Wednesday, September 25, 2013

Cerdik.

Masa cukup lama Nahathir jadi Perdana Menteri. 22 tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Mahathir mengakui kegagalan. Terbaru Mahathir mengakui kelemahan sendiri memantapkan Umno dengan orang yang cerdik. Orang-orang bodoh dalam Umno.

Kebanjiran orang bodoh dalam Umno mungkin disebabkan beberapa perkara.
1) Ramai orang cerdik tak suka kepada Umno.
2) Hanya orang-orang bodoh masih yakin dengan Umno sedangkan orang cerdik sadar Umno adalah pertubuhan politik yang tidak boleh diharap untuk menjadi sebuah kerajan yang berkesan.
3) Mahathir tidak berjaya meyakinkan orang-orang cerdik bersama Umno atau orang-orang cerdik disingkir oleh Mahathir dan kroninya daripada menguasai Umno. Ramai tokoh-tokoh hebat menjadi mangsa Mahathir sehingga Umno dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh?
4) Mahathir bukan pemimpin yang hebat dan tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi untuk membiarkan orang-orang cerdik bersama dalam Umno. Mahathir tidak sanggup kelihatan tidak cerdik dikalangan penyokong-penyokongnya yang cerdik jika membiarkan Umno dianggotai oleh orang yang cerdik.
5) Mahathir sebenarnya gagal membawa perubahan tahap celek intelek orang-orang Melayu dan bangsa itu masih pada tahap kecerdikan sebelelum merdeka sehingga Mahathir melihat mereka semua sebagai orang yang tidak cerdik.
6) Mahathir dengan kenyataan itu cuba meyakinkan bahawa hanya beliau seorang yang cerdik dan selainnya adalah tidak cerdik.

Cerdikkah Mahathir dan berjayakah Mahathir mencerdikkan rakyat Malaysia. Aku teringat tahap akademik budak-budak sekolah era Mahathir berbanding jati diri dan kesedaran pejuang kemerdekaan serta usaha mereka mencerdikkan diri sendiri. Aminuddin Baki cerdik, Ahmad Ibrahim cerdik, Ghafar Baba cerdik, Chen Peng juga cerdik dan lain-lainya. Kenapa Umno sendat dengan orang tidak cerdik sebagaimana kata Mahathir?

Wednesday, September 18, 2013

Siapa sesat.

Syiah sesat. Wahabi sesat. Qadariah dan Jabariah sesat. Murjiah sesat. Qardiani, lagi lah sesat. Pas, Parti ajaran sesat. Pas lebih bahaya daripada komunis. Buangkan perkataan Islam daripada parti Pas. MCA atau MIC adakah sesat? Samy Velu kata ada Hindu yang sesat.

Sepatutnya ditanya, apakah Umno sesat atau tidak sesat. Sebagaimana sepatutnya orang ramai mengkaji kenapa mereka mengatakan Syiah itu sesat, Wahabi itu sesat atau Pas parti ajaran sesat. Masalahnya, mereka sememangnya tidak suka mengkaji walaupun untuk pegangan mereka. Mak bapak mereka tak suruh kajipun anutan mereka itu betul atau tidak. Malah mereka akan sentiasa merasakan anutan mereka itu benar walaupun mereka bukan penganut yang taat.

Ramai yang mengikuti dan yakin bahawa Umno itu berfahaman ahlul sunnah wal jamaah. Sunnah/Sunni itu sahaja dikira benar dalam mentafsirkan Islam. Semua orang sunnah yakin dengan kebenaran dan ketepatan pentafsiran Islam mereka. Kerana itu mereka yakin bahawa Syiah dan Wahabi itu sesat dan menyesatkan.

Seronoknya, mereka pergi ke Makkah berimamkan orang Wahabi. Syiah yang mereka kata sesat itu, percaya dengan kalimah tauhid yang sama. Quran orang Syiah, quran itu lah juga. Jika ada pun berbeda pendapat dan pandangan kenapa perlu bertempik macam orang sasau. Tukang sorak tu tak lebih daripada media seumpama tv3 yang belum tentu arif tentang Syiah. Tukang canang ni yang lebih-lebih.

Apakah di Malaysia golongan Sunnah itu tidak dapat diselongkar kesalahan mereka. Apakah bebas mereka daripada bahaya khurafat. Jilahkah itiqad mereka. Sempurnahkah amalan mereka? Tanyalah lagi.

Sikap ini menyeronokkan dan amat lucu. Umno yang menolak sebahagian Quran dan menerima sebahagian yang lain itu dikira  sunnah juga, maka ianya benar. Umno yang menjadi teras pemerintahan Malaysia yang sekular dan menolak Islam dalam pemerintahan itu juga benar. Mereka yang galak membuka dan mempromosi budaya maksiat, judi, arak, hiburan melampau itu sebagai bertepatan dengan kehendak Islam sunnah. Betulkah begitu. Syiah dikorek betul-betul kes kahwin mutaah atau sikap taqiyah mereka. Kenapa tidak dijaga aqidah sunni Nusantara yang tercemar sakan dengan bidaah dan khurafat. 

Mereka yang menyokong Umno inilah yang bertempik untuk mengharamkan Pas, Wahabi, atau Syiah sehingga lupa aqidah mereka bertempek dengan klhurafat; tanpa Umno melaysia tidak akan maju. Tanpa Umno Malaysia akan huru hara. Tanpa Umno nasib Melayu dan Islam terancam di Malaysia. Dan banyak lagi, fikirkanlah. Nikah keyakinan sunnah Umno?

Umno juga yang mengajar orang Melayu bahawa Ikhwanul Muslimin itu diasas oleh pengganas dan sebahagian daripada pengganas. Kerana ajaran Umno juga rakyat menjadi keliru dan boleh terima kejahatan Fatah Sisi yang kufur itu untuk menjatuhkan Presiden Morsi yang dipilih oleh rakyat Mesir secara sah dan sendat dadanya dengan 30 jujuz al Quran.

Umno boleh terima kekeliruan pendapat ulama Muda mereka untuk menghalalkan tindakan zalim kudeta tentera Mesir yang sarat dengan agenda kufar Yahudi-Nasrani menghancurkan kerajaan sah pilihan rakyat dan dipimpin oleh seorang sarjana yang zuhud dan Islamik.

Adakah orang Umno yang bertempik mengkritik ulama muda mereka supaya jangan terlalu celupar menyalahkan perjuangan menuntut hak oleh penyokong Morsi dan membenarkan tindakan biadab kudeta tentera Mesir. Khiwarijkah mereka?

Umno sudah terlalu keliru dan tersasar. Wajarkah Umno meneruskan agenda mereka kala segalanya buruk dan lemah. Jenaka apa lagi yang lebih melucukan ketika mereka berada dalam kandang kesesatan, mereka berterik, bertempik menuduh orang lain sebagai sesat dan tidak betul.


Benar agaknya orang tua-tua Melayu mengingatkan kita bahawa, "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik".