Mahathir pernah tewas kepada almarhum Haji Yusof Rawa. Mahathir juga pernah menggunakan pentas Pas ketika disingkir dari Umno. Mahathir bernasib baik kerana Hussin Onn membuat kesilapan untuk memilih beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri. Mahathir yang bijak menggunakan peluang, berjaya menyingkirkan saingan beliau untuk menampakkan beliau pemimpin yang hebat. Beliau bukannya hebat dipentas terbuka dan adil. Beliau menyingkir satu persatu saingan dalam politik meninggalkan Umno untuk dipimpin segolongan perasuah yang tiada karisma dan wibawa.
Pru ke 13, Najib dan Umno masih mengharapkan Mahathir membuat percaturan bagai memastikan parti pemerintah itu tidak hancur. Najib menerima Mahathir bukan sebagai mentor tetapi "wali" yang keramat. Umno diyakini menang dengan percaturan Mahathir.
Sesungguhnya Mahathir sendiri gelabah. Harapan beliau mempertahankan Putrajaya adalah perjuangan hidup mati. Kiranya berlaku kekalahan kepada Husam Musa dari Kelantan yang sanggup mempertaruhkan masa depan politiknya mengkagumkan. Kalau Mahathir berdepan Husam di Putrajya dan menang, adalah biasa sebagaimana biasa Mahathir kalah kepada Haji Yusof Rawa. Luar biasa ialah bila Mahathir memilih mana-mana kerusi parlimen di Kelantan dan menang serta memahat sejarah sebagai benar-benar negarawan yang hebat. Kita percaya Mahathir tidak sebodoh itu walaupun kerjaya politiknya sudah tiada masa depan.
Mahathir tidak seberani Lim Kit Siang yang meninggalkan kerusi selamat dan bertanding di Johor. Mahathir memperlekehkan keberanian Lim bertanding di Johor kerana majoriti kaum China. Begitu pula Mahathir, belum tentu beliau sanggup berdepan dengan Nurl Izzah di Lembah Pantai atau Abdul Hadi Awang di Marang. Mahathir boleh menunding jari melondeh kelemahan orang lain, dan beliau jarang memperjudikan nasib ditempat yang beliau belum tentu menang. Mahathir akan sentiasa memastikan beliau dalam situasi pasti menang. Maka apakah hak Mahathir mempertikai percaturan Pakatan Rakyat sedangkan kemelut dalaman Umno berada pada tahap keritikal.
Pru ke 13 akan menjadi pertaruhan terakhir kerjaya Mahathir dan Umno. Aliran sokongan rakyat dan segala pembongkaran kejelekan 56 tahun memerintah Malaysia membuatkan Umno tinggal suatu talian hayat, PENIPUAN. Jika Mahathir boleh menipu untuk merampas Sabah daripada Pairin Kitingan dengan projek IC, apakah mereka mampu bertahan untuk bertanding secara jujur? Soalnya berapa banyak cabang penipuan yang mampu dikesan Pakatan Rakyat dalam Pru kali ini? Kita percaya anjing yang biasa makan tahi, jika tidak dimakan pasti dihidunya.
No comments:
Post a Comment