Tindakan polis sudah pasti. Aminurasyid Amzah pelajar berumur 15 tahun, ditembak dan mati. Kematian mengundang rasa kecewa seluruh rakyat Malaysia di atas kegegabahan tindakan polis Malaysia. Pihak polis cuba mewajarkan tindakan pegawainya bertindak diluar batas etika dan peraturan dengan menuduh pelajar berkenaan terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, menyamun.
Saat polis Malaysia sering diterjah dengan pelbagai rasa tidak puas hati rakyat, tindakan pihak berkuasa menangani kes calon PMR itu dilihat sebagai cuba menyembunyikan tindakan sebenar ketelanjuran pihak polis. Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussin meminta rakyat tidak prejudis dan bersikap adil terhadap polis. Beliau memberi jaminan untuk membentuk Panel Pemantauan Sistem Polis dan mempertimbangkan untuk melantik mereka yang benar-benar bebas.
Sewajarnya Hishamuddin dan kerajaan BN bertindak betul dalam semua perkara bagi menjernih rasa meluat rakyat. Tindakan menembak Aminulrasyid bukan isu besar jika kerajaan dan polis Malaysia menunjukkan sejarah tindakan yang betul. Polis adalah anggota keselamatan, mereka lebih tahu soal-soal keselamatan dan memahami tata cara berhadapan dengan penjenayah. Jikalah polis tidak sering dijadikan alat untuk mencapai tujuan buruk oleh Umno/BN, rakyat tidak mudah melatah dengan kes-kes salah laku terpencil seperti dalam kes adik Aminulrsayid.
Penghormatan rakyat kepada polis selaras dengan tindakan kecelaruan dalam institusi itu sendiri. Ketua Polis Negara, Musa Hassan dikatakan merajuk dengan serangan tidak puas hati rakyat terhadap anggota polis. Musa tidak perlu merajuk dengan mengarahkan anggotanya mengurangkan kawalan ke atas keselamatan negara. Musa patutnya faham bahawa beliau dilantik dan bertugas oleh rakyat dan untuk rakyat. Setiap sen duit rakyat untuk membayar gaji Musa dan anggota polis bukan bukan duit Umno/BN. Rakyat tidak akan kehilangan apa-apa jika Musa melepaskan jawatan sebagai Ketua Polis Negara kalau beliau merasakan tidak mampu berindak adil dengan tugasnya. Musa sepatutnya faham bahawa peningkatan jenayah di Malaysia menyebabkan anggota polis bertindak diluar peraturan yang diperuntukkan adalah kerana kegagalannya sebagai Ketua Polis Negara. Hanya mereka yang tolol tidak mengetahui bidang tugasnya dan merajuk. Rakyat tidak pernah memaksa Musa untuk menjadi Ketua Polis Negara maka tugas beliau adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Mungkin ada pegawai kanan polis yang lebih layak daripada Musa untuk menjawat jawatan tersebut. Negara dan rakyat yang membayar gaji Ketua Polis negara akan merasa bangga dengan ketua Polis yang bertanggungjawab dan bertugas mengikut peraturan. Soalnya, bagaimana mungkin anggota polis mampu bertindak jujur jika semuanya menjadi alat Umno/BN yang memerintah.
Kita memahami masalah anggota polis untuk bertugas dengan betul kerana tekanan daripada pihak atasan. Anggota paling atas dalam hiraki kepolisian ialah Musa Hassan. Kita amat berharap anggota polis bertindak jujur dalam tugasnya. Kita malah merasa sedih dengan sejarah hitam Sairul Azhar dan Azilah Hadri, 2 orang anggota polis yang dikorbankan kerana cita-cita politik seorang negarawan. Kita juga tidak nampak bahawa mereka yang dilantik oleh Umno/BN seperti Musa Hasan, Gani Patail dan lain-lain itu bertanggungjawab untuk siapa, kepada rakyat, Umno/BN atau kepada Yang Dipertuan Agong?
Ramai yang patutnya berhenti daripada memimpin termasuk Najib sendiri jika mereka ikhlas berkhidmat untuk rakyat dan negara. Mereka yang tidak layak sebagai pemimpin dan moral yang amat rendah dari sudut Islam.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
2 days ago