Mahathir sentiasa dalam keadan tidak bersalah. Mahathir sesungguhnya tidak pernah dibuktikan bersalah maka dia tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada sebuah mahkamah dimuka bumi ini yang pernah membuktikan Mahathir bersalah. Mahathir dalam apa keadaan berjaya mengelak daripada dibicarakan atau sekadar hadir dimahkamah maka beliau tidak mungkin didapati bersalah. Mahathir sentiasa bercakap tentang keadilan mahkamah dan kehakiman, maka beliau mendapat keadilan sebenar bila tidak pernah dibicarakan diatas sebarang kesalahan. Kita tidak pasti nasib beliau sebagaimana kita tidak pasti nasib sendiri dimahkamah Allah. Sebagai dijanjikan, kita pasti mendapat keadilan itu walau didunia kita dinafikan keadilan itu.
Kesalahan dan dosa tetap kesalahan dan dosa walaupun tidak pernah dibuktikan. Kemampuan kita melindungi kesalahan dan dosa bukan bermaksud kita tidak bersalah dan tiada dosa. Jika ada rahim Allah, dosa kita akan dirahsiakan dan diampunkan sehingga tidak makhluk yang mengatahuinya. Kita sentiasa berdoa untuk mendapatkan yang itu. Jika tidak, Allah akan buka rahsia kejahatan dan dosa kita sejak di dunia lagi walau betapa kita cuba menyembunyikan.
Mahathir berjaya menyembunyikan kejelekan pemerintahannya ketika berkuasa. Projek IC Sabah dan seluruh Malaysia? tidak pernah didedahkan oleh Mahathir. Kelemahan Najib dan kemantapan pembangkang menyebabkan rahsia itu terdedah. RCI mengesahkan wujudnya perojek tersebut walaupun sebelumnya ramai yang mengatakan ianya sekadar ingauan pembangkang. Mahathir terpaksa akur dengan kesilapannya namun masih bertegas bahawa ia tiada berdosa diatas peristiwa malang itu. Selain mencemuh musuhnya Tengku Abdul Rahman kerana memberi kerakyatan kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka sebagai rakyat Malaysia, Mahathir cuba menyapu najis kemuka musuhnya no 1, Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertindak melangkau had yang dibernarkan oleh beliau sebagai Perdana Menteri. Sekali lagi Anwar dipersalahkan walaupun RCI tidak pernah mendedahkan ia sebagai terlibat. Rakyat akan segera teringat peristiwa mata lebam Anwar yang difitnah oleh Mahathir, kononnya Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Ramai Melayu yang percaya dongeng Mahathir dan Anwar pernah dipenjarakan kerana dosa yang dicipta buatnya oleh Mahathir.
Kini didedahkan terdapat 600 rakyat Malaysia berkongsi nombor IC yang sama. JPN masih merahsiakan berapa banyak lagi pengundi hantu yang mengundi menggunakan IC orang lain. Kenapa ini berlaku dan banyak mana jumlahnya. Pendedahan RCI meyakinkan setiap rumus yang sebelumnya diperkatakan semaunya dan bukan lagi rahsia umum. Mahathir masih lagi berupaya bercakap dan merapu. Jika dalam kes IC diSabah beliau berlagak sebagai Pak Pandir yang kematian anak, maka untuk meneruskan kesuciannya beliau cuba meraih simpati daripada rakyat yang sudah bosan dengan Umno dan Barisan Nasional yang kononnya pakatan pembangkang akan menangkap musuh politik mereka jika berkuasa. Mudah buat Mahathir dan sepatutnya ditegaskan oleh pakatan pembangkang bahawa sesungguhnya sesiapa yang melanggar undang-undang negara termasuk Mahathir sendiri adakan dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan bahawa ianya bersalah. Kita terlalu cuak dengan kerenah Umno yang menyembunyikan kesalahan dan dosa yang dibuat oleh keroni walaupun memusnahkan negara.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment