Friday, January 2, 2009

PRK P36 Kuala Terengganu.

Ramai yang merasakan pengumuman calon parlimen PRK P36 Kuala Terengganu oleh Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang sebagai satu kejutan. Haji Muhamad Abdul Wahid Endut tidak pernah terlintas di kepala mana-mana peramal politik. Mandat majlis syura yang memberi kuasa kepada Dato' Seri Presiden PAS telah mendapat perkenan Datuk Mursidul am walaupun beliau pernah menyebut Haji Muhamad Sabu untuk bertanding sekali lagi dalam PRK P36 pada 17 Januari 2009 nanti.

Syabas Haji Muhamad Abdul Wahid Endut kerana mendapat kepercayaan penuh parti. Setelah 5 penggal menang besar di Dun Wakaf Mempelam, beliau diyakini perlu ditonjolkan ke peringkat nasional. Hubungan baik beliau dengan orang Kuala Terengganu diyakini dapat mengatasi masalah calon "orang luar" yang dimomokkan sebagai punca kekalahan PAS di Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum Mac lalu. Pengundi dan keluarga syed Cabang Tiga yang mengharapkan Dr Syed Azman dipilih sebagai calon tidak ada alasan untuk tidak keluar mengundi pada kali ini. Haji Muhamad Abdul Wahid Endut bukan orang luar. Beliau mampu menyelami hati dan perasaan orang Kuala Terengganu seperti Dr Syed Azman jika tidak pun lebih baik. Beliau sentiasa berada di Kuala Terengganu dan dapat dihubungi bila-bila masa jika di perlukan.

Apa yang menarik ialah pengundi Cina. Jika benar pendapat beberapa orang yang di temui, mereka akan menjadikan PRK P36 sebagai " rumah sembelih" . Tekad mereka untuk melihat Umno terkorban bersama kesombongannya tidak boleh di perkecilkan. Kita juga berharap, pengundi Cina mempunyai jati diri yang tinggi untuk mengadaikannya dengan sejumlah wang ihsan yang mula bertukar tangan di Kuala Terengganu. DAP dan Keadilan akan bekerjasama dengan PAS untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.

Kesungguhan PAS untuk menang dengan meletakkan Haji Muhamad Abdul Wahid Endut begitu meyakinkan. Selain jentera parti yang sudah digerakkan, kita merasa bangga dengan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang sudah lebih daripada 2 minggu berkampung di Kuala Terengganu. Begitu juga dengan sukarelawan PAS, DAP dan Keadilan yang turut memberi sumbangan. Apa yang diharapkan ialah kesanggupan orang Kuala Terengganu sendiri menyambut kedatangan mereka dengan ikhlas , santun dan mesra. Biarlah Umno dengan segala kemewahan dan kesombongan mereka tinggal di hotel-hotel dan rumah-rumah tumpangan mewah, tetapi hendaknya para petugas Pakatan rakyat akan sentiasa bersama menyelemai hati dan perasaan pengundi di Kuala Terengganu.

Para aktivis Pakatan Rakyat Parlimen Kuala Terengganu jangan lokek untuk sekali sekala membawa saudara kita untuk makan keropok lekor di Cendering, makan 'roti tempayang' di Jalan Kamaruddin atau makan nasi ayam di Batu Buruk. Perkenalkan kepada mereka nasi kunyit berlauk ayam, nasi kerabu, nasi dagang atau nasi berlauk yang boleh didapati di mana-mana gerai yang bersepah di Bandar raya Kuala Terengganu sebagai sarapan pagi. Tak usah takut makan nasi dagang, tidak semahal nasi dagang Chendering yang keluar surat khabar suatu ketika dulu.

Paling penting sekali, tolong jaga Abe Jak dari Kelantan jika berjumpa Puteri Umno. Puteri Umno tu bukan nak berkempen sangat. Kata orang utara depa tu 'gatai merla' tambah lagi jika kena 'air babi mengawan'. Kalau nak tahu macam mana 'air babi mengawan' , tanya budak sekolah dari Besut. Air jenis ni, baru di perkenal sejak Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu. Pencetus generasi ulul-albab katakan. Terima kasih Datuk Deris, cuma Datuk Ahmad Said sakit kepala.

Selamat berjuang dan menang. Anda akan merasa amat bahagia jika kemenangan Pakatan Rakyat kerana anda turut menyumbangnya.

1 comment:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

http://aberamly.wordpress.com

http://ramlyotai.blogspot.com

http://awanggedeber.blogspot.com

abe anok kelong jati
salam buat dinasti pok su loh