Sunday, July 17, 2011

Bersih 2.0 - Apa diaorang kata

Apa yang dia orang kata tentang Bersih 2.0.

1) Bagi Anwar dialah sebaik-baiknya manusia, anugerah Tuhan. Inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (perhimpunan Bersih 2.0, Sabtu). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengenepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsu tercapai. - Najib Tun Razak.

Kamu Najib bukan nak sangat jadi Perdana Menteri. Bapaknya dulu suruh Najib jadi Perdana Menteri dia tak mahu. Najib berguling-guling. Kinipun Najib masih tidak berminat jadi PM, Rosmah yang mengada-ngada dan paksa Najib jadi PM. Najib tidak serupa Anwar yang berusaha untuk jadi PM, nak perbetulkan kepincangan Najib yang jadi PM tetapi lantaran tiada minatnya, bininya banyak mempengaruhi Najib buat itu dan ini. Kesian Najib.

2. Bersih tidak pemperjuangkan apa yang mereka katakan dan ini terbukti kerana sepanjang perhimpunan haram semalam (Bersih 2.0) tiada satu pun laungan mengenai pilihan raya yang bersih dan adil kedengaran. - Muhyiddin Yassin.

Sememangnya Muhyiddin dan semua pemimpin Umno/BN adalah makhluk yang pekak,tuli dan buta untuk mendengar, melihat apa lagi menyelami segala kesusahan dan rintihan rakyat. Buta mata dan buta hatinya.

3. 5,000 peniaga Kuala Lumpur rugi RM 100 juta kerana Perhimpunan Bersi 2.0. Anggaran keuntungan RM 10,000 bagi setiap peniaga setiap hujung minggu. Kalau ada 4 kali hujung minggu mereka ada untung RM 40,000/ seorang peniaga . Dalam sebulan keuntungan mana kurang daripada RM 50,000. Memang diaorang kaya raya. Taraf peniaga Kuala Lumpur.

Sah ulasan media arus perdana alat Umno/BN. Memang semua orang percaya kerana bini Najib yang jadi PM beli beg tangan RM 365,299.99, menginap di hotel berharga RM 140,000 semalam dan beli cincin berlian berharga lebih RM 72 juta sebentuk. Orang Ulu Kuala Balah di Kelantan atau Hulu Tembeling di Pahang nganga dengar duit sebanyak itu. Pekerja swasta di sekolah-sekolah di Malaysia pendapatan mereka tidak lebih RM 500 sebulan. Nasib lah.

Sifir Matematik PPSMI, ramai jadi bingung dan strategi perniagaaan orang Kuala Lumpur tidak mahu orang ramai. Sungguh-sungguh bengong.

4. Orang ramai terutama masyarakat antara bangsa perlu diberi penjelasan sebenar mengenai keadaan dan situasi negara ini ekoran perhimpunan Bersih 2 semalam- Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno.

Zaman dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari, Pemimpin Umno masih cuba memperdayakan rakyat dan masyarakat antara bangsa dengan kaedah tahun 1960-an. Budak-budak yang kenal pelbagai media alternatif ketawa terbirit-birit mendengar komen Zahid Hamidi. Orang Umno dari jenis bangang boleh percaya himpunan Bersih 2.0 dihadiri 6,000 perserta dan siap membuli polis yang bertindak baik dan sopan terhadap penunjuk perasaan. Gila babi, babi gila tidak macam tu.

5. Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh menolak dakwaan pihak yang mengatakan penyokong perhimpunan bersih yang ditahan semalam mendapat layanan buruk, dikasari dan dizalimi polis sehingga cedera teruk. Malah mereka mendapat layanan istimewa melebihi pasukan keselamatan.

Terima kasih polis. Polis Raja Di Malaysia maka apakah "tetamu" raja mendapat layanan buruk. Bersih 2.0 sememangnya "kotor". Kata apa saja penyokong Umno/BN mesti percaya punya. Betulkan Tuan Singh? Haji Mohamad Sabu telah dipujuk, dibeli dan dimanja oleh pihak polis sehingga motorsikal yang dinaikinya terbabas dan cedera sebelum ditahan dengan pelbagai layanan istimewa. Baik kan polis Tuan haji?

6. Ambiga sudah diberi peluang untuk menghadap Yang di Pertuan Agong tetapi akhirnya melawan titah Tuanku. Kalau di Thailand orang seperti ini sudah di halau dan dilucutkan jawatan. Ibrahim Ali- Presiden Perkasa.

Itulah kerap sangat melompat. Jenis katak yang jadi alat Umno. Sebijik Umnonya. Menang tiket bebas atas undi orang Pas di Pasir Mas. Orang lain bagi Berahim semua tak cerdik, dia sendiri tu "bengong", tak sedar diri, yang kamu dok halang titah Agong "membenarkan" perhimpunan bersih di stadium bukan derhaka namanya. Kena ingat gapo mu kato ko Tok Guru Nik Aziz, dan gapo mu janji ko rakyat Kelantan hingga mereka beri kemenangan kepada seekor katak serupa mu.

7. Cedera. Anwar pelakon terbaik. Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali Alhabshee berkata, "Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh Anwar itu hanyalah semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap ke liwatnya ke atas Saiful dan rakaman vidio seks.

Dalam kes Anwar, kalau Umno bunuh Anwar dan benar-benar beliau mati, Umno akan kata Anwar berlakon. Mata lebam berlakon, kena racun pun berlakon, maka liwat Saiful dan vidio seks juga lakonankah?

Hai Datuk, rakyat Malaysia kecuali penyokong Umno telah mendapat maklumat langsung perkembangan Bersih 2.0 seawal 7.00 pagi hari Sabtu 9 Julai 2011 lalu.Rakyat yang cerdik kecuali orang Umno, susah nak ditipu dengan dakwaan bodoh seperti yang pernah dibuat oleh Mahathir. Jangan kerana nak memperbodohkan rakyat , Datuk nampak "bodoh" sudahlah.

8. S. Ambiga disifatkan pembohong kedua terbesar selepas Anwar Ibrahim apabila bersengkongkol debngan pembangkang dalam perhimpunan Bersih 2.0 demi menjayakan kepentingan peribadi pemimpin tertentu - Mohd Puad Zarkashi, AMT Umno.

Rakyat semua bohong kecuali "penjilat-penjilat Umno". Mereka syaitan berwajah malaikat. Di hadpan rakyat mereka malaikat dab dibelakang rakyat mereka beraja di mata , bersultan dihati.Membujur lalu melintang patah. Alahai Umno, siapa kamu untuk bercakap soal moral, akhlak atau pahala dan dosa.

9. Penyokong Anwar tak jaga keselamatan Ketua Pembangkang sehingga Ketua Pembangkang itu cedera di kepala dan di kaki. Penulis blog, Remy Ahmad berkata, bukan sahaja penyokong tidak memberi kawalan keselamatan malah mereka memijak pemimpin sendiri.

Sah penulis blog sebodoh itu orang Umno dan jika ada yang menyertai Anwar ketika himpunan Bersih 2.0 buat macam tu maka sahlah pelaku tersebut orang upahan Umno yang menyelinap dalam PKR seperti Zaharin Hashim, Zulkifli Nordin dan ramai lagi "malaun" yang seumpamanya.

Apapun ketika huru hara kiamat, seseorang tidak mampu untuk menolong sesiapa hatta dirinya sendiri.

Sekian ,

Sunday, July 10, 2011

Peludah warna.

Aku bertemu A. Samad Said di Salinanya. Mengenali hati budi Pak Samad pada untaian kata lewat puisinya. Menelusuri wadah pada garapan ilham lewat padang saujana perosanya. Kini aku bisa mengkaguminya dikala puisi "Peludah warna" bertandang ke Stadium Merdeka.

Peludah warna

KUASA gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diistihar racun terbisa.
Diragutnya baju - T seragam tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulin.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam kalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa
kuasa pun seolah menjadi hartanya.


Nukilan:

A.SAMAD SAID
Sasterawan Negara.

Terima kasih Pak Samad. Terima Kasih Ambiga. Terima kasih Maria Chin.
Terima kasih rakyat Malaysia. Terima kasih semua warga Bersih 2. Rakyat yang kebingungan oleh Umno yang berusaha mempertahankan kuasa. Apakah itu harta mak bapak mereka? Apakah mata sudah buta melihat Najib memfaraidkan khazanah negara lewat kuasa yang kamu berikan. Atau telinga kamu sudah pekak untuk mendengar rintahan rakyat yang terbeban oleh angkara gila kuasa dan tamak harta.

Hari ini semua sudah bersedia. Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim , Lim Kit Siang adakah tidak sebanding Najib untuk songlap wang negara maka kamu bimbang keikhlasan dan kewibawaan mereka? Maka kamu bimbang memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk berkuasa?

Selamatkan Malaysia.

Tuesday, June 28, 2011

Najib dan Kejantanan

Lucu gile.
Hampir terburai "taik" kerana gelak. Terbaca laporan Utusan Meloya memang meloyakan tapi kali ni lain. Lucu sungguh.

Mengikut berita Utusan Meloya , Najib suami Rosmah dikatakan mencabar pakatan pembangkang yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP supaya bertanding secara anak jantan untuk mendapatkan kuasa dalam pilihan raya umum nanti dan bukan melalui demonstrasi jalanan. Kata Najib, " ... kalau betul anak jantan, kita bertemu pada pilihan raya nanti kerana kuasa politik diperolehi melalui sokongan rakyat dan bukan melalui demonstrtasi jalanan".

Orang lain apa peduli mereka lucu atau tidak dengan kenyataan tersebut, tapi terkenang jaman kecik-kecik dulu kalau berkelahi sikit terjadi cabar mencabar. Macam Najib juga mencabar pakatan pembangkang supaya menunjukkan kejantan mereka. Kami kecik-kecik dulu saling cabar mencabar untuk menunjukkan kejantantanan masing-masing dan siap dengan pantunnya sekali.

Pantun anak jantan

Buah sepak atas pagar
Buah terung nak pecah
Jenis bapak tak ajar
Mari turun nak bergocoh.

Kalau Najib tak cabar pun, Haji Hadi, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang memang jantan. Anwar misalnya, kerana Najib takut dengan kejantanannya, mereka fitnah Ketua Pembangkang itu guna "depan" dan "belakang" untuk melempiaskan kejantanannya. Najib pun anak jantan Tun Razak walaupun ada yang melalut kata Najib bini Rosmah. Mana boleh, Rosmah tetap bini Najib. Anak Rosmah dengan Najib semuanya berbintikan Najib. Jelas Najib tu jantan. Namun apapun Najib perlu bersikap jantan dalam tuntutan bersih yang diusahakan oleh Pakatan pembangkang kerana:-

1) Jika Najib betul-betul jantan, apa sangat dengan tuntutan bersih. Penuhi tuntutan Bersih untuk menguji medan kejantanan sebenar. Memalukan jika Najib benar-benar jantan memperalatkan segala-galanya termasuk SPR, Jabatan kerajaan, politik wang, beli undi, mahkamah,pengundi hantu, pengundi pos, kegagalan menggunakan dakwat kekal dan segalanya untuk terus berkuasa.

2) Najib tidak mampu menunjukkan kejantanannya apabila merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dengan memperalatkan institusi Raja-raja Melayu. Layakkah Najib berselindung disebalik kejantanannya yang jelas "bacul" untuk mencabar pembangkang bertanding dalam pilihan rayat yang jelas berat sebelah secara anak jantan.

3) Najib gagal menunjukkan kejantanannya apabila gagal menunjukkan sikap dominannya sebagai lelaki dan perdana Menteri dan tidak berupaya menyekat kehendak isterinya Rosmah yang sejak Najib PM sering menjadi umpat keji rakyat kerana dilihat membelakangkan beliau sebagai PM.

Persoalannya, Najib benar-benar gagal mengenal pasti jantan atau betina sesuatu situasi. Wallahu a'llam.

Wednesday, February 2, 2011

Siapa pelupa?

Segala yang berkaitan dengan Melayu adakah pelupa? Mahathir mengakui bahawa Melayu mudah lupa. Mahathir sendiri yang memiliki setitis darah Melayu benar-benar menjadi pelupa. Banyak fakta yang orang tua tu sudah mula lupa.

Perkara yang paling dilupai oleh Mahathir ialah segala perancangannya memporakperanda perpaduan Melayu. Melayu Umno yang dipimpin Mahathir telah membuli semaunya saudara sebangsanya dari Pas, Parti Melayu Semangat 46, dan terakhir Melayu dalam PKR dinafikan segala unsur perpaduan yang wujud sejak azali dikalangan mereka, bangsa Melayu.

Penyakit lupa juga menyebabkan Melayu Umno masih memuja Mahathir sebagai negarawan ulung negara walaupun Mahathirlah yang menafikan royalti petroleum untuk Melayu Terengganu ketika diperintah oleh Pas. Mahathir yang menafikan kemajuan bangsa Melayu dan berselindung disebalik dasar pengswastaan yang mengutamakan kroni dan puak Melayu Umno. Sesungguhnya Melayu Pas amat memiliki jati diri dan mampu menyaingi Melayu Umno yang sentiasa dibantu dan memerlukan tongkat. Melayu yang mendapat pelbagai keistimewaan daripada kerajaan Mahathir . Melayu yang hilang identiti kemelayuan mereka dan sanggup menindas dan menafikan hak saudara Melayu mereka hanya kerana berlainan anutan politik. Bukankah Mahathir yang menyuburkan dasar jahat ini?

Mahathir benar-benar pelupa bila menyentuh perpaduan Melayu. Mahathir cuba membunuh hayat politik Tengku Razaleigh menyebabkan Melayu berpecah kepada parti Semangat 46. Mahathir yang memfitnah Anwar sehingga Melayu berpecah menjadi parti Keadilan Rakyat. Mahathir juga lupa bahawa rata-rata penyokong Pas terdiri daripada orang Melayu Islam. Maka apakah Mahathir lupa "Onarnya" yang amat membantu kepada perpecahan Melayu dan dasar-dasarnya yang menyebabkan Melayu Umno terus lembik, lemah dan menempelkan hayat mereka kepada Umno?

Maka apakah orang Melayu lupa atau Melayu Umno yang pura-pura lupa seperti "beruk" yang sentiasa berkerumun di pokok yang berbuah? Melayu tidak akan lupa seperti terungkap dalam pelbagai versi keilmuan Melayu.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik di kenang jua.

Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan tulang, manusia mati meninggalkan nama.

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh di bayar
hutang budi di bawa mati.

Kalau ada sumur diladang
boleh hamba menumpang mandi
kalau ada umur panjang
boleh kita berjumpa lagi.

Maka sejarah tamadun bangsa Melayu bukannya pelupa sebagaimana pelupanya Mahathir yang hanya memiliki setetes darah Melayunya itu. InsayaAllah Melayu tak akan lupa sejarah kekejaman Mahathir terhadap bangsa, bahasa dan agama orang Melayu.

Wednesday, January 5, 2011

Bukan bunuh diri dan bukan dibunuh....

Nyawa paling berharga kepadan setiap anak Adam. Seperti kehormatan, akal dan keturunan, nyawa dijaga oleh Islam dibawah hukum had. Kerana berharga, mengambil nyawa sendiri adalah haram dan dosa besar mengikut Islam.

Dalam konteks menjaga nyawa, kematian Teoh Beng Hock pada 6 Julai 2009 lalu tiada hukum dalam mana-mana undang-undang dapat menentukan keadilan untuknya. Teoh Beng Hock mati bukan dibunuh dan bukan bunuh diri. Kalau boleh ditambah kepada penghakiman yang telah dibuat, Teoh mati bukan juga kerana kemalangan. Orang Islam percaya Teoh sama ada bunuh diri, dibunuh, kemalangan atau mati biasa adalah kerana sudah sampai ajalnya.

Soalnya orang muda Teoh mati kerana kerana apa walaupun kecederaan dilehernya disahkan oleh hakim bahawa ianya berlaku sebelum terjatuh. Memang diyakini bahawa kecederaan dileher tidak menyebabkan Teoh mati tetapi apakah "ising" Teoh menyebabkan beliau terjatuh dari tempat yang begitu tinggi jika tidak membunuh diri atau dibunuh.

Hakim semestinya sukar untuk menentukan keadilan untuk Teoh dan rakyat Malaysia seperti juga rakyat Malaysia menjadi begitu sukar untuk mempercayai penghakiman yang adil terutama melibatkan kepentingan Umno/BN yang memerintah. Kes Teoh sekurang-kurangnya menjadi koleksi kes untuk menjadi hujah rakyat tidak meyakini sistem kehakiman negara.

Thursday, December 23, 2010

Saman ekor swasta

Kerajaan Umno/BN yang diterajui oleh Najib Razak benar-benar tidak berhati perut. Tidak memahami penderitaan rakyat. Kerajaan yang sentiasa memikirkan untung pemimpin dan keroni. Sejarah pengswastaan yang dipelopori oleh Mahathir membuka ruang dan peluang kepada penyangak untuk menghisap darah rakyat. Rakyat sudah cukup menderita dengan kenaikan kos sara hidup dan kuasa beli rakyat yang kian merosot.

Jeitan derita rakyat tidak pernah menyentuh hati dan perasaan pemimpin yang kononnya mendahulukan rakyat. Kenaikan harga petroleum dan gas serta pelbagai barang keperluan dibuat secara senyap-senyap dengan harapan rakyat tidak bangun memberontak. Pengajaran melalui Pilihan raya Umum ke 12 lalu tidak dapat mengurangkan ketamakan pemimpin Umno/BN. Rakyat tidak sedar bahawa pemimpin Umno/BN akan berusaha mengumpul isi perut selagi ada kesempatan dan kesempatan itu ilah kuasa yang rakyat berikan.

Terbaru ialah kelulusan Rang Undang-undang Pengakutan Jalan (pindaan) 2010 yang memberi hak kepada 2 syarikat untuk mengendalikan ke saman ekor. Saman ekor yang menggunakan Sistem penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipersoalkan kesahan dari segi undang-undang dan moral. Siapa yang bersetuju dengan keadilan sistem saman ekor kecuali manusia paling tolol.
Penyenaraian hitam kenderaan yang terlibat dan jumlah saman terkumpul benar-benar membeban rakyat dan jauh sekali untuk mendidik penguna jalan raya supaya berhemat dan cermat memandu.

Soalnya, apakah rasional keranaan melantik syarikat Beta Teguh Sdn Bhd dan Comercial Circle (M) Sdn. Bhd. sedangkan pegawai-pegawai JPJ telah dapat menjalankan tugas dengan berkesan. Nampak sangat kerajaan menjadikan saman ekor sebagai sumber pendapatan yang lumayan dengan standard pengendalian jalan raya di Malaysia yang tidak dapat dibanggakan. Syarikat yang mengendalikan jalan raya amat tidak bertanggung jawab dan banyak kes pengguna jalan raya terpaksa menanggung kerugian harta dan nyawa kerana kecuaian syarikat berkenaan.

Sesungguhnya kerajaan Umno/BN amat bernasib baik kerana rakyat Malaysia paling senang diurus dan lembut hati. Mereka bertolak ansur dengan pelbagai kekurangan syarikat yang mendapat konsesi daripada kerajaan untuk mengurus pelbagai keperluan kehidupan mereka atau karenah birokrasi menyebabkan rakyat malas untuk menuntut "hak" atau rakyat sememangnya tidak jelas "hak" mereka. Atau sememangnya kerajaan Umno/BN akan sentiasa menyembunyikan terma perjanjian yang melibatkan harta awam yang sentiasa menguntungkan syarikat kroni pemimpin? Berapa orang yang sedar dan faham terma perjanjian pengswastaan Syarikat Air Selangor (SYABAS)? Ramai yang terkejut "beruk" bila mendapat tahu pendapatan bulan Pengerusi SYABAS bernilai lebih daripada Rm 400,000.00 sebulan.

Kita amat yakin pengswastaan saman ekor akan menyebabkan rakyat lebih terbeban dengan pelbagai caj yang dikenakan oleh kerajaan atau kuncu-kuncunya untuk terus memeras rakyat.

Friday, December 17, 2010

Penjerat "bodoh"

Pendedahan Wikileks dan komen Menteri Kanan Singapura, Lee Kuan Yew menyebabkan Anwar "bertempik" dan Najib buat bodoh. Seperti biasa kedua-dua insan penting itu tampil dengan pembawaannya. Anwar lebih yakin dengan kekuatan berhujah manakala Najib membiarkan masa menyelesaikan segalanya. Dalam kes Altantuya, Najib memekakkan telinga, mambutakan mata dan membiarkan "massa' membuat rumusannya sendiri.

Selain membuat siri ceramah, parti Keadilan telah membuat bantahan rasmi kepada kerajaan Singapura manakala Najib menyatakan bahawa Malaysia dipimpin secara cekap oleh pemimpin yang bertanggungjawab, berdidikasi dan sebagainya lagi...

Ramai yang tersedak bila ulasan "bodoh' oleh Menteri Kanan Singapura berkenan Anwar dan Najib. Ada benarnya jika jika ulasan ditujukan kepada pemerintahan dan kepimpinan di Malaysia. Bukan sahaja Lee Kuan Yew, ramai rakyat Malaysia berpandangan demikian namu dalam kontek hubungan diplomatik mereka tidak berhak untuk berbuat demikian. Kita juga yakin jika Malaysia diurus tadbir oleh Kuan Yew, keadaan menjadi lebih baik dan teratur. "Kecelaruan" yang dicipta oleh kepimpinan Umno lebih 53 tahun sejak merdeka begitu terasa dan menjijikkan. Seperti biasa Umno/BN berbangga dengan kepimpinan korupnya.

Kebodohan Kuan Yew ketara bila mengulas nasib Anwar yang diperangkap. Jika betul Anwar diperangkap, alangkah bebalnya pemasang perangkap untuk memerangkap Anwar dalam kes Liwat II. Pendakwa menjadi gila "ising" dan menyalahgunakan pelbagai kesempatan undang-undang sehingga rakyat paling "dungu" dapat memahami pembicaraan yang tidak adil terhadap Anwar.

Andai Anwar terjerat dengan perangkap yang dipasang oleh musuh politiknya, alangkah bebalnya pemasang perangkap. Kekeliruan laporan perubatan keatas umpan perangkap meyakinkan kita bahawa pemasang perangkap bodoh atau Anwar tidak masuk perangkap. Bukan sahaja Kuan Yew, orang biasa akan memikirkan bukti yang hebat untuk memerangkap Ketua Pembangkag yang menjadi duri dalam daging kepada Umno dan BN.

Soalnya kenapa Kuan Yew mengeruhkan hubungan dua negara berjiran dengan komen yang tidak begitu "cerdik".