Monday, December 29, 2008

Niat Perdana Menteri

Dari Amirulmukminin Abu Hafsah Umar Ibnu al Khatab, katanya: Aku dengar Rasulullah bersabda: "Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa berhijrah bagi dunia yang ia akan memperolehinya atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu."

Dilaporkan oleh Berita Minggu Ahad 28 Disember 2008, bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan cadangan Pas untuk perlaksanaan hukum hudud dan qisas jika berjaya mengetuai kerajaan sebagai isu lapuk, sambil meminta rakyat usah menghiraukan permainaan politik parti pembangkang itu.

PM berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Ulama Pas, yang menyifatkan perlaksanaan hukum berkenaan di negara ini bukan menjadi keutamaan parti itu jika Pakatan rakyat mengambil alih pemerintahan kerajaan.

Isu hudud menjadi hangat apabila Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegaskan pada majlis Wacana Trnsformasi Politik Malaysia, bahawa Pas akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang memerintah.

Kenyataan pelbagai pihak mengenai isu hukum hudud dan qisas dalam konteks negara kita Malaysia dapat disimpulkan sebagai:-

1) Tiadak ada niat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia pada bila-bila masa untuk menyokong hukum hudud dan qisah, apalagi melaksanakannya di dalam pemerintahan kerajaan Malaysia.

2) Jelas bahawa PM ada niat untuk mempolitikkan isu hudud dan qisas yang diperjuangkan oleh Pas dalam keadaan:

a) Memperlekeh perjuangan Pas untuk mendaulatkan hukum hudud dan qisas.

b) Memainkan hukum hudud dan qisas untuk meraih sokongan orang bukan Islam
dan cuba mengambarkannya tidak sesuai dan menindas orang bukan Islam.

c) Cuma mempromosi sikap "libral Umno" dalam beragama dan tidak meyakini hukum
Allah itu sebagai penyelesaian mutlak masalah manusia sejagat.

3) Perdana Menteri gagal melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua negara dan seorang beragama Islam untuk berusaha melaksanakan hukum Allah. Beliau sebagai Perdana Menteri ialah orang yang paling bertanggungjawab pada bila-bila masa untuk melaksanakan hukum hudud dan qisas. Maka menjadi kewajipannya "menyokong" usaha Pas atau mana-mana puak yang berusaha melaksanakan hukum Islam itu.

Dalam keadaan Perdana Menteri dan Umno kebingungan untuk meraih sokongan orang Islam dan bukan Islam melalui hukum hudud dan qisas, Pas menjadi kian matang dan lebih terbuka. Melalui pendekatannya yang sederhana dan istiqamah dengan Islam sebagai dasar perjuangan, Pas telah dapat mendekatkan dan memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berkenaan Islam dan hukum-hukumnya. Sokongan orang-orang bukan Islam di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu kepada Datuk Menteri Besar Kelantan adalah bukti yang nyata bahawa tidak ada asas ketakutan orang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam. Kemenangan calon-calon Pas dalam kawasan majoriti orang bukan Islam dalam pilihan raya lalu menjadi kayu ukur keberkesanan dakwah Pas kepada orang bukan Islam.

No comments: