Sunday, January 25, 2009

Kewibawaan JKKK dipertikai, kenapa?

Selepas lima dekad Umno berjaya membawa perubahan kepada minda orang Melayu. Sekurang-kurangnya lebih 90 peratus orang Melayu sudah mempunyai tandas yang selesa. Jenerasi lama masih mampu mengenang tabiat "melepas" orang Melayu yang tradisional, mudah tapi menjijikkan.

Orang yang mula kenal tandas dan selesa dengannya diberi banyak tugas menjaga kemajuan dan keselamatan kampung. Kalau 10 atau 20 tahun lalu, golongan ini ada yang hampir buta huruf. Namun pada dasarnya mereka berjaya berkhidmat dengan cemerlang. Anggota JKKK sentiasa akur dengan kehendak bos politiknya. Pastinya taklimat pengurusan kepada anggota JKKK menyatakan dengan jelas bidang kuasa dan tugasnya termasuk menentukan siapa yang akan dapat atau tidak perlu dapat apa-apa.

Berdekad peranan mereka dihargai dan disanjung tinggi. Ada kaki tangan kerajaan yang tidak disenangi oleh JKKK tidak boleh bertahan lama di sesuatu tempat. Sesiapa yang tidak disenangi oleh mereka jangan harap untuk mendapat apa-apa, hatta nak dapat tanda tangan mereka pun susah. Berkuasanya mereka.

Kekuasaan yang agak meluas ini sudah banyak kali dibangkitkan oleh mereka yang tidak menyenanginya. Mereka di pertahankan dan khidmat mereka diberi pujian. Mereka mata dan telinga parti pemerintah. Mereka yang memastikan dasar Umno berjalan lancar. Sebarang sunggutan terhadap ketidakadilan mereka dipandang sinis. Ramai rakyat yang menderita tapi ramai yang takut dengan mereka. Itulah JKKK.

Kini perkara pelik telah berlaku. Peranan mereka mula dipersoal. Bidang tugas mereka cuba dibataskan. Apakah kekalahan demi kekalahan BN/Umno disebabkan kebencian rakyat terhadap JKKK berada pada tahap tepu. Entahlah, tapi sesungguhnya anggota Umno semua peringkat telah terlalu lunyai dengan pelbagai salah urus. Tindakan menyalah JKKK adalah perangai tidak beradab golongan yang tidak sedar dengan kesalahan sendiri.

Sesungguhnya proses indoktrinasi doktrin Umno telah matang. Negara menuai hasil kematangannya. Lalu jika hari ini ada pemimpinnya yang mempertikaikan kewibawaan Umno, maka ianya jelas sebagai organisasi yang sudah tidak releven dengan suasana politik Malaysia. Rakyat seharusnya menolak Umno untuk selamatkan Malaysia.

3 comments:

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah

Singgah abbebakar said...

Wassallam.
Ahlan sassallam. Terima kasih atas kunjungan PakKaramu.

Singgah abbebakar said...

Wassallam.
Ahlan sassallam. Terima kasih atas kunjungan PakKaramu.