Kecelaruan fokus pemimpin negara.
Tun Mahathir menyifatkan tindakan peserta Bersih 3.0 sebagai samseng dan polis telah menjalankan tanggungjawab dengan baik. Lojik mudah beliau ialah polis perlu mengawal keadaan dan perlu bertindak, pastinya tindakan polis adalah wajar dan bertepatan. Polis tidak perlu tunggu dan dibelasah oleh samseng peserta bersih. Beliau bersetuju tindakan polis Malaysia adalah lembut berbanding kaedah kawalan anggota keselamatan setengah negara yang terkadang mereka membunuh peserta perhimpunan sebagaimana bersih 3.0 baru lalu.
Pastinya Tun Mahathir tidak berada ditapak himpunan bersih dan segala maklumat lisan, bertulis atau bergambar adalah dari sebelah pihak. Maka adalah tepat jika Mahathir berpandangan demikian kecuali sememangnya pandangan beliau itu dengan niat memburukkan situasi Bersih 3.0. Tindakan Mahathir terhadap Anwar misalnya, belum tentu kerana kesalahan Anwar sebagaimana difitnahnya tetapi atas niat yang beliau dan Allah sahaja yang tahu. Begitu juga terhadap himpunan Bersih 3.0, Mahathir tentu mengeluarkan kenyataan dan atas niatnya.
Menteri Besar Kelantan mewajibkan orang Pas menyertai Bersih 3.0 juga dengan niat dan pandangannya terhadap himpunan tersebut. Sekurang-kurangnya keyakinan Nik Aziz amat jelas sebagai ditulis dalam blognya, "... Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirannya di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah lalu manusia perlu selari dengan prinsip agamanya yag membolehkannya sampai ke syorga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kehidupan yang menjurus ke neraka." Nik Aziz sandarkan segala aktiviti dunia kepada dosa dan pahala walaupun ianya sekadar janji dan harapan.
Peserta Bersih 3.0 yang hadir kerana diwajibkan oleh Nik Aziz amat sadar dan di pesan dengan nilai akhlak sewajar, Duduk Dan Bantah. Kerana niat barangkali Mahathir mudah menerima pelbagai gambaran daripada penentang Bersih 3.0 dan menolak selainnya. Niat dan pandangan Mahathir ini juga menyebabkan segala teori keganasan Bersih 3.0 adalah tidak benar kecuali yang datang daripada Umno dan polis. Malah beliau gagal menunjukkan penyesalan tindakan ganas dan biadab beliau terhadap pembunuhan kejam di Memali oleh anggota keselamatan. Hingga hari ini Mahathir tidak mewajarkan tindakan beliau kecuali tuduhan melulu, bersifat samseng dan sombong. Nyata Mahathir tidak sandarkan kenyataannya kecuali kepada kesombongan dan samseng pihak penguasa.
Kalau Mahathir sedar masa beliau untuk membetul keadaan kian suntuk, beliau tidak perlu sibuk membantu Umno memusnahkan negara. Tuduhan Mahathir bahawa rasuah dalam Umno terlalu parah ketika merajuk dengan kepimpinan Abdullah Badawi, maka bagaimana beliau boleh aman dengan rasuah yang melampau dizaman Najib. Kita amat bimbang bahawa sejarah 22 tahun Mahathir sebagai Perdana Menteri akan terpahat sebagai sejarah paling durjana dalam negara dan kerakusan Umno dan elit mereka menzalimi khazanah negara akan membawa kemusnahan total.
Maka rakyat yang bimbang menganjurkan Bersih 3.0 supaya kecelaruan SPR dan kecelaruan fokus pemimpin negara yang dikembiri sifat amanah mereka boleh diperbetulkan. Saya tidak suka menyalahkan tindakan ganas polis atau kedegilan peserta Bersih 3.0 kerana segalanya bermula di sini: Umno sudah tidak releven.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago
No comments:
Post a Comment