Tuesday, November 30, 2010

Sejarah kita.

Sejarah pemusnahan bangsa dan bahasa Melayu bermula pada zaman Mahathir. Keghairahan para pejuang memartabatkan bangsa dan bahasa Melayu terencat/terbantut. Peranan media arus perdana termasuk media elektronik diperalatkan semaunya untuk merealisasikasn bangsa Malaysia yang sudah hilang identiti masing-masing, Melayu,China atau India. Hari ini Mahathir berbangga dengan gagasan 1 Malaysia Najib atau ianya merupakan penerusan dasar Mahathir oleh Najib sendiri?

Barangkali penyokong Umno tidak peka dengan perjuangan kebangsaan Melayu yang kian dipinggirkan. Kini pemimpin mereka sudah berani untuk menafikan kepentingan untuk merasa bangga dan cinta dengan sejarah perjuangan bangsa masing-masing. Islam dengan tegas menyatakan kasihkan bangsa sebagai sebahagian daripada iman walaupun menolak assabiyah. Pemimpin Umno menafikan kepelbagaian bangsa yang dijadikan Allah dan keistimewaan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Mereka dengan dasar perjuangan Umno menjadi keliru dan tersempit dengan tuntutan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Mereka rata-rata beragama Islam tetapi terlalu angkuh untuk menerima penyelesaian Islam terhadap "kepelbagaian" bangsa dan etnik penduduk Malaysia. Pelbagai pendekatan Umno yang diperkenalkan bukan menyelesaikan masalah tuntutan kaum semakin meningkat. Umno terpaksa memperjudikan nasib agama dan bangsa Melayu untuk meneruskan penguasaan politik yang makin terhakis.

Semua kegagalan dasar-dasar Umno untuk membela nasib bangsa dan agama orang Melayu sejak mencapai kemerdekaan menjadi bukti jelas bahawa pemimpin memperalatkan kecintaan orang Melayu terhadap agama dan bangsa mereka untuk mengekalkan kuasa. Mahathir di usia tuanya terpaksa mengakui kegagalan dasar-dasar Umno dan mencari alternatif baru untuk mendapatkan sokongan daripada bangsa-bangsa bukan Melayu untuk mengekalkan ketuanan elit politik Umno/BN yang korup. Apakah perubahan pandangan Mahathir dan Najib disebabkan perubahan sokongan orang Melayu kepada Pas manakala bangsa-bangsa lain telah bersama Dap atau Keadilan?

Bagaimana perasaan keMelayuan dan kecintaan anda terhadap bangsa dan agama bila Mahathir menyokong dan menyamakan Wawasan 2020 dengan dasar 1 Malaysia Najib dan merealisasi niatnya terhadap bangsa-bangsa di Malaysia dengan ungkapan ini?

" Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputera atau bukan buiputera".

Haji Hadi, Anwar dan Lim Kit Siang menjadi lebih faham untuk menggarap persamaan tuntutan pelbagai kaum disamping menghormati keistimewaan pelbagai kaum di negara ini melalui Pakatan Rakyat. Sehingga kini kita berbangga dengan kesepakatan mereka untuk berjuang bagi mendapatkan keadilan bagi semua rakyat Malaysia di samping menghormati sejarah perjuangan dan keturunan pelbagai bangsa di Malaysia.

Idea Umno sudah terlalu usang untuk diguna pakai bagi menyelesaikan masalah perpaduan kaum di negara ini setelah gagal merealisasikannya sejak 53 tahun yang lampau. Apakah rakyat menjadi terlalu sayang dengan kebejatan Umno untuk beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat yang menjanjikan penyelesaian yang lebih diyakini?

No comments: