Tuesday, November 18, 2008

Don't condemn our cops.


Don’t condemn our cops, says Syed Hamid

Bukan kami rakyat tidak meyakini polis. Keamanan dan segala unsur keharmonian yang dinikmati adalah kerana jasa anggota polis yang mengorbankan masa dan nyawa mereka demi gaji yang tidak seberapa. Apa yang amat mendukacitakan ialah mereka diperalatkan oleh golongan pemerintah yang menolak segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada demi kepentingan peribadi, keluarga dan puak(kronisme le tu). Lihat dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu, yang dipanggil untuk membela diri bukan Razak Baginda atau Najib Tun Razak yang dikatakan orang yang rapat dan dikaitkan secara langsung dengan kes pembunuhan tersebut tapi Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sairul Azhar Umar. Mereka adalah anggota polis yang dedikasi dan bertanggungjawab terhadap orang atas mereka.

Permintaan Syed Hamid rasanya begitu naïf bila kita saban hari melihat penyalahgunaan anggota keselamatan untuk kepentingan peribadi golongan penguasa politk. Walaupun mudah lupa tapi Melayu masih lagi ingat sifat gelojoh dan tidak bijak Tuan Syed dalam kes penahanan Raja Petra Kamarudin, Teressa Kok dan seorang wartawan akhbar cina tempoh hari.

Rakyat termasuk Melayu yang pelupa (?) itu, mungkin juga tidak lupa akan alasan tidak lojik tuan Syed yang kononnya penggunaan ISA ke atas mangsa kerana demi keselamatan mereka. Begitu juga dengan penutupan balai polis di Chow Kit Road yang kononnya demi menjaga keselamatan anggota polis (alasan ini telah diperbetulkan setelah rakyat melondeh kealpaan komen yang tidak matang itu).

Mengikut Tuan Syed, beliau keliru bila ada pihak yang mempertikaikan pihak keselamatan kita.

I don’t understand why there are parties going all out to discredit the police".

Alahai Tuan yang mulia, orang yang sedikit bijaksana sudah memahami tujuan komen tuan. Apa-apapun golongan pemimpin tidak pernah bersalah. Apakah salah jika rakyat beranggapan bahawa kebencian kepada segala-gala yang berkaitan dengan kerajaan maka itulah tanda kebencian mereka kepada golongan pemerintah.

Harus teliti tuan dalam kesibukan mengejar kedudukan dalam kepimpinan dan ketuanan Melayu yang kian tenat sudah ramai dari kelompok tuan yang sudah hilang integriti khususnya amanah. Maka apakah rakyat akan mempercayai bahawa pihak polis yang menentukan segala pendakwaan terpilih terutama bila berkaitan dengan kelompok tuan. Kononnya lebih 900 kes melibatkan pihak tuan yang akan bertanding Mac 2009 nanti, apakah mampu pihak polis, BPR atau siapa yang dapat mengatasinya? Kami masih meyakini integriti pasukan keselamatan jika ianya bebas daripada campurtangan mana-mana pihak. Susahnya menekuni peraturan bagi setiap anggota keselamatan di Malaysia.

1 comment:

RegHiOp said...
This comment has been removed by the author.