Sunday, January 11, 2009

Jangan salah pilih.

Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri menjelang Mac nanti. Sebarang keputusan dan tindakan Najib sentiasa menjadi perhatian. "Kecelaruan" dalam apa-apa bentuk pemikiran dan tindakan akan dilihat sebagai petanda malang bagi Malaysia. "Kecelaruan" bukan semata kerana ketidak upayaan beliau mengungkap kata dengan tersusun, teratur dalam apa jua isu, tetapi melibatkan keupayaan menaakulnya secara matang dan kelihatan matang.

Sikap gegabah Najib jelas kelihatan ketika beliau menganjurkan pemilihan calon dalam RPK P 36 Kuala Terengganu yang kian hampir. Terperangkap dengan keinginan untuk memenangkan calon Umno/BN, Datu Wan Ahmad Farid, Najib seperti dilaporkan oleh Malaysia Kini menegaskan supaya memilih calon yang boleh membawa pembangunan kepada rakyat Kuala Terengganu dan bukannya orang yang berretorik , berhujah dan memaparkan isu-isu di parlimen.

Sepatutnya selepas 51 tahun merdeka,peranan ahli parlimen Malaysia menjadi lebih matang. Mereka tidak wajar lagi menjadi ahli politik yang menyelia longkang tersumbat, jalan berlopak, atap rumah yang bocor atau mengintai projek untuk diri atau kroninya. Perkara itu akan menjadi isu remeh bagi seorang ahli parlimen. Pihak yang akan memikul bertanggungjawab melaksanakan tugas tersebut jelas tersurat. Dalam konteks politik Malaysia, campur tangan orang politik seringkali dikira wajar walaupun sering kali mengganggu kelancaran pentadbiran sesuatu jabatan atau badan kerajaan. Namun itulah tabiat semula jadi Umno/BN. Dengan kuasa politik, menteri, ahli parlimen, wakil rakyat, ketua bahagian malah pengerusi JKKK boleh sewenang-wenangnya campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Kekeliruan" yang yang ketara akibat campur tangan orang politik boleh menyebabkan perjalanan pentadbiran sesebuah jabatan menjadi bercelaru dan pincang. Para pegawai yang dedikasi sering kali menjadi mangsa dan sasaran "pelacur politik" yang korup idea dan akhlaknya.

Bila Najib mengingatkan supaya pengundi PRK P36 mengundi calon yang boleh membawa pembangunan, kita mula "keliru" peranan sebenar ahli parlimen, bukan lagi sebagai perancang dan penggubal dasar tetapi menjadi "pelobi" projek untuk setiap kawasan yang diwakilinya. Lebih malang jika ahli parlimen atau "pelobi projek" yang dipilih bertindak sebagai "penyangak" untuk menarik projek pembangunan ke kawasan mereka dan bukan atas dasar keperluan atau kepentingan setempat. Anda yang bijak boleh menyenarai ribuan projek kerajaan yang gagal kerana tindakan berkenaan.
Sebagai rakyat kita menjadi kecewa dengan peranan Najib dalam PRK P36 Kuala Terengganu. Beliau dilihat bukan sebagai bakal Perdana Menteri, dan dengan nada mengugut pengundi Kuala Terengganu untuk tidak memilih "calon" yang difikirkan layak untuk berbahas di parlimen bagi mencari kesimpulan bagai setiap permasalahan rakyat. Rakyat "dipaksa" meyakini keupayaan Umno/BN mentadbir/mengurus negara ketika tahap keyakinan rakyat terhadap kejujuran mereka melunasi tanggung jawab dan amanah berada pada tahap paling rendah. Rakyat sudah muak dan tidak meyakini integriti Umno/BN untuk mengagihkan kekayaan negara dan melaksanakan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat sepatutunya lebih matang untuk memilih tukang tukar atap bocor, tukang turap jalan berlopak, tukang rebut projek dan seumpamanya di atas nama pembangunan atau seorang calon yang dapat berfikir secara rasional, matang dan berintegriti dalam mentadbir urus khazanah dan politik negara.

MARI PAKAT TOLAK UMNO

No comments: