Apa ertinya sebuah kebencian.
1) Tun Abdullah Badawi benci sangat kepada Tun Mahathir.
2) Anwar Ibrahim sememangnya patut bencikan Mahathir.
3) Lim Guang Eng dianggap anti Melayu dan sangat benci kepada Tun Mahathir ultra Melayu.
4) Bapaknya si Lim Kit Siang terlalu amat bencinya kepada Melayu, Mahathir dan Islam.
5) Adakah semua Melayu, China dan India bencikan Mahathir?
6) Siapakah sebenarnya bencikan Tun Mahathir sehingga ketika usia senjanya beliau seakan-akan merajuk sakan bagaikan semua orang bencikannya.
Mahathir sebenarnya bencikan kejahatan dirinya sendiri terhadap Abdullah Badawi, Anwar Ibrahim, Lim Guang Eng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Melayu, China dan India.
Mahathir bencikan dirinya kerana onar beliau merosakkan sistem kehakiman di Malaysia.
Mahathir terlalu benci kerana kegagalannya memastikan kejayaan DEB dan ketidakupayaannya merealisasikan WAWASAN 2020.
Mahathir amat bencikan kegagalannya menyekat kemaraan Islam. Lebih menjadi-jadi bila beliau melihat Mesir kembali kepangkuan Ikhwan Muslimin. Mahathir turut menjangkakan Malaysia akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Benci beliau kerana yakin Pakatan akan menyiasat segala salah urus beliau selamat 22 tahun memerintah Malaysia.
Mahathir amat bencikan keserakahannya memperkenalkan dasar pengswastaan yang songsang untuk kepentingan kroni dan suku sakatnya semata-mata. Rakyat menjadi mangsa keserakahan kapitalis yang lapar dan menindas rakyat kononnya kerana pembangunan. Dasar Mahathir yang menyebabkan jurang antara kaya miskin bertambah-tambah luas lagi dalam.
Mahathir yang kecewa kerana ada Adun Umno yang meroyan untuk menjalankan hudud sedangkan beliau mengatakan hudud tiada dalam Quran. Apa jenis Adun Umno setelah beliau tidak memimpin Umno. Najib tidak boleh diharap, mengendalikan Rosmah pun Najib tak mampu.
Bencinya Mahathir kerana agenda fitnah keatas musuh politiknya satu demi satu terserlah dan terbongkar. Penipuanya dalam pilihanraya telah pecah mentol. Orang kampung semuanya dah tau.
Mahathir teramat sangat bencinya kerana sifat kebapaanya yang penyayang menyebabkan anak-anaknya mendapat habuan yang istemewa tetapi cuba dinodai dan dipintas oleh anak menantu Tun Abdullah Badawi. Hai sakitnya hati.
Sakitnya hati kerana anak perempuannya tidak ikut kata, menyokong bersih dan mempersoalkan beberapa dasar beliau.
Siapakah sebenarnya yang dibenci oleh Mahathir ketika orang lain merestui pengunduran beliau melainkan dosa-dosa beliau menyebabkan beliau tidak boleh tidur lena dan sering cakap meracau. Mahathir bencikan dirinya sendiri.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
2 days ago