Bila Sultan Mizan tak mahu Idris Jusoh setelah Umno/BN menang tahun 2008, Ahmad Said dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu. Ramai yang menyangka Ahmad Said sebagai MB sementara sebelum seorang tokoh yang lebih berwibawa ditemui. Rais Yatim yang kononnya reti undang-undang dan perlembagaan Umno membuat ramalan mudah, Ahmad Said akan guru daripada jawatan MB Terengganu seperti gugurnya buah nagka buruk. Bedebab, pecah dan berulat.
Ahmad Said yang pada mulanya tidak dipercayai sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu akhirnya berjaya mendapat kepercayaan Najib dan menentukan calon Umno/BN Terengganu dalam PRU 13, 5 Mei lalau. Penyenaraian yang memperlihatkan dendam Ahmad Said kepada kelompok Idris Jusoh yang disingkirkan dari arus perdana politik Umno Terengganu. Ahmad Said hampir menguasai sepenuhnya calon-calon Umno/BN Terengganu, walaupun Idris Jusoh berada dalam kedudukannya tersendiri dalam pokitik dan kabinet Malaysia.
Ahmad Said sekali lagi menjadi MB Terengganu dengan reputasi Umno/BN Terengganu yang amat mengecewakan. Pentadbiran 5 tahun Ahmad Said sebagai MB tidak berjaya memberi kekuatan mutlak kepada Umno/BN Terengganu. Kemenangan tipis BN 18 kerusi Dun keatas Pakatan Rakyat 14 kerusi Dun, dijangaka oleh ramai pengamat bahawa Ahmad Said tidak mungkin menjadi MB Terengganu untuk tempoh sepenggal lagi. Ramai calon yang disebut-sebut untuk mengganti Ahmad Said, tetapi sejarah 2008 berulang. Ahmad Said menjadi MB Terengganu tanpa sebarang petanda perubahan yang lebih baik.
Barisan Exco yang pilihan Ahmad Said tidak membayangkan kemajuan untuk rakyat bagi sebuah negeri yang mempunyai rekod bajet paling tinggi di Malaysia itu. Seorang Exconya dikatakan seorang bekas Budak Pejabat dan tidak lulus SPM. Kita tidak mempersoalkan kelulusan aademik calon tersebut kerana kewibawaan dan kepimpinan belum tentu tepat diukur dengan pendidikan, tetapi pandangan umum tidak mampu menafikan bahawa setiap kelemahan kerajaan Terengganu dibawah kepimpinan Ahmad Said adalah kerana gaya berpolitik beliau yang songsang, mengutamakan puak daripada kebolehan.
Ahmad Said MB Terengganu yang memalukan. Bagaimana Ahmad Said boleh berfikir untuk tidak memasukkan soal agama dibawah pengawasan seorang Exco. Barangkali itulah cara kepimpinan Ahmad Said yang mengutamakan haiwan dalam zoonya dengan peruntukan menjangkau RM50 juta berbanding peruntukkan perumahan rakyat miskin sekitar RM30 juta. Ahmad Said dikirakan keliru antara kepentingan rakyat Terengganu dengan haiwan dirimba.
Sifat pongah dan pendendam Ahmad Said tidak berubah. Pengalaman 5 tahun sebagai MB Terengganu tidak menjamin anak Tok Penyadap dari Kemaman itu menjadi seorang pemimpin yang berjiwa besar. Menjadi Menyteri Besar untuk seluruh rakyat Terengganu. Menjadi pemimpin yang faham demokrasi. Menjadi pemimpin yang sadar bahawa seluruh rakyat Terengganu dijamin hak yang sama dibawah naungan raja berdaulat, Sultan Mizan. Ahmad Said mabuk dengan taburan wang rasuah pilihanraya sehingga deman sakan serta meracau apabila majoriti rakyat menolak pendekatan lapuk Umno/BN. Umno menang tipis, sumpah dan rasuah pilihan raya hampir tidak menjadi. Apa lagi rakyat mau?
Ahmad Said sesuai menjadi pemimpin dizaman Firaun di dalam sejaran Mesir kuno. Diakhir zaman kita diingatkan bahawa dajjal akan mendapat sokongan dengan mengandar projek untuk yang bersamanya dan membiarkan kebulur mereka yang menentang. Apakah peringatan tindakan dajjal itu sudah menjadi tanda-tanda yang ianya diaplikasi dalam pentadbiran Ahmad Said. Kita mengharapkan Ahmad Said tidak dicemarkan dengan pelbagai tindakan menindas rakyat. Kita juga mengharapkan Ahmad Said meneliti balik kekhilafan 5 tahun pentadbirannya di Terenganu dengan pelbagai tekanan, ugutan, rasuah dan kronisme tidak menjamin kemenangan bergaya Umno/BN di Terengganu.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
2 days ago
No comments:
Post a Comment