Seseorang adalah tidak bersalah sehinga mahkamah mendapati ianya bersalah. Namun seseorang bukannya tidak bersalah walaupun mahkamah tidak mampu membuktikan ianya bersalah. Begitu juga seseorang boleh dibuktikan bersalah dalam satu konspirasi untuk membuktikan ianya bersalah dalam kes kesalahan yang tidak dilakukannya. Ianya adalah fitnah.
Konklusi berkenan berdasarkan rentetan peristiwa lalu mahkamah yang amat lama, panjang dan pelbagai.
Dalam kes liwat Anwar Ibrahim Najib, Rosmah (bininya Najib) dan Mohd Rodwan Mohd Yusof dikehendaki menjadi saksi pembela. Mereka bertiga menolak untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi pembela walaupun diketahui terlibat secara langsung dalam konspirasi melibatkan Ketua Pembangkang dan musuh utama politiknya itu. Mereka juga menolak untuk ditemu bual oleh pasukan peguam pembela.
Peguam pembela , Karpal Singh tidak tahu mengapa Najib dan Rosmah takut untuk hadir ke mahkamah. Lebih pelek lagi ialah Mohd Rodwan bekas Ketua Polis Melaka juga turut takut untuk hadir ke mahkamah walaupun sudah biasa dengan kes-kes mahkamah termasuk kes liwatAnwar Ibrahim siri pertama.
Karpal juga menyifatkan FLOM dalam keadaan amat tertekan . " ... jangan buli saya Encik Karpal." Rosmah merayu.
Tindakan Najib, Rosmah dan Rodwan mempunyai asas yang kukuh. Mereka tentunya mendapat ilham daripada "sifu" mereka Mahathir Mohamad yang menolak untuk menyatakan kebenaran kerana politik dan kuasa. Sebagai pemimpin dan FLOM tentunya Najib dan Rosmah akan terpaksa bercakap dengan lidah yang lain apabila terpaksa bercakap berkenaan kedaulatan undang atau keluhuran perlembagaan. Soalnya berapa ramai rakyat Malaysia yang peka dan cakna untuk membetulkan tindakan pemimpin Malaysia yang kurang laras itu.
Najib dan bininya sering dilihat menggunakan penafian sebagai senjata dan helah politiknya. Sebagai rakyat Malaysia kita sepatutnya tidak lupa bahawa Najib dan bininya dikaitkan secara langsung dengan pembunuhan model Mongolia Altantuya dan pelbagai kecurangan yang lain. Maka adalah amat sediah bila negara dipimpin oleh seorang "suspek" penjenayah yang dilihat cuba menyebunyikan jenayahnya melalui kawalan ke atas mahkamah. Seorang Ketua Negara sepatutnya Najib tidak boleh dilihat sebagai pengecut seperti ditunjukkan dalam kes liwat Anwar.
Kita bimbang jika Malaysia dilebel sebagai sebuah negara yang mendapat kuasa melalui jenayah penipuan pilihan raya. Lebih malangnya jika pentadbirannya dibantu oleh para penjenayah yang diberi lesen( wakil-wakil rakyat), dirancang oleh segerombolan penjenayah (menteri-menteri) yang tidak pernah kenyang dalam satu pertubuhan para penjenayah(Umno-BN) yang berusaha siang malam menyuburkan kebatilan dan memadamkan kebenaran.
Rakyat akan memberi pentafsiran mereka sendiri dalam terhadap peristiwa yang berlaku kerna mereka berada pada jaman bukan jaman bapaknya Najib.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
3 days ago