Friday, November 26, 2010

Jambatan (idea) Bengkok.

Politik jambatan Bengkok negarawan ulung. Tun Mahathir bukannya nyanyuk. Pandangan beliau masih lagi dihargai. Ramai yang taksub terhadap kepimpinan beliau malah orang seperti Ibrahim Ali akan sentiasa mengenang Mahathir sebagai seorang yang hebat. Mungkin ada yang merasakan BN/Umno hilang penguasaan dua petiga majoriti buat pertama kali dalam sejarah Malaysia kerana serangan beliau terhadap kepimpinan Abdullah Badawi PM Malaysia ke 5.

Tok Guru Nik Abdul Aziz memuji Mahathir sebagai seorang yang dikurniakan kecerdikan dan kewibawaan tetapi sayangnya tidak digunakan mengikut landasan yang betul. Mahathir juga sering dilihat sebagai seorang yang keras kepala dan banyak merosakkan imej Malaysia terutama dari aspek ekonomi, perundagan/kehakiman, penyalahgunaan kuasa, keronisma dan sebagainya.

Idea dan Pandangan Mahathir yang paling lucu ialah Jambatan Bengkok yang beliau terlibat secara langsdung untuk merancang dan melaksanakannya. Sudah sekian banyak wang rakyat dihamburkan untuk projek yang dibatalkan oleh Abdullah Badawi dan Najib masih berhati-hati untuk tidak atau meneruskannya.

Mahathir masih mahu PM sekarang, Najib meneruskannya. Beliau berpandangan bahawa pembinaan Jambatan Bengkok akan mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno/BN. Rakyat Johor marah kerana projek itu dibatalkan dan sokongan rakyat Johjor terhadap Umn/BN merosot teruk dalam pilihan raya umum lepas.

" Saya percaya satu daripada sebab kita tak dapat kemenangan cemerlang di Johor, buat pertama kali kita kalah 6 kerusi kerana rakyat Johor amat marah apabila dituduh mereka yang tidak mahu Jambatan Bengkok".

"Mereka tidak pernah ditanya sama ada hendak jambatan atau tidak, rakyat Johor marah dan sokongan mereka terhadap BN pada 2008 merosot, ada kawasan undi merosot dan ada yang kalah terus," katanya.

Pelek tetapi itulah idea dan pandangan Mahathir. Beliau melihat rakyat Malaysia terutama orang Johor begitu dangkal tahap politik mereka. Mungkin juga cara berfikir Mahathir menyebabkan idea-idea bodoh mudah diterima rakyat seperti dalam kes fitnah liwat terhadap Anwar atau pemakaian siggah Kardazan oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Mudahnya rakyat terima idea bodoh daripada pemerintah.

Peristiwa di Galas, Batu Sapi dan Manik Urai merupakan strategi membodohkan rakyat dengan idea-idea kurang cerdik tetapi rakyat boleh terima dan BN/Umno diberi kepercayaan untuk menang. Dasar dan perangai Umno/BN masih tidak berubah kecuali selogan-selogannya yang bertukur ganti mengikut pemimpin mereka.

Bolehkah Umno/BN meneruskan dasar bodohnya dan sampai bila rakyat akan terus menyokong pemimpin yang membawa bencana kepada negara. Sampai bila rakyat akan terus merasakan bahawa mereka bergantung kepada pemimpin dan bukannya pemimpin yang mereka pilih perlu melaksanakan amanah menguruskan khazanah negara demi kepentingan rakyat.

Kalaulah rakyat Malaysia kaya dan cerdik, tentunya idea bodoh Umno/BN sudah tidak laku dan mereka akan berani membuat perubahan.

Monday, November 15, 2010

"Cemuih"

MB Kedah hilang sabar dengan sikap media arus perdana. Tragedi banjir dan keceluparan TPM dan Syahrizat Jalil menuding jari kepada Ustaz Azizan sebagai tidak bertanggungjawab dan berlepas tangan ketika banjir melanda negeri itu adalah tindakan terlalu jahat dan mengambarkan sikap sebenar media arus perdana untuk kepentingan tuan politik mereka.

Sikap buruk media yang tidak pernah menyesal melakukan dosa fitnah terhadap kerajaan Kedah dan Menteri Besarnya menyebabkan mereka tidak berusaha mengakui kesilapan dan memohon maaf di atas keterlanjuran mereka. Etika kewartawanan diprkosa semaunya. Kepercayaan mereka (jika mereka beragama) menghendaki segala kejelekan mereka dipertanggungjawabkan di hadapan Tuhan mereka kelak dipandang ringan.

Tindakan Ustaz Azizan menghalang mereka membuat laporan semasa sidang Dun Negeri Kedah menyebabkan wakil rakyat Umno/BN meroyan. Wakil rakyat yang tidak memikirkan laporan fitnah terhadap MB Kedah dan badan-badan yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir sebagai mengkhianati rakyat. Bukankah rakyat perlu mendapat laporan yang tepat dan seobjektif mungkin supaya pemikiran mereka tidak keliru. Atau tugas sebenar media arus perdana ialah untuk terus menipu dan memeperdayakan rakyat untuk terus akur dengan kejahatan Umno/BN.

Jika pun media arus perdana dibenarkan membuat liputan sidang dun Kedah kali ini, apakah mereka akan melaporkan segala yang kebaikan dan keburukan sebaik mungkin dan tidak memutarbelitkan isu untuk memperlekehkan Pakatan Rakyat di Kedah. Media arus perdana sudah terlalu jahat untuk dilayan secara baik oleh Ustaz Azizan dan gabungan Pakatan Rakyat.

Wakil Rakyat Umno/BN yang cuba menjuarai kebebasan akhbar dan keterbukaan maklumat adalah terlalu jumud untuk bersaing secara sihat dengan gambaran maklumat yang adil dan saksama. Jika itulah yang diamalkan sejak dulu, Umno/BN sudah lama berkubur kerana rakyat selalu dipesongkan daripada mendapat maklumat sebenar kejahatan Umno/BN . Maklumat yang sering diolah disonglap oleh media arus perdana dengan mereka cipta dan membesarkan isu-isu fitnah keatas Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya rakyat yang bermaklumat sudah terlalu "cemuih" dengan gelagat Umno/BN dan suruhan mereka media arus perdana.

Friday, November 12, 2010

Tuanku

Menjunjung kasih Tuanku Sultan Selanor di atas kecaknaan Baginda untuk tidak menghadiri majlis makan tengah hari pada 15 Nov 2010 di Asrama Tun Dr Ismail, Kg Pandan Kuala Lumpur. Baginda tidak bersetuju dengan kos yang dirasakan terlalu tinggi untuk satu majlis makan tengah hari yang bakal dihadiri oleh baginda.

Yayasan Selangor sebuah badan kebajikan untuk membantu kemerlangan rakyat Selangor dari keluarga yang kurang berkemampuan dan di pengerusikan oleh Menteri Besar Selangor. Anihnya sebagai Pengerusi Yayasan Selangor, YAB Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan mengenai malis tersebut dan kos yang difikirkan tinggi oleh baginda.

Siapa disebalik majlis yang hebat dan mahal itu. Kebiasaannya rakyat memikirkan majlis yang melibatkan baginda sultan tentunya mahal tapi dunia terbalik "kot" majlis yang dianjurkan oleh badan kebajikan untuk membantu kecemerlangan pelajar Selangor yang kurang berkemampuan difikirkan mahal oleh baginda sultan Selangor sendiri.

Hebat sungguh warga Yayasan Selangor sehingga pengerusinya yang juga Menteri Besar Selangor tidak dimaklumkan berkenaan majlis yang akan dihadiri baginda. Sebagai memanda Khalid Ibrahim perlu lebih mengetahui dan maklum tentang kosnya. Rakyat akan memahami tahap profesional kakitangan Yayasan Selangor dan kerjasama dengan Kerajaan Pakatan Rakyat.

Menjunjung kasih Tuanku . Kebijaksanaan Tuankau menyebabkan ramai rakyat akan berbesar hati dan berbangga dengan keadilan Tuanku.

Thursday, November 11, 2010

Banjir

Media arus perdana seumpama golongan munafik zaman nabi yang membawa berita tentang Muhammad. Begitu gambaran media kawalan Umno yang menggunakan bencana yang menimpa negeri-negeri diutara Semenanjung Malaysia untuk memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat. Kejahatan yang terancang dan disengajakan untuk menghebahkan kecaknaan pemimpin Umno/BN.

Rakyat dan para sukarelawan yang bertugas tanpa sebarang ganjaran tenggelam dengan kedatangan Syahrizat Jalil pemimpin Umno ke lokasi pusat pemindahan banjir. Tenaga dan sumbangan selain Umno tidak sah dan media mengambarkan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat tidur lena ketika rakyat menderita akibat bencana tersebut. Selain Umno/BN, orang lain tidak reti nak urus kesusahan rakyat sedangkan rakyat sudah benar-benar susah dan amat tergugat dengan kejahatan Umno. Bagaimana perasaan mereka yang bertungkus lumus menyelamatkan diri, keluarga dan harta benda apabila ketika pemimpin Umno leka dengan kemewahan mereka?

Rakyat perlu mengajar pemimpin Umno erti amanah dalam melaksanakan tugas. Umno/BN tidak perlu berkelakuan sebagai Dajal yang mengandar habuan untuk sesiapa yang menyokong dan membiarkan sesiapa yang tidak tunduk kepada kemahuannya. Dalam situasi getiar parti itu sanggup menghasut rakyat untuk memihak kepada kejahatannya. Bila para pemimpin Umno/BN akan belajar dari kesilapan mereka jika rakyat tidak mampu untuk bersabar dan mengajarnya.

Ustaz Azizan amat faham erti ria', ujub ,sombong dan takabur kerana diajar oleh Islam maka rakyat perlu faham jika kerajaan negeri yang dipimpin oleh beliau lambat mencanang usaha kebajikan yang dibuatnya kepada mangsa banjir atau jika usaha itu tidak mendapat liputan media munafik arus perdana.

"MARI PAKAT TOLAK UMNO/BN"

Saturday, November 6, 2010

Matematik era PPSMI

Keputusan PRK Dun Galas - Umno/BN menang bergaya?

Undi Pas = 4134
Undi BN = 5324
Majoriti = 1190

Undi orang Asal - Peratus keluar mengundi 83 %

Undi Pas = 66
Undi BN = 1001

Undi orang Asal dicampur undi Pos yang memihak kepada Umno/BN sudah menyamai majoriti PRK Galas = 1190.

Berbaloi Umno berkhemah di petempatan orang Asal dan menjamu mereka semaunya. Khabarnya ada yang membawa air syaitan untuk menjamu mereka. Tok Guru MB Besar pula mengIslamkan 3 orang Asli dan memberi wang zakat kepada sebilangan mereka menyebabkan ada orang Umno yang meroyan dan melaporkan Tok Guru mengamalkan rasuah pilihan raya.

Umno/BN menang dengan majoriti 1190 amat mengecewakan arkitek pembangunan Gua Musang, Ku Li yang berhasrat menjadikan Gua Musang sebagai kota raya New York. Orang tua Gua Musang masih ada yang ingat dulu-dulu anak raja yang kalah kepada Mahathir ketika berebut untuk menjadi Presiden Umno berjanji untuk menjadikan Gua Musang kota semoden New York. Ku Li tak pernah kalah di Gua Musang tetapi orang di situ tidak banyak berubah, masih gitu-gitu.

PRK Dun Galas dalam Parlimen Gua Musang ada bisik-bisik yang kononnya anak raja itu akan membawa pulang royalti ke Kelantan. Moga-moga masin mulut anak raja itu. Kita boleh percaya tapi harap tak usah, seperti di Manik Urai, janji-janji PRK masih belum tertunai.

Hebatnya tidak semua orang Asal mengundi Umno/BN walaupun mereka dikepung dan dipaksa memakai baju merah ke tempat mengundi. SPR yang menjadi lembu Umno/BN tidak menghiraukan bantahan Pas supaya kiraan undi orang Asal diadakan di tempat mengundi tetapi agihan zakat oleh tok guru dikira rasuah pilihan raya. Syabas Tok Guru dan sememangnya kami tidak kecewa dengan kekalahan di Galas kerana Umno/BN sebenarnya tidak menang berdasarkan ilmu Matematik era PPSMI yang tidak sempat saya belajar, tetapi mendapat kepujian Ilmu Hisab tahun 70-an.

Perangai hodoh Umno/BN tidak pernah kendur, saat negara berhadapan krisis ekonomi masih sanggup berbohong dan ada duit untuk beli keyakinan rakyat . SPR pula pekak, bisu dan buta untuk melihat kesalahan dan laporan Pakatan Rakyat.

Thursday, November 4, 2010

AP Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin mendedahkan bahawa mereka yang bersama PKR memang tahu Anwar cukup tidak selesa dengan keterampilan Abdul Hadi Awang yang ala "Taliban". Anwar bukan sahaja tidak selesa dengan Abdul Hadi Presiden Pas, tetapi sikap Penasihat PKR yang "berbohong" dicemuh oleh Zulkifli Nordin.

" ... kalau konspirasi 6 September pun Anwar boleh bohong bulat-bulat, apalagi yang mereka Pas mahu?". " ... kalau sudah dibuktikan Pas hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Anwar pun masih lagi terkial-kial nak menari ikut rentak Anwar, saya tidak tahu apa lagi yang kepimpinan parti itu mahu buktikan", hasut Zulkifli Nordin.

Zulkifli Nordin yang sentiasa mendapat tempat media milik Umno sejak berada dalam Pakatan Rakyat tentu memiliki keistemewaan tersendiri kepada Umno/BN. Tindakan menjadi AP bebas setelah mengkhianati rakyat Kulim-Bandar Baharu mudah difahami, beliau akan sentiasa menjadi senjata Umno/BN untuk menghancurkan atau sekurang-kurangnya melemahkan Pakatan Rakyat.

1) Zulkifli Nordin peribadi yang dipertikai kejujurannya . Kepimpinan Pas secara kolektif menolak peranannya dan tidak mempercayai beliau sebagai seorang yang jujur dan itiqamah dalam perjuangan Islam serta diberi mandat untuk bertanding di atas tiket parti berkenan.

2) Apakah sumbangan Zulkifli Nordin sebagai AP Pakatan Rakyat daripada Keadilan setelah diberi mandat oleh pengundi Kulim-Bandar Baharu selain terus-terusan menyusahkan parti dan Pakatan Rakyat.

3) Saranan beliau supaya Pas bergerak secara sendirian tanpa mengharapkan sokongan PKR dan DAP, kerana kononnya PAS sebagai parti yang besar, keahlian ramai, jentera parti yang mantap dan petugas yang sangat komited, adalah merupakan saranan musuh yang berselimut dengan topeng kebaikan. Saranan musuh yang busuk hati yang ingin melihat usaha Pas untuk merealisasi perjuangan Islam yang paling releven untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk di Malaysia "gagal". Saranan politikus jahat yang tidak mahu melihat kejayaan Pas untuk meratakan fitrah azali kebenaran Islam kepada seluruh rakyat Malaysia setelah Umno/BN gagal melakukannya setelah lebih 50 tahun memerintah.

Saranan seorang yang mandul idea setelah mendapat mandat dan cuba membungkus busuk hati dan hasad dengki sehingga sanggup bersengkongkol memfitnah Anwar tokoh yang pernah dibela kerana fitnah musuh politik dalam satu konspirasi jahat melampaui susila bangsa dan batas agama. Atas nama Allah apakah saranan Zulkifli Nordin untuk menjinakkan hati-hati orang bukan Islam setelah Umno/BN gagal melakukannya .

4) Sebagai wakil "bebas" apakah tuduhan-tuduhan terhadap Anwar dan segala fitnah anda terhadap Pakatan Rakyat boleh menghapus dosa pengkhianatan terhadap mandat rakyat Kulim Bandar Baharu yang mahu anda berkhidmat sebagai AP PKR dalam Pakatan Rakyat. Anda sebagai peguam pasti mempunyai jawapan mahkamah Tuhan nanti.

5) Apakah tindakan Anwar mengheret Zulkifli Nordin ke hadapan Lembaga Disiplin Parti yang diangap "kafir" boleh menghapuskan dosa khianat beliau yang terus-terusan mendatangkan masalah kepada parti dan apa usaha beliau untuk membaikinya selain "kedegilan" dan keras kepada. Apakah beliau seorang yang berprinsip atau menyimpan hasrat yang paling busuk.

6) Bukanlah hujah seorang peguam yang hebat apabila Zulkifli Nordin mengaitkan penyingkiran Zahrain Mohamad Hashim AP Bayan Baru sebagai tindakan Anwar untuk membodek Lim 2 beranak yang mengetuai Dap. Semua orang kenal Zahrain dan Anwar lebih kenalnya menyebabkan Penasihat Pakatan Rakyat itu berindak sedemikian. Apakah Zulkifli membela Zahrain kerana kedua-dua adalah pengkhianat dari "team" yang sama?

7) Tanpa Zahrain dan Zulkifli, bukankah Pakatan lebih mantap dan stabil. Tanpa mereka berdua (termasuk beberapa pengkhianat), media yang merencana kejahatan terhadap Pakatan Rakyat terpaksa mereka cipta fitnah dan kejahatan baru.

8) Anwar dan Abdul Hadi melalui hubungan terlalu lama dan intim dalam pelbagai variasi. Mereka pernah bersama dalam ABIM dan seketika Anwar dijangka akan bersama Pas. Mereka pernah berhubung sebagai musuh politik dan kini mereka bersama dalam Pakatan yang mampu mengurangkan majoriti mutlak Umno/BN, imej dan penampilan mereka tidak pernah berubah kecuali mereka dilihat lebih matang dan berwibawa. Apakah kini masa terbaik untuk mereka mempersoalkan imej yang digambarkan dan ditonjolkan oleh Zulkifli Nordin, idea seorang "pengkhianat?".

Allah maha mengetahui.