Friday, September 23, 2011

Berpatah arang atau berkerat rotan?

Belum kering lidah bekas Perdana Menteri Malaysia mepersendakan Pas dan Tok Guru Menteri Besar Nik Abdul Aziz di Kelantan supaya melaksanakan hudud. Ketika jadi Perdana Menteri, Mahathir memberi kata dua kepada Nik Aziz dan Pas supaya tidak melaksanakan hudud di Kelantan. Pas, Nik Aziz dan orang Islam memandam rasa penuh kecewa dengan tindakan Mahathir. Mahathir bukan sahaja menolak hudud tapi mempersendakan orang yang ingin melaksanakannya.

Mahathir bukan seorang tokoh Islam yang berwibawa untuk berkongsi kuasa dengan pelbagai kaum di Malaysia. Keenganan Mahathir untuk melihat Islam berdaulat sepenuhnya terhalang oleh desakan komponen BN - MCA atau MIC. Begitu juga dalam belbagai tuntutan yang melibatkan kepentingan kaum, Mahathir dan Umno beralah untuk mengekalkan kuasa.

Desakan komponen BN menjadi lebih jelas bila Umno makin lusuh dan diambang kehilangan sokongan. Presiden MCA, Chua Soi Lek telah menjelaskan segalanya apabila memberi kata dua untuk meninggalkan BN jika Umno berhasrat untuk melaksanakan hudud. Maknanya orang Islam yang masih bersama Umno patut meninggalkan niat untuk melihat hudud dilaksanakan jika masih menyokong Umno dan Barisan Nasional. Harapan penyokong Umno untuk melihat Islam dilaksanakan secara menyeluruh dengan menyokong Umno dan Barisan Nasional adalah mustahil.

Mahathir juga dilihat sebagai berupaya mengawal tuntutan pelbagai kaum betika beliau mentadbir Umno dan Bartisan Nasional. Setelah bersara, tuntutan daripada pelbagai kaum terhadap Abdullah Badawi dan Najib kian ketara. Layanan Mahathir terhadap tuntutan bukan Bumiputera menyebabkan mereka memberi sokongan mantap kepada Mahathir dan Barisan Nasional. Mahathir bersikap lebih lunak untuk mengikis sikap ultra Melayu yang dilebelkan terhadapnya. Makanya, Dasar Ekonomi Baru yang direncanakan untuk membahagikan 30 peratus kek ekonomi negara kepada orang Melayu tidak kesampaian. Mahathir bukan terbaik untuk menyangupi amanah orang Melayu .Orang Melayu bukan hanya tertingal dalam penguasaan ekonomi malah memperjudikan nasib bangsa, bahasa dan agama mereka untuk mempopularkan Mahathir sebagai Perdana Menteri terhebat.

Kekecewaan orang Melayu untuk keluar dari masalah yang dicipta oleh Mahathir selama lebih 20 tahun menerajui Malaysia diterjemahkan dalam sokongan padu terhadap Abdullah Badawi dalam pilihan raya pertama beliau menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia memberi sokongan kepada Abdullah. Mahathir dan masalah yang diciptanya bukan boleh ditangani oleh Abdullah atau Najib. Mahathir masih lagi mendominasi politik Malaysia. Mahathir akan menggunakan Muhyiddin Yasin sekali lagi untuk menyingkirkan Najib yang kian meroyan. Isyarat yang jelas telah dinyatakan oleh Soi Lek Presiden MCA komponen utama BN selepas Umno. Soalnya jika kenyataan Mahathir dan Chua Soi Lek boleh mengembalikan sokongan orang China dan India kepada Barisan Nasional, maka apakah orang Melayu Islam perlu memperjudikan harapan mereka untuk melihat Islam dilaksanakan secara syumul dan menyeluruh sebagai sistem hidup yang sempurna dengan mengundi Umno dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Mempertaruhkan keharmonian negara kepada Umno/BN menjadi kian karut. Sikap Najib, Rosmah, dan pelbagai percaturan "bodoh" kerajaan Najib untuk memenangi pilihan raya ke 13 perlu ditolak. Penemuan pelbagai kelemahan pengurusan suruhan jaya pilihan raya dan campur tangan melampau Umno dalam pelbagai agensi kerajaan dan kehakiman menyebabkan Malaysia berada di landasan paling tidak selamat. Rakyat tidak perlu takut untuk memberi mandat kepada Pakatan Rakyat - Keadilan, Pas dan Dap untuk membentuk kerajaan yang lebih kondusif.

Memberi Muhyiddin Yasin peluang mengendalikan Umno/BN bukan satu penyelesaian. Kita bukan menghadapi masalah pemandu tetapi kita pelu kereta baru dengan pemandu yang lebih cekap.

Terima kasih Chua Soi Lek kerana anda mendedahkan kenyataan yang menjadi kesamaran kepada pneyokong Umno dan BN yang tongong. Untuk Mahathir, anda akan sentiasa lebih sombong sebagimana usia anda yang kian lanjut.

No comments: