Dr Haron Din barangkali benar tidak faham dialek bahasa Inggeris dalam memahami kiasan yang dibawa oleh Tun Mahathir Mohammad, " Better the devil you know then the angel you dont." Kefahaman Dr Harun berbahasa Inggeris mungkin tidak sebaik Mahathir, walaupun bahasa Inggeris Mahathir pun bukan baik sangat. Harun Din menyuruh Mahathir bertaubat kerana silap (?) memahami dan menghubungkan syaitan itu sebagai jahat dan malaikat itu sebagai baik. Harun Din sesungguhnya memenuhi tanggungjawab kepada sesama Islam dan sebagai ulama yang meminta Mahathir bertaubat (kembali) daripada kesilapan berdasar kefahamannya terhadap ungkapan Inggeris yang hebat itu. Baiknya Mahathir kerana dapat terima teguran ulama seperti Harun walaupun sejarah lampau beliau pernah mempersoalkan nasihat ulama.
Mahathir bukan insan yang boleh menerima pandangan orang lain dengan begitu mudah sebagaimana susanya beliau mengakui kesilapan beliau walaupun belaiu akan mengakui kesilapannya seperti dalam kes pemberian kad pengenalan (status kewarganegaraan) kepada rakyat asing. Mahathir mengakui tetapi tetap merasakan tindakannya itu betul. Betul berdasarkan pemikiran logiknya.
Jadi kita tidak terkejut jika Mahathir cuba mewajarkan ungkapan hebat yang dipetik daripada kiasan bahasa Inggeris dengan kenyataan Nik Aziz yang di buat 24 Januari 1999 yang dikatakan berkata, "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, MIC
Kalau nak menolong mengapa tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima."
Mahathir bukanya terlalu asing dengan budaya Melayu walaupun bukan "orie" . Mahathir lulusan universiti Singapura dan masih dalam kelompok budaya Melayu Nusantara. Paling penting Mahathir ialah seorang pemimpin Melayu dan Islam. Kiasan Nik Aziz bukan kufur untuk membolehkan Harun Din atau Majlis Syura Ulama PAS untuk menegur beliau dan menyuruh bertaubat. Sayang Mahathir cuba membuat sebagai tidak faham dan cuba mengeksploitasi kiasan Nik Aziz mengikut kepentingan politik sempit Umno.
Saya banyak membaca pemikiran Mahathir berkenaan Islam, dan kita tidak yakin beliau keliru dengan kiasan Nik Aziz jika bukan kerana niat dan agenda politiknya. Kalaupun Mahathir boleh menolak pengertian Harun Din dan mewajarkan ungkapannya yang dipetik itu tidak bercanggah dengan Islam, masakan beliau keliru pula dengan ungkapan jelas Nik Aziz dalam bahasa Melayu. Bolehkah sesiapa menyekat sebarang pertolongan daripada sesiapa hatta syaitan untuk tujuan kebaikan dan kebajikan sedangkan hakikat bergantung harap dan pertolongan seseorang Mukmin itu hanya daripada Allah. Apakah Allah akan mempersoalkan ilmu kita untuk menyaring setiap niat dan tujuan pertolongan itu kerana ianya daripada syaitan? Salahkah sunnah yang ditunjukkan oleh nabi kita untuk membuat perjanjian dengan syaitan (musuh)? Namun yang jelas kita diajar untuk menegakkan kebaikan sama ada kepada puak kita atau musuh.
Kenapa Mahathir tidak meminta Harun Din dan Majlis syura Ulama Pas untuk menjelaskan konsep pertolongan syaitan yang dibolehkan mengikut pandangan Nik Aziz. Sesungguhnya Mahathir bukannya terlalu cetek ilmu agamanya kecuali kecintaannya kepada kekuasan menyebabkan beliau lupa untuk kembali kepada tuntutan Islam jika berlaku percanggahan pendapat, iaitu Quran.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment