Perdana Menteri Najib Razak gesa Nik Aziz bersara. 32 tahun menjadi MB Kelantan dan umur 82 tahun, Nik Aziz digesa berundur. Najib kecek Kelantan. Mengikut Najib, " Hari ini kita nak "kecek" tentang pembaharuan dan abad ke 21, tapi kalau pemimpin dah 82 tahun boleh ke bawa pembaharuan."
Apapun Najib bukan PM yang hebat. Terlalu muda berbanding Nik Abdul Aziz. Tidak ada kehebatan Najib berbanding Nik Abdul Aziz kecuali kebetulan beliau menjadi PM Malaysia. Proses "pemandulan" karisma tokoh-tokoh politik Umno oleh bekas PM Mahathir Mohamad, membolehkan Najib menjadi tokoh paling menonjol dalam kelompok yang lemah. Beliau menjadi PM Malaysia ketika Umno berada pada tahap paling lemah Mahathir sendiri mengatakan bahawa Umno sudah membarah hingga ke usus. Najib sendiri terpalit dengan pelbagai tuduhan yang tidak mampu jentera partinya dan kerajaan tampil menjawabnya dengan sempurna.
Lihatlah dari aspek apa sekalipun kecuali umur, Nik Aziz tidak terlalu tua untuk membawa pembaharuan tidak sebagaimana difikir oleh Najib.
Alur pendidikan dan pengalaman Najib tidak menunjukkan beliau sehebat Rafizi Ramli yang lahir disebuah rumah kampung disebuah kebun getah dan mencicip air perigi. Najib yang lahir di rumah bangsawan Pahang dan menjadi anak Perdana Menteri bukan cerdik sangat untuk menelurkan idea pembangunan yang hebat.
Pengalaman belajar Najib kurang sempurna. Nasib dan kematian ayahnya membolehkan beliau berada di parlimen ketika berusia 22 tahun. Dimana kehebatan Najib jika dibandingkan dengan rekod akademik bininya sendiri Rosmah?
Kemewahan dan kebangsawanannya menyebabkan beliau boleh berkira-kira dan sanggup berbelanja jutaan ringgit untuk anak-anak dan isteri kesayangannya.Beliau boleh berhutang berbilion ringgit untuk membeli populeriti. Najib bagaikan tidak peduli hala tuju negara yang kian songsang, negara sedang menuju kehancuran. Rakyat dibiarkan leka dengan idea bodohnya untuk menghargai kecelaruan tindakan perdana Menteri mereka yang khilaf.
Kalau itulah maksud pembaharuan yang Najib maksudkan, Nik Aziz pasti tidak sanggup melakukannya kerana beliau takut untuk berjumpa tuhannya diakhirat kelak.
Najib silap kerana dia tak reti kecek (cakap) Kelantan. Orang Kelantan akan memikirkan bahawa kedatangan Najib mencemuh dan memperlekehkan Nik Abdul Aziz sebenarnya beliau sedang kecek (berusaha menipu) orang kelantan. Bukan mudah orang Kelantan menerima kemesraan penggunaan perkataan mereka yang keliru. Mereka selalunya merasakan Najib sedang kecek (tipu) orang Kelantan. Tidak bijak Najib gunakan perkataan kecek (cakap) untuk menafikan jasa Tok guru Nik Abdul Aziz menyebabkan orang Kelantan boleh merasakan bahawa Najib sedang kecek (tipu) mereka. Penggunaan perkataan kecek akan mengingatkan segala perlakuan hodoh pusat dibawah pimpinan Najib terhadap rakyat kelantan.
Nik Abdul Aziz sejak pulang dari luar negara berusaha bersungguh-sungguh "membangunkan" rakyat Kelantan. Segala halangan dan rintangan bukan penghalang beliau untuk berputus asa. Usia 82 tahun tidak menghalang rakyat Kelantan yang dahaga suntikan idea pembangunan daripada Nik Abdul Aziz akan berusaha mencarinya untuk mencicip seteguk air dari kolam ilmunya yang tidak pernah kering.Nik Abdul Aziz telah berjaya membangunkan jiwa orang Kelantan. Mampukah Najib menyuntik pembangunan sebagaimana diberikan oleh Nik Abdul Aziz kepada rakyat Kelantan?
Hebat pembangunan yang diterapkan oleh Nik Abdul Aziz sehingga Mahathir, Abdullah Badawi dan Najib tidak mampu kecek (tipu) rakyat Kelantan. Mungkinkah Najib juga terpaksa tinggalkan jawatannya dan tidak mampu kecek orang Kelantan untuk menolak kepimpinan Tok Guru tua itu?
Najib seharusnya sayang dan membiarkan Nik Abdul Aziz yang berusia lanjut itu untuk terus menyumbang idea pembangunannya yang hebat itu. Ingat Najib yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembangunan seluruh rakyat Malaysia sedangkan beliau tidak berjaya menerapkan idea pembangunan sebagaimana Nik Abdul Aziz buat. Setelah 56 tahun merdeka, indek kejelekan, moral dan akhlak rakyat Malaysia kian punah. Najib yang bergelumang dengan agenda politik sesatnya lupa kepada natijah pembangunan, membangunkan manusia itu sendiri. Lupa bahawaq beliaupun punya tuhan untuk untuk dinilai KPI nya sebagai PM Malaysia.
Sesiapa sahaja boleh membeli kebodohan rakyat dengan kuasa yang ada sebagimana dibuat oleh Najib sedangkan negara pula menuju kehancuran. Najib sepatutnya dinasihatkan bersara kerana gagal membawa pembangunan bermakna kepada rakyat Malaysia. Kekeliruan Najib menyebabkan beliau merasakan berada pada landasan yang betul. Kesian jika tidak berpandukan agama.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment