Kepimpinan Najib semakin menjadi. Isterinya, Rosmah Mansur juga makin dekat dengan rakyat. Pujian Yang Dipertuan Agung, Sultan Mizan menjadikan Najib satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang mendapat perkenan pujian Yang Dipertuan Agung dalam ucapan perasmian Parlimen Malaysia. Tahniah, walaupun ada yang mengatakan Najib puji diri sendiri dan bininya sekali dengan menyediakan teks kepada baginda.
Sayangnya, Yang Dipertuan Agung tidak berpolitik dan tidak akan campur tangan dalam urusan politik negara. Pujian Baginda jikapun mempengaruhi rakyat, tapi belum tentu dasar dan kepimpinan Najib disenangi rakyat jelata. Rakyat akan membuat penilaian dan memilih pemimpin yang akan diberi mandat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Mengikut Perlembagaan Negara, Baginda akan mengesahkan Perdana Menteri dari parti yang mendapat majoriti. Mungkin baginda tidak bersetuju dengan peribadi tertentu sebagaimana baginda tidak dapat menerima Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu dan melantik Ahmad Said, tapi baginda tidak mampu untuk memilih dan mengekalkan Ustaz Abdul Hadi Awang daripada Pas yang memenangi kerusi Rhu Rendang.
Najib sebenarnya belum menemui sentuhan untuk mendekati rakyat. Kecelaruan dalam kepimpinan Najib kian terserlah. Najib belum mampu melakukan sesuatu yang dapat memadam titik hitam sejarah silamnya. Rakyat masih melihat Najib dengan trend kepimpinan Umno yang mendapat kuasa melalui rasuah politik. Najib mungkin menjadi Perdana Menteri selepas Pilihanraya Umum ke 13 nanti, namun beliau tidak mampu berbuat secalit kebaikan yang akan membaiki kerosakan Umno yang tenat.
Usaha Najib mengambarkan keadaan ekonomi yang kian pulih di bawah kepimpinannya juga akan dilihat oleh rakyat sama dengan pujian Sultan Mizan kepada beliau dan isterinya di Parlimen Malaysia. Semuanya sandiwara politik Najib yang kontang idea yang baik. Segalanya memalukan dan memualkan. Malah Najib dilihat lebih berminat membuli rakyat dinegeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat daipada bertindak jujur dengan semangat Persekutuan yang diasakan oleh pejuang terdahulu.
Kedegilan Najib untuk meneruskan dasar wang ihsan dan bukannya royalti kepada Kelantan dan Terengganu mengesahkan beliau juga akan bertindak sama zalim dengan mentornya, Tun Mahathir. Maka beliau benar-benar mendapat pujian daripada bekas Perdana Menteri yang pernah mendapat jolokan Yang Mahazalim itu. Tun Mahathir yang dulunya galak menyerang Tun Abdullah menjadi jinak di bawah Najib. Maka kita menjadi kian keliru, apakah dasar penilaian orang tua itu terhadap kepimpinan yang ideal.
Jika Tun Mahathir tidak dapat menerima Khairi Jamaluddin kerana rasuah, maka sudah hilang kah rasuah dibawah Najib. Sebenarnya Tun Mahathir dapat menerima Najib kerana Najib meneruskan segala dasar rakus Mahathir yang pernah merencatkan unjuran kemajuan negara Malaysia yang kaya raya menjadikannya ketinggalan jauh di belakang berbanding Korea Selatan, Singapura dan Taiwan. Rakyat perlu ingat bahawa Tun Mahathir juga memperagakan kehebatannya dalam semua bidang tetapi tidaklah sejelek Najib yang menulis ucapan mempersendakan Sultan Mizan di Parlimen Malaysia dengan memuji beliau dan isterinya Rosmah Mansur. Loya.
Begitu juga dasar Najib dan kekeliruan Najib mendapatkan penasihat ekonomi dari negara haram Yahudi menjadikan beliau amat menyamai mentornya dan sesungguhnya di saat kejatuhan beliau menjadi kian dekat. Rakyat diharap tidak akan menjual maruah diri dengan harga RM 200 atau lebih sedikit untuk menyokong Umno. Rakyat wajib menghukum Umno, parti yang membudayakan rasuah dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Katakan tidak kepada Umno/BN.
PN mencari penawar untuk pulih keretakan
2 days ago