Najib dikira bersih oleh mahkamah Malaysia. Semua media antarabangsa mengetahui keputusan mahkamah Malaysia yang tidak pernah melibatkan Najib dengan kes bunuh model Mongolia, Altantuya yang menemui ajalnya di Malaysia.
Dua orang anggota polis, Kopral Sirul Azhar dan Chif Inspektor Azilah Hadri disabitkan salah membunuh Altantuya orang asing yang tidak pernah dikenali. Orang asing yang tidak pernah ada rekod kemasukannya ke Malaysia. Razak Baginda tokoh pemikir yang rapat dengan Najib juga didapati tidak bersalah membunuh model itu. Walau banyak cerita aneh, rakyat Malaysia sudah menerimanya sebagai keputusan dan keadilan ala Malaysia.
Najib sebagai Perdana Menteri tidak dapat mengelak keraguan masyarakat antarabangsa. Lawatan ke China dengan misi politik perdananya untuk mengembalikan sokongan orang cina di Malaysia tercemar dengan isu Altantuya. Media antarabangsa tidak melepaskan peluang menyerang Najib dengan soalan berkenaan. Di Malaysia nama Altantuya sudah menjadi pantang, jangan sentuh sebarang isu berkenaan Altantuya. Soalnya sampai bila Najib dan rakyat Malaysia harus menanggung syak masyarakat antarabangsa kepada Najib sebagai Pembunuh. Perdana Menteri Malaysia kita disyaki sebagai pembunuh. Memalukan.
Laporan Associated Press (AP) yang Najib hanya "ketawakan" apabila disoal dengan isu Altantuya. Najib juga mengatakan tiada bukti yang dapat dikemukakan oleh pendakwa dan beliau telah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan model itu bebar-benar mencarik kredibiliti seorang Perdana Menteri. Paling melucukan bila Najib menjadikan isu hotel murah tempat penginapan Altantuya sebagai tidak layak model itu untuk mempunyai hubungan atau pernah mengadakan hubungan dengan Najib. Malunya rakyat Malaysia. Sampai bila Altantuya menjadi ingauan Najib dan rakyat Malaysia di persada antarabangsa?
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment