Thursday, September 1, 2011

Merdekaraya

Selamat hari Raya Aidilfitri 1432 Hijrah dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 54.

Menjelang sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 negara kehilangan dua tokoh pejuang negara. Datuk Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Yayasan Karyawan yang dan bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka telah meninggalkan kita buat selamanya. Hassan Ahmad pejuang bahasa Melayu yang komited dan lantang menyuarakan bantahan terhadap perlaksanaan PPSMI seorang tokoh yang sukar dicari ganti.

Negara turut kehilangan Pro Censselor Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim (UPSI) yang juga bejkas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Dr. Abdul Shukor Abdullah.

Semoga Allah menempatkan beliau berdua bersama mereka yang mendapat keridhaanNya. InsyaAllah, Amin.

Kita tidak tahu apa rencana Allah dengan menjemput mereka selepas negara kehilangan Azizi Abdullah minggu lepas. Allah Maha mengetahui rencana sebenar dengan membiarkan negara terus diterajui oleh para "Koruptor", penjenayah, pemfitnah, penipu dan orang yang keliru.

Najib yang popularitinya jatuh ke angka 59 peratus masih lagi menjadi pemimpin nombor 1 negara. Tiada satu pun rencana yang konkrit untuk membaiki imej beliau dan imej negara yang tercalar teruk. Penggunaan media negara dan asing untuk memulih imejnya dilihat sebagai pembaziran wang rakyat. Hasilnya, rakyat terpaksa berkorban dengan kenaikan kos sara hidup untuk melihat Najib mengeksploitasi semahunya khazanah negara untuk kepentingan Umno - BN.

Najib dibantu oleh Muhyiddin Yasin yang semakin tidak sabar menanti kejatuhan ketuanya. Muhyiddin cuba bertindak bijak merencana kejatuhan kekal Najib namuin beliau adalah pemimpin yang keliru. Melayu dan Islam diMalaysia tidak boleh mengharapkan Muhyiddin bertindak lebih baik daripada Najib kerana beliau adalah orang yang buta sejarah dan jahil agama. Beliau meminta Mat Sabu Timbalan Presiden Pas, parti Islam yang komited memperjuangkan Islam yang syumul dalam sebuah negara majmuk di Malaysia untuk meningkatkan ketaqwaan yang beliau sendiri keliru pengertian taqwa yang sebenar dan tidak pernah menunjukkan ciri seorang pemimpin yang taqwa.

Muhyiddin juga pemimpin yang tidak jujur dan dilihatkan memutarbelitkan fakta fitnah media Umno-BN dengan niat yang jelas untuk menjatuhkan reputasi tokoh no 2 Pas yang mendapat sokongan orang Islam dan dilihat mempunyai hubungan yang baik dengan orang bukan Islam. Apakah rasionalnya Muhyiddin untuk mengganti Najib sebagai pemimpin nombor 1 negara jika beliau gagal menunjukkan sikap yang lebih baik berbanding Najib kepada seluruh rakyat Malaysia. Mungkin Muhyiddin tidak kenal Altantuya, Razak Baginda atau tidak pernah ada urusan untuk beli kapal selam, namun beliau bukan meningalkan jasa yang baik semasa menjadi Menteri Besar johor dulu. Paling penting, Muhyiddin ialah dari Umno yang sudah terlalu mereput untuk memerintah sebuah negara seperti Malaysia.

Kita juga tidak nampak Umno dibantu oleh hirarki kepimpinan yang lebih baik pada setiap peringkat kerana kegelojohan mereka untuk mengumpul kekayaan. Dari Ketua kampung (JKKK) hingga Perdana Menteri, Umno - BN gagal secara total menterjemahkan konsep mengutamakan rakyat dan mengutamakan pencapaian negara melainkan "menerkam" setiap peluang dan kesempatan daripada kedudukan mereka.

Wikileaks mendedahkan bahawa kerajaan Sarawak sangap korup dan dalam gengaman kukuh Taib Mahmud. Kenapa Taib Mahmud dan bukan orang lian. Jawabnya bangkai busuk Taib Mahmud terlalu besar dan terlalu busuk kerana lamanya mentadbir Sarawak dan bukan kerana orang lin bersih. Setiap pemimpin Umno - BN ada pekung dan ulatnya tersendiri. Jangan nanti ketika Taib Mahmud jatuh rakyat dikejutkan dengan harta berbillion sebagaiman Mubarak di Mesir.

Sempena merdekaraya, rakyat perlu peka dengan rencana Allah dan jangan membiarkan tipu daya syaitan menjerumuskan rakyat Malaysia dalam kesengsaraan yang berpanjangan setelah perginya para pejuang yang tulin dan negara diurus tadbir oleh para penjenayah dan koruptor.

No comments: