Berita pembatalan temu bual pasukan peguam pembelaan Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis mNegara, Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Redwan Mohd Yusof yang dijadualkan hari ini 8/8/2011 di batalkan. Pihak pendakwaan membatalkan kerana kehadiran Anwar dalam sesi temu bual yang melibatkan dirinya sebagai orang kena tuduh dan dikehendaki mebela diri.
Sekali lagi kes berkenaan liwat Anwar dilewat-lewatkan. Orang Umno yang bodoh dan jahat akan sentiasa melihat ianya sebagai helah Anwar tanpa merasa jejek kepada sistem kehakiman negara yang menjadi begitu bercelaru dan penuh misteri.
Barangkali pada sidang pengadilan Tuhan nanti bekas Ketua Polis Negara dan bekas Ketua Polis Melaka itu boleh minta uzur dan membatalkan pembicaraan kerana Anwar juga hadir ketika itu.
Apakah hebat sangat Anwar yang dipukul separuh mati oleh Rahim Nor dan kedua mereka ini terlibat secara langsung dalam kes yang dikatakan oleh Anwar sebagai fitnah yang keji ke atasnya. Apakah malu mereka bertentang mata dengan Anwar? Atau sememangnya kes ke atas Anwar betul betul-betul dirancang?
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
15 hours ago
No comments:
Post a Comment