Berpuluh kumpulan ajaran sesat telah dikenal pasti di Malaysia. Pihak berkuasa agama akan mengenal pasti dan mengeluarkan fatwa apakah ajaran sesuatu kumpulan itu sesat atau terpesong dari kemurnian ajaran Islam sebenar. Setengah kumpulan seperti Arqam dan kumpulan Kerajaan Langit Ayah Pin berjaya mengumpul pengikut yang ramai sebelum di istiharkan bercanggah dengan ajaran Islam . Pengistiharan itu sendiri sering menimbulkan tanda tanya, apakah tindakan susulan yang dibuat untuk mempastikan para pengikut yang tersesat itu kembali kepangkuan Islam sebenar. Karenah birokrasi dan kelemahan tindakan susulan menyebabkan pengistiharan itu dilihat gagal mengembalikan mereka ke pangkal jalan.
Perlu diingat bahawa skop fatwa pihak berkuasa agama hanya dalam batas sempadan ajaran Islam. Jika suatu ketika dulu Datuk Seri Samy Vellu mengatakan bahawa ada kumpulan serpihan agama Hindu yang sesat, kesesatan itu bukan di bawah bidang Majlis Fatwa Kebangsaan. Itu hak Samy Vellu dan mungkin beliau sendiri sebenarnya tidak ada autoriti untuk mengeluarkan kenyataan berkenaan.
Berbalik soal proses mengenal pasti dan memutuskan sesuatu ajaran itu sebagai sesat, banyak masa yang di perlukan dan tindakannya tidak menyeluruh. Datuk Mufti Kerajaan Negeri Perak, pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ramai orang Islam yang telibat dengan ajaran ilmu sesat atau murtad daripada Islam. Pihak berkuasa tentunya lebih maklum dari segi bilangan orang Islam yang murtad tetapi sukar menentukan bilangan rakyat Malaysia yang sesat.
Lagipun, tindakan kerajaan menentukan sesuatu ajaran, amalan atau kepercayaan itu sebagai sesat agak selektif, tidak menyeluruh dan meragukan. Banyak perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam tetapi tidak diharamkan oleh kerajaan dan dibiarkan di amalkan secara bebas dan berleluasa, misalnya;
1) Islam Hadhari dipertikaikan oleh ramai ulama tetapi menjadi agenda utama pemerintahan Perdana Menteri Abdullah Badawi.
2) Fahaman memisahkan politik daripada agama yang bercanggah dengan Islam, berasaskan al quran, hadith , ijma ulama dan qiasmenjadi teras perjuangan Umno yang memerintah Malaysia.
3) Meninggalkan hukum Islam seperti hudud, qias dan takzir adalah sesat, tetapi masih lagi dipertahankan oleh kerajaan Umno . Mereka tidak merasakan perbuatan itu sebagai sesat.
4) Permainan seperti wayang kulit, makyong dan lain-lain yang dicemari unsur khurafat masih diamal dan dan dipertahankan oleh Umno dan penggiat seni yang beragama Islam atas alasan mempertahankan kesenian warisan bangsa.
5) Penayangan filem dan pelbagai versi seni yang sarat dengan unsur-unsur tahyul, khurafat, dan lucah dan bercanggah dengan ajaran Islam dipertahankan dan galakkan oleh kerajaan.
6) Ulama dan cerdik pandai yang arif tentang Islam masih lagi kelihatan menyokong Umno sebagai parti yang memerintah walaupun ianya sarat dengan pelbagai penipuan, penyelewengan, kezalimanan, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya. Semuanya sesat dan menyesatkan. Bukankah cenderung kepada orang atau puak yang zalim itu di ancam neraka oleh Allah?
7) Terdapat pelbagai versi perancangan kerajaan bersekongkol dan tunduk kepada kemahuan Yahudi dan Kristian seperti menyekat pengajaran Islam yang sebenar, gagal menyatakan kutukan ke atas tindakan zalim Yahudi dan Kristian ke atas orang Islam, akur dengan sistem ekonomi yang bercanggah dengan Islam dan sebagainya adalah sesat.
8) Kegitan yang diharamkan oleh Islam seperti perjudian, persundalan diizin secara teknikal dengan pengeluaran lesen, permit atas nama pelancongan, rekreasi dan sebagainya dibenarkan oleh kerajaan.
Nyata terdapat banyak kesesatan berleluasa dalam masyarakat Islam dan direstui oleh kerajaan. Bagi membebaskan Umat Islam daripada kesesatan yang berleluasa kini, kita hendaklah menolak Umno dan Barisan Nasional. Serahkan pemerintahan negara ini kepada mereka yang amanah dan bertaqwa.
SELAMATKAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment