Wednesday, December 21, 2011

Selamat Hari Lahir TM

Mahathir bukan Melayu tulin. Beberapa tetes darahnya berasal dari benua Hindi, darah kacukan. Jikapun Mahathir ingat-ingat lupa makanya kerana beberapa tetes darah Melayunya itu yang menyebabkan beliau begitu. Melayu mudah lupa tetapi tidak Mahathir lupa sepenuhnya kerana beliau bukan Melayu tulin.

Kerana memerintah terlalu lama banyak perkara yang Mahathir ingat-ingat lupa. Banyak faktanya menjadi bercanggah terutama bila teringat Anwar. Mahathir menjadi keliru bila berhadapan dengan Anwar tidak seperti dua bekas timbalannya sebelum Anwar. Ingatan Mahathir boleh jadi ingat sepenuhnya atau lupa sepenuhnya (?) berkenaan 2 bekas timbalannya, Musa Hitam dan Abdul Ghafar Baba. Mahathir tak akan menyebut mereka berdua. Buat apa disebut.

Kita tidak suka tuduh Mahathir berbohong kerana mengenang jasanya dan ketuannya. Jika Mahathir tidak sesibuk sekarang setelah terdesak menyerah kerusinya kepada Abdullah Badawi, rakyat Malaysia terutama Melayu lebih suka mengenangnya sebagai negarawan hebat. Kerana kehebatannya Mahathir ingin terus menerajui Malaysia dan perangai tuanya terbukti ketika merajuk dan keluar seketika dari Umno ketika pentadbirtan Malaysia ditentukan dari Tingkat 4, yang menurut Mahathir oleh seorang budak yang menjadi menantu Abdullah Badawi.

Tidak ada kebaikan ketika Malaysia ditadbirkan oleh PM kelima itu, sehinggakan Mahathir merunggut bahawa beliau salah pilih pengganti. Penggantinya banyak dipengaruhi oleh menantunya dan bukan oleh Mahathir? Ramai pengamat yang jujur kepada penggantinya, PM kelima yang mewarisi segalah kemusnahan yang ditinggalkan oleh Mahathir. Mahathir yang membenih dan membiakkan rasuah politik dalam Umno. Mahathir yang memusnahkan sistem perundangan, sistem pendidikan, agama Islam dan kepentingan dan budaya orang Melayu.

Perangai ingat-ingat lupanya menyebabkan banyak kenyataan yang merapu dan mengundang kekeliruan dikeluarkan oleh beliau terutama dalam membandingkan pentadbiran Malaysia dibawah beliau berbanding orang lain. Mahathir sebenarnya insan yang bernasib baik beliau dilindungi oleh pentadbiran yang korup yang beliau bina sejak mula menerajui Malaysia. Kita merasa kagum kerana Mahathir mampu mengawal karenah tuntutan pelbagai kaum yang terlalu kontras. Kekaguman kita menjadi malap setelah satu persatu perangai korup pemimpin BN yang menjelaskan erti tersirat bahawa kes korupsi itu diketahui oleh Mahathir dan kabinetnya tetapi beliau menjadikannya sebagai perangkap untuk memeras ugut mereka. Bodoh sangat jika Mahathir tak tahu certa Taib Mahmud yang merompak hasil bumi Sarawak, atau sesiapa sahaja lah. Mana mungkin kabinet yang dipimpin oleh Mahathir ditipu oleh seorang dua yang berkepentingan sehingga negara menanggung kerugian yang besar?

Hari ini Mahathir mengeluarkan kutukan dan menuntut sumpah laknat daripada Anwar dalam kes pinjaman daripada Bank Dunia. Kenapa nak sangat sumpah laknat dan bukannya fakta. Kenapa perlu cakap berputar-putar, berbelit-belit tak minta dana Bank Dunia tapi sekejap mengakui menerimanya. Seperti kes mata lebam Anwar, Mahathir lah orang yang pertama mengeluarkan idea tolol yang Anwar mencederakan diri sendiri untuk meraih simpati. Biarlah itu kisah lama tapi rakyat kerana faham perangai Mahathir.

Mahathir ingin terus memerintah Malaysia dan samggup berkata apa sahaja. Kerananya dalam kes Rosmah, Mahathir terkunci mulut dan memuji Najib. Najib bukan sahaja dapat menambat hati Rosmah bininya, juga hati Mahathir disamping berusaha membelanjakan duit negara untuk menunjukkan baik kepada rakyat walaupun hutang negara melebih RM450 billion.

Mahathir dah menyambut hari lahirnya ke 86. Umur panjang Mahathir akan terus melihat beliau mengawal Malaysia jika Umno masih diberi mandat oleh rakyat dalam PRU 13 nanti.

Sunday, December 18, 2011

Kebodohan itu milik siapa.

Umat Islam perlukan perpaduan. Pas dan Umno harus sanggup kongsi kuasa untuk perpaduan. Pas kena bertaubat daripada menuduh Umno kafir dan meletakkan Umno sebagai musuh terulung hingBold
ga permusuhan terhadap Umno melebihi permusuhan terhadap lain. Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tapi tak rela berjabat salam dengan Datuk Seri Najib Razak.

Nakhaie Haji Ahmad
Bekas Naib Presiden Pas

1. Tidak ada orang Pas tidak bersetuju dengan keperluan bagi umat ini amat perlukan perpaduan.

2. Pas pernah menolong Umno dalam mempertahankan kuasa. Pas telah ditendang daripada perkongsian kuasa palsu tajaan Umno demi perpaduan Melayu dan Islam. Umno sebagaimana kita kenal sanggup melakukan apa sahaja untuk mempertahan kuasa seperti rasuah politik, mencabul kedaulatan undang-undang, memfitnah, mengadai hak dan maruah bangsa Melayu, gagal mebela Islam, tidak mahu berhukum dengan hukum Islam dan sebagainya. Apakah Nakhaie sanggup mengorbankan semua itu demi perpaduan kosong tajaan Umno. Kita tidak faham bagaimana jiwa beragama Nakhaie boleh tenang dengan segala kejahatan Umno yang beliau junjung dan sanjung sekarang.

3. Pas kena bertaubat daripada menuduh Umno kafir dan meletakkan Umno sebagai musuh terulung sehingga permusuhan terhadap Umno melebih permusuhan terhadap lain.

Kita menjadi keliru bagaimana orang yang pernah menjadi Naib Presiden Pas boleh keliru dengan huraian batas iman dan kufur dengan tuduhan kafir. Umno gagal memahami batas iman dan kufur dan saranan perpaduan hendak dibuat diatas dasar apa, Islam atau assabiyah Umno. Tahap kefahaman Nakhaie adalah sama dengan Ibrahim Ali Presiden Perkasa atau Najib yang menjadi Perdana Menteri tanpa sebarang penyelesaian perlbagai krisis yang menimpanya.

4. Hadi sanggup berpeluk dengan Lim Kit Siang tapi tak rela berjabat salam dengan Datuk Seri Najib Razak.

Itulah hujah politik Nakhaie yang menyebabkan beliau meninggalkan Pas dan bersama Umno. Hujah yang dipasang serupa dengan Pengerusi JKKK atau AJK Umno peringkat kampung. Saya tidak tahu berapa orang lagi penyokong dan pendokong gerakan Islam yang bergerak bersama Pas terkesan hujah bodoh itu.

Kita tidak akan lupa isu siggah salib yang dipakai oleh Tengku Razaleigh ketika lawan Mahathir yang dijadikan modal menghodohkan dan mempertikaikan keikhlasan Tengku Razaleigh mempertahankan Melayu dan Islam sedangkan Mahathir juga memakainya, malah lebih besar dan lebih agam.

5. Bila pulak Nakhaie ingin bertaubat dan menyelaraskan kefahamannya dalam beragama dengan keterlibatan beliau dengan perjuangan sekular Umno dan jauh daripada Islam. Kotornya segala kahak, gelema, nanah, darah dan pelbagai kekotoran yang pernah dilemparkan oleh Nakhaie, kini dikeman dan ditelan sungguh-sungguh.

Apapun kita sadar sangat-sangat bahawa sememangnya orang Melayu Islam kurang belajar dan kurang membaca. Ada yang cerdik pandai lebih mengutamakan kepentingan perut dan dunia yang diibaratkan oleh baginda Nabi sebagai tidak berharga seumpama bangkai kambing.

Nakhaie juga perlu jelaskan tahap kecenderungan kepada orang yang zalim sehingga kita dijanjikan dengan sambaran api neraka oleh Allah. Jangan pula cerdik pandai agama dan orang alim menjadi ulama jahat yang diingatkan oleh Junggungan Nabi Besar Muhamad s.a.w.


Wednesday, October 5, 2011

Bajet poket kosong?

Pakatan mengemukakan Bajet Alternatif untuk membantu rakyat tersepit. Pakatan mempunyai alternatif untuk membawa Malaysia keluar dari kemelut ekonomi yang cipta oleh pemerintahan 54 tahun Umno.

Pakatan belum pernah diberi mandat untuk membuktikan kemapuan mereka untuk menterjemahkan bajet yang dikira alternatif belanjawan Umno yang saban tahun berjanji untuk menyelesaikan beban rakyat tetapi terbukti masalah ekonomi negara kian meruncing.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir melihat belanjawan alternatif Pakatan Rakyat ibarat poket kosong. Menurut Mahathir, senang mahu belanja duit yang kita tidak ada. Itulah Mahathir yang mahir dengan mentaliti rakyat Malaysia khasnya orang Melayu. Jarang Melayu yang suka berfikir maka mereka senang termakan dengan lojik bodoh seperti yang dikemukakan oleh Mahathir.

Mahathir bukan bodoh untuk mengakui bahawa belanjawan yang Umno/BN buat selama 22 tahun ketika beliau mentadbir Malaysia adalah duit bapaknya atau duit datuk neneknya atau harta yang menjadi hak Umno/BN . Mahathir dan semua Perdana Menteri dari sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussin dan Tun Abdullah Badawi sehingga zaman Najib bukan menyediakan bajet dari poket mak bapak mereka atau duit Umno/BN. Mereka dapat menyempurnakan pembentangan bajet dan membelanjakannya kerana mereka mendapat mandat yang diamanahkan oleh rakyat.

Pakatan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kepada Mahathir, juga faham untuk mendapatkan duit dan membelanjakannya jika diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya umum ke 13 nanti. Tidak timbul masalah berbelanja duit yang kita tidak ada sebagaimana diucapkan oleh Mahathir.

Sayangnya ungkapan bodoh Mahathir mempersendakan mandat rakyat kerana kebencian beliau kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah diberi liputan meluas oleh media pengapu Umno. Sepatutnya media perlu sedar bahawa Mahathir sudah terlalu tua untuk mencampuri urusan politik negara , beliau sudah nyanyuk.

Sunday, September 25, 2011

Perkasa anak buah Berahim Ali

Ceramah TP Pas Haji Mohamad bin Sabu tercemar oleh tindakan biadab penyokong Perkasa. Tindakan bodoh dan tidak bertamadun menceroh satu majlis orang lain memperlihatkan wajah sebenar Umno yang mendalangi pertubuhan bodoh itu. Alasan tindakan bacul kerana keenganan Mat Sabu memohon maaf dalam kes fitnah Mat Indera dan sokongan kepada komunis, menyebabkan ahli kumpulan bertindak agresif.

Lebih bodoh dan bahlul lagi ialah pandangan Setiausaha Perkasa Negeri Sembilan Alias Mohamad yang cuba mewajar tindakan anak buahnya kerana keengganan Mat Sabu memohon maaf. Jakun punya setiausaha yang tidak faham maksud memohon maaf. Bangang sangat kah kamu untuk memahami bahawa suatu tuntutan maaf kerana sesuatu kesalahan. Bodohkah kamu untuk memohon maaf atas suatu dosa yang kamu tidak buat? Bila Mat Sabu bersalah kerana beliau tidak pernah mengaku salah di atas fitnah yang direka cipta oleh Utusan Melayu terhadap beliau. Bukankah kes Mat Sabu sedang dalam tindakan mahkamah. Padanlah kamu terlalu bangang untuk memahami suatu erti perjuangan dengan tanggungjawab kerja mencari nafkah. Maka wajarlah kamu dibeli dan diperalatkan oleh Umno untuk satu tujuan yang kamu sendiri tidak begitu mengerti. Seperti kata Mahathir, sokong kamu kepada Umno dan berselindung di bawah paksi Perkasa adalah untuk mendapat habuan perut dan bukan kerana kepentingan bangsa dan agama. Berani sangat kamu dengan orang Pas yang dalam setiap ceramah, mereka diperingatkan oleh para pemimpin supaya tidak membalas provokasi yang secara mudah akan dimanipulasi oleh Umno untuk bertindak jahat ke atas Pas. Sebenarnya sibacul ahli perkasa yang menyerang orang Pas dalam ceramah Mat Sabu di Negeri Sembilan adalah pewaris Melayu yang pengecut dan sangup menjual harga diri menjadi hamba kepada penjajah Inggeris dan mengemis untuk satu kemerdekaan separuh masak dan setelah merdeka menjadi penjilat pemerintah yang lupa amanah dan tanggungjawab.


Alangkah malunya aku kerana ada waris pembela Melayu yang begitu bodoh, jakun dan tidak bertamadun. Walau apapun kedukaan terubat bila mengenang Mat Indera, Tok Janggut, Rosli Dobi, Ahmad Bostaman dan lainnya yang masuk keluar penjara kerana satu perjuangan. Apa hak kamu memaksa aku untuk menghormati pengkhianat yang mengemis peluang daripada penjajah untuk menindas dan membunuh bangsa dan mengkhianati agamanya sendiri.

Saturday, September 24, 2011

Siapa serik?

Siapa terseksa ketika Selangor di bawah Pakatan Rakyat? Muhyidin Yasin menjelaskan "rakyat" Selangor ingin supaya pilihanraya umum ke 13 dipercepatkan kerana "rakyat" Selangor akan mengundi Umno -BN. "Rakyat" Selangor serik di bawah Pakatan Rakyat. Seperti ketika Terengganu di bawah Pas, "rakyat" Terengganu diratib dengan slogan "Serik dah we...". Rakyat Terengganu kerana serik yang teamat sangat di bawah Pas yang banyak menyelesaikan masalah rakyat telah memberi ruang kepada Umno-BN untuk mentadbir Terengganu. Rarkat Terengganu amat mengharapkan pembangunanm yang tidak pernah didengar oleh telinga, tidak pernah di pandang oleh mata dan tidak pernah tersentuh oleh khayalan manusia. Sememangnya hebat propaganda Umno menyebabkan Pas konyol walaupun peratus sokongan terhadap parti itu tidak banyak berubah.

Pas dan Pakatan tidak memerintah Terengganu, barangkali Terengganu di bawah Umno-BN negeri terkaya dan termaju di Malaysia. Rakyat Selangor mengikut maklumat Muhyiddin Yasin yang jadi TPM berbondong keTerengganu untuk mencari peluang pekerjaan? Makanya ketika Hari Raya Puasa lalu, jalan raya diTerengganu jem gila. Orang Umno yang kurang akal dan terpedaya dengan Muhyiddin menjadi keliru apakah arus trafik yang jem gila itu kerana rakyat Terengganu balik ke Selangor atau rakyat Terengganu yang mencari makan di Selangor balik berhari raya ke Terengganu. Memang patut orang Umno mudah diperdaya oleh pemimpin mereka kerana kurang cerdik.

Hari ini rakyat Terenganu tidak nampak serik kerana boleh dibeli dengan duit ihsan dua tiga ratus setahun. Pengundi tegar Umno menjadi ikan "bedukang" yang tunggu tahi di bawah jambatan . Mana ada air free seperti di Selangor. Mana ada sumbangan takaful kifalah seperti di Kelantan. Mana Ahmad Said menunjukkan tanda-tanda untuk melaksanakan hukum Islam yang dilulus semasa Haji Hadi Awang memerintah dulu. Mana rakyat selesa dengan kos sara hidup yang kian meningkat saban hari. Tapi kerana wang ihsan rakyat tidak akan "jera" ntuk terus menokong Umno.

Pemimpin Umno Selangor yang sebenarnya serik. Para penyamun Umno bagaikan tidak sabar mendapatkan kuasa untuk memunggah khazanah negara sebagai memunggah harta mak bapak mereka. Muhyiddin sendiri kian tidak sabar untuk melihat Najib berundur. Isyarat kian jelas dari Muhyiddin yang kian terseksa kerana Najib masih menjadi Perdana Menteri dan Rosmah menjadi FLOM yang maha berkuasa. Muhyiddin atas nama rakyat selangor cuba memperbodohkan penyokong Umno untuk melihat Najib tersungkur dalam pilihan raya ke 13 nanti. Atau itu isyarat yang jelas daripada Muhyiddin supaya Najib segera berundur. Muhyiddin pernah melakukannya terhadap Abdullah Badawi dan dia berjaya kerana Mahathir masih berkuasa dalam area politik Malaysia.

Soalnya berapa lama Muhyiddin mengharapkan Rakyat Malaysia khususnya di Selangor bodoh untuk terus memelihara nafsu serakah pemimpin mereka memperkosa khazanah negara .

Friday, September 23, 2011

Berpatah arang atau berkerat rotan?

Belum kering lidah bekas Perdana Menteri Malaysia mepersendakan Pas dan Tok Guru Menteri Besar Nik Abdul Aziz di Kelantan supaya melaksanakan hudud. Ketika jadi Perdana Menteri, Mahathir memberi kata dua kepada Nik Aziz dan Pas supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan. Pas, Nik Aziz dan orang Islam memandam rasa penuh kecewa dengan tindakan Mahathir. Mahathir bukan sahaja menolak hudud tapi mempersendakan orang yang ingin melaksanakannya.

Mahathir bukan seorang tokoh Islam yang berwibawa untuk berkongsi kuasa dengan pelbagai kaum di Malaysia. Keenganan Mahathir untuk melihat Islam berdaulat sepenuhnya terhalang oleh desakan komponen BN - MCA atau MIC. Begitu juga dalam belbagai tuntutan yang melibatkan kepentingan kaum, Mahathir dan Umno beralah untuk mengekalkan kuasa.

Desakan komponen BN menjadi lebih jelas bila Umno makin lusuh dan diambang kehilangan sokongan. Presiden MCA, Chua Soi Lek telah menjelaskan segalanya apabila memberi kata dua untuk meninggalkan BN jika Umno berhasrat untuk melaksanakan hudud. Maknanya orang Islam yang masih bersama Umno patut meninggalkan niat untuk melihat hudud dilaksanakan jika masih menyokong Umno dan Barisan Nasional. Harapan penyokong Umno untuk melihat Islam dilaksanakan secara menyeluruh dengan menyokong Umno dan Barisan Nasional adalah mustahil.

Mahathir juga dilihat sebagai berupaya mengawal tuntutan pelbagai kaum betika beliau mentadbir Umno dan Bartisan Nasional. Setelah bersara, tuntutan daripada pelbagai kaum terhadap Abdullah Badawi dan Najib kian ketara. Layanan Mahathir terhadap tuntutan bukan Bumiputera menyebabkan mereka memberi sokongan mantap kepada Mahathir dan Barisan Nasional. Mahathir bersikap lebih lunak untuk mengikis sikap ultra Melayu yang dilebelkan terhadapnya. Makanya, Dasar Ekonomi Baru yang direncanakan untuk membahagikan 30 peratus kek ekonomi negara kepada orang Melayu tidak kesampaian. Mahathir bukan terbaik untuk menyangupi amanah orang Melayu .Orang Melayu bukan hanya tertingal dalam penguasaan ekonomi malah memperjudikan nasib bangsa, bahasa dan agama mereka untuk mempopularkan Mahathir sebagai Perdana Menteri terhebat.

Kekecewaan orang Melayu untuk keluar dari masalah yang dicipta oleh Mahathir selama lebih 20 tahun menerajui Malaysia diterjemahkan dalam sokongan padu terhadap Abdullah Badawi dalam pilihan raya pertama beliau menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia memberi sokongan kepada Abdullah. Mahathir dan masalah yang diciptanya bukan boleh ditangani oleh Abdullah atau Najib. Mahathir masih lagi mendominasi politik Malaysia. Mahathir akan menggunakan Muhyiddin Yasin sekali lagi untuk menyingkirkan Najib yang kian meroyan. Isyarat yang jelas telah dinyatakan oleh Soi Lek Presiden MCA komponen utama BN selepas Umno. Soalnya jika kenyataan Mahathir dan Chua Soi Lek boleh mengembalikan sokongan orang China dan India kepada Barisan Nasional, maka apakah orang Melayu Islam perlu memperjudikan harapan mereka untuk melihat Islam dilaksanakan secara syumul dan menyeluruh sebagai sistem hidup yang sempurna dengan mengundi Umno dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Mempertaruhkan keharmonian negara kepada Umno/BN menjadi kian karut. Sikap Najib, Rosmah, dan pelbagai percaturan "bodoh" kerajaan Najib untuk memenangi pilihan raya ke 13 perlu ditolak. Penemuan pelbagai kelemahan pengurusan suruhan jaya pilihan raya dan campur tangan melampau Umno dalam pelbagai agensi kerajaan dan kehakiman menyebabkan Malaysia berada di landasan paling tidak selamat. Rakyat tidak perlu takut untuk memberi mandat kepada Pakatan Rakyat - Keadilan, Pas dan Dap untuk membentuk kerajaan yang lebih kondusif.

Memberi Muhyiddin Yasin peluang mengendalikan Umno/BN bukan satu penyelesaian. Kita bukan menghadapi masalah pemandu tetapi kita pelu kereta baru dengan pemandu yang lebih cekap.

Terima kasih Chua Soi Lek kerana anda mendedahkan kenyataan yang menjadi kesamaran kepada pneyokong Umno dan BN yang tongong. Untuk Mahathir, anda akan sentiasa lebih sombong sebagimana usia anda yang kian lanjut.

Tuesday, September 6, 2011

Barua penjajah

Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Keghairahan Khairy untuk menunjukkan taat setia kepada Najib menyebabkan beliau menuduh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang sering keluar masuk lokap dan pernah ditahan dibawah akta zalim ISA sebagai pengecut.

Khairy Jamaludin yang tidak pernah digigit tungau itu mengatakan Mat Sabu sebagai pengecut. Siapa Mat Sabu yang dianggap pengecut oleh Khairy?

Mat Sabu yang belum pulih sepenuhnya kerana cedera dirempuh polis yang diperalatkan Umno ketika peristiwa bersih 2 itulah orang yang dianggap pengecut? Mat Sabu yang sanggup berceramah dilubuk Umno dengan pelbagai gangguan oleh samseng upahan Umno itulah pengecut? Mat Sabu yang dihalang untuk berjumpa dengan mangsa yang terselamat dalam peristiwa Rumah Pasong Bukit Kepong itu pengecut? Mat Sabu yang zaman kanak-kanaknya kaki gaduh dan jarang diminat oleh budak perempuan itu pengecut? Mat Sabu yang bersama Pas dan segala kelemahan berhadapan dengan Umno yang zalim, jahat, pemfitnah dan sering menyalahgunakan kuasa terhadap musuh mereka itu pengecut? Mat Sabu yang menepuh zaman yang panjang dalam perjuangan Pas dan Pakatan Pembangkang dengan segala tribulasi pihak musuh itu pengecut? Mat Sabu yang ditakuti oleh Umno kerana kelantangannya itu pengecut?

Khairy yang menjadi Ketua Pemuda Umno kerana menjadi menantu Perdana Menteri Abdullah Badawi membuat tuduhan terhadap Mat sabu sebagai pengecut. Khairy yang tidak diberi jawatan dalam kabinet Najib walaupun Ketua Pemuda Umno itu menuduh Mat Sabu pengecut. Khairy yang dilebel sebagai Budak Tingkat 4 oleh Mahathir semasa bapak mertuanya menjadi PM menuduh Mat Sabu pengecut. Khairy yang bakal ditendang dari kerusi Ketua Pemuda Umno era Najib itu menuduh Mat Sabu pengecut.

Apa ukuran Khairy yang menuduh Mat Sabu sebagai pengecut? Mat Sabu adalah Timbalan Presiden Pas maka tidak layak melayan budak hingusan seperti Khairy. Buatlah gesaan kepada Timbalan PM supaya berdebat dengan Mat Sabu kerana TPM kuat sangat menghentam Mat Sabu. Mat Sabu juga ingin tahu apakah hujah Muhyiddin sehingga menyuruh Mat Sabu bertaubat. Dengar khabar bapak Muhyiddin guru agama kepada Mat Indera yang menjadi punca percanggahan pendapat Umno dengan Mat Sabu. Kamu Khairy boleh mintak Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasiruddin Tantawi untuk berdebat tentang isu Rumah Pasong Bukit Kepong, itu baru padan. Boleh dianggap jumpa buku dengan ruas. Mat Sabu kalau dalam politik di Malaysia adalah sarjana walaupun tak pernah mengaji di Universiti Cambridge. Kalau Ustaz Nasiruddin mintak lawan dengan Muhyiddin untuk debat, apakah Khairy fikir TPM itu akan layan? Padanlah kamu Khairy, Najib tak lantik sebagai anggota kabinetnya, tak layak.

Khairy, kamu betul betul Melayu Umno. Berani bersuara kerana ada tongkat. Bertongkat dengan bapak mertua. Bertongkat dengan kuasa pemerintahan. Bertongkat dengan media yang diperalat sepenuhnya oleh Umno. Bukan taraf kamu menuduh Mat Sabu sebagai pengecut kecuali kalau kamu jenis lemah pemikiran.

Kalau ya pun ketua Pemuda Umno, jangan tutup memikiran kepada kebenaran. Bukan semua Umno buat tu tak baik tetapi bukan semuanya baik. Dalam kes Bukit Kepong jangan membodohkan diri kamu dengan mainan media yang semua orang tahu jadi alat Umno. Jika orang cerdik serupa Khairy hanyut dengan media seperti Utusan Melayu, Berita Harian ,TV 3 atau TV1 apa nak jadi dengan nasib orang Melayu di bawah Umno. Orang reti benar berkenaan mainan jahat media Umno menyebabkan orang Pas berbangga dengan Mat Sabu. Hairannya orang Umno termasuk Khairy, perkara terang lagi bersuluh pun nak putar belitkan untuk dijadikan agenda politik.

Tahniah Mat Sabu. Anda telah membuka ruang baru untuk mermbuka minda jumud Umno. Biar seribu sejarawan membertahankan orang-orang bodoh dibawah ketiak penjajah, namun Mat Indera, Abdullah CD, Ahmad Bostaman, Pak Sako, Shamsiah Fakih, Rashid Maydin, Dr Burhanuddin Hilmi dan lain-lain adalah pejuang Melayu yang sanggup mempertaruhkan segalanya untuk menghalau penjajah. Mereka selamanya musuh penjajah yang memberi kemerdekaan Tanah Melayu kepada baruanya , UMNO.