Monday, April 19, 2010

PRK Hulu Selangor

Tabuh RPK Hulu Selangor sudah dipalu. Ahli politik mula membanjiri Hulu Selangor. Dari Perlis sampai ke Sabah, rakyat Malaysia mula memberi tumpuan ke Hulu Selangor. Calon-calon PRK dalam pertandingan 4 penjuru lebih didominasi oleh BN dan PKR. Kedua belah pihak mula merancang strategi untuk memenangi hati rakyat. Kedudukan agak seimbang, BN yang menguasai kerajaan pusat dalam Persekutuan Malaysia dijangka menghadapi lalauan sukar daripada gabugan Pakatan Rakyat yang menguasai kerajaan Negeri Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah. Jika tidak berlaku kerja jahat Najib merampas Perak daripada Pakatan Rakyat kekuatan PKR dan BN dikira seimbang.

BN berbangga dengan isu pembangunan, pembangunan yang dijadikan modal politik. Pembangunan yang amat mengelirukan kerana setelah lebih 50 tahun merdeka, pemimpin Umno/BN masih lagi menjadikan pembangunan sebagai modal kempen mereka. Rakyat termasuk di seluruh Malaysia sememangnya mengharapkan pembangunan yang dikira gagal dilaksanakan dengan baik oleh UMNO/BN. Maka sekali lagi pembangunan "Mee Maggie" akan berarak ke Hulu Selangor.

Kita tidak terkilan sangat dengan kerja kempen sebegitu, sekurang-kurangnya rakyat yang hampir kebulur itu dapat mencicip kuah pembangunan yang dijaja oleh UMNO/BN. Pengundi akan suka dan Umno/BN dikira mampu merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor. Biarkanlah.

Perangai hodoh UMNO/BN bukan sekadar itu. Hari ini di Hulu Selangor mereka mula berbicara soal moral/akhlak calon Pakatan Rakyat. Dato Haji Zaid Ibrahim kaki botol, seorang yang menyaman Kerajaan Kelantan kerana hukum hudud dan pelbagai ragam silam beliau yang tidak bermoral. Apa yang tidak dinyatakan oleh UMNO ialah Dato Zaid Ibrahim pernah aktif dalam UMNO dan dilantik sebagai Senator dan Menteri oleh UMNO/BN. UMNO/BN tidak pernah menyadari kejelekan moral Dato Zaid Ibrahim kerana bersama mereka.

Kejelekan Dato Zaid Ibrahim hanya setelah keluar dari UMNO/BN kerana tidak bersetuju dengan dasar zalim parti pemerintah mempertahankan ISA. Dato Zaid Ibrahim lebih bermoral daripada mana-mana menteri UMNO/BN yang gagal bertanggungjawab di atas setiap kepunahan yang dilakukan.

Bila UMNO/BN mula bercakap tentang moral pemimpin, khususnya calon Pakatan Rakyat Dato Haji Zaib Ibrahim, kita suka bertanya beberapa persoalan kepada rakyat yang mudah lupa dan mudah keliru, khususnya di Parlimen Hulu Selangor.

1) Apa erti peminum, pemabuk dan kaki botol kepada Umno/BN jika ramai pemimpin mereka yang menjadi penagih arak tegar. Pemimpin Umno/BN menjadi kecut, keliru dan bisu bila AP Machang, Saifudin Nasution mengertak untuk mendedahkan pemabuk tegar yang berpesta arak dan menyimpan air setan itu dipejabat mereka. Mereka adalah Umno dan pemimpin yang bercakap soal moral Dato Zaid Ibrahim.

2) Apa erti masa silam Dato Zaid yang mengakui masa silamnya yang keliru dan hanyut berbanding dengan wajah-wajah hipokrit pemimpin Umno yang bercakap soal syorga dan neraka ketika berjumpa rakyat sedangkan mereka terlibat dengan pelbagai skandal yang jelek dan tidak bermaruah, pembunuhan, seks luar nikah, rasuah, penipuan dan sebagai-sebagainya.
Di mana pendirian anda jika Najib bersumpah menafikan keterlibatannya dengan skandal pembunuhan dan seks bebas dengan model Mongolia yang dibunuh kejam dengan C4.

3) Apa sangat kesilapan Dato Zaid yang berbanding dengan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin Umno/BN merosakkan sistem kehakiman negara demi membela puak dan memusnahkan musuh politik mereka.

4) Apa sangat kesilapan Dato Zahid yang menyaman hudud kerana Umno/BN menentang hudud dan hukum Allah sampai kiamat. Sekurang-kurangnya Dato Zaid mendekati Pakatan Rakyat dan bersetuju dengan dasar-dasar Islam Pas dalam Pakatan?

Soalnya, jahat sangatkah jika seorang Islam pergi ke Makkah dan bertaubat di atas setiap kesilapan masa lalunya yang keliru. Moga Pakatan dapat mengekalkan keru Hulu Selangor melalui dato Zaid Ibrahim.

No comments: