Khairy Jamaludin Ketua Pemuda Umno. Keghairahan Khairy untuk menunjukkan taat setia kepada Najib menyebabkan beliau menuduh Mat Sabu Timbalan Presiden Pas yang sering keluar masuk lokap dan pernah ditahan dibawah akta zalim ISA sebagai pengecut.
Khairy Jamaludin yang tidak pernah digigit tungau itu mengatakan Mat Sabu sebagai pengecut. Siapa Mat Sabu yang dianggap pengecut oleh Khairy?
Mat Sabu yang belum pulih sepenuhnya kerana cedera dirempuh polis yang diperalatkan Umno ketika peristiwa bersih 2 itulah orang yang dianggap pengecut? Mat Sabu yang sanggup berceramah dilubuk Umno dengan pelbagai gangguan oleh samseng upahan Umno itulah pengecut? Mat Sabu yang dihalang untuk berjumpa dengan mangsa yang terselamat dalam peristiwa Rumah Pasong Bukit Kepong itu pengecut? Mat Sabu yang zaman kanak-kanaknya kaki gaduh dan jarang diminat oleh budak perempuan itu pengecut? Mat Sabu yang bersama Pas dan segala kelemahan berhadapan dengan Umno yang zalim, jahat, pemfitnah dan sering menyalahgunakan kuasa terhadap musuh mereka itu pengecut? Mat Sabu yang menepuh zaman yang panjang dalam perjuangan Pas dan Pakatan Pembangkang dengan segala tribulasi pihak musuh itu pengecut? Mat Sabu yang ditakuti oleh Umno kerana kelantangannya itu pengecut?
Khairy yang menjadi Ketua Pemuda Umno kerana menjadi menantu Perdana Menteri Abdullah Badawi membuat tuduhan terhadap Mat sabu sebagai pengecut. Khairy yang tidak diberi jawatan dalam kabinet Najib walaupun Ketua Pemuda Umno itu menuduh Mat Sabu pengecut. Khairy yang dilebel sebagai Budak Tingkat 4 oleh Mahathir semasa bapak mertuanya menjadi PM menuduh Mat Sabu pengecut. Khairy yang bakal ditendang dari kerusi Ketua Pemuda Umno era Najib itu menuduh Mat Sabu pengecut.
Apa ukuran Khairy yang menuduh Mat Sabu sebagai pengecut? Mat Sabu adalah Timbalan Presiden Pas maka tidak layak melayan budak hingusan seperti Khairy. Buatlah gesaan kepada Timbalan PM supaya berdebat dengan Mat Sabu kerana TPM kuat sangat menghentam Mat Sabu. Mat Sabu juga ingin tahu apakah hujah Muhyiddin sehingga menyuruh Mat Sabu bertaubat. Dengar khabar bapak Muhyiddin guru agama kepada Mat Indera yang menjadi punca percanggahan pendapat Umno dengan Mat Sabu. Kamu Khairy boleh mintak Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasiruddin Tantawi untuk berdebat tentang isu Rumah Pasong Bukit Kepong, itu baru padan. Boleh dianggap jumpa buku dengan ruas. Mat Sabu kalau dalam politik di Malaysia adalah sarjana walaupun tak pernah mengaji di Universiti Cambridge. Kalau Ustaz Nasiruddin mintak lawan dengan Muhyiddin untuk debat, apakah Khairy fikir TPM itu akan layan? Padanlah kamu Khairy, Najib tak lantik sebagai anggota kabinetnya, tak layak.
Khairy, kamu betul betul Melayu Umno. Berani bersuara kerana ada tongkat. Bertongkat dengan bapak mertua. Bertongkat dengan kuasa pemerintahan. Bertongkat dengan media yang diperalat sepenuhnya oleh Umno. Bukan taraf kamu menuduh Mat Sabu sebagai pengecut kecuali kalau kamu jenis lemah pemikiran.
Kalau ya pun ketua Pemuda Umno, jangan tutup memikiran kepada kebenaran. Bukan semua Umno buat tu tak baik tetapi bukan semuanya baik. Dalam kes Bukit Kepong jangan membodohkan diri kamu dengan mainan media yang semua orang tahu jadi alat Umno. Jika orang cerdik serupa Khairy hanyut dengan media seperti Utusan Melayu, Berita Harian ,TV 3 atau TV1 apa nak jadi dengan nasib orang Melayu di bawah Umno. Orang reti benar berkenaan mainan jahat media Umno menyebabkan orang Pas berbangga dengan Mat Sabu. Hairannya orang Umno termasuk Khairy, perkara terang lagi bersuluh pun nak putar belitkan untuk dijadikan agenda politik.
Tahniah Mat Sabu. Anda telah membuka ruang baru untuk mermbuka minda jumud Umno. Biar seribu sejarawan membertahankan orang-orang bodoh dibawah ketiak penjajah, namun Mat Indera, Abdullah CD, Ahmad Bostaman, Pak Sako, Shamsiah Fakih, Rashid Maydin, Dr Burhanuddin Hilmi dan lain-lain adalah pejuang Melayu yang sanggup mempertaruhkan segalanya untuk menghalau penjajah. Mereka selamanya musuh penjajah yang memberi kemerdekaan Tanah Melayu kepada baruanya , UMNO.
Tuesday, September 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment