Penamaan calon 6 Janurai 2009 bagi RPK P 36, Kuala Terengganu telah menjadi tumpuan seluruh negara. Selain aktivis pelbagai parti dan anggota polis, pelbagai jenis manusia mula meluang masa bertandang ke sana. Menjelang hari mengundi pada 17 Januari 2009 Kuala Terengganu menjadi hidup, meriah dengan pelbagai ragam dan warna kehidupan.
Aktivis daripada parti yang bertanding tentunya tidak cukup masa untuk merancang, melaksanakan rancangan semoga lebih 80 ribu pengudni P 36 Kuala Terengganu bermurah hati memilih calon mereka. Lebih 80 ribu pengundi mula mempunyai harga diri dan nilai tertentu. Mat rempit, penagih dadah, OKU yang suatu ketika dahulu tidak dipandang sebelah mata mula dijaga hati dan perasaan mereka. Peristiwa anih mula kelihatan. Jika anda pengamat yang rajin anda dapat melihat pelbagai keanihan, antaranya.
1) Ramai penduduk parlimen Kuala Terengganu menjadi miskin dan mula menjadi sasaran dermawan daripada parti yang memerintah. Anda dapat melihat kecaknaan Menteri Besar Terengganu atau Datuk Wan Ahmad Farid memanjat bumbung rumuh untuk menukar atap yang bocor. Media pasti merakam, melapor dan menyiarkan peristiwa tersebut sebagai keperhatinan pemimpin yang berjiwa rakyat. Masa PAS memerintah, rakyat Terengganu tiba-tiba menujunam taraf kemiskinan. Selepas bertahun memerintah dengan limpahan wang ihsan, rakyat terengganu masih terus miskin, katanya berada atas sedikit daripada Sabah. Atap bocor rumah rakyat miskin belum sempat di tukar, jalan raya belum sempat di turap, pembangunan belum sempat disempurnakan dan dalam kesempatan begini Umno mengemis undi rakyat Kuala Terenganu untuk meneruskan agenda pembangunan. Menukar atap rumah rakyat yang bocor, tentunya tidak tidak semahal masjid Kristal atau sepenting penganjuran sukar perahulu layar bertaraf dunia Monsoon Cup. Jadinya undi rakyat perlu kepada Umno untuk meneruskan agenda yang belum selesai.
2) Poster, kain rentang, bendera parti dan segalanya semakin menebal menghiasi bandaraya Kuala Terengganu. Bagi remaja, kini ketika terbaik nak cari duit saku. Seawal jam 9.00 mlam hingga subuh bendera, poster, kain rentang dan seumpamanya digantung, ditampal disegala tempat. Kecuali gambar Altantuya model Mongolia yang dibunuh, yang lain boleh pasang. Polis akan menangkap sesiapa yang berani memasang gambar bekas model yang mati disepai dengan C4 itu. Ada rasionalnya, bukan roh model yang dibunuh itu yang bertanding, maka kenapa gatal nak pasang gambarnya. Pasanglah kecuali jangan yang itu. Segala tempat tidak terlarang. Di Kampong Paloh, Umno memasang poster partinya pada pagar kubur. Pelik juga, tapi jika difikirkan ada orang yang mati dan dikuburkan membuang undi dalam pilihan raya yang lalu, maka poster Umno itu penting untuk memancing undi orang yang telah mati.
3) Belanja makan di Kuala Terengganu menjadi murah, tapi kena lihat masa. Anda boleh keluar dengan perut kosong dan jelajahlah ke mana-mana pos parti bertanding, pelbagai jenis makanan di sediakan. Sayangnya hanya pada waktu malam sahaja. Kalau nak makan sedap masuklah ke pos Umno, anda akan dapat menikmati makanan yang agak lumayan. Makan dan minumlah hingga sarat dan penuh perut. Kalau anda bernasib baik, bila-bila masa di kedai makan ada sahaja dermawan yang akan membayar harga makanan anda. Terima sahajalah dan ucapkan terima kasih walaupun anda bukan pengundi berdaftar di P 36 Kuala Terengganu.
4) Kalau nak lihat pemimpin yang mesra rakyat, inilah ketikanya. Wan Ahmad Farid, dan lain-lain pemimpin Umno peringkat nasional mudah ditemui dengan penampilan yang amat mesra rakyat. Anda boleh melihat sopannya pemimpin bersimpuh di rumah rakyat yang hampir roboh. Sebelum pulang, mereka cukup bermurah hati meninggalkan beberpa keping not RM 10.00 atau RM 50.00 dan jika bernasib baik lebih lagi.
5) Biasalah PAS, sinonim dengan ceramahnya. Mereka berjaya mengumpulan lautan manusia di Tanjung. Tokoh besar seperti Nik Aziz, Haji Hadi, Anuar Ibrahim, Lim Lit Siang dan lain-lain menjadi tarikan ramai. Pos Umno menghala ke tempat ceramah di celah-celah kemiskinan penghuni rumah Kuala Terengganu di jaga beberapa orang pemuda dan pemudi (puteri Umno)dengan set karaoke menunggu singgah berbondong-bondong orang ketempat ceramah. Barangkali lepas ceramah giliran mereka berkaroke.
Kalau anda pengamat yang rajin banyak lagi perkara pelik dan anih di Kuala Terengganu sekarang. Dinsman, Azizi Haji Abdullah atau Hishamuddin Rais mungkin dapat membuat catatan karya seni mereka. Yang anih-anih dan pelik-pelik itu akan segera berakhir selepas pukul 5.00 petang 17 Januari 2009 nanti.
SELAMATKAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment