Saturday, August 24, 2013

Senang jagi Menteri di Malaysia.

Kenyataan pemimpin Malaysia makin kalut. Terbaru Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi menyalahkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negewri (ISA) dan Ordinan Darurat (EC) sebagai penyebabkan meningkatnya jenayah di Malaysia.

Polis juga dikatakn hilang taring untuk bertindak. Menteri secara tidak sedar, menyalahkan anggota keselamatan dan sistem latihan kepolisian negara yang memerlukan tongkat, ISA dan EC, dua tongkat yang tidak memerlukan polis mengerahkan keringat untuk membendung jenayah.

Persoalannya, betulkah peningkatan jenayah di Malaysia dan  kewujudan 260,000 penjenayah yang dipayungi oleh penjenayah tegar (Hard core) disebabkan pemansuhan akta-akta tersebut? Kita jarang mendengar Menteri menyoroti kelemahan kerajaan dan ketidakcekapan pemimpin Malaysia menyebabkan jenayah kian meningkat terutama jenayah berat.

Thursday, August 15, 2013

Sisi vs Morsi @ Yahidi Kristian vs Islam?

General As Sisi bukan seorang ulama. Penampilan yang menunjukkan simpati kepada Ikhwan Muslim memungkinkan beliau berada di tapak itu. Tapak dan kedudukan itulah yang digunakan untuk menjatuhkan pemimpin kerajaan pilihan rakyat, Muhammad Morsi. Mungkin bantuan USD 1.2 bilion yang dijanjikan oleh Washington membunuh nurani As Sisi dan beliau sanggup  menukar dengan lebih 3000 nyawa rakyatnya. Pertukaran itu akan lebih mengejutkan memandangkan rakyat Mesir dan penyokong gerakan Islam sudah terlalu lama bersabar dengan segala bentuk konspirasi Yahudi dan Kristian Barat untuk melumpuhkan mereka melalui tangan-tangan boneka yang mereka ukir. Barat yang sudah terlalu jera untuk menghadapi Islam dimedan jihad dan Perang Salib telah memilih kaedah ini.

Orang Islam seluruh dunia tidak terlalu kercewa dengan As Sisi atau El Baradei yang dosanya membunuh rakyat Iraq sudah diketahui umum. Mereka sah menjadi boneka yang diukir dan robot yang diprogramkan oleh Yahudi Kristian Barat. Mereka tidak ada tapak iman yang membolehkan mereka merenung sebarang penyelesaidan untuk rakyat Mesir dan Islam diseluruh dunia kecuali bersama memasuki lubang biawak bersama tuan mereka, Yahudi dan Kristian.

Orang Islam diseluruh dunia dan khsusnya Ikhwan Muslim sudah kenal benar dengan wajah buruk mereka. Lebih setengah abad, ahli Ikhwan Muslim dan umat Islam merangka strategi untuk berhadapan dengan puak sekular yang benci kepada agama ini. Mereka sudah tidak mempu berdiri sendiri tanpa sokongan ulama dan kuasa hipokrit Yahudi Kristian Barat. Ikhwan Muslim dan Muhammad Morsi dapat menang melalui pilihan raya yang bersih dan rakyat sudah benar-benar hilang kepercayaan kepada barua-barua barat yang bertempik diatas tapak sekular.

Orang Islam akan benar-benar kecewa apabila ulama seperti  Syeikh Al Azhar bertindak menyokong As Sisi walau atas apa jua alasan. Amat memalukan, ulama yang sepatutnya menjadi penasihat kepada gerakan Islam turut diperalatkan sebegitu rupa oleh musuh untuk menghancurkan umat Islam. Apakah jawapan Syeikh Al Azhar kerana kebebalannya memahami dan membawa percaturan politik semasa menyebabkan As Sisi membunuh lebih 3000 orang Islam setakat ini. Angka yang terlalu menyanyat hati berbanding sejumlah 2000 orang yang dibunuh oleh tentera China di Medan Tiananmen pada Jun 1989. Malangnya kita belum terdengar sekelumit ulasan Yahudi Kristian Barat mengutuk As Sisi atas alasan apa sekalipun.

Sudah sampai masanya, para ulama Islam didedahkan dengan politik moden dan bukan pengertian siasah yang dihurai secara kolot dan ketinggalan zaman. Tok Guru Nik Abdul Aziz atau Tok Guru Haji Hadi boleh diminta oleh Najib untuk memberi kursus kepada seluruh ulama di Malaysia supaya mereka tidak jumud seperti Syeikh Al Azhar ketika menyokong As Sisi mengguling Muhammad Morsi. Modul yang dikemukan oleh Hassan Al Banna patut diajar di Al Azhar walaupun beliau tidak bernah balajar diInstitusi yang tershor itu.