AP Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Nordin mendedahkan bahawa mereka yang bersama PKR memang tahu Anwar cukup tidak selesa dengan keterampilan Abdul Hadi Awang yang ala "Taliban". Anwar bukan sahaja tidak selesa dengan Abdul Hadi Presiden Pas, tetapi sikap Penasihat PKR yang "berbohong" dicemuh oleh Zulkifli Nordin.
" ... kalau konspirasi 6 September pun Anwar boleh bohong bulat-bulat, apalagi yang mereka Pas mahu?". " ... kalau sudah dibuktikan Pas hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh Anwar pun masih lagi terkial-kial nak menari ikut rentak Anwar, saya tidak tahu apa lagi yang kepimpinan parti itu mahu buktikan", hasut Zulkifli Nordin.
Zulkifli Nordin yang sentiasa mendapat tempat media milik Umno sejak berada dalam Pakatan Rakyat tentu memiliki keistemewaan tersendiri kepada Umno/BN. Tindakan menjadi AP bebas setelah mengkhianati rakyat Kulim-Bandar Baharu mudah difahami, beliau akan sentiasa menjadi senjata Umno/BN untuk menghancurkan atau sekurang-kurangnya melemahkan Pakatan Rakyat.
1) Zulkifli Nordin peribadi yang dipertikai kejujurannya . Kepimpinan Pas secara kolektif menolak peranannya dan tidak mempercayai beliau sebagai seorang yang jujur dan itiqamah dalam perjuangan Islam serta diberi mandat untuk bertanding di atas tiket parti berkenan.
2) Apakah sumbangan Zulkifli Nordin sebagai AP Pakatan Rakyat daripada Keadilan setelah diberi mandat oleh pengundi Kulim-Bandar Baharu selain terus-terusan menyusahkan parti dan Pakatan Rakyat.
3) Saranan beliau supaya Pas bergerak secara sendirian tanpa mengharapkan sokongan PKR dan DAP, kerana kononnya PAS sebagai parti yang besar, keahlian ramai, jentera parti yang mantap dan petugas yang sangat komited, adalah merupakan saranan musuh yang berselimut dengan topeng kebaikan. Saranan musuh yang busuk hati yang ingin melihat usaha Pas untuk merealisasi perjuangan Islam yang paling releven untuk menyelesaikan masalah masyarakat majmuk di Malaysia "gagal". Saranan politikus jahat yang tidak mahu melihat kejayaan Pas untuk meratakan fitrah azali kebenaran Islam kepada seluruh rakyat Malaysia setelah Umno/BN gagal melakukannya setelah lebih 50 tahun memerintah.
Saranan seorang yang mandul idea setelah mendapat mandat dan cuba membungkus busuk hati dan hasad dengki sehingga sanggup bersengkongkol memfitnah Anwar tokoh yang pernah dibela kerana fitnah musuh politik dalam satu konspirasi jahat melampaui susila bangsa dan batas agama. Atas nama Allah apakah saranan Zulkifli Nordin untuk menjinakkan hati-hati orang bukan Islam setelah Umno/BN gagal melakukannya .
4) Sebagai wakil "bebas" apakah tuduhan-tuduhan terhadap Anwar dan segala fitnah anda terhadap Pakatan Rakyat boleh menghapus dosa pengkhianatan terhadap mandat rakyat Kulim Bandar Baharu yang mahu anda berkhidmat sebagai AP PKR dalam Pakatan Rakyat. Anda sebagai peguam pasti mempunyai jawapan mahkamah Tuhan nanti.
5) Apakah tindakan Anwar mengheret Zulkifli Nordin ke hadapan Lembaga Disiplin Parti yang diangap "kafir" boleh menghapuskan dosa khianat beliau yang terus-terusan mendatangkan masalah kepada parti dan apa usaha beliau untuk membaikinya selain "kedegilan" dan keras kepada. Apakah beliau seorang yang berprinsip atau menyimpan hasrat yang paling busuk.
6) Bukanlah hujah seorang peguam yang hebat apabila Zulkifli Nordin mengaitkan penyingkiran Zahrain Mohamad Hashim AP Bayan Baru sebagai tindakan Anwar untuk membodek Lim 2 beranak yang mengetuai Dap. Semua orang kenal Zahrain dan Anwar lebih kenalnya menyebabkan Penasihat Pakatan Rakyat itu berindak sedemikian. Apakah Zulkifli membela Zahrain kerana kedua-dua adalah pengkhianat dari "team" yang sama?
7) Tanpa Zahrain dan Zulkifli, bukankah Pakatan lebih mantap dan stabil. Tanpa mereka berdua (termasuk beberapa pengkhianat), media yang merencana kejahatan terhadap Pakatan Rakyat terpaksa mereka cipta fitnah dan kejahatan baru.
8) Anwar dan Abdul Hadi melalui hubungan terlalu lama dan intim dalam pelbagai variasi. Mereka pernah bersama dalam ABIM dan seketika Anwar dijangka akan bersama Pas. Mereka pernah berhubung sebagai musuh politik dan kini mereka bersama dalam Pakatan yang mampu mengurangkan majoriti mutlak Umno/BN, imej dan penampilan mereka tidak pernah berubah kecuali mereka dilihat lebih matang dan berwibawa. Apakah kini masa terbaik untuk mereka mempersoalkan imej yang digambarkan dan ditonjolkan oleh Zulkifli Nordin, idea seorang "pengkhianat?".
Allah maha mengetahui.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
1 week ago
No comments:
Post a Comment