Tuesday, October 1, 2013

Runtuh

Terengganu Darul Iman, negeri yang rakyatnya terdiri daripada orang-orang beriman. Pemimpin-pemimpin dan pembesarnya adalah orang yang mantap iman.

Terengganu juga negeri yang kaya dengan hasil minyak. Ada yang menamakannya sebagai Kuwait Malaysia. Hasil mahsulnya memang banyak dan kekayaan hasil negeri melimpah ruah. Sayangnya rakyat Terengganu diantara termiskin di Malaysia.

Sepanjang sejarah Terengganu merdeka bersama Malaysia, hanya seketika negeri itu diperintah oleh Pas, ketika bermenteri besarkan Almarhum Daud Samad dan Dato Seri Abdul Hadi Awang. Hampir setengah abad Terengganu diperintah oleh Umno/Perikatan dan Umno/Barisan Nasional. Parti siasah yang dipercayai boleh menjaga negeri dan rakyat Terengganu dengan cemerlang.

Terkini Terengganu dikuasai oleh Umno/BN dipimpin oleh Ahmad Said yang dijangkakan tidak lama memerintah setelah Idris Jusoh tidak dipersetujui oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan. Ahmad berjaya menjadi Menteri Besar Terengganu untuk penggal kedua.

Sejarah pengukiran tamadun terhebat diTerengganu sebagaimana diwar-warkan ketika Idris Jusoh menjadi Menteri Besarnya terencat dah melebihi 6 tahun. Idris dan selogan pembangunan yang tidak pernah dilihat mata dan tak pernah terlintas dihati menjadi permulaan  runtuh meruntuh di Terengganu.

Zaman Idris sebagai Menteri Besar, Terengganu bermewah dengan wang royalti yang ditukar menjadi wang ihsan. Umno dan barua Umno memperlakukan semaunya kerana wang ihsan sebagaimana berbelanja duit pusaka mak bapak mereka. Sejarah penafian hak rakyat yang menyokong oposisi tidak pernah berubah, mereka sentiasa terpinggir dan dipinggirkan.

Pembangunan bukan ikut merit kepentingan. Pemimpin akan memikirkan projek untuk membawa khazanah negeri kepangkuan puak dan kroni. Barua-barua Umno menjadi kontraktor-kontraktor yang mendapat tender kerajaan. Siapa yang berani mempersoalkan kerana SPRM perlu mendapat persetujuan Menteri besar untuk menyiasat salah laku rasuah walaupun mereka tahu siapa perasuah dan berleluasanya rasuah. Samseng-samseng menjadi orang kanan dalam politik Umno sehingga ada yang lebih berkuasa daripada Ketua Polis Daerah.

Menteri Besar Ahmad Said pura terkejut dan tunjuk cenge dalam kes bumbung Masjid Tebauk, Bukit Tunggal, Kuala Terengganu yang runtuh. MB mengarahkah supaya SPRM menjalankan tugasnya. Bodoh pertanyaan, apa perlu MB meminta SPRM jika badan itu benar-benar bebas dan bertanggungjawab?

Rakyat yang tiga suku celik huruf pun tercengang kerana kes runtuh di Terengganu Darul Iman bukan pertama kali dan bukan pula yang terbesar. Malah bekas MB Terengganu Idris jusuh sendiri pernah meruntuhkan Masjid Bujal di Kemaman ketika berkuasa. Runtuh dan meruntuhkan bukan perkara luar biasa di Terengganu. Lihat kes-kes runtuh dan termasuk Stadium tercanggih dan terbaru runtuhdi Terengganu.

Lampiran senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:


1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, MarangTarikh: 12 April 2008Harga: RM2 juta
2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong BadakTarikh: 2 Jun 2008Harga: RM292 jutaPunca: “Semua buat silap” – Ahmad Said
3. Kolam Renang Batu Burok bocorTarikh: 5 Jun 2008Harga: RM18 juta
4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggalTarikh: 29 Jun 2008Harga: (terminal ) RM123 juta
5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), KemamanMaklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.Tarikh: 15 Mac 2009
6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.Maklumat – tumbang.Tarikh: 6 Ogos 2009Harga: RM15 juta
7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, KemamanTarikh: 3 Oktober 2009Harga: RM2.1 juta
8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala BerangTarikh : 21 Disember 2009Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)Punca : Tiada pemantauan semasa
9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala TerengganuMaklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.Tarikh: 29 Mac 2010
10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang Tarikh: 9 Januari 2011Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.
10. Astaka dalam pembinaan di BesutTarikh: 21 Jun 2012
11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, MarangTarikh: 19 Julai 2012
12.Tangki air Sekolah Menengah PakaTarikh: 24 Julai 2012
13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar ChukaiTarikh: 30 Disember 2012
14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulihTarikh: 20 Februari 2013
14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala BerangTarikh: 20 Mei, 2013Harga: RM1.4 juta

Kesimpulannya, pengundi di Terengganu masih tidak terkesan dengan senarai panjang keruntuhan harta benda mereka angkara  salah laku pemimpin Umno. Bagaimana penyokong Umno dapat menilai keruntuhan akhlak dan aqidah di kalangan rakyat Terengganu. Ketika mengundi, mereka akan memberi undi mereka untuk Umno kerana rasuah pilihan raya hingga mereka lupa tujuan mereka untuk membentuk sebuah kerajaan yang ditunjangi roh iman dan taqwa.



No comments: