalahan dan dosa bukan bermaksud kita tidak bersalah dan tiada dosa. Jika ada rahim Allah, dosa kita akan dirahsiakan dan diampunkan sehingga tidak makhluk yang mengatahuinya. Kita sentiasa berdoa untuk mendapatkan yang itu. Jika tidak, Allah akan buka rahsia kejahatan dan dosa kita sejak di dunia lagi walau betapa kita cuba menyembunyikan.

Mahathir berjaya menyembunyikan kejelekan pemerintahannya ketika berkuasa. Projek IC Sabah dan seluruh Malaysia? tidak pernah didedahkan oleh Mahathir. Kelemahan Najib dan kemantapan pembangkang menyebabkan rahsia itu terdedah. RCI mengesahkan wujudnya perojek tersebut walaupun sebelumnya ramai yang mengatakan ianya sekadar ingauan pembangkang. Mahathir terpaksa akur dengan kesilapannya namun masih bertegas bahawa ia tiada berdosa diatas peristiwa malang itu. Selain mencemuh musuhnya Tengku Abdul Rahman kerana memberi kerakyatan kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka sebagai rakyat Malaysia, Mahathir cuba menyapu najis kemuka musuhnya no 1, Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertindak melangkau had yang dibernarkan oleh beliau sebagai Perdana Menteri. Sekali lagi Anwar dipersalahkan walaupun RCI tidak pernah mendedahkan ia sebagai terlibat. Rakyat akan segera teringat peristiwa mata lebam Anwar yang difitnah oleh Mahathir, kononnya Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Ramai Melayu yang percaya dongeng Mahathir dan Anwar pernah dipenjarakan kerana dosa yang dicipta buatnya oleh Mahathir.

Kini didedahkan terdapat 600 rakyat Malaysia berkongsi nombor IC yang sama. JPN masih merahsiakan berapa banyak lagi pengundi hantu yang mengundi menggunakan IC orang lain. Kenapa ini berlaku dan banyak mana jumlahnya. Pendedahan RCI meyakinkan setiap rumus yang sebelumnya diperkatakan semaunya dan bukan lagi rahsia umum. Mahathir masih lagi berupaya bercakap dan merapu. Jika dalam kes IC diSabah beliau berlagak sebagai Pak Pandir yang kematian anak, maka untuk meneruskan kesuciannya beliau cuba meraih simpati daripada rakyat yang sudah bosan dengan Umno dan Barisan Nasional yang kononnya pakatan pembangkang akan menangkap musuh politik mereka jika berkuasa. Mudah buat Mahathir dan sepatutnya ditegaskan oleh pakatan pembangkang bahawa sesungguhnya sesiapa yang melanggar undang-undang negara termasuk Mahathir sendiri adakan dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan bahawa ianya bersalah. Kita terlalu cuak dengan kerenah Umno yang menyembunyikan kesalahan dan dosa yang dibuat oleh keroni walaupun memusnahkan negara.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-85551329069510761842013-01-28T16:52:00.000+08:002013-01-28T16:52:39.481+08:00"Mua"Mengikut Mahathir, Malaysia sebuah negara demokrasi yang mempunyai tahap penentangan politik terhadap dasar-dasar kerajaan yang tinggi. Apa sahaja dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, rakyat akan menggunakan saluran politik demokrasi untuk menunjukkan bantahan. Hinggakan usaha murni kerajaan untuk memastikan keselamatan nyawa rakyat melalui penggunaan kaedah dan peralatan tercanggih (AES) menjadi bahan politik dan diberi penentangan. Mengikut Mahathir lagi, kemajuan Malaysia, pertambahan bilangan kenderaan, kekurangan dan kealpaan tenagan manusia dan kehebatan peralatan elektronik moden dan canggih tidak dapat menyedarkan rakyat Malaysia, betapa pentingnya perlaksanaan dasar dan kaedah tersebut.

Teruk sangatkah tahap kesedaran politik rakyat Malaysia terutama yang menentang dasar dan penyelewengan Umno-Barisan Nasional sehingga tidak memapu membezakan antara baik atau buruk. Tamak dan gila kuasa sangatkah pembangkang yang menentang dasar-dasar Umno-Barisan Nasional hinggakan tidak mampu berfikir yang terbaik untuk rakyat dan negara. Mahathir sendiri, apakah beliau sanggup mengesahkan bahawa semua dasar celaru Umno-Barisan Nasional sejak zaman beliau adalah terbaik dan tanpa cacat. Atau Mahathir sentiasa berfikir bahawa semua pembangkang adalah orang yang seperti beliau, sanggup berbuat apa sahaja untuk membolehkan Umno-Barisan Nasional terus berkuasa. Bukankah terlalu pandir komen beliau terhadap pendedahan penyelewengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan mempertahankan kuasa Umno. Begitu juga dengan eksploitasi segala media utama sehingga menimbulkan kebencian melampau rakyat kepada Umno-Barisan Nasional sejak zaman beliu juga merupakan tindakan yang perlu dipersetujui dan perlu diikuti. Betul jika Anwar melawan Mahathir kerana ingin kuasa, tapi Anwar tidak terlalu bodoh untuk menunggu sekejap segala kemusnahan yang diusahakan oleh Umno dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang fitnah dan kerbencian terhadap dirinya.

Penggunaan peralatan elektronik untuk mengesan kesalahan lalu lintas jalan raya tidak mungkin dibantah oleh rakyat jika betul dan jujur perlaksanaannya untuk rakyat. Rakyat menentang kerana mereka tahu bahawa terdapat kecelaruan dan kesan buruk terhadap hidup rakyat. Mahathir terlalu membodohkan rakyat hinggakan beliau beranggapan bahawa rakyat tidak tahu kejelekan kronisma yang terus diamalkan oleh Umno-Barisan Nasional dan menindas rakyat. Begitu Mahathir akan mempertahankan dasar pengswastaan walaupun mutu kerja syarikat kroni yang mendapat projek dibawah tahap yang diharapkan. Persoalannya, Mahathir mahu rakyat menanggung segala kos dan kesukaran kerana beberapa Melayu yang jadi jutawan. Rakyat tidak perlu menggunakan peruntukan demokrasi untuk menyatakan pendapat. Rakyat perlu tunduk kepada kecelaruan pemimpin yang hilang arah dan matlamat hidup.Melampau dan bangang.

Rakyat adalah rakyat yang patuh. Sejak dahulu kala, manusia sedia diperhambakan oleh pemerintah malah sanggup dikorbankan. Rakyat lebih memikirkan keselamatan negara dan keharmonian hidup dan sedaya upaya cuba mengelakkan persengketaan sehingga dijadikan landasan kemusnahan sendiri. Mahathir amat tahu perkara ini kerana beliau telah melakukannya. Sungguhpun demi8kian, kerajaan sebagai pemerintah tidak boleh terlalu "mua" untuk terus disanjung rakyat.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-56872074842883899902013-01-21T16:48:00.001+08:002013-01-21T16:48:30.336+08:00AgendaDr Haron Din barangkali benar tidak faham dialek bahasa Inggeris dalam memahami kiasan yang dibawa oleh Tun Mahathir Mohammad, " Better the devil you know then the angel you dont." Kefahaman Dr Harun berbahasa Inggeris mungkin tidak sebaik Mahathir, walaupun bahasa Inggeris Mahathir pun bukan baik sangat. Harun Din menyuruh Mahathir bertaubat kerana silap (?) memahami dan menghubungkan syaitan itu sebagai jahat dan malaikat itu sebagai baik. Harun Din sesungguhnya memenuhi tanggungjawab kepada sesama Islam dan sebagai ulama yang meminta Mahathir bertaubat (kembali) daripada kesilapan berdasar kefahamannya terhadap ungkapan Inggeris yang hebat itu. Baiknya Mahathir kerana dapat terima teguran ulama seperti Harun walaupun sejarah lampau beliau pernah mempersoalkan nasihat ulama.

Mahathir bukan insan yang boleh menerima pandangan orang lain dengan begitu mudah sebagaimana susanya beliau mengakui kesilapan beliau walaupun belaiu akan mengakui kesilapannya seperti dalam kes pemberian kad pengenalan (status kewarganegaraan) kepada rakyat asing. Mahathir mengakui tetapi tetap merasakan tindakannya itu betul. Betul berdasarkan pemikiran logiknya.

Jadi kita tidak terkejut jika Mahathir cuba mewajarkan ungkapan hebat yang dipetik daripada kiasan bahasa Inggeris dengan kenyataan Nik Aziz yang di buat 24 Januari 1999 yang dikatakan berkata, "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, MIC

Kalau nak menolong mengapa tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima."

Mahathir bukanya terlalu asing dengan budaya Melayu walaupun bukan "orie" . Mahathir lulusan universiti Singapura dan masih dalam kelompok budaya Melayu Nusantara. Paling penting Mahathir ialah seorang pemimpin Melayu dan Islam. Kiasan Nik Aziz bukan kufur untuk membolehkan Harun Din atau Majlis Syura Ulama PAS untuk menegur beliau dan menyuruh bertaubat. Sayang Mahathir cuba membuat sebagai tidak faham dan cuba mengeksploitasi kiasan Nik Aziz mengikut kepentingan politik sempit Umno.

Saya banyak membaca pemikiran Mahathir berkenaan Islam, dan kita tidak yakin beliau keliru dengan kiasan Nik Aziz jika bukan kerana niat dan agenda politiknya. Kalaupun Mahathir boleh menolak pengertian Harun Din dan mewajarkan ungkapannya yang dipetik itu tidak bercanggah dengan Islam, masakan beliau keliru pula dengan ungkapan jelas Nik Aziz dalam bahasa Melayu. Bolehkah sesiapa menyekat sebarang pertolongan daripada sesiapa hatta syaitan untuk tujuan kebaikan dan kebajikan sedangkan hakikat bergantung harap dan pertolongan seseorang Mukmin itu hanya daripada Allah. Apakah Allah akan mempersoalkan ilmu kita untuk menyaring setiap niat dan tujuan pertolongan itu kerana ianya daripada syaitan? Salahkah sunnah yang ditunjukkan oleh nabi kita untuk membuat perjanjian dengan syaitan (musuh)? Namun yang jelas kita diajar untuk menegakkan kebaikan sama ada kepada puak kita atau musuh.

Kenapa Mahathir tidak meminta Harun Din dan Majlis syura Ulama Pas untuk menjelaskan konsep pertolongan syaitan yang dibolehkan mengikut pandangan Nik Aziz. Sesungguhnya Mahathir bukannya terlalu cetek ilmu agamanya kecuali kecintaannya kepada kekuasan menyebabkan beliau lupa untuk kembali kepada tuntutan Islam jika berlaku percanggahan pendapat, iaitu Quran.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-59900782749428453372012-11-23T12:07:00.000+08:002012-11-23T12:07:27.609+08:00DoaAllah menyuruh umat Islam berdoa. Doa merupakan senjata orang Islam. Doa merupakan tanda kelemahan dan ketidakupayaan seorang hamba kecuali apa yang diberi oleh Tuhannya. Alah tidak suka kepada mereka yang tidak berdoa kerana sifat angkuh dan sombong makhlukNya itu. Solat yang difardhukan oleh Allah lima kali sehari semalam itu juga merupakan himpunan doa yang diprogram khusus oleh Allah supaya hambaNya sentiasa mengingatiNya. Maka apa salahnya doa jika hajat setiap manusia itu mempunyai kepelbagaian. Misalnya Abu Jahal juga berdoa untuk menghancurkan Islam begitu juga Nabi berdoa supaya golongan kufar dihancurkan dan orang Mukmin mendapat kemenangan ke atas orang kafir.

Adik Nik Abdul Aziz MB Kelantan merupakan orang Pas. Apa masalah Nik Razi berdoa pada muktamar parti itu di Kota Bharu baru-baru ini supaya Allah menghancurkan Umno. Kita tidak tahu ada orang Umno yang mendoakan kehancuran Pas, tetapi jika mengukur tahap kebencian orang Umno terhadap Pas, mereka amat gembira jika Pas itu hancur buat selama-lamanya sebagaimana mereka ingin kekal dalam Umno, dulu, kini dan selamanya. Kita juga tidak pernah mendengar ada sebarang report polis dibuat oleh orang Pas kerana kebencian orang Umno terhadap mereka, tapi kita tahu ada report polis telah dibuat oleh penyokong Umno kerana Nik Razi (orang Pas) mendoakan kehancuran mereka.

Nik Razi diminta memimpin solat hajat untuk meminta kemenangan yang erti sebenarnya meminta Allah memenangkan Pas dan menghancurkan Umno. Seperti juga orang Umno yang mengadakan majlias baca Yasin, solat hajat untuk kemenangan mereka dan menghancurkan(?) Pas. Kita tidak yakin majlis yang seumpama itu dibuat oleh orang Umno supaya Allah memenangkan Pas atau sekurang-kurangnya meminta Allah memberi petunjuk kepada orang Pas. Umno yang tidak berjuang di atas dasar Islam tidak begitu komited untuk mengikut sunnah Allah dalam seluruh aktiviti kehidupan mereka kecuali dalam konteks ibadat khususiah. Titik perbezaan antara dua kelompok Melayu Islam, Pas dan Umno ialah kerana perbezaan tangapan dan pemahaman terhadap Islam. Tidak terlalu pelik jika dalam berdoapun mereka bertelingkah. Cuma Umno mempunyai ruang untuk mempromosi tangapan mereka yang dikira salah dalam memahami Islam oleh orang Pas. Umno juga mempunyai kuasa dan senang memanipulasi segala jabatan yang ada urusan dengan agama atau kedudukan Raja-raja Melayu itu sendiri. Banyak sangat Umno menunjukkan sifat kurang sopan bila bertelingkah dengan orang Pas, yang juga Melayu lagi Islam sebagaimana mereka meminta kesopan daripada Nik Razi supaya mendoakan mereka supaya mendapat petunjuk Allah.

Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki dan menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang memilih sesat, mereka tidak akan mendapat petunjuk sebagaiman Abu Jahal yang tidak mendapat petunjuk dan makbul doa Nabi dan sebaliknya Umar mendapat barkat doa Nabi itu. Umno tidak halangan untuk memilih petunjuk Allah dan tidak culas mentafsirkan Quran dan Sunnah Nabi Allah mengikut kehendak nafsu dan kepentingan kehidupan yang sekejap didunia.

Dalam konteks doa Nik Razi, orang Pas adalah orang Melayu Islam yang tertindas. Lebih 55 tahun hak orang Pas, hak Melayu dan hak Islam mereka dinafikan oleh Umno. Mereka didiskriminasi kerana pentafsiran dan pemahaman terhadap ajaran agama Islam yang mereka yakini. Apa salahnya seketika mereka mengadu kepada Allah terhadap Umno yang sering menzalimi dan menindas mereka sebagaimana Nabi Musa mendoakan kehancuran Firaun. Orang Umno tidak pernah mengetahui doa orang Pas yang sejak puluhan tahun, bermunajat kepada Allah supaya diberi petunjuk dan kefahaman mereka sepertimana dikehendaki oleh Islam sebenar. Orang Umno dan pemimpin mereka sebaliknya galak dengan amanah Allah dalam bentuk kuasa dan pemerintahan untuk menindas Melayu dan Islam. Mungkin mereka, orang Pas tidak sesabar nabi Nuh atau nabi -nabi yang lain, masa 50 tahun lebih adalah jangka masa yang panjang untuk melihat dan membiarkan kesesatan saudara mereka dalam Umno. Maka adalah wajar sekali jika Umno dihancurkan dan orang-orang yang berada dalam Umno akan mempunyai ruang lain untuk lebih memahami Islam. Sesungguhnya mereka tidak mampu memahami Islam selagi bersama Umno. Begitu juga Umno lebih tidak mampu memberi kefahaman tentang Islam kepada sahabat mereka yang bukan Islam. Selagi Umno tidak hancur selagi itu khurafat yang ditanam oleh Umno bahawa hanya parti itu yang mampu menjaga Melayu dan Islam. Kekeliruan rakyat bukan Islam terhadap Islam juga akan sentiasa berterusan jika negara ini berterusan dipimpin oleh Umno.

Nik Razi pada pandangan Pas dan Islam yang dianutinyanya yakin bahawa mereka tidak keliru dalam berdoa. Mereka hafal akan kaedah, adat dan tujuan sesuatu doa. Mereka juga menjaga adab-adab berdoa supaya doa mereka dimakbul sebagaimana mereka yakin doa mereka tidak akan dimakbul jika gagal menjaga adab-adab berkenaan. Antara adab-adabnya ialah menjaga ketaatan dan ketahuhan dalam beragama, membuat segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Nik Razi dikira oleh orang Pas paling layak memimpin doa berkenaan kerana akhlak beliau dan tahap ketaqwaan. Sekurang-kurangnya Nik Razi telah berjaya membuat penampilan sehingga kelompok muktamar parti itu di Putik memberi amanah kepada beliau untuk memimpin solat hajat dan berdoa. Orang pas dengan penuh keyakinan doa beliau insya Allah akan makbul. Jikalah Umno yakin dengan Islam dan pendekatan Islam yang dipegangnya, tentu mereka tidak gelisah dengan doa Nik Razi kerana mereka yakin doa tersebut tidak akan makbul kerana tidak mencukupi syaratnya kecualilah mereka berpendirian sebaliknya. Apakah Umno was-was dengan pegangan Islam yang ditafsir, dipegang dan diamalkan sekarang betul?. Doa kita pula ialah supaya Allah sentiasa memberi petunjuk dan kefahaman Islam hakiki semoga Islam berkuasa dan bukan dikuasai, hukum Allah dan syariat agamaNya dilaksanakan dan bukan dihina. Insya Allah. Amin.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-88740370335928148812012-10-14T18:24:00.000+08:002012-10-14T18:24:34.756+08:00Bodohnya akan ketara. Pendapat yang paling menarik ialah pandangan Zulkifli Yahya dalam Harakah keluaran terbaru (15 Okt 2012). Beliau berpandangan bahawa individu (bekas pemimpin) yang meninggalkan Pas sering mengeluarkan pendapat dan pandangan yang tidak cerdik (bodoh). Pendapat beliau menyebabkan kita yang dah tua-tua mula berfikir, kalau pandangan atau pendapat yang diberi itu jika pun tidak sebodoh pemikiran orang-orang Umno, ianya lebih teruk lagi. Sekurang-kurangnya ia pasti diperalatkan oleh Umno/BN untuk menyerang Pas kerana kononnya bekas pemimpin berkenaan lebih maklum kelemahan Pas. Sedangkan tidak akan wujud kelemahan itu kerana sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, kelemahan ialah ketidakmampuan pemimpin mereka untuk memberi penjelasan terbaik berkenaan kehebatan Islam. Sekurang-kurangnya, pemimpin yang mundur meninggalkan perjuangan merupakan mereka yang lagi daripada perjuangan.

Terbaru ialah keceluparan pemimpin Jati yang ditolak oleh Majlis Syura Ulama Pas meminta Nika Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas untuk melepaskan jawatan kerana kerjasama Pas dengan DAP. Nampak sangat beliau menjadi alat Umno dan mencabar Nik Aziz berbuat demikian adalah tidak tepat kerana keputusan tersebut adalah kesepakatan jemaah. Bukan semata-mata keputusan Nik Aziz. Beliau yang dikira terlalu bodoh kerana setelah dipecat daripada Pas, bercakap mula merapu. Umno nak benar orang yang cakap merapu kerana lebih mudah untuk memperbodohkan penyokong mereka yang buta hati dan gelap mata. Semakin tidak betul fakta, maka semakin laku sesuatu fitnah yang direncanakan. Tanya kepada media utama Umno, betul atau tidak.

Bagi penyokong Umno yang penting ialah Pakatan biar nampak hodoh supaya kecacatan kekal dan teruk mereka tidak ketara. Perhatikan kes Soros, Mat Indera, bantuan dana asing, bajet Pakatan dan sebagai-bagainyalah, Umno tenggelam punca. Apapun Najib kian kecut untuk mengadakan pilihanraya Pru 13 sehingga sampai habis tempoh.Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-18875406871013912382012-08-12T17:33:00.003+08:002012-08-12T17:33:33.833+08:00DAP atau MAC, siapa harbi dan dzimmiKerajaan sepatutnya berperanan menjaga keharmonian rakyat. Kepelbagaian bangsa, agama dan budaya masyarakat sepatutnya bukan penghalang untuk membina sebuah masyarakat ideal.

Malangnya keghairahan Umno-BN untuk memenangi PRU ke 13 datang menghalang segalanya. Kerajaan dilihatkan cuba memanipulasi kepelabagaian dan perbezaan rakyatnya untuk keuntungan politik. Umno/BN walau dengan apa cara sekalipun, mesti berada dipuncak kuasa.

Terkini ialah peranan lidah rasmi Umno, Utusan dan seorang ulama pondok, Abdullah Saamah secara terang-terangan menuduh DAP sebagai kafir harbi. Kafir yang dihalalkan darah oleh ulama Islam silam. Kafir yang berada dalam suasana permusuhan dengan Islam. Kafir yang secara terang-terang cuba memerangai dan menjatuhkan kerajaan Islam. Orang kafir yang mengudang perseteruan dan pemusuhan daripada penganut Islam. Tuduhan liar yang mengudang permusuhan kaum dan agama di Malaysia.

Melebelkan DAP dan pengykongnya sebagai kafir harbi keterlaluan dan bangang. Pendapat seorang ulama yang kurang cerdik dan jahil dengan suasana politik dalam tanah airnya sendiri. Ulama yang gagal memberi penjelasan yang baik berkenaan persoalan harbi yang beliau bicarakan. Ulama yang diperalat dan diperkudakan oleh Umno melalui lidah rasminya, Utusan. Suatu kerja jahat yang menghalang ulama Islam yang jujur, ikhlas dan taat. Mereka dipekakkan, dibutakan dan dibisukan oleh UMBO/BN. Kenapa perlu pendapat seorang seperti Abdulah Saamah? Kenapa tidak daripada Majlis fatwa?

Rakyat yang ikhlas, terutama mereka yang bukan Islam perlu diberi penjelasan sebenarnya supaya Islam tidak dipandang serong. Abdullah Saamah dan Utusan Malayia amat tidak layak untuk kerja yang besar itu.

Persoalannya, kenapa Cina DAP sahaja yang harbi dan bukanya, MCA atau MIC. MCA yang menolak hudud dan mengistiharkan menentang negara Islam itu tidak pula menjadi harbi. Kenapa DAP dan tidak boleh berpakat dengannya?.Apakah Dap menjadi harbi kerana menentang Umno/BN.Bagaimana pula dengan pemimpin Umno sendiri yang menolak hudud dan negara Islam? Abdullah Saamah semestinya seorang guru pondok yang bodoh untuk memahami politik jahat Umno.

Rakyat Malaysia perlu memberi peranan kepada ulama yang jujur untuk menerangkan konsep bernegara dalam Islam dan hubungannya dengan mereka yang bukan Islam. Dap boleh memahami Islam lebih baik daripada pemimpin China BN. Maka kita dapat melihat sebuah masyarakat yang harmoni jika Pakatan diberi mendat untuk mentadbir Putrajaya. Salam perubahan.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-25558251935515426762012-07-08T22:56:00.001+08:002012-07-08T22:56:54.503+08:00BenciApa ertinya sebuah kebencian.

1) Tun Abdullah Badawi benci sangat kepada Tun Mahathir.

2) Anwar Ibrahim sememangnya patut bencikan Mahathir.

3) Lim Guang Eng dianggap anti Melayu dan sangat benci kepada Tun Mahathir ultra Melayu.

4) Bapaknya si Lim Kit Siang terlalu amat bencinya kepada Melayu, Mahathir dan Islam.

5) Adakah semua Melayu, China dan India bencikan Mahathir?

6) Siapakah sebenarnya bencikan Tun Mahathir sehingga ketika usia senjanya beliau seakan-akan merajuk sakan bagaikan semua orang bencikannya.

Mahathir sebenarnya bencikan kejahatan dirinya sendiri terhadap Abdullah Badawi, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Melayu, China dan India.

Mahathir bencikan dirinya kerana onar beliau merosakkan sistem kehakiman di Malaysia.

Mahathir terlalu benci kerana kegagalannya memastikan kejayaan DEB dan ketidakupayaannya merealisasikan WAWASAN 2020.

Mahathir amat bencikan kegagalannya menyekat kemaraan Islam. Lebih menjadi-jadi bila beliau melihat Mesir kembali kepangkuan Ikhwan Muslimin. Mahathir turut menjangkakan Malaysia akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Benci beliau kerana yakin Pakatan akan menyiasat segala salah urus beliau selamat 22 tahun memerintah Malaysia.

Mahathir amat bencikan keserakahannya memperkenalkan dasar pengswastaan yang songsang untuk kepentingan kroni dan suku sakatnya semata-mata. Rakyat menjadi mangsa keserakahan kapitalis yang lapar dan menindas rakyat kononnya kerana pembangunan. Dasar Mahathir yang menyebabkan jurang antara kaya miskin bertambah-tambah luas lagi dalam.

Mahathir yang kecewa kerana ada Adun Umno yang meroyan untuk menjalankan hudud sedangkan beliau mengatakan hudud tiada dalam Quran. Apa jenis Adun Umno setelah beliau tidak memimpin Umno. Najib tidak boleh diharap, mengendalikan Rosmah pun Najib tak mampu.

Bencinya Mahathir kerana agenda fitnah keatas musuh politiknya satu demi satu terserlah dan terbongkar. Penipuanya dalam pilihanraya telah pecah mentol. Orang kampung semuanya dah tau.

Mahathir teramat sangat bencinya kerana sifat kebapaanya yang penyayang menyebabkan anak-anaknya mendapat habuan yang istemewa tetapi cuba dinodai dan dipintas oleh anak menantu Tun Abdullah Badawi. Hai sakitnya hati.

Sakitnya hati kerana anak perempuannya tidak ikut kata, menyokong bersih dan mempersoalkan beberapa dasar beliau.

Siapakah sebenarnya yang dibenci oleh Mahathir ketika orang lain merestui pengunduran beliau melainkan dosa-dosa beliau menyebabkan beliau tidak boleh tidur lena dan sering cakap meracau. Mahathir bencikan dirinya sendiri.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-32144469692016562882012-06-28T18:14:00.001+08:002012-06-28T18:14:40.696+08:00Anwar tidak boleh saman.Indahnya hidup sebagai Mahathir. Semunya senang. Semua tutur katanya mudah diterima. Mahathir masih menjadi sumber rujukkan pendapat dan pandangan. Mahathir tetap menjadi sumber berita. Kelemahan 2 Perdana Menteri selepasnya, Abdullah dan Najib, menjadikan Mahathir begitu sempurna ketika atau selepas menjadi PM Malaysia.

Hebatnya Mahathir, seseorang boleh menjadikan beliau idola setelah jelas dan ketara kesilapan beliau semasa menerajui Umno dan Malaysia. Paling bijak Mahathir ialah mencantas setiap induvidu yang berwibawa daripada memimpin Umno/kerajaan, menyebabkan mereka mudah dikawal selia. Para perasuah yang diberi kepercayaan memudahkan beliau menjaga reputasinya sebagai PM paling korup dan mudah dilindungi. Pencacai dan juru angguk akan sentiasa memuja Mahathir menjadikan beliau bagaikan dewa yang tidak mungkin melakukan kesalahan.

Kebijaksanan beliau mengawal reputasi pemimpin pelapis menyebabkan Anwar Ibrahim hampir musnah bersama gerakan reformasi menentang Mahathir. Barua yang cuba bertenggek dibawah ketiak idealisma reformasi Anwar tersungkur seorang demi seorang kecuali sememangnya mereka yang terlepas daripada jerat Mahathir - Budaya rasuah dalam Umno/kerajaan. Atau yang sanggup mengadai idealisma perjuangan seperti Ezam Mohd Nor.

Anwar sendiri mampu melawan Mahathir kerana keupayaan beliau menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam perangkap yang dipasang. Fitnah akaun RM 3 billion melalui akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Anwar 12 tahun lalu jika benar-benar wujud sudah cukup mematikan karear politik Anwar. Sebagaimana kata Anwar, " Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul-betul wujud?".

Setelah 12 tahun,( kumpulan pengarah strategik Najib?) cuba menjadikan akaun RM3 billion sebagai senjata untuk menghalang sokongan rakyat terhadap Pakatan. Terlalu bodoh dan amat kelakar. Senjata yang Mahathir tidak mampu untuk membunuh politik Anwar cuba dikitar semua. Kerananya juga semua MP Umno/BN menikus diparlimen apabila Anwar mencabar dan membuka peluang untuk menjelaskannya di parlimen. Bacul dan amat memalukan.

Segalanya tidak begitu menjadi bagi Najib dan kumpulan pengarah strategiknya. TPM Muhyiddin Yassin yang gatal mulut cuba mengaitkan Anwar dengan akaun RM3 billion bagaikan pandir kematian anak apabila satu demi satu sejarah lampau beliau sebagai pemimpin Umno Johor dan Malaysia dibongkar atau akan dibongkar? Mengikut Saifuddin Nasution, TPM mengingatkan beliau kepada jenaka orang Johor, ".. kecuali tanah kubur dan angin sahaja yang tidak dijual." Mengaibkan.

Tetapi semua itu bukan jika Mahathir. Mahathir selamanya kelihatan lebih cerdik daripada gerombolan pelapis Umno yang beliau bentuk. Ulasan beliau lebih mudah diterima jika pun tidak betul. Anwar sering terkejut beruk dengan logik bodoh Mahathir. Penyokong tegar Umno wajib percaya. Anwar mengemukakan saman-saman terhadap pemfitnah ke atas beliau kerana hendak menutup mulut "rakyat" daripada membicarakan salah laku beliau.

Ingat bahawa Anwar berjaya dan menang sama RM60 juta ke atas S. Nallakarupan. Nalla dan Utusan yang memfitnah Anwar akan disaman RM 100 juta lagi. Kerana itukah Mahathir tampil dengan ulasan logik merapunya?

Adakah orang Umno yang merasakan logik gila Mahathir itu salah? Adakah lebih bijak Anwar membiarkan musuh politik beliau sewenangnya memfitnahkan beliau? Tidak cukupkah Anwar dimalukan, dihina, disisih dan dipenjarakan oleh Mahathir kerana kesalahan yang tidak dilakukannya.

Itulah Mahathir, yang dijadikan idola dan diberi pelbagai keistimewaan oleh Tuhan. Moga Mahathir tidak mati sebelum kemenangan Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa Anwar tidak pendendam sepertinya.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-80728577902749278632012-06-09T09:59:00.000+08:002012-06-09T09:59:03.374+08:00Tun Mahathir boleh untuk tidak menjawab pelbagai persoalan rakyat Malaysia yang diperintah lebih 22 tahun. Beliau juga tidak perlu hadhir di mana-mana mahkamah Malaysia untuk memberi jawapan kepada pelbagai persoalan termasuk dalam kes fitnah Liwat 1 yang melibatkan timbalannya yang disingkirkan, Anwar Ibrahim. Semasa mentadbir dan memerintah Malalaysia, Mahathir tidak perlu menjelaskan banyak persoalan apalagi beliau dilindungi oleh pelbagai akta, akta yang sengaja dicipta untuk tidak bersikap telus terhadap persoalan yang berlegar didalam fikiran rakyat. Mahathir ada hak untuk tidak menjawabnya dan beliau benar-benar telah lakukannya.

Mahathir masih mendominasi politik Malaysia terutama ketika Najib dan penasihatnya, Rosmah berhadapan krisis kepercayaan. Mahathir masih dikerumuni pencacai Umno untuk meneruskan penguasaan parti itu yang kian tenat. Menonjolkan karekter penasihat tua yang kian nyanyok itu di harap boleh mengembalikan kegemilangan Umno yang gagal cemerlang dalam PRU 12 lalu. Mahathir juga cuba dijadikan penawar mujarab untuk mengubat segala penyakit Umno ketika Presiden bonekanya, tercari-cari tarikh keramat PRU ke 13 nanti.

Mahathir juga manusia biasa. Mahathir yang akan berhadapan dengan sunnah alam dan beliau akan mati. Saat beliau seperti orang lain juga akan diminta bertanggung jawab di atas segala amal diatas dunia ini. Mahathir perlu menjelaskan banyak perkara supaya soal jawab dimuka pengadilan Allah yang pasti tidak terlalu rumit untuknya. Paling perlu diingat, tiada lagi sebarang akta atau imuniti untuk melindungi beliau daripada apa yang beliau ingin lindungi.

Namun Mahathir perlu menjawab surat MB Kelantan kenapa beliau membenarkan minyak yang dijumpai diperairan Kelntan didaratkan di Songkhla, Thailand sedangkan jaraknya 227 km berbandingkan 140 km jika didaratkan di Bachok, Kelantan. Mahathir perlu memberi penjelasan yang baik supaya rakyat Kelantan dan Malaysia boleh terima dan beban beliau di mahkamah Allah lebih ringan. Beliau tidak boleh berkecil hati untuk mempertikaikan keputusan mahkamah Allah diatas tindakannya yang dilihat mendiskriminasi majoriti rakyat Kelantan yang Melayu lagi Islam. Begitu juga beliau tidak boleh marahkan jika rakyat Kelantan yang lebih 95 peratus Melayu lagi Islam jika membuat bertangapan sendiri terhadap keputusan Mahathir itu. Bolehkah beliau marah jika semua rakyat Kelantan merasakan Mahathir bertindak demikian kerana:-

1) Mahathir mendapat habuan yang banyak dengan membenarkan pendaratan emas hitam itu di Songkhla. Sebagai seorang Islam dan Melayu campuran, beliau tidak mungkin mendiskriminasi bangsa dan rakyatnya sendiri kecuali mendapat "habuan" yang besar. Jangan beliau membiarkan rakyat membuat tangapan berdosa terhadap strategi beliau yang dikira "tolol" itu. Jangan rakyat berprasangka bahawa beliua ada "perasuah" yang menjahnam Malaysia sebagai hari ini.

2) Mahathir bukan pejuang Melayu sebenar. Beliau dan salsilah keturunannya dari benua India menyebabkan beliau sanggup mendiskriminasi hak orang Melayu Islam Kelantan dan menghukum mereka hanya kerana tidak memberi sokongan kepada Umno. Maka amat tepat tindakan PM pertama Malaysia Tungku Abdul Rahman yang dapat "menghidu" niat Mahathir yang songsang itu dan memecat Mahathir daripada Umno. Tindakan yang tepat untuk menyelamatkan parti orang Melayu yang terbesar itu.

3) Mahathir gagal menjelaskan beliau sebagai seorang Islam yang baik kerana mendiskriminasi orang Melayu Islam Kelantan dan mengutamakan Songkhla, Thailand yang tidak Islam. Dimana tanggung jawab beliau sebagai ketua negara orang Islam untuk memelihara dan mengutamakan Islam apabila beliau terlalu mudah mengutamakan negara luar dan bukan Islam pula.

4) Mahathir membenci ulama dan orang Islam yang memerintah Kelantan dengan tindakan biadapnya itu.

5) Mahathir adalah pemimpin yang terlalu lemah sehingga tunduk kepada desakkan jirannya Thailand supaya mendaratkan emas hitam di negara itu.

Atau bolehkah Mahathir menahan berjuta "telahan" jahat terhadap beliau dalam kes pendaratan minyak yang sepatutnya menjadi hak rakyat Kelantan yang majoritinya Melayu lagi Islam. Mahathir perlu menjawabnya sebagai mana kata Datuk Husam Musa, sebelum beliau nyanyok atau menyelesaikannya sebelum menjadi beban dosa yang terpaksa beliu menjawabnya di mahkamah Allah. Sekian.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-78476360430847655492012-05-16T23:09:00.001+08:002012-05-16T23:09:05.369+08:00Kecelaruan fokus pemimpin negara.

Tun Mahathir menyifatkan tindakan peserta Bersih 3.0 sebagai samseng dan polis telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Lojik mudah beliau ialah polis perlu mengawal keadaan dan perlu bertindak, pastinya tindakan polis adalah wajar dan bertepatan. Polis tidak perlu tunggu dan dibelasah oleh samseng peserta bersih. Beliau bersetuju tindakan polis Malaysia adalah lembut berbanding kaedah kawalan anggota keselamatan setengah negara yang terkadang mereka membunuh peserta perhimpunan sebagaimana bersih 3.0 baru lalu.

Pastinya Tun Mahathir tidak berada ditapak himpunan bersih dan segala maklumat lisan, bertulis atau bergambar adalah dari sebelah pihak. Maka adalah tepat jika Mahathir berpandangan demikian kecuali sememangnya pandangan beliau itu dengan niat memburukkan situasi Bersih 3.0. Tindakan Mahathir terhadap Anwar misalnya, belum tentu kerana kesalahan Anwar sebagaimana difitnahnya tetapi atas niat yang beliau dan Allah sahaja yang tahu. Begitu juga terhadap himpunan Bersih 3.0, Mahathir tentu mengeluarkan kenyataan dan atas niatnya.

Menteri Besar Kelantan mewajibkan orang Pas menyertai Bersih 3.0 juga dengan niat dan pandangannya terhadap himpunan tersebut. Sekurang-kurangnya keyakinan Nik Aziz amat jelas sebagai ditulis dalam blognya, "... Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirannya di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah lalu manusia perlu selari dengan prinsip agamanya yag membolehkannya sampai ke syorga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kehidupan yang menjurus ke neraka." Nik Aziz sandarkan segala aktiviti dunia kepada dosa dan pahala walaupun ianya sekadar janji dan harapan.

Peserta Bersih 3.0 yang hadir kerana diwajibkan oleh Nik Aziz amat sadar dan di pesan dengan nilai akhlak sewajar, Duduk Dan Bantah. Kerana niat barangkali Mahathir mudah menerima pelbagai gambaran daripada penentang Bersih 3.0 dan menolak selainnya. Niat dan pandangan Mahathir ini juga menyebabkan segala teori keganasan Bersih 3.0 adalah tidak benar kecuali yang datang daripada Umno dan polis. Malah beliau gagal menunjukkan penyesalan tindakan ganas dan biadab beliau terhadap pembunuhan kejam di Memali oleh anggota keselamatan. Hingga hari ini Mahathir tidak mewajarkan tindakan beliau kecuali tuduhan melulu, bersifat samseng dan sombong. Nyata Mahathir tidak sandarkan kenyataannya kecuali kepada kesombongan dan samseng pihak penguasa.

Kalau Mahathir sedar masa beliau untuk membetul keadaan kian suntuk, beliau tidak perlu sibuk membantu Umno memusnahkan negara. Tuduhan Mahathir bahawa rasuah dalam Umno terlalu parah ketika merajuk dengan kepimpinan Abdullah Badawi, maka bagaimana beliau boleh aman dengan rasuah yang melampau dizaman Najib. Kita amat bimbang bahawa sejarah 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri akan terpahat sebagai sejarah paling durjana dalam negara dan kerakusan Umno dan elit mereka menzalimi khazanah negara akan membawa kemusnahan total.

Maka rakyat yang bimbang menganjurkan Bersih 3.0 supaya kecelaruan SPR dan kecelaruan fokus pemimpin negara yang dikembiri sifat amanah mereka boleh diperbetulkan. Saya tidak suka menyalahkan tindakan ganas polis atau kedegilan peserta Bersih 3.0 kerana segalanya bermula di sini: Umno sudah tidak releven.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-21361255022145788752012-05-08T11:10:00.001+08:002012-05-08T11:10:04.033+08:00Bersih itu Haram

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan HARAM menyertai himpunan Bersih 3. Sarjana yang menganggotai Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil kesepakatan bahawa himpunan yang disertai lebih 300 ribu orang itu haram. Menteri Besar Kelantan yang mewajibkan oanggota Pas menyertai bersih telah menganjurkan anggota partinya membuat kemungkaran, mewajibkan anggotanya melakukan sesuatu yang haram. Ulama-ulama dalam Pas dan Keadilan (jika ada) menikus berkenaan pengharaman oleh majlis fatwa berkenaan. Hanya TGNAZ merasakan anggota Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia melihat persoalan Bersih 3.0 dengan sebelah mata dan menggunakan cermin mata yang kabur. Nurl Izzah Anwar mengemukakan 6 persoalan kepada majlis fatwa berkenaan untuk diperhalusi buat dikeluarkan kenyataan.

Autoriti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia sesungguhnya tidak perlu dipertikaikan dari sudut perkhidmatan sebagai satu badan yang bertanggungjawab bagi pihak kerajaan Barisan Nasional /Umno untuk meleraikan sebarang kekusutan permasalahan umat Islam di Malaysia. Timbalan Presiden Pas, Haji Mohamad Sabu selalu sinis ketika membuat komen terjadap majlis fatwa berkenaan. Begitu juga dengan anggota pembangkang, yang merasakan majlis itu merupakan terompah kayu Umno untuk ke jamban. Jadinya fatwa yang dikeluarkan oleh majlis yang begitu berautoriti kelihatan hilang wibawa. Dalam kes perdana Menteri menghadiri majlis perayaan agama Hindu atau bertafakur di Tugu Peringatan Negara, menampakkan "air liur" majlis fatwa tidak masin. Fatwa-fatwa yang dikemukakan jarang diikuti hatta oleh pemimpin kerajaan sehndiri.

Bukan tujuan tulisan ini untuk mempertikaikan autoriti Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia untuk terus mengemukakan fatwa. Malah kerana keyakinan kita terhadap majlis itu maka kita berharap pengharaman Bersih 3 dan lain-lain himpunan yang dirasakan oleh Umno sebagai haram diperkukuhkan dengan fatwa-fatwa terhadap isu berkaitan.

1) Apakah fatwa majlis terhadap SPR yang dipertikaikan ketelusan, keadilan dan penyalahgunaan amanah yang diberi kepada mereka dalam melaksanakan pilihan raya Malaysia yang betul-betul bersih. Dakwaan dan penemuan penyelewengan yang nyata dilakukan oleh SPR tidak pernah diselesaikan dan tuntutan Bersih tidak pernah diberi perhatian. Dimana pendirian majlis fatwa dalam isu ini kerana ianya bukan desakan pihak parti yang memerintah.

2) Kerajaan Malaysia dengan sebab penipuan licik SPR membolehkan kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang korup, rasuah, mengutamakan fitnah, meninggalkan hukum Allah dan mengutamakan kepentingan parti pemerintah walau bercanggah dengan agama, maka apakah kerajaan berkenaan bukan kerajaan haram, dan petut dikelurkan fatwa berkenaan haramnya kerajaan sedemikian.

3) Apakah pula fatwa terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri yang mengetahui akan segala bentukan penyelewengan oleh kerajaan dan SPR tetapi gagal mengeluarkan fatwa terhadapnya. Begitu juga majlis perlu berfatwa terhadap kelengahan badan berautori itu dalam mengemukakan fatwa-fatwa (banyak sangat fatwa terutama apabila diminta oleh Umno) sehingga menimbulkan suasana gelisah dikalangan umat Islam. Jangan sampai umat Islam lebih mempertikaikan kewibawaan dan menolak fatwa oleh majlis.

Banyak yang majlis fatwa perlu membuat fatwa tetapi biarlah fatwa itu mampu menampakkan majlis tidak memihak. Seperti badan kehakiman,SPRM, SPR, Peguam Negara, atau Polis Diraja Malaysia yang kian tersasar, maka jangan pula Majlis Fatwa Kebangsaan bersama dalam kelompak itu. Kita tidak pernah mempertikaikan ilmu ahlis majlis tetapi sebagai individu, anggota majlis mempunyai kecenderungan bukan dari ilmu.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-52592326260705063022012-04-13T15:18:00.003+08:002012-04-13T16:20:19.189+08:00Bangkrap pikiran.Hutang negara sudah hampir RM500 billion. Pemimpin BN/Umno sudah diberi peringatan bahawa negara berada diambang bangkrap. Idris Jala pernah mengejutkan khalayak dengan kenyatan berkenaan. Pemimpin Umno/BN bersikeras menafikan bahawa negara akan bangkrap. Peringatan pemimpin pembangkang terutamanya menjadi bahan sendaan. Mereka tidak pernah memimpin sebuah negara mana tahu sifir kebangkrapan sebuah negara yang kaya hasil bumi seperti Malaysia.

Pemimpin Umno/BN juga boros berbelanja dan mempamirkan hidup mewah dan bermewah-mewah. Kuasa beli rakyat kian merudum namun pemimpin masih berbanga dengan rekod pemerintahan Umno/BN yang dikatakan terbaik. Mereka adalah arkitek pembangunan negara sejak lebih 50 tahun merdeka.

Hari ini Pakatan Rakyat mengemukakan pelan kebajikan jika mereka memerintah. Negara berkebajikan dan Buku Jingga. Pemimpin Umno gelisah, mana mungkin melaksanakan pelan Buku Jingga dan Negara Berkebajikan - Pas, Dap dan Keadilan, negara akan BANGKRAP. Pulak dah. Anwar bekas Menteri Kewangan Malaysia yang bersama merangka Buku Jingga, dinafikan kemampuannya memikirkan pelan ekonomi terbaik untuk Malaysia. Terbaik tetap Umno/BN yang mencari setiap kesempatan mengikis kekayaan negara. Jika keluarga Shahrizat mendapat RM250 juta, rakyat tidak akan tahu bagaimana dan apa yang Nazri Aziz dapat. Rakyat hanya mendapat maklumat anak remaja beliau mampu memiliki kereta mewah dan siap dengan pengawal peribadi. Kalau Jamil Khir yang reti agama mampu memiliki rumah berharga berjuta ringgit, kita tidak dapat bayangkan keluarga Anifah Aman dan Musa Aman yang dipertikaikan cara pemerolehan harta dan kekayaan mereka.

