Wednesday, June 9, 2010

Perkasa dan Pekida

Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, Allan Lim Ching How dibelasah oleh lebih 20 orang yang memakai baju PERKASA - Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia dan PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia.

Allan sebagaimana dilaporkan mendakwa mereka yang membelasah beliau mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman dan tidak menghiraukan peranan beliau sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang yang bergegas ke situ untuk berunding dan menyelesaikan masalah.

Presiden PERKASA, Datuk Paduka Ibrahim Ali MP Lompat (bebas) dari Pasir Mas bersedia untuk membuat helah dan melompat, " Saya di parlimen, saya tidak tahu...".

"Ini tidak kena mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya mereka memakai baju PERKASA, tidak bermakna mereka ahli PERKASA".

Peristiwa berkenaan menjelaskan bahawa PERKASA telah menunjukkan wajah sebenarnya. Kerajaan BN yang dikuasai oleh Umno nampaknya bersetuju dengan tindakan ganas kumpulan berkenaan dengan bertindak menghantar 2 anggota polis yang tidak mampu berbuat apa-apa terhadap ahli PERKASA yang mengganas.

Ibrahim boleh menafikan penglibatan orang beliau, tetapi perjuangan pertubuhan yang dipimpinnya amat berbaur perkauman dan amat tidak sesuai dengan selogan 1 Malaysia yang diperomoasi oleh Najib - PM Malaysia. Persoalannya, apakah Umno telah begitu keliru untuk membenarkan Ibrahim memperjuangkan konsep perkauman yang telah lenyapkan oleh Islam beribu tahun yang lalu. Perkauman yang mencetuskan perbalahan kaum dalam Peristiwa 13 Mei 1969. Pertumpahan darah yang memaksa Pas akur untuk berkompromi dengan Umno dan bersedia membentuk BN.

Kegilaan Ibrahim dalam PERSAKA sewajarnya dihentikan jika benar-benar Malaysia bercita-cita membentuk sebuah negara model rakyat berbilang bangsa dan agama yang harmoni. Idealisma Pas melalui Pakatan Rakyat adalah lebih praktikal dalam menjamin hak orang Melayu dan Islam tanpa menabaikan kepentingan kaum lain di negara ini.

Umno/BN terpaksa menerima dasar songsang PERSAKA untuk memastikan undi orang Melayu dan pemimpin BN akan terus mengadaikan hak orang Melayu untuk mendapat undi kaum bukan Melayu. (Tidak ramai yang akan mempertikaikan peranan wakil bebas yang mendapat dokongan Pas Kelantan itu sebenarnya totok Umno).Persoalannya sampai bila orang Melayu akan terus lena dalam selogan bodoh yang direka oleh Umno/BN sedangkan nasib mereka akan terus terabai, dan bangsa mereka kian lemah di tanah air sendiri?

Hari ini jika ada Melayu yang bangga dengan pencapaian bangsa mereka setelah lebih 50 tahun dipimpin Umno/BN, kebanggaan itu sendiri adalah fakta sejarah pengkhiantan pemimpin Umno/BN terhadap bangsa Melayu. Mereka berjaya membodohkan orang Melayu.

Patutkah orang Melayu berbangga jika:-

1) Komposisi kaum yang seawal merdeka didominasi oleh orang Melayu dan kini bangsa itu terpaksa mengadaikan maruah untuk mengemis sokongan kaum lain untuk terus berkuasa.

2) Bahasa Melayu tidak diiktiraf sebagai ilmu, bahasa sains dan bahasa teknologi oleh pemimpin Melayu sendiri.Pemimpin yang hilang jati diri namun masih bertempik mempromosi perjuangan bangsa Melayu. Adakah lagi suatu bangsa yang begitu bodoh berfikir untuk memudahkan kefahaman dalam apa-apa disiplin ilmu dengan mengajarnya dalam bahasa asing dan bukannya dalam bahasanya sendiri ? Mereka ialah pemimpin Umno?

3) Keruntuhan akhlak dikalangan orang Melayu dan jenayah amat memalukan. Berjayakah Umno memertabatkan bangsa Melayu dan agama Islam dengan kadar jenayah dan keruntuhan akhlak yang begitu mencemaskan khususnya dari kalangan orang Melayu Islam?

4) Malaysia yang kaya raya diurus dan ditadbir oleh pemimpin Umno/BN yang dikatakan terbaik ketingalan jauh terkebelakang berbanding dengan Korea Selatan, Singapura atau Taiwan. Bolehkah diterima negara ini akan muflis menjelang 2019? Ramaikah Melayu akan merasa bangga.

5) Masih lagi terdapat pemimpin seperti Ibrahim Ali yang memperjuangkan konsep kebangsaan yang sempit untuk menimba untung peribadi dan puak. Perjuangan yang jumud dan menolak realiti persekitaran .

6) Negara dipimpin oleh seorang terbukti rendah akhlak dan keyakinan diri dengan membuat pelbagai tuduhan palsu terhadap saingan politiknya serta sanggup memperkuadakan sistem kehakiman negara untuk melindungai kejahatan dan penylewengannya. Pemimpin yang melutut kepada musuh Allah melalui APCO. Pemimpin yang menperjudikan khazanah negara dan tidak ada semangat juang . Pemimpin yang bangga dengan keputusan bodoh yang dibuatnya.

Kembali kepada Allah dan Rasul sahaja yang akan menyelamatkan semua banggsa dan negara Malaysia.

Monday, May 3, 2010

Dilema Polis Malaysia

Tindakan polis sudah pasti. Aminurasyid Amzah pelajar berumur 15 tahun, ditembak dan mati. Kematian mengundang rasa kecewa seluruh rakyat Malaysia di atas kegegabahan tindakan polis Malaysia. Pihak polis cuba mewajarkan tindakan pegawainya bertindak diluar batas etika dan peraturan dengan menuduh pelajar berkenaan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, menyamun.

Saat polis Malaysia sering diterjah dengan pelbagai rasa tidak puas hati rakyat, tindakan pihak berkuasa menangani kes calon PMR itu dilihat sebagai cuba menyembunyikan tindakan sebenar ketelanjuran pihak polis. Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussin meminta rakyat tidak prejudis dan bersikap adil terhadap polis. Beliau memberi jaminan untuk membentuk Panel Pemantauan Sistem Polis dan mempertimbangkan untuk melantik mereka yang benar-benar bebas.

Sewajarnya Hishamuddin dan kerajaan BN bertindak betul dalam semua perkara bagi menjernih rasa meluat rakyat. Tindakan menembak Aminulrasyid bukan isu besar jika kerajaan dan polis Malaysia menunjukkan sejarah tindakan yang betul. Polis adalah anggota keselamatan, mereka lebih tahu soal-soal keselamatan dan memahami tata cara berhadapan dengan penjenayah. Jikalah polis tidak sering dijadikan alat untuk mencapai tujuan buruk oleh Umno/BN, rakyat tidak mudah melatah dengan kes-kes salah laku terpencil seperti dalam kes adik Aminulrsayid.

Penghormatan rakyat kepada polis selaras dengan tindakan kecelaruan dalam institusi itu sendiri. Ketua Polis Negara, Musa Hassan dikatakan merajuk dengan serangan tidak puas hati rakyat terhadap anggota polis. Musa tidak perlu merajuk dengan mengarahkan anggotanya mengurangkan kawalan ke atas keselamatan negara. Musa patutnya faham bahawa beliau dilantik dan bertugas oleh rakyat dan untuk rakyat. Setiap sen duit rakyat untuk membayar gaji Musa dan anggota polis bukan bukan duit Umno/BN. Rakyat tidak akan kehilangan apa-apa jika Musa melepaskan jawatan sebagai Ketua Polis Negara kalau beliau merasakan tidak mampu berindak adil dengan tugasnya. Musa sepatutnya faham bahawa peningkatan jenayah di Malaysia menyebabkan anggota polis bertindak diluar peraturan yang diperuntukkan adalah kerana kegagalannya sebagai Ketua Polis Negara. Hanya mereka yang tolol tidak mengetahui bidang tugasnya dan merajuk. Rakyat tidak pernah memaksa Musa untuk menjadi Ketua Polis Negara maka tugas beliau adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Mungkin ada pegawai kanan polis yang lebih layak daripada Musa untuk menjawat jawatan tersebut. Negara dan rakyat yang membayar gaji Ketua Polis negara akan merasa bangga dengan ketua Polis yang bertanggungjawab dan bertugas mengikut peraturan. Soalnya, bagaimana mungkin anggota polis mampu bertindak jujur jika semuanya menjadi alat Umno/BN yang memerintah.

Kita memahami masalah anggota polis untuk bertugas dengan betul kerana tekanan daripada pihak atasan. Anggota paling atas dalam hiraki kepolisian ialah Musa Hassan. Kita amat berharap anggota polis bertindak jujur dalam tugasnya. Kita malah merasa sedih dengan sejarah hitam Sairul Azhar dan Azilah Hadri, 2 orang anggota polis yang dikorbankan kerana cita-cita politik seorang negarawan. Kita juga tidak nampak bahawa mereka yang dilantik oleh Umno/BN seperti Musa Hasan, Gani Patail dan lain-lain itu bertanggungjawab untuk siapa, kepada rakyat, Umno/BN atau kepada Yang Dipertuan Agong?

Ramai yang patutnya berhenti daripada memimpin termasuk Najib sendiri jika mereka ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan negara. Mereka yang tidak layak sebagai pemimpin dan moral yang amat rendah dari sudut Islam.

Saturday, May 1, 2010

! Mei, semoga lebih baik untuk pekerja.

1 Mei disambut sebagai Hari Buruh/pekerja. Pekerja di sektor awam dan swasta diberi cuti dan setengahnya tanpa gaji. Golongan yang paling dominan dalam mengerakkan ekonomi dan kemakmuran negara. Golongan berupaya hidup dalam situasi paling sederhana. Setengah begitu menyesali perjalan hidup mereka sebagai kaum buruh, yang kais pagi makan petang , kais petang makan malam dan terpaksa kais malam untuk sarapan.

Kekayaan bukan milik mereka. Dalam konteks dunia moden, mereka adalah hamba kepada kelas borjuis kapitalis yang tidak pernah kenyang harta. Mereka yang sanggup menyedut darah dingin dari kerangka kaum buruh demi memaksima untung. Kebajikan adalah cerita dongeng dari hikayat kuno dan mimpi indah golongan buruh. Alangkah indahnya sebuah kehidupan yang mati nilai keserakahan dan ketamakan.

Hari ini siapa yang masih tolol berbicara soal "keadilan" untuk semua jika nilai sebenar suatu kehidupan berpaksikan kebendaan. Benda yang tidak pernah kekal dan pasti akan hilang. Benda yang dikejar oleh ketamakan dan keserakahan yang tidak pernah kenal erti kenyang.

Seperti hari ini, esok pemimpin yang tidak harga diri akan mencagarkan kaum buruh untuk kuasa dan kekayaan. Esok pasti mereka dihiburkan dengan suatu kehidupan yang gemilang dengan janji mereka akan mendapat keutamaan. Namun mimpi indah kaum buruh belum pasti menjadi kenyataan kerana mereka sentiasa diingatkan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan bukannya menagih janji "kebajikan".

Selamat Hari Buruh.

Tuesday, April 20, 2010

Rakyat jangan mudah lupa.

Lebih 50 tahun Umno/ Perikatan dan kemudian BN memerintah Malaysia. Agenda pembangunan tidak pernah lekang setiap kali pemimpin berjumpa rakyat. Jika dihitung setelah lebih 52 tahun dan lebih RM54 billion untuk membantu Melayu /Bumiputra (DEB dan MEB), isu pembangunan sepatutnya menjadi bahan ketawa. Sesiapa bercakap soal pembangunan untuk rakyat Malaysia akan menjadi bahan jenaka. Kita sepatutunya sudah kaya raya. Dulu ada yang bertempik mendabik dada bahawa kemiskinan sifar di Malaysia. Umar Abdul Aziz memerintah lebih sedikit 2 tahun, rakyat kaya raya. Rakyat yang ragu mati bicara. Tun Gafar Baba tahu sangat cerita, tapi saya beliau sudah tiada.

Jelasnya Umno/BN gagal secara mutlak. Mutlak dalam apa jua aspek pembangunan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, dan zahir serta batin. Kecelaruan konsep pembangunan yang dibawa oleh Umno/BN menyebabkan rakyat menjual maruah dan harga diri untuk RM 100 atau lebih sedikit. Rakyat terlalu miskin rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan wang elit pemerintah. Dominasi harta negara dipastikan beredar dalam kelompok elit kapitalis Umno/BN dan untuk itu mereka menghalalkan semua cara, baik atau jahat asalkan terus dapat berkuasa.

Rakyat miskin segala. Rakyat menjadi begitu pelupa dan mudah lupa. Bukan sahaja Melayu tetapi semua warga menjadi peluba dan hilang upaya.

Sesiapa boleh bertempik dengan pelbagai skandal pemimpin Umno/BN tetapi rakyat hilang cakna mati bicara. Akal budi mereka bagaikan tiada dan mereka akan segera lupa dan terpukau dengan bicara pemimpin negara. Jika sejuta skandal kapal selam atau kes Altantuya, pemimpin Umno/BN pasti boleh tidur lena. Setiap ada pilihanraya, rakyat mula berpesta dengan pemberian politik pemimpin mereka yang berpura-pura cakna rakyat.

Manusia hipokrit dan akan terus berpura-pura. Berminggu semasa kempen naik basikal dan hidup bersama rakyat digubuk-gubuk yang berhabuk dan berhama. Bersarapan ubi rebus atau sesekali dengan roti canai dengan kopi "O". Rakyat akan jadi lebih bangga kerana pemimpin mereka daripada jenis minda cakna.

Mana lagi ada skandal. Ke masjid atau surau bersama rakyat semua. Tak ada pulak yang bawa bekal air setan ketika bersama rakyat walaupun arak selalu ditelan berbotol-botol. Jika ada yang menunjukkan pemimpin mereka dengan "gaya luar jangka", rakyat akan lebih percaya bahawa itu fitnah semata-mata. Jika kepada puak pembangkang, mudah sangat kata ya.

Anwar Ibrahim agen Yahudi, tapi APCO yang Najib bawa ke Malaysia tu "menantang apa" rakyat tidak perlu tanya. Pemimpin memang bertugas memajukan negara. Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjamin kesejahteraan rakyat jelata. Umno/BN pasti kita sokong punya.

Kalau kurang sabar mudah jadi gila. Zaid Ibrahim kaki botol. Umno/BN bertempik cerita isu moral. Rimas, kerana puak-puak Umno/BN nilah yang bersungguh-sungguh mempertahankan kilang kilang arak kerana mempertahankan keperluan pelbagai budaya. Jika ada Umno yang mabuk, apa kita nak sibuk kita sebuah negara Islam yang liberal.

Zaid Ibrahim mengakui bahawa beliau bukan malaikat dan masa silamnya yang keliru amat dikesali.Kata mereka, orang serupa ni tidak layak jadi pemimpin kerana tidak bermoral. Apa pula baiknya moral orang yang mereka cipta "fitnah" dan berselindung disebalik keadilan undang-undang . Hari ini mereka bersara sebagai orang berjasa dan tidak pernah merasa bersosa dengan fitnah yang mereka reka cipta. Orang inilah yang memalukan institusi kehakiman negara, tapi rakyat kagum pulak kat dia.

Pastinya rakyat mula lupa. Bukan Melayu sahaja, Cina dan juga India. Bukankah kita 1 Malaysia. Bagus BN candidate Encik P. Kamalanathan kerana tidak minum arak atau merokok. Pandai pula tebar roti canai, tapi apa hebatnya jika anda berada dalam kelompok manusia yang korup.

Mereka yang insaf jangan pula kecewa, kerana kita perlu selamatkan Malaysia.

Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor

Tabuh RPK Hulu Selangor sudah dipalu. Ahli politik mula membanjiri Hulu Selangor. Dari Perlis sampai ke Sabah, rakyat Malaysia mula memberi tumpuan ke Hulu Selangor. Calon-calon PRK dalam pertandingan 4 penjuru lebih didominasi oleh BN dan PKR. Kedua belah pihak mula merancang strategi untuk memenangi hati rakyat. Kedudukan agak seimbang, BN yang menguasai kerajaan pusat dalam Persekutuan Malaysia dijangka menghadapi lalauan sukar daripada gabugan Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Jika tidak berlaku kerja jahat Najib merampas Perak daripada Pakatan Rakyat kekuatan PKR dan BN dikira seimbang.

BN berbangga dengan isu pembangunan, pembangunan yang dijadikan modal politik. Pembangunan yang amat mengelirukan kerana setelah lebih 50 tahun merdeka, pemimpin Umno/BN masih lagi menjadikan pembangunan sebagai modal kempen mereka. Rakyat termasuk di seluruh Malaysia sememangnya mengharapkan pembangunan yang dikira gagal dilaksanakan dengan baik oleh UMNO/BN. Maka sekali lagi pembangunan "Mee Maggie" akan berarak ke Hulu Selangor.

Kita tidak terkilan sangat dengan kerja kempen sebegitu, sekurang-kurangnya rakyat yang hampir kebulur itu dapat mencicip kuah pembangunan yang dijaja oleh UMNO/BN. Pengundi akan suka dan Umno/BN dikira mampu merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor. Biarkanlah.

Perangai hodoh UMNO/BN bukan sekadar itu. Hari ini di Hulu Selangor mereka mula berbicara soal moral/akhlak calon Pakatan Rakyat. Dato Haji Zaid Ibrahim kaki botol, seorang yang menyaman Kerajaan Kelantan kerana hukum hudud dan pelbagai ragam silam beliau yang tidak bermoral. Apa yang tidak dinyatakan oleh UMNO ialah Dato Zaid Ibrahim pernah aktif dalam UMNO dan dilantik sebagai Senator dan Menteri oleh UMNO/BN. UMNO/BN tidak pernah menyadari kejelekan moral Dato Zaid Ibrahim kerana bersama mereka.

Kejelekan Dato Zaid Ibrahim hanya setelah keluar dari UMNO/BN kerana tidak bersetuju dengan dasar zalim parti pemerintah mempertahankan ISA. Dato Zaid Ibrahim lebih bermoral daripada mana-mana menteri UMNO/BN yang gagal bertanggungjawab di atas setiap kepunahan yang dilakukan.

Bila UMNO/BN mula bercakap tentang moral pemimpin, khususnya calon Pakatan Rakyat Dato Haji Zaib Ibrahim, kita suka bertanya beberapa persoalan kepada rakyat yang mudah lupa dan mudah keliru, khususnya di Parlimen Hulu Selangor.

1) Apa erti peminum, pemabuk dan kaki botol kepada Umno/BN jika ramai pemimpin mereka yang menjadi penagih arak tegar. Pemimpin Umno/BN menjadi kecut, keliru dan bisu bila AP Machang, Saifudin Nasution mengertak untuk mendedahkan pemabuk tegar yang berpesta arak dan menyimpan air setan itu dipejabat mereka. Mereka adalah Umno dan pemimpin yang bercakap soal moral Dato Zaid Ibrahim.

2) Apa erti masa silam Dato Zaid yang mengakui masa silamnya yang keliru dan hanyut berbanding dengan wajah-wajah hipokrit pemimpin Umno yang bercakap soal syorga dan neraka ketika berjumpa rakyat sedangkan mereka terlibat dengan pelbagai skandal yang jelek dan tidak bermaruah, pembunuhan, seks luar nikah, rasuah, penipuan dan sebagai-sebagainya.
Di mana pendirian anda jika Najib bersumpah menafikan keterlibatannya dengan skandal pembunuhan dan seks bebas dengan model Mongolia yang dibunuh kejam dengan C4.

3) Apa sangat kesilapan Dato Zaid yang berbanding dengan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin Umno/BN merosakkan sistem kehakiman negara demi membela puak dan memusnahkan musuh politik mereka.

4) Apa sangat kesilapan Dato Zahid yang menyaman hudud kerana Umno/BN menentang hudud dan hukum Allah sampai kiamat. Sekurang-kurangnya Dato Zaid mendekati Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan dasar-dasar Islam Pas dalam Pakatan?

Soalnya, jahat sangatkah jika seorang Islam pergi ke Makkah dan bertaubat di atas setiap kesilapan masa lalunya yang keliru. Moga Pakatan dapat mengekalkan keru Hulu Selangor melalui dato Zaid Ibrahim.

Friday, March 19, 2010

Puji-pujian.

Kepimpinan Najib semakin menjadi. Isterinya, Rosmah Mansur juga makin dekat dengan rakyat. Pujian Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan menjadikan Najib satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang mendapat perkenan pujian Yang Dipertuan Agung dalam ucapan perasmian Parlimen Malaysia. Tahniah, walaupun ada yang mengatakan Najib puji diri sendiri dan bininya sekali dengan menyediakan teks kepada baginda.

Sayangnya, Yang Dipertuan Agung tidak berpolitik dan tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara. Pujian Baginda jikapun mempengaruhi rakyat, tapi belum tentu dasar dan kepimpinan Najib disenangi rakyat jelata. Rakyat akan membuat penilaian dan memilih pemimpin yang akan diberi mandat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Mengikut Perlembagaan Negara, Baginda akan mengesahkan Perdana Menteri dari parti yang mendapat majoriti. Mungkin baginda tidak bersetuju dengan peribadi tertentu sebagaimana baginda tidak dapat menerima Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu dan melantik Ahmad Said, tapi baginda tidak mampu untuk memilih dan mengekalkan Ustaz Abdul Hadi Awang daripada Pas yang memenangi kerusi Rhu Rendang.

Najib sebenarnya belum menemui sentuhan untuk mendekati rakyat. Kecelaruan dalam kepimpinan Najib kian terserlah. Najib belum mampu melakukan sesuatu yang dapat memadam titik hitam sejarah silamnya. Rakyat masih melihat Najib dengan trend kepimpinan Umno yang mendapat kuasa melalui rasuah politik. Najib mungkin menjadi Perdana Menteri selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti, namun beliau tidak mampu berbuat secalit kebaikan yang akan membaiki kerosakan Umno yang tenat.

Usaha Najib mengambarkan keadaan ekonomi yang kian pulih di bawah kepimpinannya juga akan dilihat oleh rakyat sama dengan pujian Sultan Mizan kepada beliau dan isterinya di Parlimen Malaysia. Semuanya sandiwara politik Najib yang kontang idea yang baik. Segalanya memalukan dan memualkan. Malah Najib dilihat lebih berminat membuli rakyat dinegeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat daipada bertindak jujur dengan semangat Persekutuan yang diasakan oleh pejuang terdahulu.

Kedegilan Najib untuk meneruskan dasar wang ihsan dan bukannya royalti kepada Kelantan dan Terengganu mengesahkan beliau juga akan bertindak sama zalim dengan mentornya, Tun Mahathir. Maka beliau benar-benar mendapat pujian daripada bekas Perdana Menteri yang pernah mendapat jolokan Yang Mahazalim itu. Tun Mahathir yang dulunya galak menyerang Tun Abdullah menjadi jinak di bawah Najib. Maka kita menjadi kian keliru, apakah dasar penilaian orang tua itu terhadap kepimpinan yang ideal.

Jika Tun Mahathir tidak dapat menerima Khairi Jamaluddin kerana rasuah, maka sudah hilang kah rasuah dibawah Najib. Sebenarnya Tun Mahathir dapat menerima Najib kerana Najib meneruskan segala dasar rakus Mahathir yang pernah merencatkan unjuran kemajuan negara Malaysia yang kaya raya menjadikannya ketinggalan jauh di belakang berbanding Korea Selatan, Singapura dan Taiwan. Rakyat perlu ingat bahawa Tun Mahathir juga memperagakan kehebatannya dalam semua bidang tetapi tidaklah sejelek Najib yang menulis ucapan mempersendakan Sultan Mizan di Parlimen Malaysia dengan memuji beliau dan isterinya Rosmah Mansur. Loya.

Begitu juga dasar Najib dan kekeliruan Najib mendapatkan penasihat ekonomi dari negara haram Yahudi menjadikan beliau amat menyamai mentornya dan sesungguhnya di saat kejatuhan beliau menjadi kian dekat. Rakyat diharap tidak akan menjual maruah diri dengan harga RM 200 atau lebih sedikit untuk menyokong Umno. Rakyat wajib menghukum Umno, parti yang membudayakan rasuah dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Katakan tidak kepada Umno/BN.

Wednesday, February 17, 2010

Maulidur Rasul sunnah siapa?

Umno/BN bukan sahaja jahat juga jahil. Kerja-kerja jahat, tidak menafikan "sekelumit jasa Umno/BN", menyebabkan penderitaan berpanjangan rakyat di negara yang kaya dengan pelbagai khazanah alam, anugerah Allah.

Keupayaan Umno/BN memerintah Malaysia sejak merdeka membolehkan parti itu menguasai dan mengeksploitasi pelbagai agensi kerajaan dan swasta bagi meneruskan hayat politik mereka. Seseorang tidak perlu menjadi bijak untuk menelusuri setiap kejahatan Umno/BN, terutama tindakannya memperalatkan institusi kehakiman, anggota keselamatan, media dan sebagainya, yang semua berfokus mempertahankan kuasa dan merompak khazanah negara.

Paling menyedihkan ialah kesanggupan Umno/BN menabur "fitnah" dan menyebarkan kegelisahan di kalangan rakyat, terutama di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Unit "media perdana" melemparkan jauh-jauh sebarang bentuk etika dan tanggungjawab sosial untuk menabur "fitnah" dan mempertahankan ketuanan Umno/BN.

Serangan terhadap Selangor, Kedah, Kelantan , Pulau Pinang , tidak akan berakhir, walaupun kesan jahatnya "terpaksa" ditanggung oleh semua rakyat sebagaimana yang telah mereka lakukan di Perak. Segala institusi termasuk keselamatan, kehakiman dan raja berpelembagaan "dinodai" dan "diperalatkan semaunya" untuk menafikan pilihan rakyat yang sah. Mereka telah lakukan dengan jayanya di Perak.

Terkini ialah fitnah dan pembohongan yang direncanakan ke atas KM Pulau Pinang . Kerja jahat dan jahil media mengeksploitasi isu perkauman untuk membangkitkan kebencian dan kegelisahan rakyat. KM Pulau Pinang dikatakan membatalkan perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang kerana beliau seorang China dan Dap. Aibnya, setelah mengabaikan kepentingan Melayu Pulau Pinang dan menghina Islam, Umno/BN cuba menambat hati rakyat dengan bertindak sebagai juara, juara yang meminggirkan Melayu dan Islam sejak lebih setengah abad memerintah Malaysia dan Pulau Pinang. Apakah kemunduran Melayu Islam di Pulau Pinang kerana berada setahun lebih di bawah Lim Guan Eng?

Kerja jahat Umno/BN mendedahkan kejahilan mereka. Jika benar, apalah erti perarakan Maulidur Rasul kepada Melayu dan Islam. Sudah berpuluh tahun Umno menyambut perayaan Maluidur Rasul, namun Islam makin jauh daripada sanubari orang Melayu. Akhlak generasi terkini terlalu asing dengan akhlak Rasulullah. Umno/BN mesti bertanggung jawab dan mengakui bahawa keruntuhan akhlak golongan muda kerana salah urus mereka. Apa yang Islam dapat dengan perarakan yang "bukan sunnah" dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sendiri. Jahil dan jahatnya Umno, memaksa doktrin yang bukan ajaran Islam sebagai suatu sunnah. Sunnah siapa sebenarnya perarakan Maulidur Rasul itu?

Kenapa Umno/BN tidak menyerang Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz yang Pas dan Islamik serta tidak berminat dengan perarakan Maulidur Rasul. Umno/BN sebenarnya "kelemasan" dan akan mencapai apa sahaja untuk menyelamatkan diri daripada terus tenggelam. Makanya tindakan mengeksploitasi "isu-isu" menampakkan mereka kian ngawur dan bodoh. Umno/BN sesat kerana mereka ada ulama tetapi memperalatkan ulama sebagaimana mereka lakukan terhadap institusi kehakiman, raja berpelembagaan dan semuanya. Kalau boleh Umno/BN suka mengawal segalanya termasuk mengatur dan menguruskan "Tuhannya" sendiri.