Monday, November 29, 2010

Anugerah

Anugerah Allah tidak terhitung banyaknya. Manusia yang tidak reti memikirkan anugerah ialah sesuatu yang diperolehi dan disukai oleh nafsunya. Macam dulu-dulu ada yang beranggapan bahawa rasuah seks luar nikah merupakan kurnia Allah jua. Haru juga nak betulkan otak loyar buruk macam tu.

Hari-hari berlalu sibuk dengan kenyataan Wan Azizah bahawa Anwar merupakan anugerah Allah. Manusia yang bodoh sombong dan diselaputi karat Umno/BN mempertikaikan sesuatu yang hakikat, Anwar adalah anugerah Allah. Kalau beruk-beruk subsidi di Terengganu suatu ketika dulu dianggap anugerah Umno kepada pemanjat-pemanjat kelapa, maka takkanlah kebencian Umno menyebabkan Anwar lebih hina daripada beruk subsidi. Umno/BN boleh memfitnah dan menghina Anwar tetapi jangan keliru dengan anugerah Allah.

Sejuk perut ibu Anwar mengandung, bila beliau lahir orang tuanya mengucapkan syukur menerima anugerah daripada Allah. Bila Anwar meniggalkan perjuangan Islam (ABIM) dan rakan-rakan dalam Pas, orang Umno beranggapan Anwar merupakan anugerah Allah kepada parti itu dan berjaya berkuasa dengan sokongan orang yang berminat dengan Islam selain puak=puak sekular sedia ada dalam Umno.

Mahathir berkuasa lebih dari 20 tahun dan Anwar diperalatkan untuk berkuasa dan mendapat sokongan rakyat yang minat dengan Islam. Bila Mahathir cemburu dengan kewibawaan Anwar serta memfitnah, mamalukan dan memenjarakan beliau, Anwar bukan lagi anugerah Allah kepada Umno/BN. Kenapa Umno merasakan bahawa Anwar bukan anugerah Allah kepada Wan Azizah atau kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Atau bagi seorang Islam, salahkah jika beranggapan Anwar merupakan anugerah Allah kepada perjuangan yang mereka yakini.

Anwar oleh sebahagian besar rakyat Malaysia dan dunia Islam merupakan orang yang berjasa maka ramai yang meyakini ia adalah anugerah Allah sebagaimana ramai yang meyakini pembicaraan terhadap Anwar adalah satu perancangan dan fitnah jahat musuh politiknya Umno. Serupa juga dengan Najib, bagi Rosmah dan orang-orang Umno/BN meyakini bahawa beliau adalah anugerah Allah. Kalau tidak berkeyakinan sedemikian jelas tarbiah ulama yang ada dalam Umno termasuk 40 orang ulama muda yang baru menyerati parti itu tidak mampu menghalang penyokong dan pendokongnya sesat.

Sayangnya penyokong parti Islam beranggapan bahawa Najib sudah terlalu jauh daripada jalan Allah dalam memimpin rakyat Malaysia untuk diterima sebagai anugerah. Selain mengekalkan kesesatan sedia ada , Najib cuba menambah bahana kecelakan terhadap bangsa Melayu dan agama Islam dengan pelbagai kemungkaran seperti lesen-lesen judi, hub hiburan, rasuah, politik wang, rasuah politik dan sebagainya. Kejahatan yang paling menyerlah ialah keenganannya untuk menerima hukum ALLAH. Maka Najib dan Umno/BN merupakan fokus perjuangan parti Islam untuk menghapuskan mereka demi menegakkan hukum Allah. Maka sesungguhnya Najib bukan anugerah Allah sebaliknya ujian Allah kepada pejuang-pejuang Islam.

No comments: