Saturday, January 24, 2009

GERAK @ Lembu Korban

Sebagai ketua pembangkang, Dr Mohd Khir Toyo tidak begitu menyerlah. Melihat rakaman sidang DUN Selangor, kehebatan beliau agak malap bila berhadapan dengan ahli kerajaan. Malah ada kalanya beliau menjadi kelu bila banyak lembaran sejarah silam yang agak kelam selak satu demi satu. Hebatnya beliau masih mampu bertahan dengan segala tohmahan dan tuduhan yang telah sekian kali singgah kepengetahuan BPR. Dr Khir masih seperti dulu, ciri kejawaannya masih tegar walau hidungnya sudah agak mancung.

Kita juga merasa kagum dengan kerjaya politik beiau, tetapi biarlah orang Umno yang menilai dan memilihnya. Dari kaca mata rakyat Malaysia yang cakna, beliau juga agak kelam dengan pelbagai isu untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Mungkin beliau calon paling bersih dalam kelompok Umno maka beliau seharusnya diberi kesempatan kerana tentunya beliau lebih baik daripada Mohamad Taib.

Pancaran keikhlasannya sebagai pemimpin bertanggungjawab kian terserlah bila beliau menjadi pembangkang. Konsep amar makruf dan nahi mungkar menjadi agenda utama beliau. Satu demi satu salah laku pemimpin Pakatan Rakyat cuba dilondehkan. Terbaru tindakan beliau sebagai Pengerusi GERAK dengan bukti jelas telah melaporkan salah urus Tan Sri Khalid sebgai ketua kerajaan negeri Selangor kepada SPRM. Cacatnya nilai RM 110,400 untuk 46 ekor lembu korban yang diberi oleh Khalid telah menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persoalan. Sekurang-kurangnya Khalid tidak menyentap sebarang nilai kepoketnya atau salahkah jika rakyat menerimanya sebagai cara beliau memuliakan ibadat berkorban.

Kita bimbang bahawa beliau antara yang tidak mampu membaca hasrat rakyat. Atau mungkin beliau yakin rakyat mudah diperbodohkan dengan beberapa ekor lembu korban. Sekiranya Melayu tidak lupa, banyak persoalan yang menjadi tanda tanya semasa pemerintahan beliau. Kita berharap sebagai aktivis GERAK beliau seharusnya lebih aktif menyelongkar kesalahan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor supaya rakyat lebih yakin hati Khir Toyo lebih busuk daripada mulutnya yang berbau.

1 comment:

Anonymous said...

Mungkin DS Khir Toyo mula menyedari bahawa Khalid akan terus berperanan menjadikan Selangor ngeri jauh ketinggalan berbanding pemerintahan BN dulu.

siapa tidak kenal dengan khalid yang juga bekas ahli UMNO? Imbas kembali sejarah Khalid di zaman UMNO, ternyata amat teruk. Namun sekarang dan realitinya, khalid sudah mempunyai penyokong-penyokong kuat termasuk ahli-ahli pas.