Budak-budak yang belajar di institusi pengajian tinggi perlu dikenakan pinjaman -PTPTN. Pinjaman dan siap dengan bunganya sekali. Yang liat bayar disenarai hitam dan dihalang keluar negara. Hutang daripada pelajar dituntut jingga kelubang cacing. Pemimpin Umno/BN menegaskan, PTPTN jika dihapuskan negara akan bangkrap.

Pemimpin Umno/BN sentiasa senada. Juak-juak pemimpin menjadi risau dengan cadangan Pakatan untuk menghapuskan PTPTN. Negara akan bangkrap. Pinjaman pelajar diperbesarkan daripada sekitar RM25 billion kepada RM41 billion. Tanya Najib kenapa beliau tidak mampu mengemukakan jumlah hutan pelajar yang lebih tepat dan cuba memperbesarkannya. Jika bermurah hati dengan pelajar negara akan bangkrap. Bagaikan Najib terlupa SATU rakan baiknya Razak Baginda yang mendapat mendapat keuntungan RM500 juta dalam satu urusan pempelian peralatan keselamatan negara. Berapa orang rakan baik Najib dan Rosmah. Mana rakyat tau.

Kesian budak cerdik yang belajar diinstitusi pengajian tinggi. Tak ramai yang mendapat biasiswa. Rata-rata ditawarkan pinjaman dan orang miskin perlu berterima kasih kerana pinjaman anak mereka dangan bunga yang relatif tinggi. Pemimpin Umno/BN merasakan rakyat perlu menyokong Umno/BN kerana kebaikan kerajaan mengenakan pinjaman dengan kadar bunga tersebut. Tegasnya diatas pengorbanan dan beban hutang anak mereka, rakyat perlu berterima kasih kepada Umno. MELAMPAU.

Kita tidak cemburu dengan budak penagih dadah yang menghuni pusat serenti seluruh negara. Berapa ramai mereka dan berapa bilangan pusat pemulihan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tidak kita ketahui. Setiap pelatih menghuni pusat pemulihan selama 2 tahun. Katakan perbelanjaan setiap pelatih selamat 2 tahun lebih kurang RM 18,000.00. Apakah mereka juga perlu membayar kembali yuran kursus dipusat serenti dan berapa pulak bunganya. Berapa billion pula kerajaan telah berbelanja untuk memulihkan dan mengembalikan mereka kepangkuan masyarakat. Kita tidak merasa bajet kerajaan untuk memulihkan mereka boleh menyebabkan negara bangkrap.

Pelajar sesungguhnya golongan yang cerdik dan bukan penagih dadah yang emosi mereka kurang mantap. Pelajar amat memahami hak mereka untuk merencana sebuah kerajaan yang baik dan berjaya. Kejayaan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor sepatutnya telah membuka persepsi yang lebih kondusif untuk membolehkan rakyat membuat pilihan. PRU ke 13 adalah yang terbaik untuk mengubahkan segalanya. Membiarkan negara dikuasai oleh kelompok perasuah mempercepatkan negara kita bangkrup dan membelanjakan dan mkenguruskan kewangan dengan berhemat adalah terbaik menyelamatkan Malaysia. Kita perlu memberi peluang kepada mereka yang lebih beramanah dan reti konsep dosa dan pahala. Rakyat akan mendapat banyak kebaikan daripadanya.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-5804902663155564964.post-81891795801495145842012-03-17T18:31:00.002+08:002012-03-17T19:06:08.208+08:00PengkhianatRaja Petra Kamarudin mendakwa Anwar sebagai pengecut kerana enggan berdepan dengannya dalam satu forum di Kent, England. Bekas penyokong tegar Anwar dan penggerak roformasi itu turut melemparkan pelbagai tuduhan berat terhadap Anwar ketika ketua pembangkang itu masih dalam kerajaan. Pusingan "U" oleh Raja Petra menyebabkan perubahan tidak pernah dijangka, segala tentang Anwar adalah buruk dan hodoh.

Raja Petra bukan seorang penggertak utama "reformasi" tetapi beliau sebenarnya digerakkan oleh "reformasi" menyokong Anwar. Siapa Raja Petra untuk menjadi terkenal jika tidak disokong oleh penyokong "reformasi" yang berjuang menentang dominasi tirani elit politik Umno. Jika pun tidak sama, Raja Petra ialah Hassan Ali yang diangkat oleh penyokong Pas sehingga beliau boleh berbangga dengan puluhan ribu mendengar ceramahnya.

Malang sekali jika kini Hassan Ali cuba mencapai kegemilangan dihadapan khalayak bersama "sangkar" barunya, ianya sesuatu kemungkinan yang mustahil. Begitu Raja Petra yang diangkat oleh penyokong reformasi, berpaling menentang Anwar adalah zaman suram Raja Petra. Tubuh badan Raja Petra bukan dilahirkan untuk menjadi terkenal kecuali terpaksa berteduh pada rimbunan orang lain.

Ketua pembangkang yang berkarisma itu bukan hina untuk menjadi ahli penal bersama mana-mana tokoh termasuk Raja Petra. Ular yang menyusur akal tidak bakal hilang bisanya, tetapi untuk bersama pengkhianat yang tidak mempunyai prinsip perjuangan dalam satu forum adalah sikap "pelacur". Haji Hadi pun belum tentu suka bersama Hassan Ali dalam mana-mana forum kerana pengkhianatan yang dilakukan kepada perjuangan. Kiasnya mudah, Islam memberi pilihan "kembali" atau "bunuh" kepada sesiapa yang murtad walaupun bersikap terbuka kepada bukan Islam. Maka apakah status Raja Petra kepada Anwar dan perjuangan Pakatan Rakyat.

Raja Petera boleh bertempik betapa jaguhnya beliau dan betapa ayam betinanya Anwar, tetapi jika seorang pejuang yang sebenar tidak akan mengutamakan perut dan syahwat lebih daripada matlamat perjuangan. Ramai yang suka tengok siapa sebenarnya anak raja itu dalam perjuangan. Mungkin orang mula percaya yang anak raja itu sudah kekeringan fulus yang bermewah-mewah di luar negara sebagaimana digambarkan oleh media utama Umno suatu ketika dulu.

Singgah abbebakarhttp://www.blogger.com/profile/00412174324992024196noreply@blogger.com0