Friday, May 3, 2013

Kecek

Perdana Menteri Najib Razak gesa Nik Aziz bersara.  32 tahun menjadi MB Kelantan dan umur 82 tahun, Nik Aziz digesa berundur. Najib kecek Kelantan. Mengikut Najib, " Hari ini kita nak "kecek" tentang pembaharuan dan abad ke 21, tapi kalau pemimpin dah 82 tahun boleh ke bawa pembaharuan."

Apapun Najib bukan PM yang hebat. Terlalu muda berbanding Nik Abdul Aziz.  Tidak ada kehebatan Najib berbanding Nik Abdul Aziz kecuali kebetulan beliau menjadi PM Malaysia. Proses "pemandulan" karisma tokoh-tokoh politik Umno oleh bekas PM Mahathir Mohamad, membolehkan Najib menjadi tokoh paling menonjol dalam kelompok yang lemah. Beliau menjadi PM Malaysia ketika Umno berada pada tahap paling lemah Mahathir sendiri mengatakan bahawa Umno sudah membarah hingga ke usus. Najib sendiri terpalit dengan pelbagai tuduhan yang tidak mampu jentera partinya dan kerajaan tampil menjawabnya dengan sempurna.

Lihatlah dari aspek apa sekalipun kecuali umur, Nik Aziz tidak terlalu tua untuk membawa pembaharuan tidak sebagaimana difikir oleh Najib.

Alur pendidikan dan pengalaman Najib tidak menunjukkan beliau sehebat Rafizi Ramli yang lahir disebuah rumah kampung disebuah kebun getah dan mencicip air perigi. Najib yang lahir di rumah bangsawan Pahang dan menjadi anak Perdana Menteri bukan cerdik sangat untuk menelurkan idea pembangunan yang hebat.

Pengalaman belajar Najib kurang sempurna. Nasib dan kematian ayahnya membolehkan beliau berada di parlimen ketika berusia 22 tahun. Dimana kehebatan Najib jika dibandingkan dengan rekod akademik bininya sendiri Rosmah?

Kemewahan dan kebangsawanannya menyebabkan beliau boleh berkira-kira dan sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk anak-anak dan isteri kesayangannya.Beliau boleh berhutang berbilion ringgit untuk membeli populeriti. Najib bagaikan tidak peduli hala tuju negara yang kian songsang, negara sedang menuju kehancuran. Rakyat dibiarkan leka dengan idea bodohnya untuk menghargai kecelaruan tindakan perdana Menteri mereka yang khilaf.

Kalau itulah maksud pembaharuan yang Najib maksudkan, Nik Aziz pasti tidak sanggup melakukannya kerana beliau takut untuk berjumpa tuhannya diakhirat kelak.

Najib silap kerana dia tak reti kecek (cakap) Kelantan. Orang Kelantan akan memikirkan bahawa kedatangan Najib  mencemuh dan memperlekehkan Nik Abdul Aziz sebenarnya beliau sedang kecek (berusaha menipu) orang kelantan.  Bukan mudah orang Kelantan menerima kemesraan penggunaan perkataan mereka yang keliru. Mereka selalunya merasakan Najib sedang kecek (tipu) orang Kelantan. Tidak bijak Najib gunakan perkataan kecek (cakap) untuk menafikan jasa Tok guru Nik Abdul Aziz menyebabkan orang Kelantan boleh merasakan bahawa Najib sedang kecek (tipu) mereka. Penggunaan perkataan kecek akan mengingatkan segala perlakuan hodoh pusat dibawah pimpinan Najib terhadap rakyat kelantan.

Nik Abdul Aziz sejak pulang dari luar negara berusaha bersungguh-sungguh "membangunkan" rakyat Kelantan. Segala halangan dan rintangan bukan penghalang beliau untuk berputus asa. Usia 82 tahun tidak menghalang rakyat Kelantan yang dahaga suntikan idea pembangunan daripada Nik Abdul Aziz akan berusaha mencarinya untuk mencicip seteguk air dari kolam ilmunya yang tidak pernah kering.Nik Abdul Aziz telah berjaya membangunkan jiwa orang Kelantan. Mampukah Najib menyuntik pembangunan sebagaimana diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada rakyat Kelantan?

Hebat pembangunan yang diterapkan oleh Nik Abdul Aziz sehingga Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib tidak mampu kecek (tipu) rakyat Kelantan. Mungkinkah Najib juga terpaksa tinggalkan jawatannya dan tidak mampu kecek orang Kelantan untuk menolak kepimpinan Tok Guru tua itu?

Najib seharusnya sayang dan  membiarkan Nik Abdul Aziz yang berusia lanjut itu untuk terus menyumbang idea pembangunannya yang hebat itu. Ingat Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan seluruh rakyat Malaysia sedangkan beliau tidak berjaya menerapkan idea pembangunan sebagaimana Nik Abdul Aziz buat. Setelah 56 tahun merdeka, indek kejelekan, moral dan akhlak rakyat Malaysia kian punah. Najib yang bergelumang dengan agenda politik sesatnya lupa kepada natijah pembangunan, membangunkan manusia itu sendiri. Lupa bahawaq beliaupun punya tuhan untuk untuk dinilai KPI nya sebagai PM Malaysia.

Sesiapa sahaja boleh membeli kebodohan rakyat dengan kuasa yang ada sebagimana dibuat oleh Najib sedangkan negara pula menuju kehancuran. Najib sepatutnya dinasihatkan bersara kerana gagal membawa pembangunan bermakna kepada rakyat Malaysia. Kekeliruan Najib menyebabkan beliau merasakan berada pada landasan yang betul. Kesian jika tidak berpandukan agama.

Sunday, April 14, 2013

Ubat penenang.

Memperkenalkan dirinya sebagai pengasas di Tumpat Kelantan. Juga seorang guru agama yang berilmu, ilmu yang ada dalam dadanya bernilai 2 juta. Tok Ayah Abdullah Saamah yang menjadi ayam sabung Umno bagi mendapat simpati golongan yang mendapat pendidikan pondok. Tok Ayah Abdullah Saamah juga berbangga dengan bangunan 5 tingkat, yang kata beliau pemibinaannya mengikut prosedur tetapi kerana kerja jahat Pas dan Majlis Daerah Tumpat, pembinaan disita. Awang Adik Hussin menyalahkan Pas kerana dendam terhadap Tok Ayah yang banyak menghentam Pas dan Nik Abdul Aziz.

Tok Ayah Abdullah Saamah satu-satunya tok guru pondok yang mungkin dapat digunakan oleh Umno. Lain-lain tok guru mungkin tidak berkelayakan mengikut standard Umno atau tidak ada yang seberani Tok Ayah meperjudikan ilmu dan aqidahnya memfitnah dan memburuk-burukkan Nik Abdul Aziz dan kerajaan Pas Kelantan.

Mengikuti beberapa ucapan Tok Ayah yang dimuat naik dalam internet, seseorang yang waras mungkin boleh membuat tanggapan bahawa:-

1) Tok Ayah perlu dirujuk kepada pakar jiwa. Cara beliau bercakap dan berbangga dengan jumlah wang RM 2juta yang diberikan oleh Najib kepada pondoknya,  beliau menunjukkan bahawa sememangnya beliau ada simpton kecelaruan berfikir. Mungkin beliau telalu gembira untuk membuktikan kehebatan beliau kepada murid-murid beliau yang sesungguhnya beliau berada pada makam yang hebat.

2) Cerita pengembaraannya bersama Rasulullah dibumi Kelantan dan sumpah seranah yang beliau kepada Nik Abdul Aziz dan kerajaan Pas Kelantan dan disandarkan kepada Rasulullah adalah keterlaluan mengancam aqidah. Penyokong bersorak dan bertepuk tangan dan berkemungkinan menerima khayalan daripada pengembaran fikirannya bercelaru itu sebagai betul. Ulama Umno sepatutnya peka dengan isu dan penyesatan ini bukan membesar-besarkan fitnah seperti dalam isu kalimah Allah.

3) Dalam ceramahnya, Tok Ayah Abdullah Saamah menyebut bahawa lebih 30 kali Rasulullah membenarkan tindakan beliau mengajar ilmu agama dan termasuk penerangannya membela Umno dan menuduh Pas dan Nik Abdul Aziz sebagai sesat.

4) Kita tidak dapat pastikan cerita Tok Ayah Abdullah Saamah ketika mudanya berjubah dan berserban merah bertemu orang tertentu dan menawarkan diri untuk menjadi calon Pas.

5) Kita sesungguhnya bimbang Umno menyesatkan orang Islam dan memp0eralatkan orang yang terlupa atau tidak telan ubat penenang mengikut peraturan.

6) Umno boleh bercita-cita untuk terus berkuasa tetapi usah gunakan kaedah yang boleh menghancurkan aqidah dan akhlak orang Islam.

Saturday, April 13, 2013

Mengata dulang paku serpih.


Mahathir pernah tewas kepada almarhum Haji Yusof Rawa. Mahathir juga pernah menggunakan pentas Pas ketika disingkir dari Umno. Mahathir bernasib baik kerana Hussin Onn membuat kesilapan untuk memilih beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir yang bijak menggunakan peluang, berjaya menyingkirkan saingan beliau untuk menampakkan beliau pemimpin yang hebat. Beliau bukannya hebat dipentas terbuka dan adil. Beliau menyingkir satu persatu saingan dalam politik meninggalkan Umno untuk dipimpin segolongan perasuah yang tiada karisma dan wibawa.

Pru ke 13, Najib dan Umno masih mengharapkan Mahathir membuat percaturan bagai memastikan parti pemerintah itu tidak hancur. Najib menerima Mahathir bukan sebagai mentor tetapi "wali" yang keramat. Umno diyakini menang dengan percaturan Mahathir.

Sesungguhnya Mahathir sendiri gelabah. Harapan beliau mempertahankan Putrajaya adalah perjuangan hidup mati. Kiranya berlaku kekalahan kepada Husam Musa dari Kelantan yang sanggup mempertaruhkan masa depan politiknya mengkagumkan. Kalau Mahathir berdepan Husam di Putrajya dan menang, adalah biasa sebagaimana biasa Mahathir kalah kepada Haji Yusof Rawa. Luar biasa ialah bila Mahathir memilih mana-mana kerusi parlimen di Kelantan dan menang serta memahat sejarah sebagai benar-benar negarawan yang hebat. Kita percaya Mahathir tidak sebodoh itu walaupun kerjaya politiknya sudah tiada masa depan.

Mahathir tidak seberani Lim Kit Siang yang meninggalkan kerusi selamat dan bertanding di Johor. Mahathir memperlekehkan keberanian Lim bertanding di Johor kerana majoriti kaum China. Begitu pula Mahathir, belum tentu beliau sanggup berdepan dengan Nurl Izzah di Lembah Pantai atau Abdul Hadi Awang di Marang. Mahathir boleh menunding jari melondeh kelemahan orang lain, dan beliau jarang memperjudikan nasib ditempat yang beliau belum tentu menang. Mahathir akan sentiasa memastikan beliau dalam situasi pasti menang. Maka apakah hak Mahathir mempertikai percaturan Pakatan Rakyat sedangkan kemelut dalaman Umno berada pada tahap keritikal.

Pru ke 13 akan menjadi pertaruhan terakhir kerjaya Mahathir dan Umno. Aliran sokongan rakyat dan segala pembongkaran  kejelekan 56 tahun memerintah Malaysia membuatkan Umno tinggal suatu talian hayat, PENIPUAN. Jika Mahathir boleh menipu untuk merampas Sabah daripada Pairin Kitingan dengan projek IC, apakah mereka mampu bertahan untuk bertanding secara jujur? Soalnya berapa banyak cabang penipuan yang mampu dikesan Pakatan Rakyat dalam Pru kali ini? Kita percaya anjing yang biasa makan tahi, jika tidak dimakan pasti dihidunya.

Monday, March 25, 2013

Kebimbangan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussin baru sedar dari lena panjang. Beliau menjangka lebih banyak gangguan akan berlaku dalam perhimpunan politik menjelang Pru ke 13 nanti. Hisyamuddin yang bertanggungjawab terhadap soal keselamatan dalam negara mungkin terlepas pandang. Terlalu banyak laporan dibuat oleh Pakatan Rakyat berkenaan gangguan sepihak terhadap majlis anjuran pembangkang. Umno/BN parti yang memerintah bukan menunjukkan adab tapi menunjukkan kuasa dan keangkuhan. Hishamuddin manakan tidak tahu. Sebagaimana kes Bersih kecuali yang terakhir, Hishamuddin mesti tahu dan saksikan sendiri betapa keganasan menjadi agenda utama kementerian beliau. Polis telah diperalatkan semaunya terhadap rakyat yang berhimpun menunjukkan rasa berdasar hak yang dijamin oleh perlembagaan.

Selaku Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin perlu tahu saban malam majlis anjuran Pakatan Rakyat mendapat gangguan samseng upahan. Apakah tidak ada laporan maka polis tidak bertindak. Atau kita bimbang bahawa Hishamuddin mengarahkan supaya anggota keselamatan tidak bertindak? Maka untuk apa kebimbangan Hishamuddin jika sememangnya mau berbuat demikian?

Jangan biarkan rakyat membuat tanggapan sendiri terhadap kejujuran beliau dalam menangani provokasi daripada mana-mana pihak. Pastikan semua rakyat mendapat hak sebagaimana dijamin oleh perlembagaan negara untuk berpolitik. Sebarang kecondongan menyebabkan rakyat bertangapan jahat terhadap Hishamudin. Soalnya bagaimana kerajaan akan mertakan keadilan kepada semua rakyat jika gagal mengasingkan kepentingan politik peribadi dengan hak bernegara yang dijamin perlembagaan?

Hishamuddin menyaksikan terlalu banyak onar yang dibuat oleh pemerintah terhadap seteru politik mereka. Kasih sayang dan semangat patriotik rakyat dipersoalkan dengan cemuhan berbaur politik. Terkadang sarat dengan fitnah. Bolehkan rakyat kagum dan akur dengan pemerintah yang gagal memisahkan hak bernegara dengan kepentingan politik peribadi. Memalukan jika Hishamudin tidak sadar bahawa rakyat kian cerdik untuk memikirkan salah urus sebuah negara. Ataukah sememangnya negara sedang dipimpin oleh mereka yang kurang cerdik untuk memahami fungsi mereka sebagai manusia politik dan pemimpin sebuah kerajaan?


Sunday, March 24, 2013

Selesaikanlah

Tidak seinci bumi Malaysia yang tidak dijelajahi. Tidak senafas udara bumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang tidak disapanya. Semuanya sudah. Hebahan janji ditepati sempurna sesempurnanya. Bantuan rakyat 1 Malaysia sudah diberi. Semua rakyat sukakan Najib. Najib Perdana Menteri Malaysia yang paling pemurah. Najib memohon supaya beliu dan partinya Umno/BN terus diberi amanah mengemudi Malaysia.

Najib juga berjaya membuktikan negeri-negeri dibawh Pakatan Rakyat gagal diperintah dengan baik. Selangor penuh dengan salah tadbir dan tidak cekap. Pulau pinang menjadi tempat hak Melayu dan Islam diperkosa oleh DAP. Isu perkaum dijaja kepada seluruh Melayu di segenap ceruk rantau Malaysia. DAP pembunuh Melayu dan Islam. Kedah pula penuh dengan krisis dalaman. Kedah tidak maju. Kedah dibawah Azizan Razak penuh dengan penyelewengan. Perak? Nasib baik Najib berjaya menyelamatkan Perak daripada Pas yang menjadi barua DAP.

 Maaf. Kelantan satu lagi negeri yang mundur dibawah Pas. Rakyat Kelantan ni susah sikit. Mahathir yang hebat tu gagal mngembalikan Kelantan kepangkuan Umno/BN. Mungkin kali ni Najib akan berjaya. Najib akan menjadi sehebat Mahathir jika tidak lebih jika berjaya menawan Kelantan. Jika tidak silap strategi, Najib akan berjaya. Kejayaan terbesar beliau dalam sejarah hidup sebagai anak Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia. Idea Najib hebat. Najib kembali kenal dosa dan pahala apabila terfikir ketaksubaban (?) orang Kelantan kepada Nik Aziz. Di Kelantan Najib yang terlupa untuk mencerakinkan jenis-jenis najis mengikut kitab fiqah Syafie sudah bertindak sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Malaysia. Najib memberi 7 dosa besar Nik Aziz dan Pas memerintah Kelantan. Barangkali kerana berguru dengan Tuan Guru Pondok Abdullah Saamah maka Najib cepat alim.

Nika Aziz dan Majlis Syura Ulama barangkali terlupa membincangkan 7 dosa besar yang dilakukan oleh Pas di Kelantan. Fatwa Najib perlu diberi perhatian kerana melibatkan dosa besar. Apa lagi prinsip Pas dalam meletakkan calon pilihan raya mestilah seseorang yang tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekali melakukan dosa kecil. Juga jika boleh mennggalkan makruh. Kaki betina, pemfitnah, perasuah, pemabuk, pengsonglap reta rakyat dan negara, penolak hukum Allah, pemusnah bahasa, bangsa dan budaya Melayu dan kerja-kerja karut yang banyak dibuat oleh Umno cuba hindar oleh Nik Aziz dan Pas. Tak apa kerana Pas bersedia menerima teguran apalagi oleh pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia. Barangkali jika perlu Pas boleh panggil Najib untuk bermuzakarah (debat Najib kata bukan budaya kita) berkenaan 7 dosa besar yang disenaraikan ke atas kerajaan Kelantan.

Cuma jika boleh, Najib perlu menjawab beberapa persaoalan besar yang berlegar dalam kotak pemikiran rakyat. Barangkali rakyat seperti Lim Guang Eng atau Chua Soi Lek tak reti dosa besar atau kecil, tapi moral berkehendakan Najib menjawabnya. Menjawab persoalan yang menggerumuti pemikiran rakyat boleh meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap Najib atau sekurangnya mengeurangkan stress Najib. Ramai rakyat merasakan wajah Najib menceritakan penderitaan batin dan tekanan perasaan yang hebat. Menjawab akan menyelesaikan keserabutan tersebut.

1) Kenapa Najib tidak menyuruh dakwaan Deepak terhadap beliau dan Rosmah disiasat?

2) Kenapa wujud 2 akuan bersumah PI Bala dan kenapa Najib seakan-akan mengesahkan dakwaan tersebut dengan membiarkan mereka membuat dakwaan palsu (?).

3) Kenapa Najib membiarkan terlalu banyak persoalan berkenaan diri dan keluarga beliau berlalu dalam pemikiran rakyat tanpa diberi penerangan atau penyelesaian. Rakyat dibiarkan tegar dengan pelbagai persepsi salah/betul tanpa sebarang penjelasan daripada beliau sendiri.

4) Kenapa sejak menjadi PM Najib terlalu boros dengan prinsip wasatiyah yang keliru dan celaru dan rakyat digula-gulakan dengan pelbagai bantuan tanpa sebarang perencanaan ekonomi yang mantap untuk kemajuan negara. Rakyat bukannya reti masalah ekonomi negara sebagaimana retinya Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin atau Khalid Ibrahim. Cukupkah kemajuan negara digembargemburkan dengan pelbagai retorik kecemerlangan sedangkan realitinya hampas.

5) Najib dilihat terlalu lemah sebagai perdana Menteri dan gagal menangkis kritikan dan tanggapan umum bahawa beliau dikendali oleh Rosmah dan Mahathir. Cara berpolitik yang beliau amalkan pada era Tengku Razaleigh melawan Mahathir atau ketika Abdullah Badawi berundur adalah amat tidak sesuai bagi Najib pengemudi negara.

6) Najib gagal memperlihatkan diri beliau sebagai pemimpin yang berwibawa dan berani bertindak. Segalanya perlu dinasihati. Rakyat menjadi bimbang apakah beliau juga tidak segan meminta nasihat daripada sami, bomoh, tukang tilik, tok nujum dalam era teknologi canggih kini.

7) Mana hasil transformasi Najib? Apa yang rakyat boleh banggakan dengan transformasi tersebut. Berubahkah pemimpin dan orang Umno. Kurangkah rasuah? Kurangkan jenayah? Terbelakah rakyat lemah berhadapan karenah pemimpin Umno. Kenapa royalti gagal dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu. Kenapa Najib mudah-mudah umumkan royalti untuk Pahang yang telaga minyaknya terdapat dalam perairan Terengganu? Kenapa Najib masih membiarkan SPR menjadi kuda tunggangan Umno? Kenapa SPRM masih cepat bertindak jika kedapatan isu berkaitan dengan negeri atau pemimpin pakatan pembakang dan kaku dengan ribuan aduan terhadap pemimpin Umno dan kerajaan? Kenapa Najib masih dilhat suka kepada fitnah untuk menjatuhkan orang lain? Dan kenapa banyak yang Najib biarkan tanpa jawapan.

Moga Najib tidak gagal umumkan tarikah PRU ke13.







Monday, February 4, 2013

Kalimah

Allah adalah tuhan seluruh alam, langit dan buminya. Jika ada adalah tuhan orqang Islam, pastinya ia tuhan juga bagi mereka yang ingkar beriman atau percaya kepadaNya. Manusia yang tidak bercaya wujudnya kuasa yang dinamakan Allah juga adalah hambanya dan tidak pernah luput daripada qadar dan taqdirnya. Orang Islam yang yakin juga percaya yang Allah itu tuhan bagi sekalian manusia, beriman atau tidak sejak Adam as hingga Muhammad saw. Maka apa hak kita orang Islam untuk menafikan kemutlakan Allah sebagai tuhan sekalian alam, tuhan bagi orang mukmin dan juga yang ingkar. Sesiapa pun boleh menggunakan malah dalam keadaan tertentu ada yang menggunakan untuk menghinaNya. Orang mukmin tentu tidak bersetuju dengan bentuk penggunaan berkenaan tapi tidak mampu menolak bahawa yang dihina itu adalah Allah, tuhan yang dihina itu. Islam mengajar kita jangan menghina sembahan mereka hingga menyebabkan mereka menghina Allah. Islam juga menjelaskan bahawa terhadap orang Islam sendiri, ada hukum yang ditunjukkan terhadap pengahagian anutnya yang terlanjur sebagaimana disebut secara jelas dalam fiqah Islam.

Kekeliruan dan hakikat mengenal Allah sebagai sembahan (tuhan) menjadi perbahasan ulama usul sejak selepas nabi wafat. Kekeliruan dan pelbagqai tenggapan terhadap Allah menimbulkan pelbagai firkah teologi yang rumit dan sering menyelahkian antara satu dengan lain. Pertentangan boleh timbul diatas dasar kecintaan terhadap Allah atau keinginan untuk mencemarkan kemurnian sifat Allah itu dikalangan orang beriman. Sebagaimana terjadi kepada penganut Kristian, konsep Allah dan penggunaan diyakini menyeleweng daripada asalnya yang berbentuk monotisme kepada  poloitisme (konsep trinity) sebagaimana dianuti oleh sebahagian besar penganut agama itu sekarang. Persoalannya bukan penggunaan nama Allah dikalangan bukan Islam, tetapi kekeliruan mereka sebagaimana kelirunya orang Islam sendiri terhadap Allah sebagai tuhan yang mutlak disembah.

Orang Islam dalam Umno percaya Allah sebagai sembahannya namun mengabaikan konsep Allah sebagai pengatur cara hidup yang lengkap dan sempurna sehingga setengah pemimpin mereka berbangga dengan kecerdikan mereka menafikan keadilan dan kesempurnaan hukum Allah. Mereka percaya kepada Allah namun kejernihan iktikad dicemari oleh keraguan terhadap Allah yang maha sempurna. Pengabaian Umno terhadap Allah yang sempurna dalam mengatur tatacara kehidupan menyebabkan mereka membiarkan Islam dihina semaunya dengan pelbagai program mungkar yang mereka taja. Apa maksud jika mereka melarang orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah khususnya dalam Bible berbahasa Melayu? Apakah kegagalan mereka merencana pemantapan aqidah di kalangan penganut Islam di Malaysia kerana tidak yakin dengan program keislaman sejak memerintah lebih 55 tahun lampau. Kerpuhan aqidah segolongan orang Islam di Malaysia atau agenda politik kebangsaan yang mendorong mereka bertindak diluar kawalan agama dan Perlembagaan negara. Lebih memalukan apabila mufti kanan negeri Perak, Harrussani Zakaria menyerang Pakatan Rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian sebagai boleh menyebabkan terjatuh kedalam kufur atau murtad. Kita tidak tahu apakah beliau tahu bahawa pemimjpin Umno dan perlembagan negara yang sepatutnya beliau tunding jari dan tegur kerana kelalaian mereka menyebbakan kalimah Allah diguna semaunya oleh orang bukan Islam. Apa maksud Umno dan pemimpin mereka bertempik menentang isu penggunaan kalimah Allah di kalangan orang Kristian jika tidak untuk mendedahkan kebodohan mereka.


Friday, February 1, 2013

Cuak

Mahathir sentiasa dalam keadan tidak bersalah. Mahathir sesungguhnya tidak pernah dibuktikan bersalah maka dia tidak pernah bersalah. Tidak pernah ada sebuah mahkamah dimuka bumi ini yang pernah membuktikan Mahathir bersalah. Mahathir dalam apa keadaan berjaya mengelak daripada dibicarakan atau sekadar hadir dimahkamah maka beliau tidak mungkin didapati bersalah. Mahathir sentiasa bercakap tentang keadilan mahkamah dan kehakiman, maka beliau mendapat keadilan sebenar bila tidak pernah dibicarakan diatas sebarang kesalahan. Kita tidak pasti nasib beliau sebagaimana kita tidak pasti nasib sendiri dimahkamah Allah. Sebagai dijanjikan, kita pasti mendapat keadilan itu walau didunia kita dinafikan keadilan itu.

Kesalahan dan dosa tetap kesalahan dan dosa walaupun tidak pernah dibuktikan. Kemampuan kita melindungi kesalahan dan dosa bukan bermaksud kita tidak bersalah dan tiada dosa. Jika ada rahim Allah, dosa kita akan dirahsiakan dan diampunkan sehingga tidak makhluk yang mengatahuinya. Kita sentiasa berdoa untuk mendapatkan yang itu. Jika tidak, Allah akan buka rahsia kejahatan dan dosa kita sejak di dunia lagi walau betapa kita cuba menyembunyikan.

Mahathir berjaya menyembunyikan kejelekan pemerintahannya ketika berkuasa. Projek IC Sabah dan seluruh Malaysia? tidak pernah didedahkan oleh Mahathir. Kelemahan Najib dan kemantapan pembangkang menyebabkan rahsia itu terdedah. RCI mengesahkan wujudnya perojek tersebut walaupun sebelumnya ramai yang mengatakan ianya sekadar ingauan pembangkang. Mahathir terpaksa akur dengan kesilapannya namun masih bertegas bahawa ia tiada berdosa diatas peristiwa malang itu. Selain mencemuh musuhnya Tengku Abdul Rahman kerana memberi kerakyatan  kepada sesiapa yang lahir di Tanah Melayu sebelum merdeka sebagai rakyat Malaysia, Mahathir cuba menyapu najis kemuka musuhnya no 1, Anwar Ibrahim sebagai orang yang bertindak melangkau had yang dibernarkan oleh beliau sebagai Perdana Menteri. Sekali lagi Anwar dipersalahkan walaupun RCI tidak pernah mendedahkan ia sebagai terlibat. Rakyat akan segera teringat peristiwa mata lebam Anwar yang difitnah oleh Mahathir, kononnya Anwar mencederakan dirinya sendiri untuk meraih simpati. Ramai Melayu yang percaya dongeng Mahathir dan Anwar pernah dipenjarakan kerana dosa yang dicipta buatnya oleh Mahathir.

Kini didedahkan terdapat 600 rakyat Malaysia berkongsi nombor IC yang sama. JPN masih merahsiakan berapa banyak lagi pengundi hantu yang mengundi menggunakan IC orang lain. Kenapa ini berlaku dan banyak mana jumlahnya. Pendedahan RCI meyakinkan setiap rumus yang sebelumnya diperkatakan semaunya dan bukan lagi rahsia umum. Mahathir masih lagi berupaya bercakap dan merapu. Jika dalam kes IC diSabah beliau berlagak sebagai Pak Pandir yang kematian anak, maka untuk meneruskan kesuciannya beliau cuba meraih simpati daripada rakyat yang sudah bosan dengan Umno dan Barisan Nasional yang kononnya pakatan pembangkang akan menangkap musuh politik mereka jika berkuasa. Mudah buat Mahathir dan sepatutnya ditegaskan oleh pakatan pembangkang bahawa sesungguhnya sesiapa yang melanggar undang-undang negara termasuk Mahathir sendiri adakan dibawa ke mahkamah untuk dibuktikan bahawa ianya bersalah. Kita terlalu cuak dengan kerenah Umno yang menyembunyikan kesalahan dan dosa yang dibuat oleh keroni walaupun memusnahkan negara.