Saturday, January 31, 2009

Nasionalis bacul.

Kejatuhan khalifah Islam Turki dismbut gembira oleh para nasionalis Arab. Para nasionalis Arab mendapatkan bantuan orang Kristian dan Yahudi untuk meruntuhkan dominasi khalifah Islam Turki menyebabkan negara umat Islam mula dikuasai oleh para nasionalis masing-masing. Turki sendiri terpaksa akur dengan sentimen nasionalis Turki yang sekular sehingga hari ini. Semangat persaudaran Islam sejagat yang diajar oleh Islam tinggal dalam kitab-kitab agama dan menjadi ilmu yang tidak ada siapa yang sudi mengamalkannya.

Konsep agama yang merentasi sempadan bangsa yang berjaya diterapkan oleh Nabi dan dikekalkan para khalifah Islam dimomokkan sebagai penghalang kepada kemajuan dan kebebasan serta dianggap sebagai penjajahan. Atas nama kebebasan juga mereka menerima doktorin sekular Kristian dan usaha memperkasakan bangsa dibuat diluar lingkungan pengaruh ajaran Islam. Kemuncak kekeliruan, mereka beranggapan agama menghalang kemajuan.

Cerita disebalik penyuburan semangat nasionalisma dikalangan bangsa-bangsa umat Islam tidak mudah berakhir. Usaha menyedarkankan serta mengembalikan mereka kepada pokok ajaran Islam sebagaimana diterima daripada nabi menimbulkan konflik yang berpanjangan diantara umat Islam sendiri. Puak kebangsaan sentiasa meletakkan dan menyalahkan setiap kelemahan yang terjadi dalam pemerintahannya ke atas pundak golongan Islam.

Peristiwa terbaru serangan pengganas Yahudi ke atas Gaza selama 22 hari dan mengorbankan lebih 1,300 orang Islam yang tidak berdosa gagal menarik simpati para nasionalis yang menguasai negara umat Islam. Kedegilan kerajaan Husni Mubarak membenarkan bantuan antarabangsa melalui sempadannya sukar dipercayai. Begitu juga para nasionalis Arab yang bangga dengan semangat kebangsaan masing-masing, sanggup melihat Arab Palestin yang dikuasai oleh Hamas diganyang semau-maunya oleh Israel. Sedihnya bila mata mereka menjadi buta, telinga mereka menjadi pekak dan lidah mereka menjadi kelu untuk melihat, mendengar dan memperkatakan kesengsaraan rakyat Palestin

Umat Islam semestinya menolak setiap semangat kebangsaan yang bacul dimana-mana jua pada setiap masa dan zaman. Mereka mesti kembali kepada semangat Islam yang bersifat segajat dan kental dengan semangat persaudaran sejati sebagaimana yang diajara oleh Nabi bahawa Umat Islam sebgai satu badan, bila mana satu anggota merasa sakit, semua berasa sakit dan sama-sama berjaga malam.

Terima kasih kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang memarahi Presiden Israel, Shimon Peres yang menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata : “Kamu bunuh mereka”. Erdogan yang meninggalkan ahli-ahli panel Forum Ekonomi Dunia (WEP) termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Mon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa di pentas patut dilihat sebagai seorang negarawan yang berprinsip. Sekurang-kurangnya umum mengetahui Erdogan sebagai seorang Islam yang baik.

Kejatuhan khalifah Islam Turki dismbut gembira oleh para nasionalis Arab. Para nasionalis Arab mendapatkan bantuan orang Kristian dan Yahudi untuk meruntuhkan dominasi khalifah Islam Turki menyebabkan negara umat Islam mula dikuasai oleh para nasionalis masing-masing. Turki sendiri terpaksa akur dengan sentimen nasionalis Turki yang sekular sehingga hari ini. Semangat persaudaran Islam sejagat yang diajar oleh Islam tinggal dalam kitab-kitab agama dan menjadi ilmu yang tidak ada siapa yang sudi mengamalkannya.

Konsep agama yang merentasi sempadan bangsa yang berjaya diterapkan oleh Nabi dan dikekalkan para khalifah Islam dimomokkan sebagai penghalang kepada kemajuan dan kebebasan serta dianggap sebagai penjajahan. Atas nama kebebasan juga mereka menerima doktorin sekular Kristian dan usaha memperkasakan bangsa dibuat diluar lingkungan pengaruh ajaran Islam. Kemuncak kekeliruan, mereka beranggapan agama menghalang kemajuan.

Cerita disebalik penyuburan semangat nasionalisma dikalangan bangsa-bangsa umat Islam tidak mudah berakhir. Usaha menyedarkankan serta mengembalikan mereka kepada pokok ajaran Islam sebagaimana diterima daripada nabi menimbulkan konflik yang berpanjangan diantara umat Islam sendiri. Puak kebangsaan sentiasa meletakkan dan menyalahkan setiap kelemahan yang terjadi dalam pemerintahannya ke atas pundak golongan Islam.

Peristiwa terbaru serangan pengganas Yahudi ke atas Gaza selama 22 hari dan mengorbankan lebih 1,300 orang Islam yang tidak berdosa gagal menarik simpati para nasionalis yang menguasai negara umat Islam. Kedegilan kerajaan Husni Mubarak membenarkan bantuan antarabangsa melalui sempadannya sukar dipercayai. Begitu juga para nasionalis Arab yang bangga dengan semangat kebangsaan masing-masing, sanggup melihat Arab Palestin yang dikuasai oleh Hamas diganyang semau-maunya oleh Israel. Sedihnya bila mata mereka menjadi buta, telinga mereka menjadi pekak dan lidah mereka menjadi kelu untuk melihat, mendengar dan memperkatakan kesengsaraan rakyat Palestin

Umat Islam semestinya menolak setiap semangat kebangsaan yang bacul dimana-mana jua pada setiap masa dan zaman. Mereka mesti kembali kepada semangat Islam yang bersifat segajat dan kental dengan semangat persaudaran sejati sebagaimana yang diajara oleh Nabi bahawa Umat Islam sebgai satu badan, bila mana satu anggota merasa sakit, semua berasa sakit dan sama-sama berjaga malam.

Terima kasih kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang memarahi Presiden Israel, Shimon Peres yang menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata : “Kamu bunuh mereka”. Erdogan yang meninggalkan ahli-ahli panel Forum Ekonomi Dunia (WEP) termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Mon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa di pentas patut dilihat sebagai seorang negarawan yang berprinsip. Sekurang-kurangnya umum mengetahui Erdogan sebagai seorang Islam yang baik.

Friday, January 30, 2009

Serban Islam dan serban Sikh.

Serban, haji, lebai atau sunnah. Di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selatan Thai, sekolah pondok tidak asing bagi masyarakat setempat. Mereka mudah dikenali kerana cara berpakaian, kain sarung, baju kurung , berkopiah dan bersereban. Setidak-tidaknya mereka akan sentiasa berkopiah jika berada di pemondokan atau bersembang dipersekitarannya.
Jarang melihat pelajar pondok tidak menutup kepala. Kebanyakan mereka mencukur kepala, dan mencukur kepala menjadi lambang pelajar pondok yang berdisiplin dan akur dengan peraturan pemondokan. Tok guru pondok dapat menerapkan sahsiah pelajar pondok menjadi peribadi yang begitu sederhana dalam apa jua keadaan.

Kita merasa tenteram, sejuk mata memandang bila sesekali mereka dijemput ketempat-tempat kematian untuk melaksanakan solat jenazah. Selalunya mereka diangkut dengan kenderaan oleh pihak tuan rumah simati tetapi sekarang ada yang mampu dan pergi sendiri dengan motosikal. Semua berpakaian seragam, kain sarung, baju kurung dan bersereban.

Mereka dianggap lebai. Mereka berusaha menjaga institusi kelebaiannya dimata masyarakat. Jarang mendengar masyarakat memperkatakan hal-hal yang tidak baik terhadap mereka. Pelajar pondok yang sentiasa bersereban menjaga pekerti mereka dan tidak terlibat dengan gejala sosial seperti merempit dan sebagainya. Pasukan keselamatan tidak sakit kepala dengan pelajar pondok dan lazimnya menghormati penampilan mereka yang terpuji.

Begitu pula bila mereka meninggalkan alam pemondokan, perangai lebai menjadi sebati dengan jiwa mereka. Kembali dalam masyarakat, mereka selalunya ditunjukkan ke depan untuk memimpin jika ada majlis tahlil, kematian, solat hajat, memimpin solat berjemah, mengajar antara maghrib insyak dan sebagainya.
Mereka adalah lebai sepenuhnya. Tanpa perlu diperdebatkan, cara berpakaian sedemikian mereka anggap sunnah. Mereka mencari taqwa dengan cara berpakaian sedemikian. Lalu mereka menjadi bangga dengan 2 hari dalam penjara atau mungkin untuk tempoh yang lebih lama kerana mempertahankan cara berpakaian yang dianggap sunnah.
Jika ada yang mempersoaalkan cara berpakaian itu sebagai cara untuk mengabaikan pemakaian topi keledar itu adalah hak mereka. Tetapi pengecualian terhadap penganut agama sikh kerana serban menjadikan isu ini agak keliru bila didapati ada penganut agama itu yang tidak berserban seperti juga penganut Islam. Adakah orang sikh yang berserban itu lebai dan kenapa orang Islam yang berserban tidak lebai sehingga menunaikan haji atau dewasa atau mesti dianggap lebai oleh anggota keselamatan. Salahkah kita untuk menjadi lebai dan berpewatakan lebai sehingga memerlukan pengesahan seorang pegawai polis yang tidak suka kepada lebai.
Kita sepatutnya tidak keliru antara lebai dengan mereka yang menunaikan haji tetapi tidak lebai. Ada mereka yang menunaikan haji tetapi merasa canggung berpakaian lebai dan selesa dengan penampilan orang biasa. Malah setengah haji merasa gatal dengan kopiah dan serban dikepala.
Terima kasih kepada Timbalan Yang Dipertua ABIM Kelantan, Termizi Mat Yusoff yang telah mengajak semua pihak termasuk pengamal undang-undang dan pihak keselamatan bertindak dengan bijak dalam kes yang membabitkan Islam.

Wednesday, January 28, 2009

Abdullah mesti terus menjadi PM selepas Mac


Hishamuddin Tun Hussin Onn mempertikai kenyataan Presiden Pas Abdul Hadi Awang yang meminta Abdullah Ahmad Badawi terus memimpin negara, tidak meneruskan pakej penyerahan kuasa Mac nanti. Beliau merasakan Abdul Hadi tidak layak membuat kenyataan tersebut kerana proses penyerahan kuasa adalah masalah dalaman Umno, biarlah parti itu menentukannya.

Persoalannya, kenyataan Abdul Hadi dibuat selaku Presiden Pas yang membentuk Pakatan Rakyat bersama Keadilan dan Dap, dan Pakatan Rakyat berjaya menafikan dominasi 2/3 BN/Umno di parlimen serta menguasai 5 buah negeri .Jika diambil kira hasrat rakyat, suara Pakatan rakyat menguasai undi popular yang agak seimbang dengan BN/Umno. Maka setiap pandangan Pakatan Rakyat berkenaan kepimpinan negara adalah penting dan tidak boleh dianggap mudah. Penerusan kepimpinan Abdullah sebagaimana dicadang oleh Abdul Hadi adalah hasrat sebahagian besar rakyat Malaysia dan tidak bersifat kepentingan kekeluargaan sebagaimana sokongan Hishamudin terhadap Najib.

Kenapa Abdullah mesti membatalkan hasrat untuk berundur dan menyerahkan kerusi PM kepada Najib? Saya kira hasrat Abdul Hadi adalah tepat kerana:-

1) Abdullah komited dengan banyak tugas yang belum selesai, terutama usaha menghapuskan gejala rasuah yang membarah dalam Umno dan kerajaan.

2) Menangguhkan pembentukan "kelompok elite politik" baru yang pastinya berusaha membina empayar ekonomi baru melalui penyerahan kuasa tersebut.

3) Kegagalan Najib dalam 2 pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu yang lalu adalah reputasi buruk Najib sebagai arkitek utamanya dan bakal PM.

4) Proses penyerahan kuasa dilihat gagal menyekat kecenderungan ahli Umno semua peringkat untuk memihak kepada kem lawan, dan kejadian terbaru ialah kemasukkan Adun Bota . Najib dikatakan akan mengambil alih pentadbiran Umno Perak.

5) Beberapa usaha Najib dilihat sebagai kurang bijak terutama dalam mengurus ekonomi, dan mengatasi kemelut kegawatan ekonomi negara. Najib bukan orang terbaik untuk menjadi peneraju utama pentadbiran negara.

6) Najib dilihat senang dipengaruhi oleh pihak lain dalam menentukan keputusan. Beliau gagal mempamirkan karisma dan wibawa sebagai PM.

7) Tidak ada tanda-tanda politik wang/rasuah politik dalam Umno berkurangan melalui proses penyerahan kuasa yang dirancang. Najib gagal menunjukkan komitmennya untuk mengatasi masalah ini. Menghalang beberapa tokoh yang didapati terlibat dengan amalan rasuah politik tidak menjamin tokoh yang menerajui Umno bersih dan boleh dipercayai.

8) Najib gagal memperlihatkan dirinya sebagai pemimpin yang adil dan telus terutama dalam hal yang melibatkan kepentingannya. Pembebasan Abdul Razak Baginda dan ulasan Najib sangat tidak munasabah sebagai bakal PM yang adil dan telus.

9) Senarai penglibatan "kem Najib" dalam perebutan "kek ekonomi" negara, menimbulkan tanda tanya apakah ketamakkan mereka tidak menghalang Najib untuk berlaku adil dan telus dalam mengurus dan mengagihkan khazanah negara.

10) Najib dilihat gagal memperkasa dan memertabatkan ketuanan Melayu dan agama Islam serta terpaksa tunduk kepada tuntutan anggota komponen BN yang pastinya akan melebarkan jurang perbezaan antara kaum di Malaysia. Tawaran yang diberikan oleh Paktan Rakyat lebih praktikal untuk menyelesaikan masalah kaum yang gagal dilunasi oleh Umno/BN sejak negara mencapai kemerdekaan lagi.

11) Najib gagal membersihkan imejnya yang comot dengan pelbagai skandal dan tuduhan. Apakah rakyat akan bangga dengan penampilannya yang bermasalah dan sering dihambat kontroversial?

12) Ciri dan ketokohan Najib diyakini akan gagal membawa islah kemelut dan kegawatan sistem ekonomi, politik, sosial di Malaysia. Kita tidak perlu berpindah dari satu medan kegagalan kepada kegagalan lain yang sudah tentu.

Sunday, January 25, 2009

Kewibawaan JKKK dipertikai, kenapa?

Selepas lima dekad Umno berjaya membawa perubahan kepada minda orang Melayu. Sekurang-kurangnya lebih 90 peratus orang Melayu sudah mempunyai tandas yang selesa. Jenerasi lama masih mampu mengenang tabiat "melepas" orang Melayu yang tradisional, mudah tapi menjijikkan.

Orang yang mula kenal tandas dan selesa dengannya diberi banyak tugas menjaga kemajuan dan keselamatan kampung. Kalau 10 atau 20 tahun lalu, golongan ini ada yang hampir buta huruf. Namun pada dasarnya mereka berjaya berkhidmat dengan cemerlang. Anggota JKKK sentiasa akur dengan kehendak bos politiknya. Pastinya taklimat pengurusan kepada anggota JKKK menyatakan dengan jelas bidang kuasa dan tugasnya termasuk menentukan siapa yang akan dapat atau tidak perlu dapat apa-apa.

Berdekad peranan mereka dihargai dan disanjung tinggi. Ada kaki tangan kerajaan yang tidak disenangi oleh JKKK tidak boleh bertahan lama di sesuatu tempat. Sesiapa yang tidak disenangi oleh mereka jangan harap untuk mendapat apa-apa, hatta nak dapat tanda tangan mereka pun susah. Berkuasanya mereka.

Kekuasaan yang agak meluas ini sudah banyak kali dibangkitkan oleh mereka yang tidak menyenanginya. Mereka di pertahankan dan khidmat mereka diberi pujian. Mereka mata dan telinga parti pemerintah. Mereka yang memastikan dasar Umno berjalan lancar. Sebarang sunggutan terhadap ketidakadilan mereka dipandang sinis. Ramai rakyat yang menderita tapi ramai yang takut dengan mereka. Itulah JKKK.

Kini perkara pelik telah berlaku. Peranan mereka mula dipersoal. Bidang tugas mereka cuba dibataskan. Apakah kekalahan demi kekalahan BN/Umno disebabkan kebencian rakyat terhadap JKKK berada pada tahap tepu. Entahlah, tapi sesungguhnya anggota Umno semua peringkat telah terlalu lunyai dengan pelbagai salah urus. Tindakan menyalah JKKK adalah perangai tidak beradab golongan yang tidak sedar dengan kesalahan sendiri.

Sesungguhnya proses indoktrinasi doktrin Umno telah matang. Negara menuai hasil kematangannya. Lalu jika hari ini ada pemimpinnya yang mempertikaikan kewibawaan Umno, maka ianya jelas sebagai organisasi yang sudah tidak releven dengan suasana politik Malaysia. Rakyat seharusnya menolak Umno untuk selamatkan Malaysia.

Saturday, January 24, 2009

GERAK @ Lembu Korban

Sebagai ketua pembangkang, Dr Mohd Khir Toyo tidak begitu menyerlah. Melihat rakaman sidang DUN Selangor, kehebatan beliau agak malap bila berhadapan dengan ahli kerajaan. Malah ada kalanya beliau menjadi kelu bila banyak lembaran sejarah silam yang agak kelam selak satu demi satu. Hebatnya beliau masih mampu bertahan dengan segala tohmahan dan tuduhan yang telah sekian kali singgah kepengetahuan BPR. Dr Khir masih seperti dulu, ciri kejawaannya masih tegar walau hidungnya sudah agak mancung.

Kita juga merasa kagum dengan kerjaya politik beiau, tetapi biarlah orang Umno yang menilai dan memilihnya. Dari kaca mata rakyat Malaysia yang cakna, beliau juga agak kelam dengan pelbagai isu untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Mungkin beliau calon paling bersih dalam kelompok Umno maka beliau seharusnya diberi kesempatan kerana tentunya beliau lebih baik daripada Mohamad Taib.

Pancaran keikhlasannya sebagai pemimpin bertanggungjawab kian terserlah bila beliau menjadi pembangkang. Konsep amar makruf dan nahi mungkar menjadi agenda utama beliau. Satu demi satu salah laku pemimpin Pakatan Rakyat cuba dilondehkan. Terbaru tindakan beliau sebagai Pengerusi GERAK dengan bukti jelas telah melaporkan salah urus Tan Sri Khalid sebgai ketua kerajaan negeri Selangor kepada SPRM. Cacatnya nilai RM 110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang diberi oleh Khalid telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan. Sekurang-kurangnya Khalid tidak menyentap sebarang nilai kepoketnya atau salahkah jika rakyat menerimanya sebagai cara beliau memuliakan ibadat berkorban.

Kita bimbang bahawa beliau antara yang tidak mampu membaca hasrat rakyat. Atau mungkin beliau yakin rakyat mudah diperbodohkan dengan beberapa ekor lembu korban. Sekiranya Melayu tidak lupa, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya semasa pemerintahan beliau. Kita berharap sebagai aktivis GERAK beliau seharusnya lebih aktif menyelongkar kesalahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor supaya rakyat lebih yakin hati Khir Toyo lebih busuk daripada mulutnya yang berbau.

Friday, January 23, 2009

Syabas rakyat Terengganu Kite...

Dalam banyak keadaan Tun Mahathir masih berada dalam kekeliruan. Tidak ada peristiwa yang boleh mengendurkan keinginannya untuk terus merencanakan corak politik Malaysia. Datuk Seri Abdullah Badawi yang sarat dengan beban kekeliruan dan kesilapan yang beliau tinggalkan dimomokkan sebgai seorang yang lemah dan mudah diperalatkan. Tun Mahathir mengharapkan Najib untuk meneruskan dasarnya atau memperalatkannya?.

Kekalahan Umno dalam PRK P036 membuka satu ruang untuk beliau terus memburukkan imej Abdullah . Wan Ahmad Farid dikira calon Abdullah dan tidak mendapat restu Najib sebagai bakal PM atau Datuk Ahmad Said selaku MB Terengganu. Tun Mahathir mudah menuding jari bahawa itu tanda kelemahan Abdullah dan bukannya kebencian rakyat kepada Najib yang begitu keji di mata rakyat. Beberapa peristiwa di Kuala terengganu semasa kempen PRK jelas menunjukkan Najib tidak disenangi. Polis yang begitu ramai ketika PRK Kuala Terengganu amat memahami kebencian rakyat terhadap Najib walaupun Tun Mahathir gagal memahami nurani rakyat kerana terus beranggapan Melayu mudah lupa.

Walaupun hampir RM 1 billion peruntukkan sebagai janji (rasuah) dalam PRK Kuala Terengganu, rakyat gagal dibeli sepertimana mereka berjaya membeli undi untuk mendapat jawatan dalam Umno. Dalam suasana rakyat kesempitan perbelanjaan hidup, rakyat berani menolak janji pembangunan Umno kerana tidak mempercayai Najib. Dalam keadaan serba lemah, rakyat lebih mengharapkan Abdullah daripada Najib. Urutan tindakan Najib menjelaskan hakikat sebenar corak elit pemimpin itu yang terus-terusan memperbodohkan rakyat. Najib dan Umno terus menghina rakyat dengan janji pembangunan. Rakyat amat memahami bahawa pembangunan adalah tugas dan tanggungjawab kerajaan dan rakyat telah memberi amanah kepada Umno untuk mentadbir dan menguruskan khazanah negara dengan adil dan saksama. Rakyat menjadi bosan dengan lagak para pemimpin yang menjadikan kuasa dan khazanah negara sebagai pusaka yang diwarisi.

Sesungguhnya Wan Ahmad Farid hanyalah kambing hitam. Rakyat tidak akan menolak sesiapapun jika Umno tidak mengkhianati amanah yang dilambakkan oleh rakyat sejak lebih 50 tahun lalu. Perjalanan Umno terlalu pincang untuk diterima oleh rakyat sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Walau apapun peneraju Umno masih dengan corak kepimpinan yang terlalu usang dan jumud. Serangan terhadap pemimpin pembangkang dan negeri-negeri Pakatan Rakyat adalah buktinya.

Minta maaf Datuk Wan Ahmad Farid, anda dan keluarga agak elit dimata para pejuang dan pengikut yang mewarisi semangat Haji Abdul Rahman Limbong.

Monday, January 12, 2009

Pesta kutuk Medinet Yisra'el

Sejak negara haram Yahudi- Medinet Yisra'el ditubuhkan melalui rampasan kuasa ke atas British Mandated Palestine oleh pengganas Yahudi pada 14 Mei 1948, tidak pernah sehari umat Islam Palastin aman daripada bangsa laknat itu. Terbaru, korban tentera Yahudi sudah hampir mencecah 1000 nyawa terutama dari kalangan kanak-kanak, para wanita dan orang yang tidak berdaya. Tanda-tanda bangsa angkuh yang sentiasa di bela oleh Amerika akan berhenti menyembelih mangsa tidak kelihatan. Dunia seluruhnya sebagai merestui tindakan zalim tersebut. Tiada tindakan yang dikira boleh merencatkan tempo kejahatan Yahudi kecuali keinginan mereka untuk berehat seketika.

Tindak balas masyarakat antara bangsa mengutuk kekejaman bagaikan pesta kutukan yang menyebabkan bangsa itu lebih kejam dan hilang sifat kemanusiaannya. Tidak ada media yang tidak memaparkan imej mangsa kekejamannya. Para seniman akan segera berkarya, bersajak, berteater yang semua mengecam tindakan zalim itu. Para aktivis kemanusian sibuk demonstrasi, menghantar bantuan kemanusiaan, memunggut derma dan sebagainya. Umat Islam akan adakan upacara solat hajat dan sebagainya. Riuh suara menganjurkan supaya memulau barangan keluaran negara Israil . Malah ada yang beusaha memikirkan bentuk tindakan yang boleh memberi pengajaran kepada bangsa yang angkuh itu. Semua pesta kutukan itu akan segera tamat apabila Israil berhenti mengganas. Keadaan menjadi reda seketika.

Variasi yang mewarnai pesta kutukan daripada seluruh dunia itu sepatutnya boleh merencat keangkuhan mereka. Kuatkah negara Israil untuk tunduk kepada tuntutan antara bangsa? Bangsa Yahudi bukan suatu bangsa yang kuat malah diyakini amat pengecut. Masalahnya kita sungguh-sungguh tidak pernah menentang Israil kecuali berpesta mengutuknya kerana:-

1) Tidak ada mana-mana kerajaan Arab atau negara Umat Islam yang mengancam Israil dengan kelengkapan persenjataan. Malah terlalu akur dengan tipu muslihat perjanjian sehingga gagal membuka sempadan negara masing-masing walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan.

2) Sesungguhnya rakyat dan bukan kerajaan negara umat Islam yang menentang Israil dengan segala keupayaan dan keterbatasan. Malah kegiatan rakyat agak terbatas dikawal dan dipantau oleh kerajaan. Kerajaan sanggup membunuh rakyatnya yang dikira melampau membuat tuntutan mengutuk Israil.

3) Israil berperang dengan rakyat Palastin dan bukan dengan rakyat Palastin yang berkerajaan. Kalau di Malaysia, yang berperang dengan Israil ialah sekadar unit Amal Pas dan bukan kerajaan Malaysia. Kita tak tahu apa perasaan saudara sesama Islam apabila pejuang Hamas berperang dengan Israil sedangkan tangan mereka terbelenggu dan tidak sama membantu.

4) Kerajaan negara umat Islam terbelenggu di bawah tekanan Amerika Syarikat, di mana mereka cuba mengawal emosi dan tindakan rakyat yang menentang Israil pada tahap yang tidak merbahayakan entiti haram tersebut.

5) Negara umat Islam sendiri adalah dikuasai oleh golongan sekular yang dirantai oleh keinginan untuk hidup sejuta tahun dan takutkan kematian. Mereka terlalu merwah untuk menyahut seruan jihad.

6) Mereka boleh mengeluarkan bantuan berjuta-juta dollar AS atas nama bantuan kemanusiaan kepada mana-mana negara yang ditimpa musibah tetapi sekadar menyuruh rakyat berderma, solat hajat, membuat kutukan untuk melahirkan simpati ke atas saudara segama yang dicincang dan dihina. Berdemonstrasi lebih-lebih kena tangkap.

7) Rakyat hendaklah faham bahawa tindakan keatas Israil pasti berjaya melalui praktikal jihad dan hanya mampu digerakkan oleh kerajaan yang dipimpin oleh golongan yang ada roh dan semangat jihat Islam dan bukan pemimpin projek.

Permulaan menentang Yahudi di Malaysia ialah berusaha mengganti kerajaan sekular Umno dengan kerajaan Islam yang diketuai oleh Pas.