Friday, November 21, 2008

Menteri Besar Kedah Pula...

YAB USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK


Tahun 1999 bila Menteri Besar Terengganu di pegang oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang, Umno dan konco-konconya di Terengganu khususnya dan di Malaysia amnya bagaikan nak gila. Untuk seketika mereka berasakan Pas akan lama memegang tampuk pemerintahan di negeri cantik budaya menarik itu. Umno tak mati akal dan tak berputus asa. Mereka berjaya menawan semula Terengganu. Kaedahnya jangan dipersoalkan, apa-apa yang patut semuanya jadi asalkan Pas tumbang di Terengganu.

Menariknya strategi menghakis keyakinan para penyokong Pas terhadap pimpinan negeri ketika itu.Di samping media arus perdana, cakap-cakap yang tersebar dari mulut kemulut perihal korupnya para pemimpin Pas Terengganu masa itu mudah di terima. Dari tangga-tangga surau, masjid, kedai-kedai kopi, diwakaf-wakaf malah di mana sahaja ada kesempatan berita dan fitnah tersebar. Tidak ada gambaran baik yang dipaparkan hatta Menteri Besar dan anggota Exconya dikatakan serupa dengan pemimpin terdahulu malah lebih teruk lagi. Tak pandai memerintah. Jenuh dialog bersama rakyat untuk menerangkan kebaikan dan program terbaik untuk rakyat, agama dan negeri Terengganu dianjurkan, tapi sia-sia. Penyokong pas sendiri sama-sama berperanan menyebar fitnah serupalah sekawan anjing pemburu yang menyalak mangsa, tapi bila ditanya apa yang disalak, mana mangsanya, dan sebaginya tak tau.

Peristiwa ini nampaknya berulang kembali di Kedah dan Perak. Di Pulau Pinang dan Selangor keadaannya agak berbeza, barangkali rakyat terlalu sibuk ditempat kerja masing-masing. Keadaan lebih terkawal. Di Kelantan pula peribadi Menteri Besarnya cukup mantap, rakyat tidak dapat menerima keburukan staf kepimpinannya jikapun ada.

Kita merasa kecewa dan terkilan bila Menteri Besar Kedah terpaksa mendedahkan bahawa beliau memotong pendapatannya sehingga RM 10,000.00 sebulan kesan daripada cakap-cakap yang disebarkan oleh rakyat Kedah terhadap barisan kepimpinan yang di ketuai oleh Ustaz Azizan. Sebagai seorang ulama, kita faham kenapa beliau cuba mengelak daripada mendedahkan segala kebaikan yang dibuat oleh barisan kepimpinan di bawahnya tetapi rakyat tidak dapat memahami bahawa pemimpin mereka sibuk melaksanakan amanah Allah yang dipertanggungjawb sejak 8 Mac lalu. Masa bersama rakyat agak terhad.Rakyat beranggapan bahawa pemimpin mereka juga seperti yang terdahulu, dapat kuasa adalah dapat peluang; peluang kumpul harta, peluang cari pengaruh, peluang main golf dan sebagainya hingga tak ada masa untuk jumpa rakyat.

Dicananglah idea jahat ini keseluruh pelosok negeri dan yang menyebarnya para penyokong Pas sendiri. Rakyat mudah menerimanya sebagai sah. Semudah mereka menerima pembersihan Razak Baginda terhadap Najib dan Rosmah dalam kes model Mongolia. Persoalan-persoalan yang tidak pernah terjawab dalam kes berkenaan seperti kehilangan rekod kemasukan model itu, kelulusan penggunaan C4 dan lain-lain rakyat tidak fikir sedikitpun. Apapun berita dan pengesahan itu mudah dibenarkan oleh rakyat atau rakyat malas memikirkan? Amat memilukan. Lebih memilukan ialah berita ini mudah di terima malah oleh penyokong Pas sendiri.

Apapun tahniah Ustaz Azizan dan staf kepimpinan Pakatan Kedah. Kejahilan rakyat menyebabkan pendekatan di Terengganu dalam melaksanakan peraturan Islam seperti penutupan premis-premis judi, pusat-pusat hiburan dan program tarbiah tidak dinilai sebagai baik walaupun penyokong Pas berpuas hati. Barangkali pendekatan yang lebih berhikmah dapat menjamin hayat pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Penyokong Pas barangkali perlu lebih bijaksana dan menerima situasi majmuk rakyat di negara ini. Selamatkan Malaysia InsyaAllah melalui tangan Pakatan Rakyat.

No comments: