Monday, January 28, 2013

"Mua"

Mengikut Mahathir, Malaysia sebuah negara demokrasi yang mempunyai tahap penentangan politik terhadap dasar-dasar kerajaan yang tinggi. Apa sahaja dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, rakyat akan menggunakan saluran politik demokrasi untuk menunjukkan bantahan. Hinggakan usaha murni kerajaan untuk memastikan keselamatan nyawa rakyat melalui penggunaan kaedah dan peralatan tercanggih (AES) menjadi bahan politik dan diberi penentangan. Mengikut Mahathir lagi, kemajuan Malaysia, pertambahan bilangan kenderaan, kekurangan dan kealpaan tenagan manusia dan kehebatan peralatan elektronik moden dan canggih tidak dapat menyedarkan rakyat Malaysia, betapa pentingnya perlaksanaan dasar dan kaedah tersebut.

Teruk sangatkah tahap kesedaran politik rakyat Malaysia terutama yang menentang dasar dan penyelewengan Umno-Barisan Nasional sehingga tidak memapu membezakan antara baik atau buruk. Tamak dan gila kuasa sangatkah pembangkang yang menentang dasar-dasar Umno-Barisan Nasional hinggakan tidak mampu berfikir yang terbaik untuk rakyat dan negara. Mahathir sendiri, apakah beliau sanggup mengesahkan bahawa semua dasar celaru Umno-Barisan Nasional sejak zaman beliau adalah terbaik dan tanpa cacat. Atau Mahathir sentiasa berfikir bahawa semua pembangkang adalah orang yang seperti beliau, sanggup berbuat apa sahaja untuk membolehkan Umno-Barisan Nasional terus berkuasa. Bukankah terlalu pandir komen beliau terhadap pendedahan penyelewengan pemberian kad pengenalan kepada warga asing untuk tujuan mempertahankan kuasa Umno. Begitu juga dengan eksploitasi segala media utama sehingga menimbulkan kebencian melampau rakyat kepada Umno-Barisan Nasional sejak zaman beliu juga merupakan tindakan yang perlu dipersetujui dan perlu diikuti. Betul jika Anwar melawan Mahathir kerana ingin kuasa, tapi Anwar tidak terlalu bodoh untuk menunggu sekejap segala kemusnahan yang diusahakan oleh Umno dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang fitnah dan kerbencian terhadap dirinya.

Penggunaan peralatan elektronik untuk mengesan kesalahan lalu lintas jalan raya tidak mungkin dibantah oleh rakyat jika betul dan jujur perlaksanaannya untuk rakyat. Rakyat  menentang kerana  mereka tahu bahawa terdapat kecelaruan dan kesan buruk terhadap hidup rakyat. Mahathir terlalu membodohkan rakyat hinggakan beliau beranggapan bahawa rakyat tidak tahu kejelekan kronisma yang terus diamalkan oleh Umno-Barisan Nasional dan menindas rakyat. Begitu Mahathir akan mempertahankan dasar pengswastaan walaupun mutu kerja syarikat kroni yang mendapat projek dibawah tahap yang diharapkan. Persoalannya, Mahathir mahu rakyat menanggung segala kos dan kesukaran kerana beberapa Melayu yang jadi jutawan. Rakyat tidak perlu menggunakan peruntukan demokrasi untuk menyatakan pendapat. Rakyat perlu tunduk kepada kecelaruan pemimpin yang hilang arah dan matlamat hidup.Melampau dan bangang.

Rakyat adalah rakyat yang patuh. Sejak dahulu kala, manusia sedia diperhambakan oleh pemerintah malah sanggup dikorbankan. Rakyat lebih memikirkan keselamatan negara dan keharmonian hidup dan sedaya upaya cuba mengelakkan persengketaan sehingga dijadikan landasan kemusnahan sendiri. Mahathir amat tahu perkara ini kerana beliau telah melakukannya. Sungguhpun demi8kian, kerajaan sebagai pemerintah tidak boleh terlalu "mua" untuk terus disanjung rakyat.

No comments: