Tuesday, April 20, 2010

Rakyat jangan mudah lupa.

Lebih 50 tahun Umno/ Perikatan dan kemudian BN memerintah Malaysia. Agenda pembangunan tidak pernah lekang setiap kali pemimpin berjumpa rakyat. Jika dihitung setelah lebih 52 tahun dan lebih RM54 billion untuk membantu Melayu /Bumiputra (DEB dan MEB), isu pembangunan sepatutnya menjadi bahan ketawa. Sesiapa bercakap soal pembangunan untuk rakyat Malaysia akan menjadi bahan jenaka. Kita sepatutunya sudah kaya raya. Dulu ada yang bertempik mendabik dada bahawa kemiskinan sifar di Malaysia. Umar Abdul Aziz memerintah lebih sedikit 2 tahun, rakyat kaya raya. Rakyat yang ragu mati bicara. Tun Gafar Baba tahu sangat cerita, tapi saya beliau sudah tiada.

Jelasnya Umno/BN gagal secara mutlak. Mutlak dalam apa jua aspek pembangunan dunia dan akhirat, rohani dan jasmani, dan zahir serta batin. Kecelaruan konsep pembangunan yang dibawa oleh Umno/BN menyebabkan rakyat menjual maruah dan harga diri untuk RM 100 atau lebih sedikit. Rakyat terlalu miskin rohani dan jasmani untuk berhadapan dengan wang elit pemerintah. Dominasi harta negara dipastikan beredar dalam kelompok elit kapitalis Umno/BN dan untuk itu mereka menghalalkan semua cara, baik atau jahat asalkan terus dapat berkuasa.

Rakyat miskin segala. Rakyat menjadi begitu pelupa dan mudah lupa. Bukan sahaja Melayu tetapi semua warga menjadi peluba dan hilang upaya.

Sesiapa boleh bertempik dengan pelbagai skandal pemimpin Umno/BN tetapi rakyat hilang cakna mati bicara. Akal budi mereka bagaikan tiada dan mereka akan segera lupa dan terpukau dengan bicara pemimpin negara. Jika sejuta skandal kapal selam atau kes Altantuya, pemimpin Umno/BN pasti boleh tidur lena. Setiap ada pilihanraya, rakyat mula berpesta dengan pemberian politik pemimpin mereka yang berpura-pura cakna rakyat.

Manusia hipokrit dan akan terus berpura-pura. Berminggu semasa kempen naik basikal dan hidup bersama rakyat digubuk-gubuk yang berhabuk dan berhama. Bersarapan ubi rebus atau sesekali dengan roti canai dengan kopi "O". Rakyat akan jadi lebih bangga kerana pemimpin mereka daripada jenis minda cakna.

Mana lagi ada skandal. Ke masjid atau surau bersama rakyat semua. Tak ada pulak yang bawa bekal air setan ketika bersama rakyat walaupun arak selalu ditelan berbotol-botol. Jika ada yang menunjukkan pemimpin mereka dengan "gaya luar jangka", rakyat akan lebih percaya bahawa itu fitnah semata-mata. Jika kepada puak pembangkang, mudah sangat kata ya.

Anwar Ibrahim agen Yahudi, tapi APCO yang Najib bawa ke Malaysia tu "menantang apa" rakyat tidak perlu tanya. Pemimpin memang bertugas memajukan negara. Pemimpin mempunyai tanggungjawab yang berat untuk menjamin kesejahteraan rakyat jelata. Umno/BN pasti kita sokong punya.

Kalau kurang sabar mudah jadi gila. Zaid Ibrahim kaki botol. Umno/BN bertempik cerita isu moral. Rimas, kerana puak-puak Umno/BN nilah yang bersungguh-sungguh mempertahankan kilang kilang arak kerana mempertahankan keperluan pelbagai budaya. Jika ada Umno yang mabuk, apa kita nak sibuk kita sebuah negara Islam yang liberal.

Zaid Ibrahim mengakui bahawa beliau bukan malaikat dan masa silamnya yang keliru amat dikesali.Kata mereka, orang serupa ni tidak layak jadi pemimpin kerana tidak bermoral. Apa pula baiknya moral orang yang mereka cipta "fitnah" dan berselindung disebalik keadilan undang-undang . Hari ini mereka bersara sebagai orang berjasa dan tidak pernah merasa bersosa dengan fitnah yang mereka reka cipta. Orang inilah yang memalukan institusi kehakiman negara, tapi rakyat kagum pulak kat dia.

Pastinya rakyat mula lupa. Bukan Melayu sahaja, Cina dan juga India. Bukankah kita 1 Malaysia. Bagus BN candidate Encik P. Kamalanathan kerana tidak minum arak atau merokok. Pandai pula tebar roti canai, tapi apa hebatnya jika anda berada dalam kelompok manusia yang korup.

Mereka yang insaf jangan pula kecewa, kerana kita perlu selamatkan Malaysia.

No comments: